Sunday, June 12, 2011

Kelab A-One tetap dengan pendirian pilih Jabu jadi KM


KUCHING: Satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Kelab A-One tetap dengan pendirian memilih Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebagai ketua menteri jika Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur, meskipun Jabu sendiri tidak menghargainya.

Jurucakap kumpulan tersebut, Dr Elli Luhat berkata, ‘pemilihan’ itu dibuat berdasarkan analisis dan bukan spekulasi yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri bakal mengambil alih jawatan tertinggi badan eksekutif negeri.

Sambil menafikan kumpulan tersebut mempunyai motif tersendiri, beliau menegaskan penamaan Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB bukan bertujuan menggesa Taib meletak jawatan.

“Apa yang kita mahukan ialah Sarawak kekal aman dan stabil apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengundur diri.

“Apabila beliau berundur sudah semestinya ada orang yang mesti mengambilalih dan setakat kita tahu, Jabu merupakan calon sesuai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Elli berkata, antara kriteria yang membuatkan kumpulan tersebut memilih Jabu ialah jawatan kanan dipegangnya kini dalam kerajaan negeri, selain pengalaman 20 tahun sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Jabu juga merupakan Timbalan Presiden PBB.

Menyifatkan perbincangan terbuka sedemikian sebagai satu forum untuk ‘memilih’ Ketua Menteri, Elli juga tidak menafikan pihak lain mempunyai pilihan masing-masing yang disertai fakta.

“Kita maklum ada pihak yang mengesyorkan Abang Jo (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) sebagai ketua menteri baru. Ia tidak salah. Sesiapa sahaja berhak memberikan pandangan,” katanya.

Also read:
 

11 comments:

  1. Siapa siapa pun boleh jadi km sarawak... janji nya nya jujur dgn tugas sebagai km sarawak... demi rakyat sarawak..

    ReplyDelete
  2. Sememangnya Datuk Patinggi Jabu layak menjadi KM Sarawak berdasarkan pengalaman beliau yg tlh menjadi adun sejak tahun 1973 sehingga sekarang. Beliau juga pernah menjadi ahli Parlimen. Tetapi biarlah peralihan kuasa dibuat secara baik dan tertib. Saya percaya di Malaysia Datuk Patinggi Jabu adalah DCM yang paling lama. Oleh yang demikian berilah beliau peluang untuk menjadi CM selepas Pehin Sri.

    ReplyDelete
  3. Mimpilah Jabu mahu jadi KM. Ha Ha..... Yang dikasihi bolehlah.... Ha Ha...

    ReplyDelete
  4. jabu dah pasang angan2.dr eli dah dijanji jadi ketua setiausaha sulit jabu.

    ReplyDelete
  5. eli luhat ..... a man with big nonsense. from where he got his doctorate?.... don dream high lah eli... to b private sec of jabu. never trust eli...a big liar.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri Jabu memang layak jd KM Swak. Beliau telah memegang jawatan Timb. KM hampir 37 tahun.Beliau telah setia bersama Pehin sepanjang karier politik, maka beliau seharusnya diberi peluang menjadi KM Swak. OOOOOhaaaaaaa idup Tan Sri Jabu.

    ReplyDelete
  7. No doubt, jabu is a loyal no 2. but it does nt mean that he is capable of being no 1. even if all in pbb agree him to be no 1. the pressure is different. as no 2, he can always pass the buck to no 1. but as no 1, he can pass the buck to others. even if it is not his mistake but he has to take the responsibility bcoz he is no 1. not many people can be no 1. it is different ball game than no 2.

    ReplyDelete
  8. "but as no 1, he can't pass the buck to others."

    ReplyDelete
  9. mana2 jak..janji score n etp berjaya....

    ReplyDelete
  10. i think, when taib resign, jabu should also resign, same goes to all the old timers such as manyin, adenan, leo, william mawan, peter nyarok, etc. Let give the young generation of leaders a chance to take over the state leadership. In this new world order.....it not about who is more senior in party position, but, we the rakyat want leaders who are visionary, vibrant with ideas, result oriented, etc... not the yes man or coz i m the most senior type.

    ReplyDelete
  11. what about Abg Jo ? Don't you think he should go too ? :)

    ReplyDelete