Saturday, June 11, 2011

PAS tolak Negara Islam dan Hukum Hudud atas sebab AGAMA atau UNDI/KUASA???


KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS
By Dr. Mahathir Mohamad on June 10, 2011 2:40 PM

1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna "perjuangan untuk Negara Islam ala PAS" untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.

2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.

3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS.

5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.

6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.

7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.

8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

131 comments:

  1. Orang Islam yang kecewaJune 12, 2011 at 7:49 PM

    Salam Datuk Nik Aziz. Dulu saya teramatlah menyegani Datuk atas sebab personaliti Datuk dan juga perjuangan Datuk. Walaupun saya bukanlah ahli PAS, tetapi saya tidak pernah mempertikai perjuangan PAS untuk mewujudkan negara Islam dan hukum hudud. Satu perjuangan yang suci yang hanya mampu dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam sebenar. Tetapi sekarang, pada pandangan saya, ternyata Datuk hanyalah seperti ahli-ahli politik yang lain. Agama diperlekehkan untuk kepentingan parti. Saya merasa amat sedih sekali walaupun saya bukan ahli parti PAS. Sedih kerana imej Datuk tercemar. Dan juga sedih kerana Datuk taklah seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh penyokong totok PAS. Ternyata Datuk hanyalah seorang manusia biasa seperti Dr. Mahathir dan Najib. Dan bukannya seorang ulama. Akhirkata, LAWAN TETAP LAWAN...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wrbt.

    Saudara saudara se Islam semua,

    Jangan terlalu cepat condemn Y.A.B Dato Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jangan risau tentang PAS. Jangan risau tentang hala tuju PAS. Yakinlah pada Dato Seri Abdul Hadi Awang. Dan yakinlah UMNO juga parti yang baik. Mereka juga ikhlas memperjuangkan Islam. Memang ada beberapa pemimpin UMNO yang bermasalah dan yakinlah mereka ini tiada relevan dalam perjuangan UMNO.

    PAS jugak ada pemimpin yang bermasalah, misalnya pada PRU 11 tahun 2004 PAS hampir kalah di Kelantan. Mereka cuma menang majoriti 2 kerusi sahaja dan memerintah dengan thin majority untuk 4 tahun hingga PRU 12. Ini sebab ada pemimpin PAS yang hanya mengutamakan kekayaan di Kelantan dan Alhamdulillah mereka dah disingkirkan dari barisan pimpinan negeri. Dan syukur pada tahun 2008 PAS menang balik dengan majoriti besar di Kelantan.

    UMNO juga parti baik yang effective memperjuangkan Islam dan kepentingan Melayu. UMNO sekarang mengalami transformasi yang menggalakkan. Mereka menang beberapa pilihanraya kecil kebelangkangan ini. Poll survey bebas menunjukan orang Melayu telah kembali ke UMNO dan peratusan ialah 70%. Ini kerana kebimbangan orang Melayu terhadap apa yang berlaku dan isu isu umat Islam yang menyentuh orang Islam diabaikan dan UMNO yang berada di frontline. Thanks to the opposition.

    Poll survey menunjukan jika ada PRU 13, BN akan mengambil kembali Selangor, itu sudah pasti. Perak pun selamat jika percaturan betul. Kedah, itu tengoklah, Y.A.B Dato Seri Azizan masih kuat dan popular. Tapi tak apa. Apa salahnya PAS memerintah Kedah, kalau itu yang umat Islam Kedah nak ?

    Yang peliknya Kelantan tak semestinya selamat untuk PAS. Lihat by election Manik Urai, PAS cuma menang dengan majoriti 70 undi kalau tak silap saya. Itu kerusi mereka tapi hampir kalah. Dan di PRK Galas PAS kalah dengan UMNO menang dengan majoriti lebih kurang 2,000 undi. Tiada apa yang mustahil di Kelantan.

    Cuma saya meminta umat Islam jangan risau lah dengan hala tuju PAS. Jangan ambil terlalu serius yang dakwaan yang PAS dah mengugurkan perjuangan menegakkan negara Islam. Take that at face value. PAS ialah parti matang seperti UMNO dan kedua dua nya adalah parti yang baik walaupun cara mereka berbeza. Umat Islam di Malaysia cuma ada dua alternative sahaja iatu PAS atau UMNO. Yang lain tiada relevan dan yang ada di PR itu cuma menumpang kekuatan PAS. Itu hakikat. Tanya lah penganalisa politik bebas.

    Saya sebenarnya tersenyum bila orang kata PAS macam itu dan macam ini, dan UMNO macam itu dan macam ini. Ternyata mereka tak tahu apa apa atau tahu yang kecil sahaja.

    Kukuhkan ukhwah kita dan sokonglah apa yang UMNO atau PAS buat, jika perkara yang mereka buat ini berlandaskan syarak. PAS pun kadang kadang perlu ditegur dan pimpinan mereka faham perkara ini. UMNO perlu lebih ditegur kerana mereka parti pemerintah dan peluang untuk berbuat salah guna kuasa lebih pada UMNO kerana mereka ada kuasa sekarang. Tapi pada perkara yang baik yang UMNO buat, sokong lah UMNO.

    Saya masih tersenyum dan tak bimbang apa apa terhadap apa apa perception orang terhadap PAS. Marilah kita berdoa semoga perjuangan UMNO dan PAS yang betul akan berjaya demi kebaikan dan kesejahteraan umat Islam negara kita. Di forum ini sukar untuk saya menjelaskan sebenarnya pendapat saya terhadap isu di atas. Perjuangan itu banyak cara yang penuh dengan hikmah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Poll survey bebas menunjukan orang Melayu telah kembali ke UMNO dan peratusan ialah 70%. tok adalah berita yang menggembirakan. berkenaan hal politik, kadang2 adalah baik berada di atas politik kerana politik adalah satu permainan yang kotor. sebagai contoh, presiden pas dirikpun, hj hadi awang. bila berucap hal agama, kacak jak bunyi. tapi bila dah dicampur politik, sampey sidak dayak di sitok di ejek kerna makey cawat. lekak ya, kita cuba dengar ucapan politik nik aziz. ada kebenaran cara penyampaian nik aziz mesti dilihat dari kacamata orang kelantan. stail pengucapan sik sama dengan negeri-negeri lain. tapi persoalan disitok, mun dah nak bermain di pentas nasional, cara pengucapan mesti stail nasional. sama juak dengan anwar ibrahim. coba dengar nya merik ucapan di sitok. penuh dengan sumpah seranah. tapi nya masih okay kerna nya pendokong pluralisme dalam agama. hal pluralisme tok sigek hal lagik tapi sik dapat nak dibincang disitok. kesimpulannya, dalam politik, yang telah dikhalayak-ramaikan, sik dapat kita nak ambik jalan tengah. mun politik ya confine to sidak intelektual ataupun elit jak macam zaman rom dolok, mungkin. tapi majority yang mengundi, termasuk sidak yang bergunung-gunung tinggi akademik qualification, sik maok pikir panjang kerna banyak barang nak dipikir. jadi politik di simplify. mun kita diat, pendekatan 'simplification of politics' ya adalah pendekatan yang popular dimana-mana. sik di blog tok ajak. pegi jak mana-mana blog atau diskusi politik, approach tok la digunapakai. apatah lagik ceramah politik!!! mun nak berdiskus hal politik ala akademic, yang hanya akan participate ialah sidak academicians o intelektuals. tapi majority yang mengundi adalah those yg menggunakan pendekatan 'simple' tok. jadi, untuk menang undi, kita mesti ikut approach tok kerna politik dah di"khalayak-ramai"kan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wrbt.

    Terima kasih pada saudara di atas kerana pendapat beliau dan saya menghormatinya. Saya tidak menidakkan kebenaran pendapat yang approach yang popular dalam politik ialah " simplification of politics ". Tapi ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan di sini.

    Pertama ialah Pemimpin politik yang berjaya mengamalkan multiple strategy yakni on one hand dia akan menggunakan " popularist approach " Tetapi " popularist approach " ini tidak semestinya bertahan lama. Image building seorang pemimpin juga penting, lihat pemimpin dunia yang hebat hebat, siapa di antara mereka yang tiada penasihat penasihat hebat jugak ? Semuanya ada penasihat hebat hebat.

    Dan kedua, ialah kekuatan pemimpin politik itu bergantung kepada idea dan vision dan success atau result orientated programmes dan bukannya semata mata pada sokongan popular. Sokongan popular boleh pudar jika seorang pemimpin itu tidak " deliver " atau jika dia tercemar imejnya. Tetapi penasihat penasihat beliau lah yang akan mengatur strategi strategi dan imej building dan image maintaining beliau. Jika seorang pemimpin itu deliver tetapi imejnya buruk maka tidak berjaya juga. Jika seorang pemimpin itu imejnya baik tapi tak deliver maka dia tak akan bertahan jugak. Kedua dua faktor ini mesti berjalan " hand in glove " bermakna kedua duanya penting.

    Jadi it boils to the point " siapa yang boleh menyumbang pada kejayaan pemimpin itu jika bukan adviser adviser nya yang merupakan bijak pandai itu ?

    Dan yang ketiga, jangan lupa, sementara " micro politics juga penting tetapi kemampuan untuk membaca suasana politik dan what is at stake juga penting. Maksudnya di sini. Kadang kadang lawan politik kita itu boleh menjadi sekutu kita dalam suasana genting untuk survival.

    That's why saya keberatan membincang tentang isu isu di sini yang menyerang PAS. Kita tak tahu apa yang di dalam " back room happenings " tapi dengan kebijaksanaan kita boleh membacanya. Sukar saya nak menjelaskan ini di dalam forum terbuka ini.

    Ke empat ialah jika seorang itu mengambil pilihan atau " take sides " di dalam forum macam ini, ya saya menghormati pendirian itu. Tetapi bila seorang itu dah menunjuk inclination beliau, maka " open mindedness " atau keterbukaan untuk menilai sesuatu akan akan lebih mengecil. Dia akan melihat sesuatu itu dari perspektif apa yang diperjuangkannya dan bukannya " holistic " approach. Misalnya di forum macam ini, perkara yang utama ialah kepentingan Islam dan kesejateraan orang Melayu. Jadi bagi mereka yang menyokong UMNO, sudah tentunya perspektif UMNO akan menpengaruhi pendapat mereka. Dan begitu juga yang menyokong PAS. Jadi it has became " the eye of the beholder ". Jadi keterbukaan sudah terganggu sikit.

    Memang betul, politik demokrasi ialah peperangan yang siapa yang akan dapat undi majoriti. Itu tak dinafikan. Tetapi pemimpin politik politik juga boleh bertemu dan membincangkan kepentingan bersama dan pertemuan ini merupakan the " meeting of the minds " dan outcome ini lah yang akan memberi kesan pada orang ramai.

    Saya menghormati pendapat Saudara di atas. Tetapi " the simplicity approach " itu cuma untuk memancing undi. Untuk mentadbir negara, pemimpin itu mestilah menggunakan kaedah yang bijak dan berwawasan tinggi dan ada authority di dalam organisasinya. Percaya lah pemimpin pemimpin dunia yang berjaya dikelilingi oleh mereka yang bijak pandai.."

    Terima kasih atas feedback saudara. Dalam banyak perkara, kepentingan kita adalah sama.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  5. Assalamkm,

    Menambah pada pendapat Saudara Knight of Saladin, tentang oramg Melayu kembali ke UMNO.

    Syukur Alhamdulillah. lihat saja portal pembangkang, misalnya M'siakini. Pemimpin PAS keresahan di atas sokongan terhakis orang Melayu. Lihar speech pemimpin PAS bila mereka banyak kalah pilihanraya kecil di beberapa tempat baru baru ini. Mereka kata PAS kena overhaul diri sendiri dan bertanya kenapa orang Melayu mula meninggalkan PAS. Jawabnya ialah PAS menjadi pak turut parti pembangkang lain dan tidak mempertahankan Islam dan terlalu berkompromi dengan soal soal hukum Islam. Terlalu banyak contoh baru baru ini.

    PAS nak tinggalkan konsep huddud kerana ia cuba memancing undi bukan Islam untuk survival sebab undi umat Islam terhadap PAS semakin berkurangan. Keputusan pilihanraya Hulu Selangor lebih menonjol, calon BN dari MIC sebenarnya menang kerana undi solid orang Melayu. Pihak pembangkang mengakui hakikat ini.

    Syabas orang Melayu. Kembali lah pada rumah asalmu iaitu UMNO dan sebagaimana sireh pulang ke gagang, dan ikan pulang ke lubuk. Dan sebagaimana burung kembali ke camarnya.

    ReplyDelete
  6. Assalamalaikum wrbt.

    Dr Mahathir ada menulis buku yang berilmiah tinggi bertajuk " Menghadapi Cabaran " Itu karangan beliau sebelum jadi PM. Ada banyak yang Tun Dr M ulas tentang surah surah Al Quran. Beliau juga mengulas hadith hadith. Ini buku yang saya recommend sebagai " good reading ".

    Dr M juga ada belajar sedikit sebanyak tentang ilmu hadith kalau tak silap saya. Saya bukan orang politik tetapi tidak menolak benda yang baik termasuk pandangan Islam progresif.

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Assalamalaikum wrbt.

    sekadar pandangan saya;

    ketakwaan kepada ALLAH swt. itu sangat penting sebagai manusia apalagi sebagai seorang pemimpin.melaksanakan/menjalankan syariat Allah swt keatas dirinya,keluarganya (dahulu) dan masyarakat yg dipimpinnya.(kemudian).islam bukanlah di peragakan tapi diamalkan.

    islam itu bukan hak mutlak melayu tapi untuk manusia.biarlah umat yg menilai! bukan kita yg mgatakan islami lebih baik dr sianu,sianu yg lain.

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
    (Al-Munaafiquun 63:9)

    Apabila islam dipolitikan...maka bmacam2 gimmik politik " popularist approach " pun bmula utk memancing penyokong, mengalih strategy untuk akum lain yg blainan agama.Islam itu sudah mencukupi utk menyakini asalkan diamalkan blandaskan al-quran dan al-sunnah. keyakinan diatas perjuangan asal..jgn terpedaya dgn gimmik politik parti lawan yg bpaksikan dunia.

    Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (At-Takaathur 102:1)

    penasihat2 politik itu tersangat penting dlm mberi pandangan nasihat tetapi sebagai seorang muslim maka perlulah bhati2 kerna dikhuatiri penasihat tersebut mempunyai ciri sifat org2 munafik maka ianya akan mpengaruhi keputusan pemimpin tersebut..seperti yg telah dihuraikan oleh ustz. achmad okbah dlm kajian beliau "Pembahasan Iyyaaka Na'budu wa Iyyaaka Nasta'in".dengan adanya ketakwaan kpd Allah,insyallah Allah akan melindungi pemimpin itu.

    secara peribadi, Dato Seri Nik Abdul Aziz saya bersyukur kpd Allah dgn sifat keperibadian beliau.dari segi kepimpinan politik, semoga Allah memberi jalan dan memudahkan segala urusan pentadbiran beliau.

    dr. mahathir saya bersyukur kpd Allah dgn sifat kepimpinan politik, dengan izin Allah membangunkan negara.dr segi keperibadian semoga Allah memberi petunjuk dan memudahkan beliau mjalankan syariat Allah.

    amin...

    kedua2 tokoh diatas mereka perlu 'cooperate' to operate negara islam yg syumul.jgn claimed sapa lebih islami..useless..
    ini kerna hanya ada 2 parti yg mengatakan mereka parti islam.yg lain2....xxxxxxxx.SO cooperatelah.

    allahualam.
    wassalam..

    (politik.........)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wrbt.

    Sebenarnya amat menarik jika kita berbincang soal soal politik dan keperibadian pemimpin pemimpin ini. Eloknya dalam suasana persaudaraan Islam. Insya ALLAH saya akan menulis lebih lanjut lagi tentang beberapa pemimpin politik masa mereka bukan pemimpin dulu. Mungkin ada contoh baik yang boleh kita ikut. Ada kenangan yang mengusik jiwa. Bila kita tahu kita mungkin tersentuh dan kagum. Masa saya terhad sekarang kerana tugas rasmi : )

    Saya akan menulis lagi. : )

    Wassalam,

    ReplyDelete
  9. PEMIMPIN DAN SEJARAH HIDUP MEREKA

    Tun Dr. Mahathir pemimpin yang hebat. CHE Det ini sungguh sayang dengan bangsanya. Semasa menuntut ilmu perubatan di Singapura pun beliau menulis mengenai masalah petani dan nelayan. Itu bila berada di bandar besar di Singapura dalam tahun 1950'an. Bagi kebanyakan orang yag pergi belajar di menara gading di S'pura, bagi orang muda mereka suka enjoy. S'pura pelabuhan sibuk dan banyak tempat untuk enjoy. Apa tah lagi yang suka aktivit untuk menikmati " kupu kupu malam " di Geylang dan Timah Rd. Dan " tiger show " di pub pub tertentu. Dan menikmati minuman keras yang murah di pelabuhan bebas itu.

    Tetapi bukan Dr Mahathir. Semua rakan sekuliahnya tahu Che Det tidak pedulikan itu semua. Beliau tidak bergelumang dengan noda dan dosa itu.

    Malah masa jadi ahli politik pun beliau maintain disiplin orang Islam iatu yg haram tak boleh dibuat. Beliau rajin menulis permasalahan bangsa dan agama. Journal pelajar univeristi penuh dengan tulisan beliau. Dalam buku beliau " Menghadapi cabaran " yang beliau tulis masa jadi menteri pelajaran, beliau pun menyentuh tentang minum arak yang haram.

    Bila beliau menjadi doktor, beliau berhenti setelah berkhidmat beberapa tahun dengan kerajaan. Beliau membuka klinik doktor Melayu pertama iaitu Klinik Maha.

    Pelanggan beliau kebanyakan orang Melayu, orang kampung datang ke kliniknya tapi yg tak mampu membayar yuran perubatan. Namun Dr M tidak pernah mengenakan yuran pada mereka yang tak mampu membayarnya. Beliau tetap merawat mereka.

    Beliau juga menerima bayaran orang kampung yg membayar yuran perubatannya dengan beras, sayuran, buah buahan. Itu Dr Mahathir terima dengan ikhlas. Ada yg berhutang yuran dengannya dan beliau tidak pernah menagihnya. Yg lucunya ialah masa beliau jadi Perdana Menteri, ada orang yg baru nak bayar yuran perubatan padanya, misalnya yuran RM15/-.

    Dan masa Dr M jadi doktor, antara yang kerap ke klinik beliau ialah Ustaz Fadhil Noor yang di kemudian hari menjadi Presiden PAS selepas Ustaz Yusuf Rawa meninggal dunia. Keluarga Dr Fadhil Noor juga ada mendapat rawatan di klinik Dr Mahathir.

    Rezeki Dr M murah masa jadi doktor. Walaupun beliau doktor pemurah, namun pendapatan beliau bertambah. Malah sebelum masuk politik pun beliau boleh bermewah dan membeli kereta-kereta mahal dan rumah rumah, antaranya di Cameron Highlands. Itu lah sebahagian kecil dari kebesaran ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI, walau pemurah mana seorang manusia itu, jika ALLAH nak mengurnia rezeki melimpah limpah maka ia tetap menjadi rezeki.

    Dr. Mahathir, di permulaan karier politiknya beliau amat peka terhadap masalah orang Melayu, dan beliau tetap teguh walaupun pernah kalah pilihanraya Kota Setar pada tahun 1969 dan kemudian dipecat dari UMNO. Beliau pernah berkempen di pentas politik PAS semasa menentang Tunku. Namun Dr. M tak pernah memaki hamun sesiapa dalam kempen beliau, dan tak menyumpah seranah sesiapa. That's noble politics. Training sebagai doktor banyak mempengaruhi pembawaaan beliau. Beliau bukan macam setengah pemimpin bermasalah hari ini.

    Bila beliau menulis buku " Malay Dilema atau Dilema Melayu " Tunku mengharamkan buku tersebut. Ini yg pelik. Sebenarnya Tunku tak pernah baca buku tersebut tapi dipengaruhi orang sekelilingnya yang buku tersebut berniat jahat.

    Tapi tahu kah kita, pemimpin di Singapura tidak pernah ban buku Dr M malah menggunakan setengah idea di dalam buku berkenaan untuk memahami pemikiran orang melayu dan perkara perkara yang membabitkan konsep pertahanan negara Singapura, kerana buku tersebut menyentuh kedudukan fragile Singapura pada masa itu. Singapura menceduk idea buku Dr M.

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wrbt.

    PEMIKIRAN AWAL DR MAHATHIR

    Kenapa saya mengkagumi Dr Mahathir walaupun saya bukan ahli mana mana parti politik ? Itu tanya jugaklah kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengkagumi beliau. Tanya juga lah dengan orang Arab di tanah Semenanjung Arab dan Timur Tengah. Masa saya mengerjakan umrah pada tahun 2005, masa tu Pak Lah ( Dollah Badawi ) telah menjadi PM.

    Tetapi bila saya bertemu dengan orang Arab di Makkah dan Madinah, rata rata mereka masih fikir yang Dr M masih jadi PM Malaysia. Pemandu teksi tetap saya di Makkah, Suleiman namanya. Dia pandai Berbahasa Melayu sikit sementara saya juga boleh tahan Bahasa Arab. Jadi bila kami berbual bual, beliau mengkagumi Dr Mahathir. Baginya Dr M ialah pemimpin Islam yang contoh, yg banyak memodenkan negara Malaysia. Malah beliau tersengih sengih menyatakan yang bila beliau tua, beliau sudah mengumpul duit dan nak menyertai program " Warga Emas " luar negara yang nak memohon tinggal di malaysia. Beliau kata beliau nak bawak kedua dua isterinya dan semua mereka look foward nak pergi ke Malaysia dan nak apply permanent resident.

    Itu Suleiman pemandu teksi. Begitu jugak pendirian beberapa pekedai yang saya temui di sana. Bagi orang Arab, hatta pemimpin Arab sekalipun, Malaysia ialah negara yang advance bagi mereka. Suleiman banyak berjenaka tentang isteri isteri dan rumahnya. Saya pun tumpang ketawa terbahak bahak dengan Suleiman yang tergisin gisin dengan gigi jarangnya sementara teksinya membawa saya sekitar Makkah. Begitu sekali pandangan orang Arab terhadap pemimpin kita. Susah saya nak jelaskan yang Dr M masa tu bukan lagi PM Malaysia kerana Dollah Badawi telah jadi PM pada tahun 2003.

    Tentang Buku " Malay Dilema " karangan Dr. Mahathir, sebenarnya buku itu komprehensif, ia tidak hanya menyentuh tentang nasib dan masa depan orang Melayu tetapi ia juga menyentuh tentang soal soal geo politik Asia Tenggara. Ini terutama bila masa itu Vietnam Selatan sedang di asak oleh Vietnam Utara yang komunis, dan wujudlah teori " Domino Effect " yang diwujudkan oleh pemikir pemikir Barat. Domino effect ini maksudnya ialah jika Vietnam Selatan jatuh maka Asia Tenggara akan jatuh satu persatu kepada komunisma.

    Hubungan Malaysia dengan Singapura juga di sentuh dalam Buku Dr M. Masa tu S'pura mengambil langkah memperkuatkan pertahanannya dan membeli jet jet pejuang Hunter dari Britain. Dr mahathir menyatakan yang walaupun S'pura ada jet yang canggih masa itu, tapi jika Malaysia enggan bekerja sama dan jika Malaysia membiarkan tentera musuh Vietnam memasuki negara itu melalui Malaysia, maka jet jet hunter itu pun tak kan berguna. Singapura, katanya terlalu fragile dan Dr M memberi contoh perang Dunia ke 2, di mana fortress S'pura yang dikatakan kebal itu jatuh hanya satu minggu setealh di serang Jepun.

    Pemimpin Singapura mengambil perhatian di atas komen ini. Mula lah S'pura melakarkan konsep " foward defence " dan " pre emptive strike ". Singapura juga mengambil fakta dari buku Dr M untuk menghadapi meeting meeting dipolmatic dengan Malaysia, yakni macam mana orang Melayu dan orang Malaysia berfikir.

    Maka kita faham di sini yang idea idea Dr M di dalam " Malay Dilema " jauh melangkaui pemikiran orang pada zaman itu. Dan banyak lagi idea idea yang berguna yang beliau karangkan dalam bukunya yang lain iaitu " The way foward " dan sebagainya.

    Saya akan menulis lagi, ini untuk kritikal analisis tentang Dr. M

    Wassalam.

    ReplyDelete
  11. Syabas Saudara Knight of Saladin. Saudara bagai limpahan ayer di gurun pasir Sahara yang kering. Jarang sekali kita ada orang intellectual memberi pendapat di blog ini. Kebanyakannya kutu kutu yang menggunakan Bahasa kasar.

    Teruskan.

    - Yang menghargai kebenaran dan kebijaksanaan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wrbt.

    Lupa saya nak tambah, pada siri pertama post saya tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad di awal profesyennya sebagai Doktor. Ini cerita orang kampung di Langgar, satu tempat Kedah. Dr M pernah beberapa kali berbasikal tengah malam untuk pergi merawat orang sakit di kampung, yang tak berdaya bangun. Tempat kampung ketika itu tiada jalan besar dan kereta tak boleh masuk jadi terpaksa Dr M gunakan basikal untuk ke tempat kampung itu. Itu setelah Dr M menerima permintaan untuk menolong dari orang yg datang ke rumahnya.

    Itu lah perjuangan luhur beliau, sebelum jadi orang politik lagi, untuk membantu mereka yg tak berdaya. Begitu tulus hatinya.

    Jangan marah jika saya tanya, " Di Sarawak ni adakah pemimpin yang pernah ada ketulusan hati macam tu ? :). Hehe ! Ciri kepimpinan Dr M tok, ada pemimpin Sarawak boleh matching kah ? Benda tok iboh ditanyak kah ? Atau pun iboh nak di cakap kah ? :)

    Saya akan menulis lagi, untuk analisa kritikal terhadap Dr M semasa beliau jadi PM.

    Dan pandangan bebas saya samada bila PAS dah berubah cara perjuangan, adakah itu bijak ?

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Mun Sdra nak tauk, banyak pemimpin S'wak tok, iboh jak nak dibanding ngan pemimpin besar kedak Dr M ya. Nak di compare ngan pemimpin kecik pun, banyak pemimpin S'wak ya sik da matching pun. Tok gago sidaknya nak carik harta, nak berik makan kroni dan juak juak sidak ya. Mun election , sidak ya gago nak nipu. Gago nak berjanji sik tentu pasal, Ya, mainan sidak pemimpin di S'wak ya. Mintak maap jak.

    ReplyDelete
  14. Ya, nang betul gilak. Dolok gago nak janji teksi aik lah, bas pelancong lah, flyover lah, mesar jalan lah, nak molah macam Venise lah, macam macam jak. Ujung ujung bas pun sik berbunyi, teksi aik pun dah karam siney kah ? Ya Abg Jo N company janji macam macam lah.

    Teksi udara gik belum dijanjinya, mun election kelak mesti Abg Jo berjanji teksi udara, tangar jak kitak orang.

    ReplyDelete
  15. nang lucu... teksi udara... hahaha...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wrbt.

    Dan sebelum saya memulakan analisa kritikal, elok saya tambah sikit tentang Dr. M. Kalau tak silap saya, pada tahun 2005 kakak Dr M telah kembali ke Rahmatullah. Itu kakaknya yang tinggal sederhana di kampung. Lihat Berita Harian atau sila buat research pada hal ini. Yang saya pasti rumah kakaknya rumah sederhana macam rumah orang kebanyakan di kampung.

    Tiada pun adik beradik atau abangnya atau kakaknya yang boleh di katergorikan sebagai kaya. Abang abangnya pencen sebagai kerani tapi yang tu dah meninggal jugak. Semasa abangnya dan kakaknya masih ada itu masa Dr. M mula mula jadi PM. Itu semasA beliau mula mula jadi PM.

    Tiada pun Dr M menubuh satu syarikat gergasi atau conglomerate semasa beliau jadi PM dan memonopoli bisnes. Ya, anaknya Mirzan hari ini berjaya dalam bisnes. Tapi itu kerja keras beliau. Mirzan hampir bankrupt dalam tahun 1998, itu bila Tun Dr M jadi PM dan itu asam garam orang buat bisnes. Dr M ada becerita episod ini dalam buku terbaru beliau " A doctor in the House ".

    Masa Tun Dr M jadi PM, beliau menghalang semua anak anaknya bertanding jawatan besar dalam UMNO, bermula dari Ketua Bahagian lagi. Menjadi ahli biasa tak apa, semua orang berhak jadi ahli biasa. Tetapi jawatan yang dipertandingkan seperti Ketua cawangan dan Ketua Bahagian ke atas, beliau menghalang mereka. Kerana beliau tak nak dituduh mengamalkan nepotisma atau mewujudkan dynasty. Misal nya Datuk Mukhriz, iaitu anaknya sekarang, beliau cuma mula nak bertanding ketua cawangan Pemuda pada tahun 2003 dan pad tahun 2006 kalau tak silap saya Datuk Mukhriz bertanding Exco Pemuda UMNO dan mendapat undi terbanyak.

    Kita bandinglah pendirian Dr M dengan setengah pemimpin hari ini bila mereka berkuasa. Anak anak mereka di mana, adik beradik dan abang mereka mereka di mana ? Semua di sangkar emas yang mereka wujudkan sendiri dan menikmati hasil kuasa yang memegangnya itu. Saya minta maaf kalau komen saya menyinggung perasaan setengah orang tapi itu lah juga yang terbuku di hati banyak rakyat. Rakyat melihat dengan penuh kejelikan keluarga pemimpin yang mengaut kekayaan. Kalau berdagang atas " fair play " tak apa. Tapi kalau menggunakan sepenuhnya pengaruh bapa bapa mereka, atau abang mereka, kejelikan dan kemuakan rakyat bertambah. Ini lebih lebih lagi jika peluang perniagaan ditutup untuk rakyat biasa.

    Selepas ini saya juga nak menyentuh kesederhanaan Dato Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk contoh baik kita bersama.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    Saya tidak pernah merasaka yg PAS dah mengugurkan perjuangan menegakkan negara Islam. Bagi yang ragu ragu, fahamlah PAS bergerak atas konsep Harakah Islamiah dan bukan parti politik semata mata.

    Saya masih menghormati Tok Guru Dato Seri Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Kalau tak silap saya, pengajian DS Nik Aziz ialah di Deoband India, iaitu univeristi pengajian Islam yang terkemuka selepas Azhar Mesir.

    DS Nik Aziz menyaksikan bagaimana kerajaan PAS kelantan dulu yang dipimpin oleh bekas MB Dato Mohd Nasir jatuh. Itu cerita lama tapi mendatangkan kesan pada DS Nik Aziz.

    Pada tahun 1970'an PAS merupakan anggota Barisan Nasional dan memerintah bersama. Masa tu masa Allahyarham Tun Razak. Bila Allahyarham Tun Razak meninggal dunia, ada pihak dalam UMNO yang berpendapat yang PAS cuba untuk mengembang pengaruhnya secara agresif dalam kawasan tradisi UMNO terutama sekali di FELDA. Dan kerajaan yang memerintah Kelantan pun kerajaan PAS. Memang wujud masalah ketara masa Allahyarham Tun Hussein Onn jadi PM. Ini terbukti dalam peristiwa stalemate di Kelantan di mana seorang pemimpin UMNO yang dari keturunan Di raja Tengku Razaleigh mengatur langkah untuk menumbang kerajaan PAS Kelantan. Pihak UMNO berpendapat yang Kelantan mundur disebabkan PAS. Satu usul untuk menumbang kerajaan di buat di Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi usul itu tak berkesan sebab ada bilangan yang " equal " atau sama dari segi jumlah yang menyokong dan menentang usul berkenaan. Berapa jumlahnya saya tak pasti.

    Jadi di dalam stalemate ini, kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan darurat di Kelantan dan darurat itu juga bermakna kerajaan negeri dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan di mana UMNO menang.

    Ini menimbul impak pada DS Nik Aziz walaupun beliau bukan pemimpin PAS masa itu.

    Ini semua liputan sejarah. Tentang DS NIk Aziz Nik Mat, beliau mula - 2jadi MB pada tahun 1990 bila kerajaan BN Kelantan pimpinan Alalhyarham Tan Sri Mohd Yaakub jatuh.

    Bila DS Nik Aziz jadi MB, beliau menunjukkan sifat kepimpinan Islam dalam pentadbiran negri. Tok Guru tidak duduk di rumah rasmi Menteri Besar yang mewah sbaliknya beliau menginap di rumah sendiri di Pulau melaka. DS Nik Aziz banyak memansuhkan keistimewaan pada jawatan MB yang dulunya dinikmati oleh MB yang dulu. Misalnya Tok Guru mengguna gaji sendiri untuk meraikan tetamu beliau dan ini terutama sekali Hari Raya di mana beliau tak menggunakan peruntukan kerajaan untuk meraikan rakyat.

    Masa DS Nik Aziz mula mula jadi MB pada 1990, saya masih lagi mahasiswa universiti di KL. Masa Majlis Persidangan Raja raja, beliau mengiringi Sultan Kelantan ketika itu di KL. Yang menonjol di sini ialah beliau seorang yang suka merendah diri dan berhemah tinggi.

    Dalam setengah majlis tertentu misalnya makan tengahari MB MB lain, bila Menteri Besar - 2 lain sibuk nak berkumpul di tempat mewah, dan bercampur dengan golongan yang kononnya berkedudukan sebaliknya DS Nik Aziz selalu makan di tempat lain dengan pemandunya dan pengiringnya. Beliau seorang yang simple dan tak suka proktokol dan tak memandang taraf seseorang itu dan tak mengira pangkat dan kedudukan.

    Di dalam kedudukannya sebagai MB beliau tidak suka menyusahkan orang lain. Majlis yang akan dihadiri beliau tidak ada yang bermewah mewah. Beliau MB di siang hari tetapi guru agama di sebelah malam.

    Bila ada orang di kawasannya yang meninggal dunia, beliau akan melawat dan sekiranya terikat dengan tugas rasmi, maka pembantunya akan melawat dan memberi bantuan ihsan. Dan bila Tok Guru selesai dengan tugas rasminya, beliau akan pergi melawat kubur orang yang meninggal itu dan akan mendoakannya.

    Itu lah beberapa kehebatan Tok Guru. Kita mungkin tak sependapat dengan pendirian beliau dalam beberapa isu, malah saya sendiri pun tak begitu senang dengan beberapa pendirian DS Nik Aziz Nik Mat baru baru ini. Tetapi tiada siapa yang dapat mempertikaikan kebaikan dan kredibiliti beliau.

    Saya akan menulis lagi.
    Wassalam,

    ReplyDelete
  18. Sdra Knight of Saladin,

    Mungkin sdr seorang yg beridealisma tinggi. Suka kongsi ilmu dgn orang lain. Kita appreciate. Tapi sebelum sdr menulis tentang ilmu untuk manafaat semua, saudara perlu nangar institusi institusi Islam S'wak yang banyak di salahurus sidak tok. Mungkin Sdr lamak gilak di Tanah melayu ya, mungkin sik tauk cerita cerita hodoh tentang pimpinan Islam di Sarawak. Jaik ati kita nangar orang Islam miskin S;wak sik dibela, duit amanah disalahguna, Lembaga Masjid negeri jadi tempat mengumpul kekayaan. Apa guna Saudara bercakap tentang idealisma tinggi sedangkan yg di Sarawak tok dah teruk gilak. MAIS, apa struktur betul sia, Mufti di siney kedudukannya ? Apa kenak org yg pencen kerajaan boleh jadi yang Pertua MAIS, sedangkan nya bukan ada kelulusan agama pun. Yang menjaga masjid ya sapa, mun sik sidak yg menyalahguna kedudukan nya nak ngaut kaya di sia ?

    Tok isu kita, tauk tak saudara ? Baitul mal nang sik boleh diharap, nya gago ngan projek projek besar, dan mengabai org miskin. Saya nak tanyak kitak yg intelektual ya, tok apa hukumnya orang kedak ya. Tangar Daud ya, kitak org check jak sapa megang projek bangunan baitul mal ya. Tok isu kita Saudara, jauh nar pemimpin kita ya dari ajaran Islam dan sikap amanah.

    Itu pandangan saya.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Saudara di atas,

    Terima kasih di atas feedback ini. Saya telah menyuara pandangan saya tentang subject di atas di dalam forum yg lain iaitu forum mengenai Baitul Mal, dan institusi Islam lain di Sarawak. Saya ada memberi cadangan tentang bagaimana nak menjadikan Baitul mal lebih effectice dan ada juga cadangan - cadangan saya yang lain. Harap Saudara dapat melihat cadangan dan proposed plan saya itu.

    Tentang MAIS, saya ada bertanya tentang struktur MAIS ini. Saya sentiasa berpendapat yang Mufti hendaklah diletak di tempat sepatutnya iaitu tempat tertinggi di MAIS sebab Mufti itu ulama. Orang yang tiada pendidekan agama tak harus memegang urusan agama, kalau pun mereka hendak menyumbang, ia mesti dalam administrative capacity dan hanya pengurusan sahaja. Tetapi hala tuju dan objective MAIS hendaklah ditentu oleh ulama. Ulama ulama berpendidekan agama dan hanya mereka layak membuat ijtihad mengenai hukum di dalam perkara yang masih samar samar.

    Saya juga ada membuat cadangan pada Baitul Mal untuk membawa ulama ulama masuk untuk memastikan pengurusan Baitul Mal itu selaras dengan kehendak syarak. Sila lihat forum berkenaan yakni tentang Baitul Mal dan institusi Islam di blog ini.

    Walau bagaimanapun terima kasih atas pandangan saudara tentang perkara ini. Sama sama lah kita berdoa dan berusaha untuk menyumbnag ke arah pemantapan institusi Islam di Sarawak dan semoga ALLAH SWT memberi kekuatan dan kemenangan pada kita dalam hal ini.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  20. Nak kongsi pengalaman jumpa Dr M di bulan posa

    Saya tinggal di Seri Kembangan dan kerja KL. nang betul kata orang. Tun tok org yg berjiwa besar. Saya ingat masa saya meli juadah berbuka posa di Chow Kit, masa ya tahun 2009. Dr M pun berjalan jalan sorang dirik tapi ada sorang body guardnya di blakang. Nya pun meli kuih dan juadah juak, jadi saya negur nya. Walau nya sik kenal saya, tapi nya semnyum dan berjarah tangan ngan saya. Sempat nya nanyak apa khabar dan nanyak posa saya maintain kah sik ?. Lekak ya nya berjalan ke tempat lain.

    Saya gembira, org pemimpin macam ya sik sombong, nya seluruh dunia kenal ngan nya tapi sik nya berlagak aksyen. Siknya macam setengah menteri Sarawak tok, dah lah aksyen lebih lebih, kita tok suka di bulaknya. Ikut Dr M, ya pemimpin sejati.

    ya jak pengalaman manis saya jumpa Dr M.

    ReplyDelete
  21. Pernah kitak org nangar Tok uban ya meli juadah bukak posa di siney siney pun ? Dan nanyak salam org biasa macam kita ? Ne ada. Ya manusia sombong. Yg dicampurnya org korprat dan berkuasa ajak.

    Menteri dan YB S'wak pun tok lagak over. Duak kali limak ngan boss sidannya. Nya nak datang function pakae cara pemikiran lama. Iboh menteri, tanggar jak YB gak. Nya expect kita nyedia semua, dan nya jak datang konon konon tek nak menyeri majlis. Lekak merik speech membulak ke sitok membulak ke sia, nya cabut. Ya jak kerja sidak nya.

    Mentri lagik terok, nya mukak dan motong riben jak. Lekak ya senyum tergisin gisin membulak lagi, ya dibulaknya bertambah tambah jak. Daud ya pun sama, nya gago dgn Malbari mari nya di Mumbai ya.

    Pendek cerita, Sarawak tok diperintah oleh pembulak pembulak yang mahir lagi tersohor.

    Antara pembulak ya, giginya dah rungak gilak bila nya tergisin gisin....

    SEKIAN

    - Yg nunggu teksi aik

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wrbt.

    Assalamualaikum wrbt,

    KONSEP NEGARA ISLAM DALAM ZAMAN MODEN

    Sebenarnya Rasulullah ( s.a.w ) tidak ada menetap konsep tetap negara Islam, walaupun pada zaman baginda. Dalam zaman Rasulullah s.a.w, konsep negara Islam ialah yg berpegang pada " Piagam Madinah ". Sebenarnya itu merupakan perlembagaan moden yang pertama dalam sejarah negara mana mana pun. Ini diakui oleh sejarawan moden hari ini. ( Sila lihat Professor Christopher weeramaty ( Oxford writings )

    Pada zaman itu, negara spartan Rom yang lama pun cuma ada Statute statute yang tidak adil dan tak bertamaddun. Sementara statute lama Rom menetapkan yang semua rakyat Rom adalah equal tapi mereka menetapkan perhambaan boleh, misalnya tawanan perang.

    Dalam Piagam Madinah, ia menetapkan undang undang tertinggi Islam. Dan hubungan di antara orang Islam dan Dhimmi iaitu yg bukan Islam. Ia juga menetapkan perjanjian dengan bukan islam dan kewajipan negara Islam memberi perlindungan dan layanan sama rata dengan semua rakyat. Dan tentang perhambaan, walaupun Islam tidak secara specific mengharamkan perhambaan tetapi Islam mengahpuskan perhambaan secara peringat demi peringkat. Dan juga layanan terhadap tawanan perang, menurut Professor Christopher Weeramantry dari Oxford, layanan dan keadilan Islam terhadap tawanan perang adalah yang paling bertamaddun pada masa itu. Tawanan perang tak boleh dibunuh, dan mesti diberi makanan dan minuman, dan perubaran, dan tak boleh disiksa ataupun dicederakan. Tawanan perang boleh dibebaskan jika ada bayaran tebusan. Jika mereka tak mampu membayar tebusan, maka tawanan perang itu bolehlah bekerja untuk negara Islam ataupun mendidek anak anak umat Islam dan BILA SUDAH MELAKUKAN INI, MEREKA HENDAKLAH DIBEBASKAN.

    Penulis jurisprudence M Qureishi berpendapat dalam zaman moden, negara Islam tak semestinya bermodalkan negara Piagam Madinah sahaja. Negara Islam juga boleh berdasarkan sistem demokrasi ataupun republic tetapi undang undang tertinggi hendaklah berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Peranan Ulama dalam Majlis Syura juga disentuh oleh banyak penulis pakar akademik dan ini dinyatan dalam buku Professor Hashim Mohamad Kamali dalam buku beliau tentang Islamic Jurisprudence.

    Saudara saudara semua, terllau detail bagi saya untuk mengupas semua buku buku academic ini. Tetapi memadai lah jika saya katakan yang ALLAH SWT memberi kebijaksanaan pada umat Islam untuk menentukan konsep negara Islam yang sesuai untuk mereka asalkan hukum tertinggi ialah Quran dan Sunnah. Surah Al Baqarah ada menyebut tiga kali yakni " Wahai orang -2 beriman, Sesiapa yang tak melaksanakan hukum ALLAH maka ia adalah seorang yang fasiq.." Dan ayat yang seterusnya ialah " seorang yang zalim..." Dan yang seterusnya ialah " ia adalah seorang yang kafir..."

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum wrbt.

    NEXT - saya juga akan memetik kritikan Emperor Napolean Bonarparte Maharaja Perancis terhadap barat dan pujian beliau terhadap Islam dan Al Quran. Tunggu lah.

    ALLAH BAGI KEKUATAN UNTUK MENULIS YANG BAIK

    ReplyDelete
  24. Kepada Saudara Knight of Saladin,

    PANTUN:

    Hendak gugur, gugur lah nangka,
    Jangan terkena batang yang pauh,
    Hendak tulis, tulis lah segera,
    Janganlah lupa orang yang jauh : )

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wrbt. KNIGHTS OF SALADIN MENYUMBANG PETIKAN INI..

    Ucapan Emperor Napolean Bonaparte bila beliau balik daripada Mesir :

    ".....Moses has revealed the existence of God to his nation, Jesus Christ to the Roman world and now Muhammad to the entire continent.

    Arabia was idolatrous when six centuries after Jesus, Muhammad had introduced the worship of the GOD of Abraham, of Ishmael, of Moses and of Jesus. The Aryians had and the other sects had disturbed the tranquility of the East by agitating the question of the nature of the Father, the Son and the Holy Ghost. Muhammad declared that there was none but One GOD.

    I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all countries and establish a uniform regime based on the principles of the Quran which alone are true and which alone can lead men to happiness...."

    - Napolean Bonarparte, Emperor of France, ( quoted from Bonaparte et'l Islam, Cherfils, page 105-125, Library, Paris )


    Jadi Saudara saudara semua, pemimpin Barat yang lain juga mengkagumi Islam di masa lampau malah Napolean cuba menceduk prinsip Islam. Dan ada juga unconfirmed news yang menyatakan beliau mungkin sebenarnya ada memeluk Islam. Ini saya tak dapat pastikan.

    Yang pasti di sini ialah jika pemimpin pemimpin kita yakin dengan Islam dan kebenaran Al Quran, maka tak perlu lah cuba nak mengkompromi perjuangan Islam kerana nak ambil hati orang bukan Islam. Insya ALLAH orang akan bukan Islam akan dapat melihat kebaikan dan keindahan dan keadilan Islam jika ISLAM YANG SEBENARNYA DIAMALKAN OLEH PEMIMPIN PARTI POLITIK. Saya harap pemimpin PAS dapat ambil iktibar ini.

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,

    PEMBETULAN SIKIT

    Yang sepatutnya di tulis di atas ialah " Insya ALLAH orang yang bukan Islam akan dapat melihat kebaikan dan keindahan dan keadilan Islam jika ISLAM SEBENARNYA DIAMALKAN OLEH PEMIMPIN PARTI POLITIK..

    Harap maklum. Selepas ini saya akan menyuarakan pendapat yang slogan " Negara Kebajikan PAS akan kemungkinan menemui kegagalan dan saya akan memberi alasan alasanya. Saya bukan anti PAS dan saya juga akan kritikal terhadap UMNO dan BN. Tapi saya akan nyatakan secara jelas kenapa slogan " Negara Kebajikan " akan gagal memenangkan PAS dan saya yakin saya tak silap dalam pendapat ini.

    Esok saya akan menyambung pena.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  27. Ini alasan saya mengapa Negara Kebajikan PAS akan gagal !!!

    KETAKSUBAN PUAK ASSABIAH

    1. Kita sebagai orang Islam menerima semua ajaran Islam. Tetapi kita tidak dapat faham dengan mudah semua ajaran islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih. Justeru kita terpaksa bergantung kepada orang yang faham untuk terjemaahan dan tafsiran.

    2. Mereka ini memang arif kerana mereka mendalami dalam bidang agama, termasuk membaca kitab-kitab tafsir selain dari Al-Quran dan Hadith. Tetapi mereka bukan Nabi. Sebaliknya mereka adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa mereka lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Sebab itulah kita dapati perbezaan antara tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh mereka berkenaan perkara yang sama. Kadang-kadang perbezaan tafsiran mereka begitu ketara sehingga mereka dan pengikut mereka sering bermusuh dengan yang lain sehingga membunuh dan berperang. Kita baca berkenaan pengebom Syiah menyerang dan membunuh puak Sunni dan sebaliknya. Demikian juga dengan pengikut-pengikut pentafsir lain, Ahmadiah umpamanya.

    3. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam dan ulama yang berlainan.

    4. Dinegara kita terdapat Arqam, Ayah Pin umpamanya kerana mengikut ajaran pemimpin. Sekarang mereka menubuh Kelab Isteri Setia yang bertujuan bersaing dengan pelacur. Pengikut As-Shaari dan Ayah Pin amat fanatik kepada mereka iaitu taksub kepada ajaran sesat mereka. Apabila sudah taksub, umat sukar untuk memperbetulkan fahaman mereka. Sesungguhnya mereka adalah golongan Assabiah kerana ketaksuban mereka.

    5. Dalam politik juga terdapat kumpulan Assabiah ini. Kerana taksub dengan ajaran pemimpin, mereka tidak lagi menyoal apa sahaja ajaran yang disampaikan. Mereka terima dan telan, bahkan mereka akan bermusuh dengan sesiapa yang tidak percaya dengan ajaran pemimpin mereka.

    (bersambung di bawah)

    ReplyDelete
  28. 6. Setelah taksub sebarang penjelasan akan kesilapan dan kesalahan ajaran pemimpin mereka akan ditolak secara buta-tuli. Ini ajaran pemimpin mereka, maka inilah sahaja ajaran yang betul. Jika pemimpin kata yang hitam itu putih maka mereka akan angguk "Ya, itu memang putih". Demikian puak yang taksub ini, puak assabiah ini. Hidung sudah dicucuk dan di mana diheret mereka turut dan pergi.

    7. Berpecahnya umat Islam adalah kerana taksub kepada ajaran pemimpin. Al-Quran secara jelas memang menegas orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi apabila pemimpin berkata Islam menyuruh orang Islam berpecah-belah, yang taksub kepadanya akan berkata "Ya, benar Islam menyuruh orang Islam berpecah belah", seperti kata pemimpin mereka.

    8. Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.

    9. Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata "Kafir! Kafir!". Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.

    10. Demikianlah dengan puak Assabiah, puak yang fanatik setia kepada pemimpin dan kumpulan mereka. Yang utama bukan ajaran Islam walaupun amat jelas. Yang diutamakan ialah kata-kata pemimpin mereka.

    11. Hari ini umat Islam berpecah-belah kerana fahaman yang berbeza-beza berkenaan ajaran Islam. Di negara tercinta ini juga orang Melayu Islam berpecah-belah. Mereka berpecah dan menolak sebarang usaha untuk menyatupadukan mereka mengikut ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran. Pemimpin mereka dan cita-cita besar pemimpin mereka untuk ke Putrajaya lebih utama bagi mereka dari ajaran Islam. Oleh itu Islam dan ajarannya yang sebenar boleh diketepikan untuk tidak menakutkan orang bukan Islam kerana sokongan mereka ini lebih utama daripada negara Islam dan hukum-hukumnya.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wrbt.

    KNIGHTS OF SALADIN mengucap salam pada Tun Dr Mahathir.

    Saya tumpang bangga Tun Dr Mahathir menyertai forum ini. Dan response pada pendapat pendapat saya.

    Yang Amat Berbahagia Tun Dr M, saya nak ucap terima kasih kerana beri kad Hari Raya yang personal pada saya pada tahun 2005. Masa tu saya bertugas di Johore Bahru dan Tun hantar orang Tun beri saya kad hari raya itu. Saya maih simpan hingga sekarang. Sampaikan salam saya pada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah jugak.

    Esok saya akan bagi feedback saya tentang kenapa saya rasa yang konsep " Negara Kebajikan PAS " akan gagal. Namun demikian, pendapat dan alasan saya berlainan dari Yang Amat Berbahagia Tun. Saya berdoa semoga Tun Dr akan diberi kesihatan dan kealfiatan dan kekuatan dan keimanan untuk meneruskan " Perjuangan yang belum selesai "

    Wassalam,

    Dari Melayu yang tak akan lupa.

    ReplyDelete
  30. Dan untuk pengetahuan Tun jugak, Saya merupakan golongan belia yang di didik pada zaman Tun menjadi Perdana Menteri dan produk hasil pemerintahan Tun. Saya adalah sebahagian golongan Melayu berjaya yang menghormati dan menyayangi Tun sebagai Bapa Malaysia moden. Bagi saya Tun lebih dari Bapa Malaysia Moden. Tun ialah pemimpin yang berwawasan tinggi, faham denyut nadi rakyat, tahu kesusahan rakyat biasa, ada banyak keihsanan pada golongan rakyat bawahan dan mengerakkan satu Malaysia sebagai negara yang bermaruah dan maju disegani oleh negara negara lain. Itu keistimewaan yang ALLAH SWT kurniakan pada Tun dan itu satu nikmat ALLAH pada negara kita Malaysia.

    Saya masih ingat Tun mengegarkan Stadium negara dalam kempen Setia bErsama Rakyat dengan laungan Tun " Negara Kita Tanggungjawab Kita.." Saya di situ bersama mereka yang menghayati perjuangan ikhlas Tun untuk rakyat dan negara.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  31. Kami pun sayang Tun Dr Mahathir juga. Moga di beri kesihatan dan kealfiatan selalu.

    - Melayu Satok

    ReplyDelete
  32. Salam 1Malaysia kepada 10:08pm. Diharapkan saudara tidak menggunakan nama samaran "Dr. Mahathir Mohamad" kerana ianya boleh mengelirukan sesetengah pembaca. Saudara menggunakan URL http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/06/ketaksuban-puak-assabiah.html sebagai blogger profile saudara, dan bukannya blogger profile yang sebenar.

    TQ.

    ReplyDelete
  33. NEGARA KEBAJIKAN PAS

    Sebenarnya saya tak tertarik alngsung dengan konsep negara kebajikan PAS. Ada banyak sebab.

    Ya, memang caption negara kebajikan akan serta merta menarik hati sesiapa saja. Ada setengah orang terbayang, negara yang membelanja pendapatannya untuk rakyat, memberi bantuan segaera, rakyat susah akan dihulur wang sara hidup, cukai di kecilkan, dan macam macam lagi pakej pakej yang menarik. Tapi PAS setakat ini tidak ada menyatakan apa dia blue print negara kebajikan mereka. Mengapa sembunyi sembunyi ?

    Dan marilah kita tengok negara kebajikan Eropah dulu pada tahun 1970'an. Sebelum Margaret Tacher menang pilihanraya Britain pada tahun 1979, Britain diperintah oleh parti Buruh yang berfahaman Socialis ketika itu. Parti Buruh menggunakan pendekatan socialist dalam konsep negara kebajikan mereka. ya, memang baik, misalnya penggangur diberi bantuan sara hidup, semua hospital di biayai oleh kerajaan, dan banyak bisnes di kuasai oleh kerajaan. Tapi di sebalik semua ini akibatnya ialah buruk untuk business. Orang biasa menjadi malas kerana kerajaan akan membiayai mereka bila mereka menggangur. Dan ada rakyat British yang tak mahu bekerja kerana mahu bergantung pada " dole " yang dikeluarkan kerajaan itu. Akibatnya ramai orang tidak membayar cukai kerana mereka menggangur dan pendapatan kerajaan menyusut tiap tiap tahun. Dan pada masa tu, Britain mempunyai " one of the worst health services sebab kerjaaan tak ada duit untuk maintain kan semua ini. Ekonomi Britain tak berkembang dan akibatnya rakyat menjadi susah dan sebab itulah Parti Buruh tewas dalam pilihanraya 1979.

    Negara Kebajikan ini ialah satu " lawak jenaka " dan one of the worst joke in any governance of a country. Bagi negara yang bergantung pada industri seperti Britain, negara kebajikan menjadi disaster yang jelas, rakyat tak mahu bekerja dan lower level of esteem to contribute.

    Saya akan menulis lagi. Nasihat saya pada PAS, tolonglah jangan menjadi ini sebagai lawak jenaka jugak. Kita negara yang sedang berkembang dan sekarang pun kerajaan ada banyak program kebajikan untuk rakyat. Saya tahu PAS guna pendekatan ini untuk memancing undi bukan tetapi percaya lah " Orang bukan Islam sedang mentertawakan PAS sekarang. Saya akan menulis lagi

    ReplyDelete
  34. Saya mmeneruskan analisa kenapa negara Kebajikan PAS akan gagal samada dari segi politik dan ekonomi.


    DARI SEGI POLITIK

    Negara kebajikan PAS akan gagal sebab tujuan PAS memperkenalkan konsep ini bukanlah atas keluhuran dan kejujuran hati pemimpin PAS. PAS juga tahu yang sekarang sokongan undi Melayu terhadap mereka telah menurun secara drastik. Malah kekalahan pilihanraya Kerdau, Merlimau, Tenang, Galas, pilihanraya Hulu Selangor di mana calon PKR tewas, ini menunjukkan trend pengundi Melayu ke arah mana. Ia ke arah UMNO dan BN. Sekali lagi saya tegaskan saya bukan penyokong UMNO atau BN tetapi sekadar menyatakan kebenaran. Undi di hampir semua kawasan Melayu dalam Pilihanraya Kecil menunjukkan pengundi Melayu kembali ke UMNO dan BN. Poll study poll oleh penganalisa bebas menunjukkan yang 70% pengundi Melayu menyokong BN. Ini jangan PAS mempersalahkan orang Melayu yang marah dengan pendirian PAS di dalam Pakatan rakyat, PAS seoalah olah tak bermaya. Dalam isu isu agama Islam, PAS dilihat gagal mempertahankan kepentingan Islam. Di Selangor misalnya bila EXCO Dr Hassan Ali dari PAS nak menguatkuasakan undang undang mengharamkan orang Islam bekerja di tempat menjual arak, beliau ditegur secara terbuka oleh EXCO lain yang bukan Islam. Tidak kah jelas di dalam Enakmen Undang Undang Islam Selangor yang orang Islam tak boleh bekerja di tempat menjual arak ? Apa salahnya Dr Hassan Ali ? Kenapa PAS menikus bila ditegur oleh parti lain ?

    Dan banyak isu lain, akhirnya PAS banyak melukakan hati orang Melayu. Jadi orang Melayu menunjukkan kemuakan mereka di dalam pilihanraya kecil di mana calon calon PAS kalah.

    Pemimpin PAS tahu isyarat ini. Ini telah banyak diperdebatkan di kalangan pemimpin PAS. Jadi PAS sedar yang mereka akan " heavily rely " dengan undi bukan Islam untuk menang sebab undi Melayu telah menyusut dengan banyaknya.

    Saya nak tanya pemimpin PAS. Konsep " Negara KEBAJIKAN " ini menarikakah untuk dapat undi bukan Islam, misalnya undi Cina ? Ini kita hendak faham betul betul pemikiran orang Cina keseluruhannya tidak tertarik sangat dengan konsep negara kebajikan itu. Apa yang menarik bagi mereka ialah " economic opportunities " atau " business growth ". Mereka sebenarnya tak suka DEB dan dasar dasar business yang tidak menguntunngkan mereka. DAP menentang hak istimewa orang Melayu. Orang Cina tak peduli pun hal hal konsep negara kebajikan ini. Buat apa. Berapa banyak orang Cina yang memerlukan kebajikan ? Tak banyak.

    Jadi jika PAS berfikir yang konsep negara Kebajikan mereka ini akan dapat undi orang Cina sebenarnya mereka salah. Orang Cina mengutamakan dua perkara iaitu pendidekan dan ekonomi. Mereka tak perlu kebajikan PAS.

    Bagi orang Melayu, PAS sebenarnya makin hanyut dilawan arus dan melukakan hati orang Melayu. Saya minta pemimpin PAS buatlah poll study sendiri yang bebas akan sokongan Melayu pada mereka. Dan akan tahu jawapannya.

    Beginilah. Musim Cina menyokong kerajaan dan menentang kerajaan akan berubah dari masa ke semasa. Tapi masih jugak BN yang menang. Misalnya pilihanraya 1986, sokongan Cina terhakis dengan banyak dan menentang kerajaan tetapi masih juga BN menang.

    Timbalan Presiden MCA waktu itu Datuk Lee Kim Sai menyatakan yang sokongan Cina merosot kerana banyak masyarakat bisnes Cina merasakan peluang perniagaan banyak tak diberi pada mereka. Tapi kemerosotan ini tidak cukup untuk menumbangkan BN.

    PAS perlu pandai buat percaturan yang betul. Secara tradisinya pengundi pengundi PAS ialah dari kawasan Melayu dan bila isu isu Islam dan kepentingan Melayu diabaikan PAS akan mendapat bahana dan mesej penolakan yang jelas dari orang Melayu. Belajar lah menerima hakikat, tiada parti parti pun boleh memerintah negara ini tanpa sokongan kuat orang Melayu. PAS janganlah seperti bidalan Melayu iaitu " Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong keciciran ". Berpegang teguhlah kepada perjuangan menegak negara Islam, itu akan membuat PAS lebih dihormati dan disegani.

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  35. Jika ditanya pendapat setengah ulama terkenal, seperti Shaikh Yusuf Qardhawi dan Al Marhum Shaikh Tantawi, bekas Rektor Universiti Al Azhar, Malaysia ialah negara yang menyediakan environment conduive untuk Islam dilaksanakan. Banyak syariat Islam sudahpun dilaksanakan di malaysia. Undang undang Islam tahzir ada dilaksanakan. Yg huddud mungkin belum tetapi ada beberapa hukuman yang baik misalnya sebatan untuk mereka yang minum arak. Ini ada dalam Enakmen Undang undang Islam Pahang. Dan hampir kesemua negeri ada hukuman untuk mereka yang minum arak di tempat terbuka dan bekerja untuk perniagaan arak. Mengapa PAS tak nak bantu perlaksanaan undang undang ini ? Bukan kah undang undang ini yang tujuannya ialah untuk menyeru pada ma'aruf dan mencegah pada yang mungkar ? Sokonglah undang undang ini wahai PAS.

    Saya tahu dan yakin setengah pemimpin kerajaan ikhlas untuk memperkasakan undang undang Islam. Mengapa PAS nak ambil " step backward " dengan menekan pada negara Kebajikan sedangkan selama ini PAS memperjuangkan hukum hudud ? Mengapa tak bantu UMNO, samada di luar kerajaan ataupun di dalam kerajaan ?

    Tidak apa jika PAS mahu berada di luar kerajaan, ia boleh menjadi pressure group kepada UMNO untuk implement Islam. kalau kita kaji kedudukam dalam perlembagaan Malaysia, ia diletak di tempat istimewa. Jangan sama sekali kita nak menurunkan atau meletakkan status Islam menjadi rendah semata mata untuk berkompromi dengan mereka yang terang terang melawan kita.

    Saya bukan bermaksud untuk kita sokong UMNO dan BN secara membuta tuli. BN perlu banyak perubahan dalam pentadbiran negara, perlu banyak berubah untuk meastiakn integriti dalam pengurusan kerajaan, dan membendung gejala salah guna kuasa. Tetapi dalam perkara kepentingan bersama, jangan sekali mana mana parti Islam itu " abandon the Islamic cause ".

    Sesiapa pemimpin yang mengabaikan Islam dan mengabaikan kepentingan Islam maka mereka akan berdosa di sisi ALLAH SWT. Itu sesuatu yang pasti.

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  36. KNIGHTS OF SALADIN MENULIS LAGI...

    KITA SUDAH NEGARA ISLAM TAPI MASIH BOLEH DIPERBAIKI

    Saya menyambung tulisan saya. Kta sebenarnay sudah menjadi negara Islam yang sederhana, ada ulama yang mengelar Malaysia negara " Darul Islam ". Kita tak perlu terburu dengan hasrat untuk menjadi Daulah Islamiah. Dulu itu yang diperjuangkan PAS, sesuatu yang baik tetapi mereka iaitu PAS ialah golongan terburu buru masa itu.

    Kalau kita tengok contoh beberapa negara yang dikatakan Daulah Islamiah di dunia moden ini, ternyata banyak yang tidak " equitable " dan adil dalam perlaksanaan undang undang Islam nya. Ada pulak yang mengarut dan mengada adakan undang undang sendiri dan menyatakan itu adalah undang undang Islam dan kemudian ditertawakan oleh dunia keseluruhannya.

    Di Arab Saudi, hukum hudud ada dan dilaksanakan. Tetapi malangnya ia cuma untuk rakyat biasa dan bukan keluarga Di Raja berkenaan. Ini sebenarnya satu bentuk kezaliman sebab Islam tidak mengenal taraf seseorang dalam melaksanakan undang undang. Rasulullah ernah bersabda yang seandainya anaknya sendir yakni Fatimah bersalah, maka ia tetap dihukum dengan kesalahannya itu.

    Di Arab Saudi, sebahagian keluarga Di Raja dan kerabatnya mengamalkan hidup berpoya poya ( bukan semua ) dan selalu berkunjung ke Paris, Monaco, dan berbuat benda yang terlarang di sana. Dan juga mengadakan parti parti liar dan bersalahan dengan hukum syarak. Kenapa tiada hukuman hudud untuk mereka ? Yang digembar gemburkan ialah rakyar biasa yang dihukum.

    Dan undang undang pelik ialah melarang wanita memandu. Saya mencabar mana mana orang menyatakan jika terdapat nas nas Quran atau hadis ataupun ijtihad ulama atau Qiyas yang melarang wanita memandu. Undang undang ini memalukan, kerana seluruh dunia barat menyindir sinis dan menganggap ini undang undang Islam.

    Begitu juga di Pakistan di mana undang undang hudud diamalkan. Mereka juga suka mengembur gemburkan hukuman pada orang biasa, dan juga suka mengarut dan mengada ngadakan hukuman yang dikatakan hudud. Misalnya " mercy killing " iaitu di mana orang dalam kaum atau ahli keluarga dibenarkan membunuh untuk membalas dendam atas soal yang kononnya membabitkan maruah. Ini bukan Qisas dalam Islam tapi sau tradisi kuno yang diamalkan oleh tribal people dan ini tak terdapat dalam mana mana nas nas perundangan Islam. Tidak ada yang menyatakan tentang tribal killing atau " honour killing " itu.

    Saya akan menulis lagi untuk memberi contoh " honour killing " yang saya isytiharkan sebagai sesat dan menyesatkan itu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum wrbt.

    KNIGHTS OF SALADIN MENGULAS-NEGARA KEBAJIKAN PAS - Satu keikhlasan matlamat atau satu tujuan politik

    Saya tak menafikan yang dari kebanyakan segi, negeri negeri yg ditadbir PAS diurus dengan baik. Itu dari segi akauntabiliti walaupun ada instances di mana tindak tanduk pemimpin PAS Kelantan boleh dipertikaikan. Tetapi secara keseluruhannya Audit Negara mendapati management PAS di negeri Kelantan adalah baik. Sikit teguran audit yang dibuat. Untuk negeri Kedah begitu juga.

    Yang nak saya bawa ke tengah untuk perbincangan hari ini ialah konsep negara Kebajikan yang di war warkan oleh PAS. Kita tak payah pergi jauh, lihatlah negeri Kedah dan Kelantan.

    Untuk berfikiran objektif, dan untuk berlaku adil, sebelum saya membuat kritikan terhadap kerajaan negeri Kedan dan Kelantan ini, saya tahu yang mereka ada kekangan kewangan kerana hasil kedua dua negeri tersebut tidaklah memberangsangkan dan belanjawan mereka juga sedikit sebanyak tertakluk kepada pemberian grant oleh Kerajaan Pusat.

    Tetapi jika pun kita tidak mahu melihat skop pembangunan di kedua dua negeri itu, kita juga mesti lihat apakah polisi dan tindak tanduk kerajaan negeri berkenaan terhadap rakyat. Sepanjang pemerintahan negeri PAS di Kelantan mereka hanya berjaya membina sebuah masjid sahaja. Dan banyak infrastruktur di luar bandar diabaikan.

    Misalnya di kawasan DUN Manik Urai, banyak jambatan tak terbina dan bila pilihanraya kecil dibuat kerajaan PAS Kelantan pun tak mampu membina jambatan yang terlalu usang. Malah BN yang berjanji membina jambatan dan infrsturktur dan walaupun BN kalah dengan undi tipis iaitu 70 undi, Kerajaan Pusat tetap membina jambatan berkenaan dan mengotakan segala janji yang dibuatnya. Ini satu petanda negaitif untuk PAS, Manik Urai itu kerusi tradisi mereka dan mereka hanya mengekalkan kerusi berkenaan dengan kelebihan 70 undi.

    Dan PAS tewas di GALAS, dengan undi banyak, antaranya sebab isu ladang rakyat di mana dikatakan kerajaan PAS merampas tanah tanah dari rakyat untuk projek mereka di situ. Kalau betul PAS memperjuangkan negara Kebajikan, kenapa rampas tanah rakyat ? Kenapa ada masalah mengusir keluar peniaga di kompleks berniaga di Kota Bharu dan kenapa ada penyelewengan di pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan di mana beberapa projek sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana salah guna kuasa ?

    Adakah rakyat miskin Kelantan di luar bandar mendapat bantuan dari segi kewangan atau pun dari segi pendidekan keushawanan untuk berdiri di atas kaki sendiri ?

    Apa kah pelaburan yang di bawa ke negeri Kelantan ? Untuk berlaku adil dan objektif, saya faham yang pelaburan dari luar negara itu mesti mendapat kelulusan Kerajaan Pusat dari MITI. Mungkin kerana tiada kelulusan Pusat, tiada pelabur luar negara ke Kelantan. Tetapi bagaimana dengan pelabur dalam negara yakni dari negeri neferi lain ? Itu tak payah kelulusan kerajaan Pusat. Kenapa kerajaan PAS Kelantan gagal menarik pelabur dalam negeri dan dalam malaysia itu sendiri untuk melabur di Kelantan ? Agar banyak peluang pekerjaan diwujudkan di Kelantan ? Untuk ini, kerajaan Kelantan tiada alasan untuk berdolak dalih. Apa kah negara Kebajikan itu kalau rakyat Kelantan di luar bandar diabaikan ?

    Dan sekali lagi saya ingin menyentuh tentang Tun Dr M. Y.A.B Dato Seri Nik Aziz Nik Mat pernah beberapa kali memuji Dr M kerana semasa menjadi PM, Tun Dr M telah meluluskan grant RM600/- juta untuk projek bekalan air Kelantan. Ini dibuat walaupun Kelantan diperintah oleh PAS. Tun Dr M memperlihatkan sifat ": statesmanship " atau kenegarawan bila bertinadk atas kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman politik. ( Sila cari dalam youtube pujian Nik Aziz pada Dr M )

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  38. Sdra Knight of Saladin,

    Ramai terpesona dgn cara penulisan pena Saudara. Tapi di adlam satu tulisan Sdra itu, Sdra ada kata nak bagi analisa kritikal Tun Dr. M ? Mana analisa kritikal itu ? Yg saya tengok tulisan Saudara pujian melambung tinggi pada Dr Mahathir ? Saya tak kata pujian itu tak patut, memang pun yg Sdra kata itu betul, tentang yang baik terhadap Dr. M.

    Harap dapat Sdr menganalisa pemerintahan Dr M dgn kritikal sebagaimana yg Sdra kata tempoh hari. Jangan nak membedalkan PAS saja.

    Wassalam,

    - Yg menunggu

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum pada Saudara di atas,

    Saya akan membuat analisa kritikal pemerintahan Tun Dr M nanti. Terima kasih di atas peringatan berkenaan.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  40. Sdr Knight of Saladin,

    Pendapat kitak tentang demonstrasi anjuran Bersih ya, apa kita nyokong jak kah ? Bukan kah tujuan baik ? Utk transparen pilihanraya klak. Apa pandangan ?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum,

    Sebagai rakyat Malaysia yang berkecuali dan tidak memihak pada mana mana parti politik, saya mencabar mana mana pemimpin pembangkang dan pihak Bersih menjawab soalan soalan saya yang juga berbentuk cabaran ini :

    (1) Apa bukti pilihanraya kita kotor ?
    (2) Mana bukti penipuan itu, sila bawa ke Mahkamah ?
    (3) Mengapa sejak saja pilihanraya ke 12 yang lalu tamat pada 8hb. March 2008, pemimpin pembangkang tak ada memfail apa apa di mahkamah sebaliknya mereka itu iaitu pemimpin pembangkang bertepuk gembira kononnya itu " unprecedented victory " untuk mereka ?
    (4) Ada banyak kes-kes lampau di mahkamah di mana Mahkamah menghakimkan yang terdapat beberapa perkara tak betul dalam pilihanraya dan memerintah pilihanraya semula di beberapa kawasan. Ini membukti Mahkamah bebas. Jadi mengapa tak failkan petisyen selepas PRU 12 yang lalu ?
    (5) Pamerkan electrol roll, apa yang tak kena ?
    (6) Apakah pilihanraya yang kononnya kotor dan tidak adil ini membawa pada kemenangan parti DAP di Pulau Pinang, PAS di Kedah dan kelantan, dan PKR di Selangor ? Jadi adakah ini bermakna kemenangan pembangkang di negeri negeri ini tidak sah jugak ?
    (7) Bukan kah Tun Dr Mahathir dulu juga berhasrat untuk mengambil balik Kelantan pada BN tapi beliau masih gagal pada tahun 1999. Malah di dalam ucapan kemenangannya Tun Dr M menghormati keputusan rakyat Kelantan ketika itu yang masih memilih PAS. Semua calon BN Kelantan kalah kecuali Tengku Razaleigh Hmazah. Ini penipuan jugak kah ? Tun Dr M kecewa tetapi kerana atas dasar ikhlas ingin melihat Kelantan tidak tertinggal dari segi " Cabinet representation " beliau melantik Dato Mustapha Mohamad dan beberapa pemimpin Kelantan yang salah sebagai Senator supaya mereka boleh jadi menteri kabinet Persekutuan.
    (8) Mana ada pengundi hantu ? Apa yang hantu di sini ? Lihat penjelasan SPR yang menyatakan usaha dibuat untuk menyisih dan membuang nama nama orang yg dah meninggal.

    (9) kalau pun ada kes di mana orang yang meninggal dikatakan mengundi, ia merupakan kes terpencil iaitu bilangan yang terlalu kecil dan tak memberi kesan pada keputusan pilihanraya mana mana kawasan. Saya cabar sesiapa beritahu saya yang terdapat mana mana ahli parliamen ataupun DUN yang menang atas " pengundi hantu " Sila beritahu saya sekarang
    (10) Tidakkah SPR introduce " good measures " from time to time, misalnya kotak undi yang transparen.
    (11) Ada cadangan SPR untuk penambah baikan misalnya biometrics. Ini bermakna sebelum seorang itu membuang undi, ia akan memberi cap jari pada " biometrics " itu. Ini bermakna ia tak boleh mengundi dua kali. Kenapa orang " Bersih " ini tak menyokong langkah saintifik ini ?

    Mana bukti pilihanraya tidak bersih ? Ada kala BN tewas di beberapa kawasan dengan undi kecil, tak pun mereka menuduh penipuan. Apakah kalau pembangkang menang beberapa kerusi baru pilihanraya di situ bersih ? Kalau kalah maka ia kotor.

    Jangan kita dijadikan alat untuk meeka yang durjana ini. Kononnya nak membawa " Tahrir square " ke negara ini. Beritahu saya apa persamaan Malaysia dengan Mesir masa lalu ? Hosni Mubarak ialah pemimpin kejam, yg menangkap dan menindas dan juga membunuh rakyat sendiri, termasuk beberapa tahun lalu. Sila bagi fakta dan bukan tuduhan kosong. Adalah rakyat kita banyak hidup di kawasan parit dan setinggan buruk macam di Kaherah ? Adakah ada kebanyakan kita tak boleh membeli roti atau nasi dengan mudah ? Adakah ada di antara kita yang " disappear " atau hilang macam yg berlaku pada rakyat Mesir zaman Hosni Mubarak ?

    Saya akan menulis lagi, kali ini saya akan menyatakan setengah orang Melayu terlalu emosional dalam berpolitik dan menjadi alat pada mereka yang hendak membakar negara ini semata mata untuk nafsu seorang, yang namanya pun saya tak akan sebut dan orangnya pun saya tak kan hormat.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  42. PEMBETULAN DI ATAS

    "....beliau ( Dr M ) melantik Dato Mustapha Mohamad dan beberapa pemimpin Kelantan yang kalah sebagai senator supaya mereka boleh menjadi menteri kabinet persekutuan...."

    Harap maklum

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum, Sdr Knight of Saladin?

    Saya ingin btanya saudara secara tulus mengenai pendapat saudara mgenai kejadian Memali 1985 di Baling, Kedah.

    wassalam.

    ReplyDelete
  44. PERISTIWA DI PERAK - ANTARA PENGAJARAN DAN PERSIAPAN

    Saya ada banyak sahabat samada dalam UMNO atau PAS. Saya menghormati mereka. Ada yang seangkatan dengan saya semasa menuntut di universiti dan ada yang dah jadi EXCO misalnya di Kelantan. Saya juga kadangkala berjumpa sahabat saya yg dah jadi EXCO Kelantan ini dan menyertai beberapa program misalnya yang membabitkan anak yatim. Saya sangat suka anak yatim, bila terlihat mereka, timbul keinsafan pada diri kita yang mendapat nikmat ALLAH yang terlalu banyak. Kita ada ibu bapa dan terdidek dengan sempurna. Bagi anak yatim, ini ialah ujian ALLAH pada mereka tapi yakinlah yang ALLAH itu MAHA ADIL. Antara anak yatim yg pernah menyertai program saya, sekarang ada di antara mereka yang baru keluar universiti dan ada peluang pekerjaan baik. MAHA Suci ALLAH yang MAHA PEMURAH DAN MAHA PEMBERI REZEKI.

    Berbalik pada PAS dan UMNO ini, saya lihat yg perlu ada constant line of communication among them. Saya menghormati banyak pemimpin PAS tetapi ada yg saya kurang minat sikit, bukan kurang hormat : )

    Misalnya Dato Seri Nizar Jamaludin bekas MB Perak. Beliau banyak kali bersikap keanak anakan. Tiada sikap statesmanship seperti Dr Mahathir. Peristiwa di Perak itu menunjukan sikap keanak anakan beliau. Beliau pada tahun 2009 bulan Februari tahu yang beliau sudah tidak ada majoriti di DUN Perak. Beliau juga tahu yang Sultan Perak ada pilihan menurut perlembagaan samada hendak membubar DUN dan memanggil pilihanraya atau pun melantik Mentri Besar baru. Sultan Azlan Shah memnggunakan budibicara Sultan mengikut pertimbangannya sendiri dan melantik Mentri Besar baru. Ini kerana Dewan Undangan Negeri tidak dapat dipanggil bersidang kerana Speaker dari DAP masa itu iaitu Sivakumar enggan memanggil persidangan.
    Kalau Sultan Azlan Shah tidak melantik MB baru maka akan berlaku stalemate dalam negeri Perak. Akan ada seorang MB yang hilang majoriti di DUN tetapi tak dapat ditukar sebab Speaker tak mahu menaggil DUN bersidang.

    Sebenarnya dari segi perundanag, perkara di Perak itu bukan yg pertama berlaku di Malaysia ataupun di dunia ini. Di Sabah, pada tahun 1995 parti PBS menang tipis pilihanraya negeri. Sebulan kemudian ada YB YB yang meninggal PBS dan sokong BN. Datuk Seri Panglima Pairan Kitingan menasihatkan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah masa itu iaitu Tun Said Keruak supaya membubarkan Dewan sekali lagi untuk pilihanraya sekali lagi setelah sebulan pilihanraya lalu baru selesai. Tapi TYT enggan dan sebaliknya menyatakan yang PBS telah hilang majoriti. Lalu Tan Sri ( sekarang Tun) Sakaran Dandai jadi ketua Menteri baru. Yg jelas di sini Datuk Seri Panglima Pairin tidak mengamuk macam DS Nizar. DS Pairin genteleman dan beliau memberi laluan pada TS Sakaran Dandai dan penyerahan rasmi dibuat dengan senyuman dan ia dilaporkan di media massa.

    Di England pada tahun 1990 terdapat rebellion dalam Parti Conservative di mana PM Margaret Tachter hilang majoriti ahli partinya sendiri dalam House of Commons. Beliau memberi laluan pada John major untuk jadi PM yang baru. Tidak pun Queen Elizabeth membubar Parliamen dan mengadakan pilihanraya.

    Ini semua menunjukkan penggunaan budi bicara yang etrdapat dalam undang undang. sultan Azlan Shah ada budi bicara diraja, begitu juga Tun Said Keruak TYT Sabah pun ada budibicara dan Queen Elizabeth. Tidak ada seorang pun dari PM atau KM tersebut marah dan bersikap macam kanak kanak sebagaimana DS Nizar Jamaluddin dari PAS Perak itu.

    Saya malu melihat orang PAS yang berdemonstrasi di Perak ketika itu. Ada yg baring di atas jalan untuk menghalang konvoi Raja Muda Nazrin Shah ke masjid semasa Raja Nazrin nak bersembahyang Jumaat. Itu lah orang yang taksub, orang DAP tersenyum tersengih sengih tengok penyokong fanatik PAS yang berbaring di atas jalan itu, dan yang DAP itu meneruskan business mereka membuka kedai sementara orang kita lah yang berbaring di atas jalan itu. Saudara fikirlah sendiri bagaimana malunya setengah orang kita yang dipermainkan oleh orang lain.

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum wrbt pada saudara di atas.

    Ya, saya akan menjawab peristiwa al Marhum Ibrahim Libya di Memali itu. Beri lah masa pada saya untuk recapture yg berlaku itu. Terima kasih

    ReplyDelete
  46. alhamdulillah.terimaksih saudara kerna respon.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum wrbt.

    Sebelum saya menulis tentang As Syahid Al Marhum Ibrahim Libya dan pengikut pengikutnya yg gugur syahid di Memali pada tahun 1985 bulan Februari ( kalau tak silap bulan ) itu, saya sadaqahkan Al Fatihah pada mereka semua. AL Fatihah.....

    Saudara, peristiwa syahid itu berlaku bila Tun Dr Mahathir berada di luar negara dan Menteri hal Ehwal dalam negeri ketika itu ialah Datuk ( skrng Tun ) Musa Hitam. kalau tak silap saya juga, Ketua Polis Negara itu Tan Sri Hanif Omar ( skrng jugak Tun ) berada di luar negara kerana belajar ijazah undang undang.

    Di pagi Februari 1985 itu satu sqaurdon polis telah pergi ke kampung Memali di Baling kerana mendapat laporan yg kononnya Ibrahim Libya melatih pengikut pengikutnya menentang kerajaan di situ. Perkampungan Ibrahim Libya itu iaitu berbentuk madrasah dan surau di dalamnya telah dikelilingi oleh polis. Mereka menyuruh Ibrahim Libya keluar sedangkan Ibrahim Libya tidak melakukan kesalahan apa apa.

    Satu arahan diberi oleh Menteri Hal Ehwal dalam negeri untuk pihak polis menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya dan menggunakan kekerasan jika perlu. Terjadilah tembak menembak, tembakan cuma dari pihak polis kerana pihak Ibrahim Libya tidak bersenjata api. Tetapi ada di kalangan polis yg terkena peluru sesat sesama sendiri dan ada kematian 4 anggota polis dan 10 pengikut Ibrahim Libya termasuk beliau sendiri yg mati.

    Pihak polis tidak menemui apa apa senjata di sana dan yang direka reka cerita ialah kononnya pedang dan parang dijumpai. Kononnya buluh runcing dijumpai. Arahan untuk " go in " ini dikeluarkan oleh Mneteri Hal Ehwal dalam negeri Musa Hitam. Berpuluh puluh pengikut Ibrahim Libya yg masi hidup di tahan di bawah ISA tetapi PAS mengambil tindakan Mahkamah iaitu permohonan habeas Corpus dan Mahkamah memerintah supaya pengikut-2 ini dibebaskan kerana mereka tiada melakukan apa apa kesalahan. Dr Mahathir tidak tahu apa apa sehingga kejadian selesai berlaku kerana beliau berada di luar negara.

    Kerajaan mengeluarkan satu kertas putih mengenai insiden Memali ini tetapi pimpinan PAS masa itu menolak kertas putih dan mendesak supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian berkenaan. Kerajaan tidak menubuh suruhanjaya berkenaan atas sebab sebab yg diketahui oleh Kerajaan sahaja.

    Ini merupakan antara isu isu yg merenggangkan hubungan antara Dr M dan Musa Hitam, dan banyak isu isu lain. Sebab itu Musa Hitam meletakkan jawatannya pada tahun 1986 dan menentang Dr M.

    Ada beberapa buku ditulis yang mengulas kejadian Memali ini. Antaranya ialah buku " Musa Derhaka " yg ditulis oleh saudara Syed Hussein al Attas yang menyalahkan Musa Hitam atas kejadian berkenaan. Musa Hitam cuba mengambil tindakan undang undang terhadap saudara Syed Huseein tetapi gagal.

    Jadi saudara boelhlah buat andaian sendiri siapa yg bersalah di atas kejadian Memali itu. Musa Hitam juga seorang yg idak bertanggungjawab, baru baru ini Sime Darby yang di mana beliau menjadi pengerusi hilang RM1.4 billion ringgit. Beliau dan pengurusan Sime Darby dan Board of Directors tidak resign, yg hanya resing ialah CEO mereka.

    Penglibatan Musa Hitam dalam Memali ialah tindakan beliau dan tidak boleh mengambar pimpinan Dr Mahathir. Malah sepanjang Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri, banyak pertelingkahan di antara mereka dan Memali bukan salah Dr. M. Saya yakin saudara juga bijak membuat andaian ini tentang siapa yg bersalah.

    Cuma saya nak tanya sikit pada pemimpin PAS - Tabung Memali dulu apa khabarnya sekarang ? :)

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum wrbt.

    tabung memali..yang mengurus tabung yg harus menjawab.orang bertanyakan.mmmmm..sebut2 pasal 'tabung' nie memang slalu jak macam2..amanah harus kepabali kepada amanahkan? terimakasih..


    wassalam..

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum Saudara di atas,

    Marilah kita mendoakan yang As Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya yg gugur mempertahankan kawasan kediaman mereka. Dan juga mendoakan semoga ALLAH mengampunkan anggota polis yang terkorban itu, mereka cuma menjalankan arahan yg diberi oleh Menteri Hal Ehwal dalam Negeri itu. Walaupun arahan itu ialah arahan yang tak sah dan salah dan menzalimi orang lain.

    Pernah saya terbaca dalam akhbar Harakah di mana beberapa tahun yg lalu masa Ustaz Datuk Fadhil Noor masih hidup, beliau telah pergi umrah dan bila balik beliau dalam flight penerbangan yg sama dengan Musa Hitam. Musa Hitam sengaja mengelak nak bertemu dengan Al Marhum Datuk Ustaz Fadhil Noor kerana nak mengelak dari berbincang peristiwa Memali di mana Musa Hitam sendiri yg menjadi dalang peristiwa itu.

    Saya juga minta maaf tentang bertanya pasal Tabung Memali tadi, saya percaya yg waris waris Memali itu ada mendapat pembelaan sewajarnya, dan itulah gambaran yang di beri oleh sahabat saya iaitu seorang pejuang PAS petang tadi. Saya pun meminta maaf pada sahabat saya itu dan saya tidak bermaksud untuk mempersoalkan tentang amanah kerana saya tahu kebanyakan Pemimpin PAS ialah mereka yang amanah amanah.

    Sahabat saya iaitu pejuang PAS tadi tersenyum dan bertanya jika saya berhajat untuk menderma pada Tabung Jihad PAS. Saya kata Insya ALLAH dan saya juga menyeru pada semua umat Islam untuk menderma pada Tabung berkenaan kerana tujuan nya ialah untuk perjuangan Islam. Saya tak kisah siapa yang berjuang itu, kalau UMNO berjuang untuk Islam itu baik,kalau PAS maka dipersilakan, dan hati saya lebih simpati pada perjuangan PAS yang betul kerana keikhlasan kebanyakan ahli mereka. Perbezaan pendapat saya dengan PAS dalam beberapa segi tak pernah memutuskan silatur rahim saya dengan sahabat sahabat saya dalam PAS. Walaupun mereka akan marah bila tahu yg saya katakan yg DS Nizar itu kebudak budakan. :)

    Wassalam.

    saya akan menulis lagi

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum,

    alhamdulillah,saya amat bsetuju pada pandangan saudara..sebaik2 balasan adalah pahala di sisi Allah swt..perbezaan pendapat adalah lumrah kehidupan.

    semoga Allah mengampunkan mereka.amin

    wassalam.

    ReplyDelete
  51. Sdra Knight of Saladin,
    Terima kasih atas memberi kebenaran fakta tentang kejadian yg berlaku di Memali. Sdra seorang intellek yg tulus, dan cuma menyatakan kebenaran. Saya berbesar hati yg sifat mengatakan kebenaran tebal di dlm diri Saudara, dan bukan macam setengah org yg hanya pandai mengampu kerajaan dan tetap mempertahankan pemerintah walaupun pemimpin mereka itu berbuat salah dan menzalimi org lain. Sebenarnya org pengampu ini lah yg akan menjadi satu sebab kejatuhan pemimpin itu, yakinlah.

    moga Sdra akan terus menulis menyatakan kebenaran dengan kesabaran. ( surah Al Asr )

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum wrbt,

    Bila saya di dalam satu Dewan Kuliah di universiti masa masa dulu, pensyarah saya pernah memberi satu pendidekan ilmiah yg berbentuk nasihat. Beliau memetik kata kata Imam Abu Hanifa pernah memberi peringatan untuk ulama dan ini pensyarah Islamic Jurisprudence. Petikan dalam Bahasa Inggeris :

    ".... Imam Abu Hanifa has always reminded the ulemas that once the Ruler knocks on their door, it would be a sign to be ever cautious. And once a Ruler turn friendly to them, then please be reminded that the Ruler may actually seek something in return..."

    Terjemahan dalam Bahasa Malaysia ".....Imam Abu Hanifa di zaman kegemilangan Islam di Baghdad selalu mengingatkan para ulama yang jika pemerintah itu sudah mengetuk pintu rumah mereka, maka berhati hatilah. Dan jika seorang pemerintah itu tiba tiba menjadi baik dan mesra terhadap kamu ( ulama ) maka percayalah yang ia sebenarnya hendak sesuatu dari kamu..."

    Kita fikir lah apa di sebalik nasihat ulama agung ini iaitu Imam Abu Hanifa.

    Wassalam,

    Saya akan menulis lagi

    ReplyDelete
  53. Sdra Knight of Saladin,

    T/ksih atas perkongsian ilmu. Indahnya Sdr membicara ilmu amanah ini. Ini drpd semua post sdr termasuk dlm forum Baitul Mal dan institusi Islam yg lain. Cara sdr tak setuju lain dari pembaca lain. Sdr menegur tapi memberi alternative. Sdr ada menyaran penambah baikan tapi yg tak mengurangkan peluang pencarian hidup org di situ. Sdr memberi pujian bila sudah ada kebaikan. Dan Sdr suka memberi jalan penyelesaian dan bukan mengutuk macam setengah orang.

    Teruskan penulisan pena yg mulia ini.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum wrbt.

    Antara " FAKTA SEJARAH MENARIK HARI INI "

    Richard the Lionhearted Raja England di kurun ke 12, yang memimpin Crusaders melawan Knights of Saladin ( Kesatria Sultan Salahuddin ) pernah berkata :

    "... Aku lebih rela Jerusalem dipimpin oleh seorang pemerintah Islam yg jujur daripada baron baron Eropah yang korup dan menindas.."


    Itu lah amtara penghormatan yg orang Kristian bagi pada org Islam pada zaman dulu kerana pemerintah Islam pada zaman dulu ialah mereka yang takutkan ALLAH dan dengan itu menjadi pemimpin yang jujur dan beramanah..."


    Sekian, untuk renungan kita.

    Saya akan menulis lagi

    Wassalam,

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum wrbt.

    FAKTA SEJARAH MENARIK HARI INI

    Di dalam beberapa pertempuran di antara Saladin dan Richard the Lionhearted, terdapat khabar angin yg sebenarnya Richard jatuh sakit. Sultan Saladin menghantar perisiknya memeriksa kesahihah berita itu.

    Apabila perisiknya mengesahkan khabar itu benar, maka Sultan Saladin menghantar beberapa doktor doktor Islam untuk masuk ke khemah Raja Richard dan merawat beliau hingga sembuh...."

    Saya nak tanya sekarang berapa kah di antara pemimpin Islam yang ada sifat ihsan terhadap musuh seperti Sultan Saladin ? Kita tahu jawapannya.

    Wassalam,

    Saya akan menulis lagi

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum wrbt.

    KNIGHTS OF SALADIN MENGULAS....

    Saya akan menulis tentang analisa kritikal Dr Mahathir pada lewat petang ini.

    Tujuan tujuan saya menulis tentang petikan petikan sejarah " Knights of Saladin " dan Sultan Salahuddin al Ayubi ini ialah untuk memberi model pejuang Islam yang berjaya. Dan tahukah kita yang Sultan Salahuddin ini juga seorang sufi ? Sebenarnya ini lah rahsia besar yg menyebabkan Richard the Lionhearted gagal merampas Baitul Muqqadis, atau Jerusalem dari gengaman Islam.

    Malangnya banyak umat Islam sekarang tak mahu belajar rahsia ilmu dan rahsia amalan orang zaman dulu, apa yg mereka sibuk ialah Akademi Fantasia, Raja Lawak atau Lawak King yang tak lawak pun ataupun not funny at all. Kenapa kita nak tegak duduk di depan TV dan nak memaksa diri kita ketawa dengan lawak lawak yang not funny at all itu ? Kita banyak yang tiada kekuatan dalaman. Minta maaf, saya akan bercakap dalam Bahasa Sarawak sebentar.

    Kita tok gago gilak dengan dunia, sik mauk menimba ilmu ilmu istimewa, sik mauk berhalaqah, berzikir, bertukar ilmu, membantu program program Islam, gago dengan fesyen rambut dan fesyen baju, gago nak carik reta sitok sia, ( bukan salah tapi jangan melampau carik harta ).

    Yalah kita lemah. Ilmu fundamental ne ada pada banyak kita. Ilmu teras Islam. Tauk feqah betul betul kah ? Banyak gik yang sik tauk ? Dan pemimpin kita, they are not doing much about it. Gago dengan politik jangka pendek sidak ya. Politik kekampungan bah.

    Berbalik ke Bahasa Malaysia standard, saya sudah lama memendam ini dan melihat kepincangan kita hari ini ialah kerana kebanyakan kita memberi priority pada benda benda yg tak penting. Mencari harta, bila bila masa boleh. Malah ALLAH galakkan mencari rezeki. Tapi bila mencari harta dan diri terabai untuk menjadi muslimin dan muslimah yg baik, itu sudah salah. Dan anak anak, saya nak tau kita tengoklah mat rempit di waktu malam, yg menagih dadah dan menagih arak pun ada, mereka itu siapa ? Orang kita kebanyakannya. Dan saya tak mau lah mengulas tentang institusi institusi Islam di Sarawak lagi. Kalau ada ulama ulama JAIS dan MAIS baca ini, tanya lah secara ikhlas, peranan Saudara saudari itu dari 8 a.m to 5 p.m saja kah ? atau ada sumbangan untuk meletak ummah dilandasan yang betul. Jangan harap ini tugas ulama luar kerajaan saja.

    Wassalam,

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  57. Sdr Knight of Saladin,

    Kebetulan saya baca kelmarin Utusan Malaysia di ruangan komentar pembaca. Apa yg dia kata hampir macam jugak dgn sdr kata. Orang kita menggemar program tv realiti dan yg tak berkualiti misalnya lawak jenaka yg rendah mutunya dan tiada nilai apa-2. Sik lucu pun. Mereka paksa diri mereka ketawa.Tapi yg tu lah menang juara.

    Ya lah mentaliti kita. Sik da nilai-2 kehidupan atau keaslian di situ.

    ReplyDelete
  58. Zaman Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri - Satu analisa dan kritikan

    Tun Dr Mahathir ialah seorang pemimpin yang hebat. Tetapi sebagai manusia biasa beliau juga tak lari daripada tersilap dan ada juga kelemahannya.

    Pertama, masa beliau mula-mula jadi PM, beliau telah memperkenalkan banyak reform. Antaranya dasar pnandang ke timur. Penilaian saya macam ini. Kalau nak diukur keselouruhannya Dasar Pandang ke Timur itu cuma berjaya dari satu segi yang kecil, yakni ia memperkenalkan kita pada Budaya Kerja orang Jepun yg rajin dan pemikiran Jepun yg maju ke hadapan. Tetapi dasar ini gagal mengubah sikap orang kita, saya nak tanya pada masa ini adakah mana-2 syarikat yang pekerjanya menjiwai dan mencontohi semangat rajin bekerja dan komited macam orang Jepun itu ? Tidak ada setahu saya.

    Dan Dasar Pandang ke Timur ini gagal untuk " transfer technological knowledge and know how " dari Jepun ke negara kita. Ini kita kena faham, bagi orang Jepun untuk transfer technology mereka pada orang lain adalah sesuatu yg mustahil. Kita mesti ingat " human resource, human capital and technology " adalah segala galanya bagi Jepun. Perang Dunia ke 2 meranapkan mereka, dan mereka membina dari kemusnahan dulu dan ada kala mencuri teknologi barat dan " re-innovate " atau membuat innovasi semula ke atas teknologi misalnya kereta, kapal, keretapi, peralatan electronic dan sebagainya.

    Yang kedua ialah Dasar Bersih, cekap dan amanah. Dasar ini berjaya dari segi menimbulkan kesedaran tentang perlunya integriti tapi perlaksanaan dasar ini terhalang kerana rasuah masuh menebal di pelbagai peringkat masa itu. Dan tiada mechanism untuk menyokong dasar ini. Akibatnya sektor awam masih dibelenggu rasuah dan banyak juga rasuah politik berlaku dihampir semua peringkat dan ini diakui oleh Tun Dr M sendiri di dalam ucapan Tun di beberapa perhimpunan agung UMNO di mana beliau menyatakan gejala politik wang, dan rasuah dalam semua peringkat kerajaan.

    Dasar Perindustrian negara. Dasar ini berjaya separuh tujuannya. Misalnya pada tahun 1990 Malaysia menjadi pengeluar air con yg terbesar di Dunia. Dan pengeluar micro chip yg hebat. Dasar perindustrian juga menukar shift daripada pertanian dan rakyat mula berkunjung ke bandar-2 untuk bekerja di kilang kilang.

    Tetapi dari segi untuk memajukan perindustrian berat seperti pengeluaran kereta, machinery, dan sebagainya dasar ini kurang berjaya. Sebab itulah kerajaan membeli syarikat pengeluaran kereta seperti Lotus pada tahun 1996 dan mendapat manafaat penuh dari teknologi ini. Walau bagaimana pun pada beberapa tahun kebelangkangan ini perindustrian berat di lihat mula menampakkan kejayaannya.

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  59. TENTANG PERUNTUKAN UNDANG-2 KOS GUAMAN MAHKAMAH SYARIAH DAN PEGUAM SYARIE

    Saya ada menyuarakan kebimbangan mengenai tiadanya undang undang khusus mengenai yuran guaman dalam forum " Baitul Mal dan Institusi Islam yg lain dan saya bimbang tentang kaum wanita yang teranaiya kerana kos guaman tinggi dan yuran guaman diambil dari nafkah mutaah mereka.

    Dengan izin ALLAH, Saya telah berpeluang untuk diberi penjelasan oleh sumber Mahkamah Syariah hari ini. Mereka memberitahu saya yang undang undang mengenai yuran dan kos guaman Syarie sudah dibincangkan dan draftnya menunggu kelulusan untuk diwartakan.

    Tahniah saya ucapkan pada Yang Amat Arif Hakim Besar Syarie Sarawak. Saya juga ada menyatakan yg saya sanggup menyumbang ilmu dan ideauntuk bagi input lebih, itu pun kalau dikehendaki berbuat demikian. Saya mula nampak keadilan untuk wanita wanita yg dibelenggu yuran guaman yg tinggi dan juga harapan keadilan untuk wanita yg mendapat nafkah mutaah, supaya nafkah itu jangan dipotong dari mereka kerana mereka yg mengalami kesengsaraan dalam perkahwinan yg gagal itu.

    TAHNIAH YANG AMAT ARIF HAKIM BESAR SYARIE DAN MAHKAMAH SYARIAH SARAWAK

    Wassalam.

    ReplyDelete
  60. PANDANGAN BEBAS SAYA MENGENAI BERSIH

    Pada 23/6/2011 jam 9.52 p.m. saya ada menulis pandangan saya tentang demonstrasi yg nak dianjur oleh kumpulan " Bersih " ini. Hari ini masa saya makan tengahari dgn rakan dan sahabat, ramai yg bercakap mengenainya, bukan menyokong tapi masih hairan kenapa " Bersih " ini masih berdegil nak teruskan demo ini.

    Biarlah saya bagi lebih lagi pandangan ini. Saya rasa semua pembaca tahu saya berkecuali dari politik dlm semua hal dan perkara. Ini pandangan objektif saya.

    Bersih akan gagal. Sebab dari cara mereka beroperasi, saya dah tahu kelemahan mereka. Dlm post saya yg lepas, saya mencabar pemimpin Bersih memberi bukti yg pilihanraya kita kotor. Tak ada jawapan. Saya layari website pembangkang dan pro pembangkang dan Bersih sendiri. Saya masih tidak lihat bukti yg pilihanraya kita tak bersih.

    Sebenarnya mereka dlm Bersih itu bermimpi kosong. Mereka kata mereka dapat inspirasi dari Timur Tengah. Di sini saya akan beri perbezaan yg lebih lanjut lagi.

    Demonstarsi Timur Tengah itu berlaku " spontaneously " sebab berpuluh puluh tahun mereka ditekan dan hidup dihimpit penderitaan dan kemiskinan. Dan tiada pilihanraya credible di sana. Di Tunisia, demonstrasi berlaku spontan bila seorang penjaja membakar dirinya. Ceritanya macam ni. Dia ni dibuang kerja dari syarikat. Dan nak buka menjaja. Dia pinjam duit dan beli peralatan menjaja. Tiba-2 penguatkuasa perbandaran tanpa amaran merampas gerai dia, dan seorang wanita menampar dia. Dia jadi muflis serta merta. Dan tiada duit nak bayar pinjaman dia dan tiada cara dia nak bagi makan pada keluarga dia. Jadi dia kecewa dan membakar diri di hadapan pejabat kerajaan. Rakyat Tunisia yg lama tertekan dah tak tahan lagi lalu mengamuk, dan menjatuhkan presiden dlm masa 10 hari sahaja.

    Di Mesir cerita hampir sama. Tekanan hidup rakyat miskin, hard core poor yg tinggal di setinggan dan pesisir sungai dan parit. Semua pilihanraya presiden lalu tipu, Hosni Mubarak menang besar 99% undi setiap masa. Boleh percayakah kita ?

    Tapi yg demonstrasi ini semua berlaku spontan, tak perlu ada kempen kempen seperti Bersih ini yg dah awal awal menetap 9hb. Julai ini. Kalau betul rakyat kita tertekan dan tertindas dan pilihanraya tipu, rakyat tak perlu tunggu pun 9/7/2011. Mereka boleh buatnya sekarang.

    Tapi kenapa pihak " Bersih " ni pilih 9/7/2011 ? Ya, ini kita kena faham. Ini kerana mereka tidak ada momentum rakyat sekarang dan mereka cuba nak membina momentum. Jadi hakikatnya ialah rakyat kebanyakannya tidak ada masalah dgn kerajaan sekarang. Orang Melayu dan Islam lagi akan marah dengan Bersih dan pembangkang itu. saya dah tanya banyak orang Melayu, mereka meluat melihat semua agenda " Bersih " ini.

    Dan kita lihatlah siapa yg anjurkan " Bersih " ini ? Ini adalah mereka yang suka mengeji institusi kita, menghina agama kita, merendahkan orang Melayu, membesarkan perkara yang tiada ? Kalau kita na tahu, hakikat yang sebenarnya ialah ramai orang Melayu tak sabar nak tunggu pilihanraya supaya mereka boleh mengundi pembangkang yang banyak melukakan hati orang Melayu dan Islam di negara kita.

    Cuba lah tengok nanti. " Bersih " akan gagal. Sebab tiada pun momentum kuat sekarang. Dan selagi orang Melayu tak ikut sama, ia akan gagal dan malah memalukan penganjurnya. Ini pandangan objektif saya. " Bersih " DAN pihak berkepentingan takut pilihanraya sebenar akan menyaksi mereka tumbang. Sebab itu PR kata mereka tak akan bubar DUN masing masing jika pun PRU 13 diadakan. Mereka dah tahu isyarat yg sebenarnya dari orang Melayu.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  61. PEMBETULAN DI ATAS

    " yang sebenarnya orang Melayu tak sabar tunggu pilihanraya supaya mereka boleh MENGUNDI KELUAR pembangkang yang banyak melukakan hati orang Melayu dan Islam di negara kita...."

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  62. orang2 melayu/PERIBUMI telah diluka oleh bangsanya sendiri..mereka hanya mahu kerajaan melakukan beberapa pembetulan dalam pentadbiran kerajaan..tetapi hampa kerna suara mereka tidak diendahkan.mereka sekadar mahu kerajaan mereka perihatin terhadap nasib peribumi/rakyat.selama ini siapa yg menyokong kerajaan kalau bukan melayu/peribumi..siapa dibelakang pemimpin kalau bukan melayu/peribumi?rakyat bukannya mau mercedes mata belalang siap dgn driver, rumah banglo siap dgn pengawal,lembaga pengarah sana dan sini siap dgn elaun,pangkat,yb, dato,dato' sri',dato amar',tan sri.!rakyat tidak perlu itu semua!RAKYAT dilukai kerna hak2 mereka telah diketepikan oleh manusia yg bernama pemimpin dan apabila amanah telah menjadi panah beracun menikam rakyat sebaliknya.rakyat terkilan kerna terpaksa menanggung kos sara hidup yg meningkat sedangkan pemimpin hidup seperti raja bukan satu tapi hampir satu Malaysia pemimpinnya serupa.

    parti pembangkang hanya menangguk di air keruh sahaja.tiadalah mampu tanpa rakyat dibelakang.

    apabila pemimpin salah mendidik maka terjadilah sebaliknya ke atas rakyat..maka pemimpin pun menyalahkan rakyat.!sejarah berulang!pimpinlah melalui tauladan!

    wassalam


    zaman dulu bertikar pucuk,
    zaman ini bertikar menkuang,
    zaman dulu kita dipujuk,
    zaman ini kita dibuang,

    mengkuang kononya kayu Petani,
    tersandar dikayu kelat,
    terbuang sudah rupanya kami,
    bagai ikan diluar belat!

    hikayat awang sulung.

    ReplyDelete
  63. "kejahilan tidak akan dapat memadam kejahilan"
    kita bukan menentang atau melawan TAPI yang kita mahu adalah PERUBAHAN!!!KEJAHILAN HANYA DAPAT DIPADAM DENGAN KEBENARAN...!!1

    wassalam.

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum wrbt

    Saya menghormati pandangan saudara SS di atas. Tapi isu di sini ialah pilihanraya yg dikatakan tidak bersih itu. Mana buktinya ? Kalau dikatakan undi pos yg tak bersih, bukankah ada pemimpin pembangkang yg menang dgn undi pos misalnya di Kedah dan Kelantan.

    Saya percaya pada evolusi dan bukan revolusi dan cara org " Bersih " ini ialah cara revolusi yang mengundang keganasan.

    Saya tak nafikan yg ada pemimpin sekarang yg tak amanah dan perlu diperbetulkan. Tapi tukarkanlah mereka dengan yg amanah melalui mesyuarah dan asalkan mereka pemimpin dari parti yg memperjuangkan Islam itu boleh saya terima. Bukan kah kita ada juga pemimpin bangsa kita yang amanah dan bertanggungjawab ?

    Betulkah orang Melayu melukai bangsanya sendiri ? Jika orang melayu melukai bangsanya sendiri, tukarkan pemimpin tersebut dengan pemimpin Melayu Islam yg amanah dan bertanggungjawab. Melalui mesyuarah.

    Org Melayu bangsa pejuang, kita yg memeerdekakan negara ini dari British. Kita yg mendaulatkan Bahasa kita, pembangunan bangsa kita. Lihat pemimpin " Bersih " itu ? Mereka suka dgn bangsa kita kah ? Dan agama kita ? Kita harus melihat semua ini dari overall perspektif, jangan kerana kita marah dengan sebilangan pemimpin yg tak berguna dan sebab itu kita membiarkan orang lain memusnahkan bangsa kita. Tidak payah saya sebut satu persatu hakikat apa yang orang di dalam " Bersih " itu buat pada bangsa dan agama kita. Mereka menghina kita terang terang di siang hari. Itu realiti check yang sebenarnya. Isu di sini ialah mana bukti yg pilihanraya kita tak bersih ? Di Kelantan, ramai pemimpin PAS yg menang undi pos. Apakah itu jugak penipuan ? Di Penang, pemimpin pembangkang yg menang undi pos adakah itu penipuan pilihanraya ? Kita jangan nak ber retorik di sini. Buktikan. Otherwise, demonstrasi anjuran bersih itu ialah satu penipuan besar pada dunia.

    Dan saya belum lagi mengulas pilihanraya setengah parti politik itu sendiri.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum wrbt.

    HAKIKATNYA DI SINI

    Selepas pilihanraya ke 12 pada 8hb. Mac 2008 pemimpin pemimpin pembangkang bukan main gembira lagi. Mereka menang 80 kerusi parliamen, dan 5 negeri. Mereka bersorak, seorang dari mereka kata " ini unprecedented victory ". Sila lihat akhbar STAR, NST, tarkih 10hb. Mac 2008. Tiada seorang pun buat rungutan yg pilihanraya itu " tipu " dan tak bersih. Semua bersorak gembira. Tiada petisyen difailkan. Parti majlis kemenangan di sana sini.

    Dan hampir kesemua by election selepas tu dimenangi pembangkang. Lagi bertepuk gembira. Keluar dalam media yang " This is a sign the people are moving in the right directions. The people have spoken. They want change.."
    Kenapa masa tu tak ada sebiji rungutan pun yang pilihanraya kita tipu. Kenapa ? Alasanya mudah. Sebab mereka iaitu pembangkang menang.

    Dan bila momentum mereka terhenti, dan kalah banyak by elections yg seterusnya, mula lah gelisah. Mula nak tengok kiri kanan, depan belakang, dan cari silap SPR. Mula nak kutuk undi pos. Mula nak kata campaigning period pendek sangat. Muka nak cakap pasal politik wang dan use of government macinery to buy votes. Yang dia orang buat kat Hulu Selangor tu apa, kerajaan negeri Selangor mengguna advantage of being the government of the day, dan menggunakan kuasa dan mengumumkan projek sana sini untuk beli rakyat. Kerajaan Penag buat apa di by elections di sana ? Bukan kah mereka guna " incumbency advantage " juga ?

    Sekarang pemimpin " Bersih " itu nak cari momentum, sebab " momentum is low now. " Tanya banyak orang, mereka minat kah nak join perhimpunan haram ini ? Sebab itu " Bersih " harus pandai menutup kepura puraan mereka, mereka menetap 9/7/2011 kerana nak provoke rakyat join sama.

    Ini langsung tidak sama dengan Tunisia, Mesir, dan beberapa negara Timur Tengah yg lain. Tidak perlu kempen, rakyat dah muak dengan kerajaan dan pemimpin, dan mereka berdemonstrasi secara spontan.

    Dan hasilnya ? Adakah kerajaan Tunisia dan Mesir sekarang kerajaan yang rakyat nak atau pun hanya sebilangan pegawai tentera dan jawatankuasa kestabilan negara masing masing ? Ini kita perlu bertanya ikhlas. Mana pembaharuan itu ?

    Apa yg saya lihat pada " Bersih " ialah mereka yg menipu dan mengelirukan dunia.

    ReplyDelete
  66. waalaikumsalam wbt.

    saya tetap bersetuju dan menghormati pandangan saudara 'revolusi bersih'itu 1 kejahilan mana mungkin dpt dipadam dgn kejahilan,terdapat byk kejahilan dlm pemerintah semasa dan mana mungkin juga dapat dipadam dengan 'revolusi bersih'.rakyat/bangsa tersepit di antara kepentingan pemimpin bpolitik.politik untuk rakyat/bangsa/agama bukan untuk peribadi dan kroni.

    pilihanraya kita tak bersih,pendapat saya kedua2 pihak adalah sama.jika parti sekarang yg memerintah negara/negeri tidak telus dlm pilihanraya apa bedanya dgn parti pembangkang yg memerintah negeri.tidakah ada beza cuma 1 isu.isu penipuan terhadap rakyat..rakyat dikotak-katikkan.

    "Bersih" vs "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"slogan2 diatas hanya adlah untuk kebaikan rakyat..sejauh mana ketelusan dan kebenaran????atau kedua2nya adalah sama sahaja setakat slogan...dan seterusnya hanya slogan.yang pasti slogan berkepentingan kepada yg duduk dikerusi parti.

    rakyat disuruh sabar dan redha menerima keadaan krisis kenaikan harga barangan dan sebagainya dan rakyat diajak berjimat.adalahkah mereka pemimpin redha dengan pendapatan mereka atau redha dengan pangkat mereka atau mereka begitu rangkus menambah pendapatan dan kuasa mereka melalui slogan2 dan syarikat koperat mereka.(termasuk parti memerintah dan pembangkang).

    pembangunan untuk rakyat adalah slogan tp yg menanggung beban pun rakyat!adakah mereka menaggung beban atau mereka mengaut keuntungan!!
    sepatutnya "rakyat dibangunkan"!

    tidak dinafikan memang ada pemimpin yg amanah cuma ratio mereka adalah sepeti sapi yg berbulu putih cuma 1 sahaja yg bulunya hitam..itulah yg amanah..kerna takut akan azab tuhannya.

    rakyat itu penyabar,
    kerna kesedaran nurani yg dalam,
    rakyat hanyalah penonton,
    segala perbuatan pemimpinnya di atas pentas bangsanya,
    rakyat akan mudah faham,
    akan kesilapan pemimpinnya,

    sebab rakyat adalah rakyat,
    adakah pemimpin yg berjiwa rakyat?

    wassalsm.

    ada masa akan bersambung...

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum wrbt.

    Terima kasih Saudara SS. Saya menghormati pendapat Saudara. Banyak yg benarnya.

    Macam ni lah. Kita tunggu dua perkara, satu ialah penjelasan dan cadangan pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan satu lagi ialah Pilihanraya.

    Saya tetap berkecuali dalam semua hal. Saya rasa yg perlu ialah evolusi atau satu perubahan ke arah kebaikan. Berdasarkan banyak pemerhatian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ( PBB Dunia tapi bukan PBB parti Tok Uban ) tiada pernah pun mereka mengatakan pilihanraya Malaysia tidak bersih.

    Kita tengok macam ni lah. Setiap kali selesai pilihanraya umum, maka negara kita akan menerima ucapan tahniah dari banyak pemimpin dunia. Itu pun satu indicator.

    Tapi saya sangat bersetuju dengan pendapat Saudara SS tentang banyak institusi institusi Islam di Sarawak yang perlu diubah. Saya nampak di tahap lama. Saya nampak beberapa penyelewengan di sana. Saya nampak ketidak puasan hati rakyat yg memang berasas. Saya sedih.

    Saya rasa sedih sebab dalam satu post ada Saudara kita kata macam ni di forum tentang " No flyover for Satok dan komen ini berbunyi macam ini "... ALLAH membuka pintu hati setengah umat Islam untuk menderma pada Baitul Mal tapi Baitul Mal membuka pintu peluang pada kroni iaitu kontraktor untuk buat keuntungan...." Saya tersentak membaca komen macam itu. Kalau lah ada kebenarannya, kenapa kita yagng membaca nya tak rasa malu dan kesal.

    Saya menghormati banyak pendapat. Saudara SS ada pandangannya. Mungkin ada asasnya. Saya menghargainya. Cuma yang saya tak akan menghormati ialah bila institusi institusi ini ditegur, kenapa mereka tak mahu menerima teguran dan pandangan yang baik ? Kenapa harus " Go with the old ways ". Saya dan rakyat keseluruhan memandang dengan penuh kejelikan mereka di dalam LAKMNS. Kenapa mengkayakan diri di situ ? Apa justifikasi anda ? Itu sudah terang terang salah. Saya tak tahu jika banyak rakyat percaya pada evolusi seperti saya. Kalaulah penyalahgunaan kuasa ini berlarutan, jangan bersedih jika rakyat melakukan tindakan drastik. Termasuk menyingkirkan mereka yang menyalahguna kuasa di situ. Kita jangan underestimate apa orang boleh buat. Rakyat Mesir dulu disindir sinis oleh Barat kerana tidak berbuat apa apa dengan pemimpin yang korup. Mereka disindir dengan panggilan " A nation always in waiting. " Kerana tak berbuat apa apa dan passive dalam negara yang diratah mentah mentah oleh Firaun zaman moden yang bernama Hosni Mubarrak.

    Tetapi bila mereka berrevolusi lihatlah di mana pemimpin pemimpin itu sekarang. Bila ALLAH menyebut " Kun fa ya kun ", maka duit berbillion mana pun, Lembaga Masjid yang megah mana pun, akan hancur dengan orang yg menyeleweng itu. Insaf lah sekarang sebelum terlambat. Dan sebelum rakyat menginsafkan anda.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  68. Salam.

    Saya setuju dgn pendapat Sdr Knight of Saladin. Pembangkang cuba membina momentum kerana momentum itu sudah hampir tiada. Dan saya tambah ialah - Anwar Ibrahim lah yg behind semua ini. Kalau bermaruah, letak je jawatan sebagai pembangkang selepas peristiwa video tu. Why now nak kata election tak bersih. Yg dia dan anak dia mennag tu, yg tu tak bersih jugak kah ? Kalau tidak, apa guna sekarang nak kata pilihanraya itu tak bersihlah. Kenapa tk report bila PRU 12 itu selesai dulu ? Yg tu semua mereka bertepuk gembira, terllau suka malah nak plan pulak pembohongan siri pertama iaitu nak ambil alih pada 16 September 2008 konon konon. Dan pakai duit pulak tu. Dan selepas tu banyak lagi pembohongan nyata.

    Yg anak dia tu, apa istimewanya ? Saya tak tengok Nurul Izzah tu pemimpin kaum muda, saya tak pernah dengar pun idea yg bernas dari dia untuk org muda. Dia tu terhegeh hegeh di situ saja. Pendidekan pu bukan yg out standing. What is so good about her. Kita tengok lah apa keputusan lembah pantai nanti. Apa dia buat untuk kawasan dia ? Masalah penjaja ? Yg tu pun berlambak lambak. Masalah parit ? Yg tu masih ada. So jangan lagaklah.

    ReplyDelete
  69. Assalamkm.

    Beginilah. Jgn sokong Anwar dan kuncu-2 nya. Dia sudah sesat dgn fahamannya. Dan skrng menyesat orang lain pula.

    Wassalam,

    - Pejuang ABIM

    ReplyDelete
  70. Oh ya, terlupa saya untuk mengucap Selamat menyambut Isra Miraj beberapa hari lalu. Banyak significant dalam peristiwa perjalanan junjungan besar kita Rasulullah s.a.w dalam perjalanan ke atas dan banyak yang baginda lihat dengan malaikat Jibrail.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk berdoa semoga rakyat Tunisia dan Mesir akan mendapat pemerintahan yang terbaik. Kehidupan yang lebih terbela. Saya harap pilihanraya akan cepat diadakan di Mesir dan saya mengucap Selamat berjaya kepada Ikhwanul Muslimin. Kita harus mengambil banyak contoh dari Ikhwanul Muslimin ini.

    Mereka betul betul membela rakyat. Bukan retorik semata mata. PAS pun harus belajar dari Ikhwanul Muslimin. Para pemimpin Ikhwan merancang strategi mebela rakyat. Mereka membina rumah rumah untuk orang miskin. Dan telaga air dan kemudahaan asas di beberapa tempat. Begitu juga dengan sekolah. Mereka membantu mewujudkan pekerjaan untuk rakyat selagi yg mereka mampu. Sebab itu mereka kuat. Kalau kita tahu rahsia yg sebenarnya, banyak rakyat Mesir di belakang Ikhwan ini. Mereka praktikal tapi tidak berkompromi dengan soal soal akidah. Jadi wahai PAS. Belajar lah dari Harakah Islam yang unggul ini. Jangan sibuk nak berkawan dengan musuh yang nyata.

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam,

    Sadaah untuk As Syahid Shaikh Hassan al Bana.

    ReplyDelete
  71. PEMBETULAN DI ATAS

    Al Fatihah untuk As Syahid Shaikh Hassan al Bana.

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum wrbt,

    Sdr Knight of Saladin,sekiranya ada khilaf dalam pandangan saya tegurlah, sekiranya masih samar2, suluhkanlah,sekiranya tidak benar..lontarkan sahaja...saya berlapang dada.Saya hanya ingin melihat bangsa bergerak kearah kebaikan dan mentaati pemimpin dalam makruf.

    wassalam.

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum wrbt,

    Saudara SS,

    Saya pada keseluruhannya setuju dengan asas atau fundamental pendirian saudara itu. Yakni mahu melihat pimpinan yg baik, yg prihatin terhadap rakyat. Tidak mengapa kalau kadang kadang kita berbeza pendapat. Rasulullah s.a.w bersabda " Perbezaan pendapat di kalangan umat adalah satu rahmah..."

    Yg penting kita berjuang atas prinsip yang sama yakni Islam dan mencari redha dari ALLAH SWT.
    Saya menghormati pendapat Saudara. Tiada pun saya kata asas pendapat Saudara itu ada khilafnya, tak apa dan jangan bimbang.

    Kegeraman saya ialah cara ummah kita dipermainkan atau seperti yang Saudara kata dulu iaitu " diperkotak katikkan ". Saya geram dengan pemimpin kita yang tak amanah ( setengah nya ) dan pemahaman mereka terhadap isu isu kegunaan kuasa dan cara ia digunakan. Tapi hari ini musuh kita lebih besar menunggu kita di luar sana. Mereka menuntut banyak yang bukan membabitkan isu keadilan. Helah mereka di selaputkan slogan slogan nak yg " transparen ", bersih dan sebagainya. Dan bila ia membabitkan orang Islam kita mereka tak ambil peduli.

    Saya bagi contoh. Ada seorang MP wanita DAP yg membangkitkan kisah seorang wanita yg kononnya Cina yg dikatakan dipaksa bogel di cell lokap polis beberapa tahun dulu. MP tu tunjuk video di Parlimen. Heboh semua orang. Tapi bila siasatan dibuat, rupa-rupanya itu wanita Melayu. Jadi issue itu senyap aje. Kenapa ? Adakah kalau kes wanita Cina maka ia menjadi isu tapi bila itu wanita Melayu, tak apa. Nak maruah yg Melayu tu jatuh pun tak apa. Adakah ini bermakna maruah orang Melayu rendah dan tak perlu jadi issue ? Inilah pandangan mereka terhadap kita.

    Dan banyak lagi. Teoh Beng Hock, saya setuju perlu ada siasatan telus. Tapi kenapa bila dulu ada orang Melayu mati dalam tahanan, maka ia tak jadi isu pun ? Adakah nyawa dan maruah orang Islam itu murah ? Kenapa pembangkang suka pilih pilih ?

    Saya tak yakin yg pembangkang ( parti bukan Islam ) itu menghormati kita dan agama kita walaupun mereka mendakwa sebaliknya. Tapi fikirlah, orang bukan Islam dibenarkan quote ayat Quran out of context, sedangkan jika kita umat Islam yg berbuat berkenaan, maka kita akan ditegur oleh guru kita.

    Saya tidak pernah nak jadi pro kerajaan atau pro BN. Yang pro pembangkang bukan bukan. Tapi saya ingat masa saya mahasiswa dulu, bila saya anjurkan program yg nak menjemput penglibatan orang PAS, maka Hal ehwal Pelajar yg dikuasai oleh satu kumpulan Menteri pendidekan itu akan menghalangnya. Itu polisi semua universiti masa itu. Tapi sekarang pemimpin itu ( yg bukan dlm kerajaan lagi ) berapi api mengatakan dirinya suka dengan kebebasan bersuara mahasiswa. Apa ini ? Zaman saya jadi mahasiswa, tanya lah pemimpin mahasiswa yg pro PAS ke, pro Suara Islam ke, pro IRC ke ? Siapa yg membenteras program mereka di universiti. Saya tersepit di tengah tengah sebab saya kumpulan terbuka dan liberal ( masa tu ) yg nak participation of all. Program saya dibuang sebab ada pemimpin pro PAS dalam jawatankuasa saya.

    Saya cuma meminta kita berfikir dengan objektif, tengoklah apa yg setengah pihak pro pembangkang itu tulis tentang agama kita. Dan menghina ulama ulama kita. Tengok pendirian Dr Uthman el Muhammady sekarang. Beliau bukan ada kepentingan apa apa tapi tengok ah apa pandangan beliau dalam youtube. Tengok pendapat Dr Yusri, tentang pertemuan pemimpin ABIM dan seorang pemimpin parti politik sekarang. Saya tak nak sebut apa subject itu kerana tak nak orang rasa sensitif di sini.

    Saya akan menulis lagi. Saudara janganlah risau, perbezaan pendapat kita sudah tentunya tidak merenggang ukhwah kita sebagai muslimin. Insya ALLAH, keikhlasan kita akan mendapat bantuan dan keredhaan ALLAH SWT.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  74. Sdra Knight of Saladin,

    Sdr banyak mengulas ttng PAS dan UMNO tp tak pernah sentuh PKR. Pendapat Sdr tentang parti itu ?

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum wrbt.

    Saudara di atas. Saya pun nak bertanya apa pendapt saudara tentang parti itu ?

    ReplyDelete
  76. KEMURAHAN HATI BANGSA MELAYU

    Saya tak nak mengulas tentang parti PKR buat masa ni. Nantilah.

    Mari koita kembali balik pada sejarah, pra merdeka. Masa tu kita sanggup ikhlas menyeru supaya bangsa bangsa lain tidak tertinggal dlm kemerdekaan ini. Kita tahu yg MCA pun ada jasanya, mereka pelopor penentang komunis dan MIC menyatukan masyarakat India.

    Kita adakan satu " kontrak sosial " di mana semua kaum mengiktiraf hak masing masing. Orang bukan Melayu di beri taraf kewarganegaraan dengan mudah dan orang Melayu diiktiraf hak keistimewaan dalam perlembagaan.

    Tapi sedarkah diri kita sendiri yg hak istimewa ini tidak pernah diguna untuk menindas kaum lain. Tun Tan Cheng Lok dan Tan Sri V Sambathan pernah menyatakan yang " betapa ihsan dan perihatinnya bangsa Melayu ini dalam kemurahan mereka. Ini dinyatakan dalam document persendirian yakni nota persendirian Tan Cheng Loke yg disimpan dalam arkib negara. Beliau menyatakan yang beliau tidak menyangka semudah itu orang Melayu sanngup untuk setuju dengan kewarganegaraan diberi pada orang Cina.

    Tahun demi tahun berlaku, dan kita seidh yg kini ada pihak yang mahu menghancurkan kesatuan kita, hak kita.

    Menjadi Melayu yang prihatin dan sayangkan bangsanya bukannya assabiyah seperti mana yang PAS menuduh UMNO pada lewat 1980'an dan awal 1990'an. PAS tidak dapat membezakan antara assabiyyah dan wataniah. Orang Melayu kebanyakannya bersifat wataniah yang cintakan tanahair dan bangsa sendiri. Itu digalakan dalam Islam dan cintakan tanahair itu sebahagian daripada iman menurut satu hadis. Itu bukan assabiah yang sempit. Orang Arab dulu zaman Khalifah selepas Khulafa Rashidin itu yang mengamal assabiah, mereka mendokong nasionalisma Arab yang sempit dan menindas bangsa lain.

    Pada lewat 1980'an dan 1990'an, masa tu PAS menyerang UMNO dari semua sudut dan dituduhnya yang UMNO itu kafir, taghut dan kufur. Fasik dan zalim pun ada dilempar pada UMNO. Ada sembahyang 2 imam, kenduri orang dari berlainan parti penyokong tak boleh datang, dan orang UMNO tak payah diberi salam, dan kalau dia memberi salam maka jangan disahut salam itu. Itu sejarah.

    Tapi mengapa sekarang PAS suka sangat dengan DAP dan beberapa parti lain yang melawan Islam dan kedudukan orang Melayu ? Apa sudah jadi dengan fatwa setengah pihak dulu, sembahyang 2 imam dulu.

    Benteng kita ialah keluhuran hati kita dan keikhlasan hati kita pada agama dan bangsa dan tanahair kita. Saya tidak akan menyokong UMNO jika UMNO berbuat salah dan menyeleweng, dan saya tidak boleh menyokong PAS yg nak bersekongkol dengan musuh umat Islam. Yang pasti di sini ialah tindakan PAS telah membuat mereka hilang sedikit demi sedikit sokongan umat Islam dan bila mereka kalah beberapa by election baru baru ini dan menurun dalam poll study dari segi sokongan orang Melayu, PAS sepatutnya mengambil pendirian bijak dan berusaha untuk memenangkan hati orang Islam semula. Ini tidak, mereka masih juga tanpa malu malu nak accomodate DAP itu. Orang Melayu banyak yang meluat dan menyampah melihat PAS sekarang.

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  77. Jgn sokong Anwar Ibrahim dan kesesatannya. Lihat ucapannya yg bercabang lidah. Terlalu jelas munafiknya, tengok apa dia ucap dalam banyak hal berkaitan akidah.

    Pejuang lama ABIM

    ReplyDelete
  78. ya mungkin Sdr Knight of Saladin sik mauk cakap pasal PKR dan Anwar. Mungkin Sdra Knight kita ya akan meletup bila nya ngulas ttng Anwar. Sdra Knight ya orang berhemah, nya akan cuba nahan sabar bila nak cakap pasal orang munafik macam Anwar ya.

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum wrbt.

    Saya sekali lagi melihat website pembangkang adn pro pembangkang. Mereka mula menunjuk setengah bukti tapi iti bukti samar samar. Misalnya bukti yang kira kira 152 pengundi ada alamat yg sama.

    Lihat lah proses pendaftaran pengundi. SPR tiada mekanisam untuk memeriksa samada alamat itu betul atau tidak.

    Ya, memang ada 152 orang yg share aamat sama. Tetapi kalau itu lah bukti pihak " Bersih " itu cuma bukti yang kecil dan samar samar. Sebab ada setengah tempat di Semenanjung guna mukim. jadi tempat dalam kampung dalam mukim / kampung itu guna address yg sama kerana ia merujuk pada lokasi sama tapi bukan rumah yang sama.

    Dan jumlah 152 itu kecil sangat. Ini tidak boleh affect outcome mana mana election ? Tiada kesan pun terhadap pilihanraya. Kalau pihak Bersih rasa itu penipuan iaitu tentang 152 orang ini, lapor saja pada pihak polis. Sila buat laporan lengkap. dan lihat lah siapa 152 orang ini. Tapi jumalh ini terlalu kecil dan kenapa diperbesarkan ?

    Lebih baik umat Islam merenung diri sendiri dan memohon petunjuk ALLAH, dan tanya lah hati naluri sendiri, - Jika apa yang Bersih perjuang itu untuk kebaikan agama dan umat Islam kita ? Jangan bohongi diri kita sendiri. Kita tahu jawapannya.

    Wassalam,

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  80. Sdra Knight of Saladin,

    Pandangan Sdr tentang provokasi Anwar Ibrahim dan kuncu kuncu keadilannya ? Bukankah Anwar dah disisih oleh banyak org ABIM dan nampak sangat kepura puraan Anwar bila dihentam ABIM dlm pertemuuannya dgn pemimpin ABIM bebrapa bulan lepas. Pandangan Sdr ?

    ReplyDelete
  81. KITA SUDAH JADI NEGARA KEBAJIKAN YANG BERPATUTAN

    Saya dah lama nak membincang secara informal tentang negara kebajikan. PAS baru baru ini telah mengumumkan perjuangan mereka yg baru - ke arah negara berkebajikan.

    Persoalannya selama ini kita bukan negara yg mengutama kebajikan kah ? Tidak kah dari masa ke semasa kita membuat penambah baikan untuk aspek aspek kebajikan kita ?

    Misalnya dulu, kita tak ada hospital kerajaan yang percuma untuk rakyat. Sekarang rawatannya percuma untuk kakitangan kerajaan dan rakyat, dan untuk sewa bilik hospital adalah tersangat kecil iaitu RM5/- sehari untuk kelas 3, RM10/ untuk dua dan RM20/- untuk kelas pertama. Dan bagi semua persara kerajaan ia adalah percuma. Semua rawatan hospital percuma, dan banyak ubat ubatan juga percuma. Dan kualiti rawatan juga bertambah baik malah kita adalah yg terbaik di kawasan sebelah Asia Tenggara mengalahkan Singapura untuk rawatan am dan sama baik dengan Singapura untuk rawatan pakar. Kos hospital dan kesihatan di Singapura sangat tinggi, sila layari website " Health woes in Singapore " dan lihatlah hakikat yang ramai orang miskin Singapura tak dapat rawatan yg sepatutnya di hospital kerajaan dan ada yg pergi ke Johor kerana rawatannya murah.

    Pernah pergi ke Singapura ? Saya selalu, semasa bertugas di Johore Bahru. kalau nak tahu hakikat sebenar hidup di Singapura, sila pergi waktu malam, di park park dan taman bunga, dan Saudara akan lihat ramai yang berkhemah di situ kerana mereka " homeless " atau tiada rumah. Ini kerana mereka hilang rumah kerana pinjaman bank yg mengenakan kadar interest yg tinggi, tak mampu membayarnya dan akhirnya bank mengadai atau melelong rumah mereka. Ada juga yang tak mampu memiliki flat sendiri. Dan ada yg tak tahan dengan " management fees " yg tinggi.

    Dan kos of living di Singapura amat tinggi. Hingga kini banyak pekerja tak mahu pencen dan mahu bekerja sampai tak larat sebab mereka tahu jika pencen maka mereka susah nak mainatin life style hidup. Sila lihat " pensioners or pension living in Singapore " ada website yang mengambar hakikat sebenar kehidupan di negara itu.

    Selain dari hospital, kerajaan baru bar ini banyak mengumumkan dasar dan program untuk membantu rakyat. Misalnya tiada cukai dikenakan ke atas mereka yang banyak tanggungan, pinjaman PTPN di beri masa dan flexibility bagi mereka untuk membayarnya selepas bekerja, rumah pertama untuk yg tiada rumah dengan harga berpatutan dan loan jangka masa yang lama, Klinik 1 Malaysia, dan banyak lagi yg akan diumumkan selepas ini.

    Bersabarlah kita. Tunggu dan lihat dan nikmatilah ihsan kerajaan Persekutuan yang baik hati ( bukan kerajaan tok uban ).

    Ini lebih baik dari konsep " negara Kebajikan PAS yg dimomokkan PAS selama ini. Mana negeri kebajikan di negeri kelantan ? Atau di Kedah ? Cuba sahabat saya dalam PAS atau pemimpin PAS namakan satu beberpa program kebajikan mereka di negeri negeri Pakatan Rakyat ? Satu pun tiada.

    Dulu Y.A.B Tan Sri Khalid Ibrahim selepas menang PRU 12 dulu ada mengumumkan yang pendapatan penjualan pasir negeri Selangor akan diberi untuk biasiswa anak anak Selangor ? Mana janji janji berkenaan ? Untuk bekalan air saja, Selangor sedang menghadapi masalah dan akan bergantung dengan Pahang untuk bekalan air bersih. Apa sudah jadi dengan yayasan Selangor, kenapa ramai anak Selangor tiada biasiswa negeri yang cukup untuk melanjut pelajaran ?

    Dan di penang, Lim Guan Eng mengakui yang sumbangan ihsan RM100/- tiap tiap bulan untuk orang tua itu hasil dari pendapatan judi syarikat judi. Jadi banyak umat islam yg memulangakn duit berkenaan. Kenapa ini berlaku ? Di mana kegarangan PAS yg dulu kuatnya mengkafir UMNO tapi menikus diam bila tahu DAP buat macam itu ?

    Inilah persoalan saya untuk Pakatan Rakyat sebelum saya menyentuh aspek yang lain. Dan mungkin menyentuh isu yg lain.

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  82. Syabas Sdr Knight atas pembukaan mninda di atas. Lama ini, kita saja anggap kerajaan BN tak penuh janji tapi kerajaan Pakatan rakyat lebih terok sikit. Sekurang kurangnya ada hospital baik tapi murah di Malaysia. Ada jabatan Kebajikan yg lihat masalah setengah miskin yg perlu bantuan. Ada klinik 1 Malaysia. Itu lah kerajaan federal KERAJAAN PERSEKUTUAN yg baik hati. Kerajaan BN negeri tak boleh harap, apa ihsan kebajikan yg mereka buat ? Institusi -2 Islam pun tak nak buat kebajikan, ada yg nak mengkayakan diri.

    Kamek dah bosan dgn cara primitif politik BN Sarawak tok. Buang di sunge jak pemimpin sidak ya. Politik kebodohan, sik ada vision, gago nak janji yg pelik pelik. Saya nak madah kitak org di S'wak tok, mun sik ada Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masa election dolok, sik kitak org dapat two third majority. Menang boleh tapi dua pertiga ya sik dapat. Kitak org menang krana Najib factor, mun begantung dengan Tok uban factor, kelak sayonara jak kitak orang. Org tua ya, org dah sik suka dgn nya, tapi pemimpin PBB ya masih juak nak ngampunya.

    Sik ada kah pemimpin PBB ya, menteri kah, YB kah yg berjiwa bebas ? Yg nangar situasi nadi rakyat ?

    Kitak org ya primitif, yang pakae politik diberi susu dan makan oleh pemimpin tribal kitak ya, namanya Tok Uban. Macam cerita lamak marek bah, orang yg hidup dalam gua, jadi ketuanya lah yg berburu nak carik binatang buruan pakae merik makan kitak orang semua. Ya lah kitak org ya sik berjiwa bebas, masih di gua Sarawak tok.

    Nasib bait kita di Sarawak ada PM Najib dan DPM Muhyiddin, ya sebenarnya yang ngembak menang besar di S'wak. Saya bukan ahli BN tapi biar saya nagata macam tok ajak lah, saya dan ribuan yang lain nngundi BN kerana saya nyokong vision dan perjuangan Dato Seri Najib. Mun sik ada DS Najib, kita semua nak buang kitak org BN Sarawak ya tauk kitak. Diam jak kitak orang dalam utan ya, berkawan dengan beruk.

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum wrbt.

    Terima kasih saudara di atas. Walaupun komen agak keras sikit tapi isi komen adalah benar.

    Saudara saudara di Sarawak. hadapilah kenyataan. BN menang besar di Sarawak sebab Najib factor. Rakyat menyenangi Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak, kerana keramahan, ketelusan hati, keikhlasan hati dan kerana sikap " down to earth " beliau. Tanya org Simunjan, org di Serian, Bau, Baram, Belaga. DS Najib seorang yg versatile, beliau boleh minum teh tarik di mana mana, buka nasi lemak bungkus dan berceloteh dengan rakyat, tengok rumah panjang yg perlu di tukar atap dan terus menukarnya. DS Najib is very much in touch of the people. Beliau tahu masalah perumahan rakyat yg belum ada rumah, beliau tahu kesusahan rakyat. Beliau tahu lift lift di flat flat KL yg perlu diperbaiki, DS Najib tahu penjaja tempat di KL dapat berapa sebulan, pemandu teksi dapat berapa.

    Saya nak tahu pemimpin YB dan menteri di Sarawak ini - are you in touch with the people ? Have you made some reality check yourselves ?

    Be like our PM for heaven sake. Our PM has long term planning and vision as guiding plan dan short term plans. Our PM never look down on his own people, he understands them like he understands himself.

    Sebenarnya saya juga kadangkala bosan dengan primitive politics di Sarawak. DS Najib have the best vision and objectives but look at his lieutenants ? Saya nak beritahu pemimpin BN Sarawak, kalau tak dapat jadi lieutenant yang baik, jadi elok jadi private saja lah. Atau rekrut. Ada banyak lagi orang Sarawak yang berkemampuan yang boleh membawa Sarawak ini ke arah yang lebih gemilang lagi seperti DS Najib. Saya tahu DS Najib meant business. Dan saya yakin DS Najib boleh melakukannya.

    Wassalam,

    saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  84. Sdr Knight of Saladin,

    Jangan kuat gilak nganok PAS Kelantan. Pikir juak orang teristimewa di Kelantan di sia : )

    ReplyDelete
  85. Taib is out of touch with the people. Betul kata Sdr Knight of Saladin. Yg memenangkan BN di S'wak ialah Dato Seri Najib. Please hadapi realiti dan perbaiki lah.

    Ramai hairan dgn stand ramai pemimpin PBB yg masih lagik tak habis habis dengan budaya mengampu ini. Kita sokong BN atas dasar BN boleh menjamin masa depan kita dan bukan membuta tuli menyokong. DS Najib baru jadi PM dan kita nampak banyak kebaikan dan positif impact pada ekonomi dan pembangunan kita.

    Rumah murah yg pertama,
    hospital percuma dan murah,
    kajian tentang beberapa toll dan mungkin memansuhkannya di beberapa tempat di KL,
    klinik 1Malaysia di bandar dan desa,
    Little India yg cantik,
    fund untuk masyarakat India dlm pendidekan, tempat yg lebih untuk pelajar melayu di universiti, dan sistem merits dlm pengambilan pelajar,
    jalan banyak dibuat dan diperbaiki,
    ada jalan Kapit dan Song di Sarawak.
    Dan pembangunan untuk kawasan NCER,
    gaji minima untuk pekerja industri,
    dan bantuan sara hidup lebih untuk OKU, dan banyak lagi yg tak sempat saya tulis.

    Dan DS Najib meminimakan kenaikan harga barang, subsidi minyak diteruskan, subsidi barang diesel dietruskan dan banyak lagi.

    PBB, please be matured. Hentikan politik dan minda kamu yang mundur itu. Apa tok Uban bagi pada rakyat, bukan yg dia bagi pada kamu. Jangan jadi bodoh dan bendul tak bertepi.

    Rakyat berdiri di belakang DS Najib dan pimpinan yg progresif.

    ReplyDelete
  86. Assalamulaikum. saya baru terbaca blog ni. Bagus, ada tuan guru yang banyak pengetahuannya. Bahasa perbualannya pun penuh sopan santun. Begitulah saya suka, kita kan orang Melayu. Saya pun ingin bergabung dengan saudara-saudara disini. Saya dari jauh, Terengganu. kalau saudara semua ada masa, silalah tulis ke email saya : orangkualaterengganu@gmail.com

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum wrbt,

    Saudara Abangpi,

    Insya Allah kita akan terus memberi feedback pada Sdra dan semua pembaca lain dlm forum ini.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum wrbt dan selamat pagi,

    alhamdulillah.tidak dapat dinafikan kebenaran atas nikmat yg kita kecapi melalui kerajan persekutuan.tahniah.

    saya bersetuju dengan parti yg ada di Sarawak ini tidak matang dlm menjalankan amanah kepada rakyat.

    sebagai pandangan;kebanyakkan project2 yg diagih kepada contraktor di sarawak datangnya dari kerajaan persekutuan atupun institusi kerajaan persekutuan.Kelas F contohnya.mun nak dari kerajaan negeri lambat cerita.semua dah disapu 'BERSIH' oleh menteri/yb2 dan kroni terutamanya berpartikan PBB. sebabnyalah parti PBB ya sik dah dik relavent lagik di sarawak tok!Jangan lah disebut projek2 besar yg 2-3 ribu pun di sapu 'bersih' juak.

    yang menjadi tanda tanya kepada sidak PBB.apakah perlantikan mereka sebagai pemuda atau pemimpin berpaksikan keuntungan atau mengayakan ahli2 parti..dengan alasan memperbaiki ekonomi orang parti!

    mengikut sumber yg sahih dan terus dr pelaksana.kebanyakan 50%-65% golongan remaja adalah penagih dadah jenis syahbu.terutamanya di kawasan majoriti undinya adalah PBB. satok,petra jaya.Apa yang dipolah orang org parti dlm menagani masalah tok?mereka tidak peduli semua masalh ya di serah dgn polis semuanya bg mereka yg penting adlah projek2 dan penyokong.!itulah hakikat pemimpin PBB.

    merebaknya kudis politik dlm PBB.budaya mengampu yang tinggi seprti haman dan Firaun di zaman nabi Musa as.kbanyakkan semua berebut2 nak jadi Haman samada dr peringkat parti atu institusi kejaan negeri yg lain.ciri2 kerajaan firaun dizaman moden.

    kenapa State Gov. tidak mengagihkan kontrak kepada kontraktor seperti yg dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kontraktor di sarawak???

    pernah diagihkan kepada kerajaan negeri melalui SEDC.utk diagihkan kepada usahawan.tetapi apa yg mereka buat adalah mereka siapkan bbrapa buah anak syarikat,letakkan nama2 yg bkepentingan.kemudian mereka awardkan kpd anak syarikat tersebut..kemudian barulah ditender kpd usahawan.JADI yg tinggal hanya kuah,sebab itulah perancangan Federal Gov tidak mencapai matlamat yg sebenarnya dan gagal.Samalah dgn yg ada sekarang dan apa yg berlaku dlm institusi islam
    masa kini.sbb merekai ini pernah memegang sbgai ahli lembaga pengarah dlm anak syarikat tersebut.

    saya ini dah berumur dan bekerja sebagai buruh(professional carpenter) dan byk tempat saya bkerja ikut tokeylah(semuanya tokey melayu) sbb yalah sbb kena cari kerja lain bila tokey dah sikda projek.pernah kerja dr tokey kelas A hinnga F.masalah adalah sama politik Firaun.kadang2 kesian nanggar tokey tok tapi tokey2 saya tok bukan org politik..kebanyakkan sidak tokey2 saya tok anti rasuah..tahun tok dah 2x tukar kerja.yalah dunia..macam2 dah dijumpa nang saya setuju FEDERAL gov. give more benefit to rakyat compare to State goverment.

    wassalam.
    tengah tunggu tokey datang kelah sambung.

    ReplyDelete
  89. SATU CONTOH PENYALAHGUNAAN HUKUM ISLAM DI ARAB SAUDI

    Baru baru ini kerajaan Arab Saudi telah mengenakan hukuman mati melalui pancung terhadap seorang wanita Indonesia yg bekerja sebagai pembantu rumah kerana di dapati bersalah membunuh majikannya.

    Kemudian kerajaan Arab Saudi meminta maaf kepada kerajaan Indonesia. kenapa meminta maaf ?

    Sebab didapati yg pembantu rumah tadi secara tidak sengaja membunuh majikannya kerana beliau sebenarnya mempertahankan dirinya dari dicabul oleh majikan berkenaan.

    Kita boleh lihat di sini jika hukuman qisas itu ( satu cabang hukuman Islam selain daripada hudud ), bila ia dilaksanakan dengan tidak adil, maka berlaku lah kezaliman yang nyata. Memang betul surat Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Hj Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1994 itu betul. Tun Dr M mengingatkan Dato Seri Nik Aziz tentang perlaksanaan undang undang Islam yg tergesa gesa akan mengakibatkan ketidak adilan.

    Saudara saudari semua lihatlah dan buatlah penilaian sendiri.

    Wassalam,

    Saya akan menulis lagi

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum wrbt.

    Saudara SS,

    Tersenyum saya bila saudara kata suadara kerja sebagai buruh iaitu professional carpenter. Itu pekerjaan mulia sebab ia halal, dan Saudara jauh lebih baik daripada setengah pemimpin yang makan rasuah itu. ALLAH memandang mulia pada pekerjaan halal dan rezeki halal.

    Bila Sdra kata Sdra seorang carpenter tersenyum saya dan terbayang saya puji pujian ALLAH pada Nabi Daud ( a.s ) yang merupakan seorang tukang besi. ALLAH juga memuji seorang seperti saudara kerana rezeki saudara itu hasil dari tangan saudara sendiri sebagaimana baginda nabi Daud yang makan hasil dari tangannya sendiri.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  91. Assalamulaikum.
    saya nak buat permintaan kepada Tuan Guru supaya dapat di ulas tentang asal usul sejarah salasilah Datuk Seri Anwar Ibrahim kita.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  92. Sdr Knight of Saladin,

    Ada banyak Saudara saudara kita di sini yang mahu mendengar ulasan suadara specific tentang Anwar Ibrahim. Dan ideology nya dan yang Anwar yg sebenarnya itu. Banyak kali dah Sdr mengelak dan mungkin saya faham sebabbya. Saya tahu Sdr Knight of Saladin seorang yang sangat berhemah tinngi, intellek yg bebas dan sangat cermat mmeberi pandangan. Saya rasa Saudara tak mahu memberi pendapat tentang Anwar kerana ia terlalu pahit untuk di beri ? Dan kerana pendapat Saudara akan menyinggung setengah pihak.

    Tapi saudara, dalam menyatakan kebenaran, ia perlulah dibuat walaupun pahit. Saudara seorang yg berilmu tinggi, berhujjah kuat, menghayati budaya ilmu dan bercakap yang benar. Dan faham betul tentang wacana politik negara dan semestinya saudara tahu tentang Anwar. Saya minta Saudara juga berkongsi dengan kami ulasan saudara tentang Anwar dan pendapat Saudara mengenainya.

    Harap Sdr tidak menghampa kan kami.

    Wassalam

    ReplyDelete
  93. Assalamualaikum wrbt.

    Sdr Knight of Saladin,

    Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, atas kurnia ilmu yg telah dianugerahNYA kepada saya untuk hidup di atas bumiNYA jua.Kita adalah milik Allah swt. dan kepadaNYA lah kita akan kembali.saya teramat syukur.

    Nabi Daud a.s tukang besi.Nabi Zakaria a.s adalah tukang kayu,Nabi Nuh a.s tukang kayu,
    Nabi saw bersabda:
    “Tidaklah seseorang makan makanan sedikitpun lebih baik dari makan yang dihasilkan dari pekerjaannya sendiri, Bahawa Nabi Allah Daud AS makan dari hasil pekerjaannya sendiri,” (Bukhari)

    Dengan ilmu inilah saya memfaatkan sebagai ibadah saya...setiap paku yg dipakukan diiringi dengan zikirullah..semoga Allah memudahkan pekerjaan saya dan menerima amalan saya.dunia hanya sementara..masanya terlalu singkat.

    kadang2 saya sedih mlihat kawan2 tokey saya yg terlibat dalam politik.seolah2 yg mereka lupa yg menanggung rezki itu adalah hanya Allah,malangnya sifat kegantungan kepada makhluk menyebabkan mereka seperti haman memuja firaun.selalu saya mengingatkan tokey saya agar jgn terpedaya dgn godaan dunia..

    saya hanya senyum seperti saudara knight senyum pabila diajak duduk minum oleh tokey bsama kawannya.seolah2 dunia ini mereka yg punya.rasuah sini,atur sana atur sini..line clear..tunggu 'LA'.baruk start projek.

    perjajjian saya dgn tokey..apa2 yg melibatkah subhat maka saya akan mletak jawatan..alahamdulillah setakat ini semuanya selamat.

    maka sebagai buruh,dptlah saya merasakan bertapa
    rangkusnya pemimpin2 PBB mengumpul kekayaan dari kecil hingga besar.di sini kita setakat menegur sifat2 mereka yg diamanahkan utk memimpin.

    selalu apabila tukang kayu silap memukul paku 4" pada tiang belian, bila dicabut kesan lubangnya pasti ada.sekira kesilapan demi kesilapan terus dilalakukan, bayangkan betapa banyak kesan lubang yg ada pada tiang.akhirnya mencacatkan permukaan tersebut..buat sidak parti PBB cukuplah kesilapan yg lalu..

    wassalam..sambil tersenyum.

    ReplyDelete
  94. DOA UNTUK MUSLIM SEUKHWAH

    Ya ALLAH Ya Hannah ya Manan, Ya ALLAH yang mencipta segala kehidupan. Engkau berkatilah Saudaraku ini Ya Allah, permurahlah rezekinya, berkatilah hidupnya, Rahmatilah dirinya dan keluarganya, berilah kebahagian dan fadilat yang berkekalan pada mereka, makmurkan hidup mereka, permurahlah rezeki saudaraku ini.

    Kurnialah Rahmah dan Baraqah pada mereka Ya ALLAH, terima lah segala amalan baik mereka, dan ampunilah segala kekhilafan dan dosa mereka. SesungguhNYA Engkau tahu yang mereka tidak pernah menyengutukanMU di dalam segala keadaan.

    Terimalah segala amal ibadah mereka, jadilah mereka sebagai hambaMU yang bersyukur pada nikmatMU, redha pada ketentuanMU dan sujud pada KebesaranMU dan bertauhid pada KeEsaanMU.

    Jadilah mereka sebagai hambaMU yang sentiasa bertawaduk, beristiqamah dalam segala hal, bersabar dalam segala ujian dan beriman dan bertaqwa pada sepanjang masa. Dan kekalkan mereka sepanjang perjalanan mereka di dunia ini di siratul mustaqimMU.

    Dan permudahkan hisab ke atas mereka di Hari PengadilanMU dan masuklah mereka di dalam syurgaMU dengan RahmatMU untuk selama lamanya.

    Amin, Ya Rabbul Ala min.

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum wrbt.

    Kepada Saudara saudara yg meminta saya mengulas tentang Dato Seri Anwar Ibrahim, Insya ALLAH saya akan berbuat demikian. Saya akan mengumpul fakta fakta.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum wrbt.

    Sebelum saya tulis tentang Dato Seri Anwar Ibrahim, mungkin esok, saya ada perhati satu perkara. kenapa Dato Seri Abdul Hadi Awang tak banyak mengulas tentang Bersih dan perhimpunan ini dan cuma Timbalan Presiden PAS saja yang kuat mempromosikannya ?

    Saya cuba mencari statement DS Hadi di dalam Harakah. Sebab kalau cari dalam Utusan malaysia nanti sahabat sahabat saya dalam PAS akan melenting dan mengata saya cuba mencari berita dalam alat propaganda UMNO dan itu tak sahih kata mereka dan ada juga condemn itu sebagai berita fasiq. ( walau demikian saya baca Utusan hampir tiap tiap hari : ) )

    Jadi bila saya cari dalam Harakah edisi Melayu dan edisi Inggeris, saya tak dapat komen Dato Seri Hadi dan ini membuat saya tertanya tanya kenapa tiada ? Tentang statement Mat Sabu, memang ada lah, dia ni memang suka bagi press statement. Itu dah budaya mat sabu.

    Saya tak mahu terlalu assume tentang sikap " kurang beri statement " DS Hadi, kerana saya tahu di usia emas beliau, Ustaz Dato Seri amat berhati hati orangnya. Beliau sudah tentu tidak mahu menghuru harakan negara ini dan beliau pemimpin bijak dan berhemah dalam berpolitik. Saya menyerah pada pembaca untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Nampaknya pun Pemuda PAS pun tak nak nampak sangat menyokong " Bersih " ini.

    Saya sebenarnya tertawa bila orang yang pro Anwar mengatakan yang golongan mereka berjaya menguasai PAS bila ramai yang dikatakan pro Anwar dalam PAS menang dalam pemilihan parti PAS. Ini kononnya di katakan golongan " Erdogan " sempena nama Perdana Menteri Turki sekarang. saya tertawa lanjut. Kalau orang Anwar syok sangat dengan " Erdogan " dalam PAS itu, kenapa tak ikut sepenuhnya suasana politik Turki sekarang. Di Turki ada beberapa pemimpin pembangkang yang meletak jawatan kerana ada yang terlibat dengan skandal seks dalam video yang keluar. Kenapa tak ikut contoh ini ? :)

    Jangan nak " ber Erdogan " saja, ikutlah contoh pemimpin pembangkang Turki yang resign itu.

    Saya akan menulis lanjut lagi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  97. Bila berbicara dgn sahabat sahabat dlm PAS apa hal Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang jarang jarang bagi statement tentang " Bersih ". Fahamlah saya mengapa tiada nampak " zest " ataupun tiada semangat yg kuat dalam PAS untuk sokong Bersih. Sebenarnya PAS risau yg Bersih mungkin backlash pada mereka sebab banyak sangat org Melayu dan Islam yang condemn Bersih. Ulama bebas pun condemn Bersih. Jadi PAS tak bolehlah sokong Bersih sebab mereka tak boleh " go against the mainstream ".

    Tapi untuk PAS secara terbuka ngata yg mereka tak sokong Bersih, nanti pandangan parti lain dalam PR ialah PAS tak setia dan tak commited pada PR. PAS tahu " the name of the game " sebab DAP lah yg akan tuduh PAS tak committed nanti. Itu saja yg diberitahu oleh sahabat sahabat saya dlm PAS.

    Saya rasa PAS patut ada prinsip sendiri dan bermunajat untuk perjuangan Islam yg betul dan bukan untuk perjuangan orang lain yang jelas melawan agama Islam dan umatnya.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  98. ULASAN TENTANG DATO SERI ANWAR IBRAHIM - SATU PERJUANGAN YANG KELIRU ATAU SATU PENDUSTAAN YANG NYATA

    Anwar Ibrahim sekarang berumur lebih kurang 64 tahun. Bukan belia lagi malah beliau warga emas tapi masih menganggap dirinya di golongan belia. Beliau, kalau tak silap mendapat pendidekan di MCKK.

    Beliau measuki Universiti malaya pada tahun 1960'an. Itulah masa pop culture atau budaya hippies, pergaulan bebas, penagihan marijuana, rambut panjang, memuja muzik berlebihan, bertumbuh di seluruh dunia. Namun saya tidak rasa beliau masuk kumpulan budaya kuning ( yellow culture ) ini.

    Di Universiti malaya Anwar Ibrahim mengambil jurusan yang sederhana iaitu Bachelor of Arts ( Ijazah Sarjana Muda sastera ) dalam pengkhusan Bahasa. Itu bukannya jurusan Islam. Banyak orang yang tak berapa cemerlang dalam pendidekan akademik sekolah mengambil jurusan B.A Arts sebab ia senang dan tak memerlukan kepandaian.

    Anwar Ibrahim menunjukkan sikap revolusineer semasa di dalam universiti lagi. Terdapat peristiwa di mana berlaku pertembungan terbuka antara pelajar universiti dan pihak pentadbir dan Vice Chancellor Universiti berkenaan. saya tak kata yang ini berpunca dari Anwar ibrahim, itu samada benar atau tidak.

    Anwar antara yang mempelopori penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ). Pelopor yang lain juga termasuk al Marhum Ustaz Datuk Fadhil Noor, Tan Sri Sanusi Junid, Siddiq Fahdil, dan banyak lagi tokoh akademia tanahair.

    Sikap revolusineer Anwar ini nampak dari semua pendekatan beliau di zaman mudanya. Beliau percaya yang setiap masalah yg tak di atasi oleh pihak kerajaan dan pentadbir itu, maka tunjuk perasaan ialah satu cara untuk menyelesaikannya.

    Tapi di sebalik semua ini, ada kalanya cara revolusi beliau ialah tidak berdasarkan kebenaran malah fitnah pun ada. Misalnya pada tahun 1974 Anwar Ibrahim masih dalam penentangan terhadap kerajaan, dan beliau bersama rakan seperjuangannya memfitnahkan Perdana Menteri waktu itu iaitu Al Marhum Tun Razak. Fitnah dibuat disebabkan satu kematian di Baling Selangor dan fitnah itu ialah kononnya orang itu mati kebuluran. Lalu Anwar mereka cerita yang kenapa harus ada orang mati kebuluran sedangkan negara ini kaya dengan sumber dan banyak hasilnya. Demonstrasi dibuat dan ini berlaku untuk sekian lama, kononnya atas dasar membela rakyat sedangkan itu bukan hakikat sebenarnya. Kerajaan dituduh zalim dan menindas.

    Sebenarnya bila penyiasatan bebas dibuat, ternyata yang orang yang mati itu bukan kerana kebuluran tetapi kerana penyakit. Ini ialah satu fitnah terhadap PM masa itu. Tun Razak ialah pemimpin berjiwa besar, dan beliau tidak menghiraukan fitnah itu malah terus membangunkan negara ini, membuka rancangan FELDA dan FELCRA, membuka kampung baru, membina prasarana untuk generasi FELDA memproses hasil pertanian dan memasarkannya untuk pendapatan lumayan.

    Kalau kita perhati ucapan ucapan Al Marhum Tun Razak masa itu beliau tidak pernah menyerang atau mengutuk mereka yang melawannya ataupun memfitnahnya. Al Marhum berjiwa besar, dan beliau tahu yang tugas membangun negara lebih penting dari melayan karenah manusia yang tidak berhemah atau tidak berbudaya.

    Anwar meneruskan perjuangannya dalam ABIM dan ia menjadi kumpulan pendesak pada kerajaan untuk perkara perkara yang membabitkan Islam. ABIM sellau di front line dan ia di dokong oleh intellectual dan ilmuan Islam yg berjuang bersama Anwar Ibrahim. It's an open secret, ABIM juga berkerja sama dengan PAS masa itu, masa pimpinan Al Marhum Datuk Asri Muda. Malah bila Anwar Ibrahim masuk UMNO pada tahun1982, antara orang yang paling kecewa ialah Al Marhum Dato Asri Muda, malah beliau memulakan kempen kononnya " Untuk selamatkan Anwar Ibrahim dari ditenggelam oleh nasionalis UMNO ".

    Saya akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  99. PEMBETULAN

    " Baling Kedah bukan Selangor. Harap maklum

    ReplyDelete
  100. BERSAMBUNG....

    Bila DS Anwar Ibrahim memasuki UMNO pada tahun 1982, ramai yang mengalu alukan. Ada juga yang merasa terancam kerana kedudukan mereka dalam UMNO. Memanglah ada juga pendapat yang Anwar dijemput untuk masuk UMNO dan bukannya beliau yang nak masuk UMNO.

    Beliau terus disuruh bertanding dalam pilihanraya umum 1982 dan menang dan dilantik sebagai timbalan menteri, kalau tak silap sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Namun tidak lama lepas itu, Anwar mula mengatur langkah politiknya. Beliau membuka pintu UMNO untuk " henchmen " atau penyokong beliau dalam ABIM untuk memasuki UMNO. Ini kerana belaiu perlu satu machinery untuk langkah seterusnya.

    Anwar Ibrahim bernasib baik masa itu sebab di kaca mata rakyat, mereka anggap Tun Dr Mahathir lah yang menjemput beliau masuk. Jadi Anwar mengguna sepenuhnya kesempatan itu untuk " align " dirinya dengan Tun Dr Mahathir. Pada tahun 1984 beliau mencorak langkah untuk terus naik dalam UMNO. Di lawannya Ketua pemuda UMNO pada masa itu iatu Dato Suhaimi Kamarudin. Anwar ternaya licik. Sebelum menentang Dato Suhaimi, Anwar membuat banyak penafian yang beliau berminat terhadap jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tetapi dua hari setelah membuat penafian berkenaan, Anwar buat statement yang beliau akan bertanding jawatan Ketua Pemuda. Ini dibuat setelah beliau memastikan orang orangnya dah membuat langkah perlu dan setelah Anwar membaca " current events " pada masa itu. Anwar memaparkan dirinya sebagai orang Mahathir, yang menyokong dasar Dr M dan meneruskan perjuangan Dr M dalam parti. Beliau memberi gambaran yang keputusannya melawan Dato Suhaimi direstui oleh Dr. M. Dan selepas pertandingan itu Anwar menang.

    Saya tak nafikan yang Anwar ada berdiri di belakang Dr M pada 1980'an dan awal 1990'an itu. Tapi itu dibuat atas dasar " political expediency " maknanya untuk memajukan dirinya sendiri. Anwar bukan seorang loyalist atau " Gurkha " UMNO seperti Tan Sri sanusi Junid, yang terang terang tak berhajat jawatan tinggi dan cuma nak berjuang. Anwar ialah opportunist.

    Begitu juga dalam battle royale untuk jawatan Ketua pemuda UMNO untuk kali kedua bila Anwar dicabar oleh Datuk Syed Hamid Albar. Anwar tahu masa itu ialah masa di mana terdapat pergeseran ketara di antara Tun Dr Mahathir dan Musa Hitam. Anwar menggunakan ini sepenuhnya, sekali lagi beliau meniup solgan yang beliau berada di kem Dr Mahathir kerana beliau tahu yang kem Dr. M lebih kuat masa itu. Syed Hamid dikatakan orang " Musa Hitam " dan ini berkesan. Anwar sekali lagi menang mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda.

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  101. SIAPA YANG MENCEMARI BAHASA KEBANGSAAN

    Dalam perlembagaan Persekutuan, Artikel 150 - 153 Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Pada masa Anwar jadi menteri Pendidekan, beliau menggunakan terma " Bahasa Malaysia " dan ini menyakitkan pejuang Bahasa Melayu.Ramai marah. Mana jati diri orang Melayu bila Bahasa Kebangsaan bukan dikatakan bahasa Melayu.

    Terma ini diubah balik pada Bahasa melayu masa Dato Seri Najib menjadi Menteri pendidekan.'

    Wassalam,

    saya akan menyambung

    ReplyDelete
  102. assalamulaikum,
    Tuan Guru, saya rasa perwatakan beliau sejak dulu masih sama sampai sekarang. Cunning strategist, opportunistic ally.

    ReplyDelete
  103. Apa pendapat Tuan Guru tentang andaian berikut. Anwar bersalah melanggan pelacur. jika ini fakta, bermakna sejak dari muda lagi beliau telah mengamalkan benda ni. Ada seseorang didalam pakatan rakyat yang mahu Anwar jatuh. mereka ni dah tau kelemahan Anwar dan mula pasang perangkap untuk kenakan Anwar. Bila Anwar kena boleh la orang lain ganti dia. orang yang mereka rasa lebih layak jadi pemimpin PR dari Anwar. Hipotesis ni membabitkan pembangkang dengan pembangkang. bila keluar video tu kepada umum, memang lah orang dah tak akan tuduh sesiapa lagi kecuali UMNO/BN.

    ReplyDelete
  104. Assalamualaikum Abangpi...

    Saya rasa seganlah dipanggil Tuan Guru, rasa tak layak menerima penghormatan ini. Tentang video seks skandal, dan kalau ia dirancang oleh " rakan rakan Anwar dalam PKR ", to be honest saya tak tahu.

    TAPI saya tak terkejut jika ia berlaku demikian sebab beberapa faktor. Yang pertama ialah memang tak semua orang dalam PKR itu suka kan Anwar. Dan yang mendoakan Anwar cepat jatuh pun ramai dalam Keadilan.

    Yang kedua, kalau kita lihat sejarah parti Keadilan itu sendiri, beberapa tahun yang lepas, ada Timbalan Presiden Keadilan yang bernama Abdul Rahman Othman yang bertanding jawatan Presiden, kalau tak silap saya. Masa tu Anwar masih dalam jel. Ini bermakna yang " grouping " yang tak sehaluan dengan Anwar itu sudah lama dalam Keadilan, mereka juga ada idea mereka tersendiri. Dan tak semestinya menyokong Keadilan.

    Sebab itulah Anwar tak mahu bertanding jawatan Presiden Keadilan sekarang, sebaliknya dia cuma mahu bergelar Ketua Umum. Atau Supreme Leader. Tapi pemimpin yang tak terpilih. Jadi ini bertentangan dengan semangat demokrasi yang Anwar kononnya perjuangkan.

    Anwar juga tahu yang jika dia bertanding jawatan Presiden PKR maka akan ada orang yang menentangnya dan apa apa outcome pun akan merugikan Anwar. Jika pun Anwar menang, tapi jika undinya cuma tipis maka Anwar takut yang orang tahu yang dia tak ada full control of PKR.
    And the worst scenario is that if Anwar loses.

    Sebab itu saya cabar pemimpin " Bersih " baru baru ini, jika mereka betul betul ikhlas hendak reform pilihanraya di negara ini, mereka boleh memulakannya dalam Parti Keadilan itu sendiri. Saya ada menyata di blog lain bagaimana kotornya pemilihan parti PKR tahun lepas. Zaid Ibrahim betul betul ikhlas nak sumbang untuk PKR tapi dia ditipu dalam pemilihan PKR. Dan bukti penipuannya banyak tapi Saifudin Nasution tak nak dengar semua aduan ini, aduan bukan saja dari Zaid tapi banyak lagi calon yang bertanding dalam PKR. Bayangkan cuma 30,000 lebih mengundi dalam pemilihan parti PKR sedangkan mereka mengatakan yang mereka ada 300,000 ahli seluruh negara. Ini memberi dua andaian - pertama ialah hanya 10% ahli PKR yg mengundi dan kedua ialah dakwaan yang ada 300,000 ahli itu dusta semata mata.

    Saya paling kesian dengan Mustafa Kamil Ayub, beliau ialah right hand man untuk Anwar sejak Mustafa jadi pemimpin pelajar PKPIM lagi. Mustafa membawa suara dan semangat Anwar dalam kampus. Dan juga dalam ABIM.

    Tapi Mustafa Kamil Ayub juga ditipu dan dinafikan kemenangan. Akhirnya Azmin yang menang dan kemenangan itu penuh dengan penipuan. Jadi janganlah hipokrit dan sekarang nak buat bising dalam " Bersih " dan melaung laung menuduh pilihanraya negara tidak adil sedangkan pilihanraya PKR sendiri penuh dengan penipuan dan kekotoran. Pada tahun 1974 Anwar memfitnah Al Marhum Tun Razak dan sekarang melalui henchmen nya beliau memfitnah Dato Seri Najib dan antaranya menuduh DS Najib membunuh Altantuya. ALLAH MAHA ADIL, kebenaran tetap kebenaran, akhirnya Raja Petra Kamarudin rakan baik Anwar akhirnya mengakui yang Najib difitnah.

    Tentang video seks Anwar dan perilakunya, saya akan memberi komen ini kemudian. Sebenarnya orang yg melanggan pelacur ini ada hadis Rasulullah s.a.w sebut dalam peristiwa Israj Miraj. Baginda melihat seoarng lelaki diberi dua daging, satu daging baik dan satu lagi daging busuk. Bila bertanya dengan malaikat Jibrail, maka diberitahu yang itulah orang yang suka dengan perempuan haram daripada suka pada isterinya sendiri.

    Sudah limited space di sini.

    Saya akan menyambung

    Wassalam

    ReplyDelete
  105. PENAMBAHAN..

    Dalam peristiwa Israj Miraj itu lelaki itu memilih makan daging busuk walaupun ada daging baik.... Itulah manusia yg suka pada perempuan yang jahat sedangkan mereka ada isteri sendiri yang halal untuk mereka...

    ReplyDelete
  106. Assalamulaikum Tuan Guru
    saya quote balik kenyataan Tuan Guru yang awal di atas:
    "Misalnya dulu, kita tak ada hospital kerajaan yang percuma untuk rakyat. Sekarang rawatannya percuma untuk kakitangan kerajaan dan rakyat, dan untuk sewa bilik hospital adalah tersangat kecil iaitu RM5/- sehari untuk kelas 3, RM10/ untuk dua dan RM20/- untuk kelas pertama. Dan bagi semua persara kerajaan ia adalah percuma. Semua rawatan hospital percuma, dan banyak ubat ubatan juga percuma. Dan kualiti rawatan juga bertambah baik malah kita adalah yg terbaik di kawasan sebelah Asia Tenggara mengalahkan Singapura untuk rawatan am dan sama baik dengan Singapura untuk rawatan pakar. Kos hospital dan kesihatan di Singapura sangat tinggi, sila layari website " Health woes in Singapore " dan lihatlah hakikat yang ramai orang miskin Singapura tak dapat rawatan yg sepatutnya di hospital kerajaan dan ada yg pergi ke Johor kerana rawatannya murah."
    Boleh Tuan Guru terangkan dari mana fakta ini, yang paling saya nak tahu tentang kualiti perubatan am mengalahkan singapura dan kualiti perubatan pakar sama dengan singapura.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  107. Assalamualaikum wrbt.

    Terima kasih kerana pertanyaan itu. Maaf kerana lambat reply sebab ada majlis rasmi malam tadi.

    Tentang health standards itu, sila lihat website ranking of world hospitals. Ada 4 hospital Malayisa di namakan di sana ialitu Univeristi Malaya Medical Center, Hospital Kuala Lumpur, Institute Jantung Negara, dan Pantai group of hospitals. Ia katergori antara 2000 hospital terbaik dunia.

    Sila juga lihat artikel daripada Professor Dr Anand Tambyah bertajuk " Health carfe woes of Singaporeans ". Beliau merupakan pakar perubatan di Singapore dan tiada berkepentingan politik. Kalau baca artikel ini, bersyukur lah berada di Malaysia di mana harga perubatannya masih rendah. Di Singapura, rawatan specialist makin terlalu mahal.

    Bila saya kata setaraf , ini membawa juga maksud " affordability " maksudnya rawatan specialist yang sama di Singapura sebenranya murah di Malaysia. Saya bukan semata mata menekan pada faciliti dan bilangan expert. Tiada guna ada facility baik tapi rakyat tak mampu. Itu maksud saya.

    Saya harap saya tak dirujuk sebagai Tuan guru lagi kerana saya agak janggal dirujuk demikian. Memadailah " saudara " saja untuk rujukan pada saya.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  108. Dan sebelum saya terlupa sila lihat " Legatum prpsperity index, - Malaysia's public health " juga. Ini hasil daripada kajian tahun 2000. Amerika Syarikat berada di 37 sementara Melaysia berada di 44.

    Tapi ramai pihak termasuk Amerika yg mempertikaikan kajian ini sebab negara kecil yg sizenya pulau kecil juga ditempatkan di kajian yang sama dan akibatnya mereka mengatasi Amerika.

    Bila kita bercakap pasal health care, bukan saja kemudahan perubatan itu penting tapi affordability of the people for access to medical care juga penting. Sila lihat ranking WHO untuk Malaysia. Sila buat perbandingan rawatan jantung di Singapura berbanding dengan Malaysia. Sila lihat kemampuan rakyat biasa Singapura untuk dapat rawatan.

    ReplyDelete
  109. Dan satu lagi yang kita kena faham. Bila beberapa hospital kita disenarai antara yang 2,000 terbaik kita kena bangga sebab kita bukan negara besar dan luas.

    dalam ranking ini, world ranking of hospitals, cara kajian dibuat adalah macam ini.

    bagi Amerika Syarikat negara yang luas dan ada 52 negeri, semua hospital Amerika berpeluang untuk bertanding untuk yang antara 2,000 hospital yang terbaik. Bayangkan berapa puluhan ribu hospital swasta di Amerika yang baik baik belaka tapi tak semua yang " make itu to the best 2,000." Begitu juga beratus hospital di Jepun dan Korea Selatan yang baik baik tapi tak semua yang dalam ketrgori 2,000 itu. Dan jangan lupa dengan benua Eropah, mereka pun banyak hospital baik dan kualiti tinggi tapi tak semua yang make it to the best 2,000. Di Malaysia kita ada empat hospital yang dalam katergori baik dan jangan lupa ini termasuk " Pantai group of hospitals " Kalau setiap Pantai Group of hospitals hendak dihitung secara fizikal, kita ada lebih dari empat hospital yang terbaik dari segi rawatan pakar.

    Jadi di antara ratusan negara dunia, dan juga termasuk negara Amerika yang besar dan ada 52 buah negeri itu, we can be proud of our hospitals.

    Untuk rawatan biasa, saya rasa semua rawatan am diperolehi hampir percuma, kecuali ubat ubatan dan kos minima wad wad hospital.

    Wassalam

    ReplyDelete
  110. My good fren Knight of Saladin,

    Don't forget " On the wings of love " masa kat discussion kat PJ Hilton. Thank you for being there for us. We know sape yg slalu senyum masa talk tu : )

    N thank you for the inspirational talk, on climbing up the ladder of success - wow !! kita rasa feel good N ada " admirer you..." : ) Bila nk balik S'manjung gi ?

    - frm J n geng

    ReplyDelete
  111. Asslamualaikum yg kat atas tu, : )

    Hehe !! : ) U org ni bagi I malu le, knape le tulis dlm blog ni ? Mane tau I de kat sini ? :) Mail le pada personal e mel saya tu. : )

    Ye, ingat lagi pasal talk tu. Yg tu Dekan u orang yg jemput saya. Dia pun nak expose u orang pada praktikal side of the profession.

    Harap semua lulus dlm final exam yg dah lepas tu. Konvo bile gak nye ? Lepas raya ye ? Jgn lupa bawak famili. Abah dn emak u orang sure hepi punye.

    G S'manjung ? Hampir tiap-2 bulan kat sana. Tak jemput sye kat konvo u org ke ? Dulu mase I tugas kat KL dan Klang, tiap - tiap tahun Fakulti you org ada jemput.

    Sye tak tahu sye ada " admirer ". Kirim salam je lah kat die : ) Untuk u org semua satu kampus sye kirim senikata lagu ini

    " Tiada kata bagimu, sebagai buluh perindu, tanda nantiku... , Bekalku hanyalah rindu,... walau dipisah lautan..." ( petikan lagu " Sabar menanti " by Broery Marantika )

    So pls e mel pada personal mel ye, kalu nak tau personal e mel, tnye pada M, yg kat Fakulti tu.

    Wsslm

    ReplyDelete
  112. Sebelum lupa, pesanan pada mahasiswa - Hindari dan jauhi lah perhimpunan haram pada bila bila masa pun.

    You are the future of this great country. Never destroy it, but continue to build it. You are the future masters of her fate and destiny. No one can claim to love this nation but at the same time be so willing to destroy it.

    Maksudnya kita tidak boleh berdusta mengatakan yang kita mencintai seseorang tapi pada masa sama mahu melukakan dan memusnahkan masa depan yang dicintai itu. Cinta itu ialah keikhlasan dan kejujuran dan cintailah negara ini dengan berjuang dan berbakti pada ibu pertiwi, membangunkan masyarakat dan memakmurkan negara.

    Selamat melangkah untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara bila keluar dari Menara Gading selepas ini.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  113. Syabas Brother. Well done. Patut banyak orang sayang dengan you. :-)

    ReplyDelete
  114. Saya yakin esok tiada apa apa yg nak kita risaukan. Lihatlah nanti jumlah yg akan hadir.

    Saya meluat baca statement pemimpin - 2 pembangakag yg kata Najib patut bertanggungjawab kawal keadaan. Apa maksud orang yg berhati bukan manusia itu ? Kalau mereka bawa penyokong dan penyokong buat kecoh, jadi ini salah siapa ? Sudah tentunya salah mereka dan penyokong yg menyertai perhimpunan haram ini.

    What are you trying to prove here ? Nak suruh dunia tahu yg you dan penyokong gila you boleh merusuh ? Saya masih cuba berfikiran terbuka dan mencari argument kumpulan " bersih " ini tentang samada pilihanraya kita tipu. Saya ucapkan tahniah pada keberanian dan kebijaksanaan Yang Berbahagia Ketua Pesuruhjaya Pilihanraya malaysia Tan Sri Abdul Aizi Yusuf yang mencabar pembangkang dan " Bersih " dengan satu soalan cabaran "

    " BAWA KEPADA SPR SEORANG PENGUNDI YANG DIKATAKAN MENGUNDI DUA KALI DALAM PILIHANRAYA DI MALAYSIA "

    Sehingga kini langsung tiada, tiada seorang pun dibawa ke depan. Mengapa ? Sebab " Bersih " dan pembangkang yang tak tahu malu itu tak ada bukti. Mereka bawa perkara yg meremehkan. Yang tempat alamat Azmin Ali ada banyak pengundi yg lain yg berdaftar alamat yg sama. Rupanya itu rumah nenek Azmin, bukan rumah Azmin, yakni Azmin yang menipu dalam pilihanraya PKR baru baru ini. Dan SPR telah menjelaskan kekeliruan tentang alamat itu, rupanya bukan alamat yang sama.

    Saya mengutuk sekeras kerasnya pihak yg mahu membawa kemusnahan kepada negara kita ini. Mula-mula pihak PKR yang dikuasai oeh keluarga Anwar, ( jangan pulak menafikan yg itu Anwar keluarga punya parti ) dan saya kutuk orang tua Cina yg bernama Lim Kit Siang dan DAP yg dikuasai keluarganya itu ( that is also a fact - kesian anak Karpal Singh di penang yg tak dilantik apa apa itu ) dan PAS. Ustaz Hadi saya masih hormat tapi timbalannya, nantilah kita dengar cerita cerita tentang dia ni, namamya Mat Sabu.

    Inilah golongan yg tak tahu malu, penderhaka, pembelot, dan terdesak kerana rakyat akan menolak mereka. Tengoklah di Selangor, orang Melayu di lembah Klang dan Selangor dah tak sabar nak menendang mereka. Ia akan bermula dengan Teresa Kok di Seputeh, yg menghina orang Melayu dan Elizabeth Wong di Bukit Lenjan. Tan Sri Khalid pun bukan selamat di Ijok, dan Azmin Ali, please buy a big to pack your things on your way out..." You dulu menang tipis jugak.

    Marilah kita tengok sarkas sarkas badut badut politik ini dan binatang kesayangan mereka berarak esok dan menunjukkan kepada dunia yang betapa terdesaknya mereka untuk menyelamat parti parti mereka yang akan kalah ( terutama PAS dan PKR ) di PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  115. Don't worry Brother. Skrang pembangkang confuse, nak march ke KL ke, ke shah alam ke, atau ke stadium bukit jalil.

    Itu lah bila demo yg nak di plan, bukan spontan. Kalau rakayt betul marah kerajaan, mereka boleh demo sndiri spontan tanpa anjuran apa apa. Itu Tunisia dan Mesir. Tapi kita bukan Timur tengah. dan tengok di Tunisia dan Mesir ia berlaku di seluruh negara, yg ni di KL untuk sebilangan manusia yg terhegeh hegeh tak tau malu saja. Di Sarawak tak ada apa apa pun. NOTHING IS HAPPENING IN THE WHOLE COUNTRY EXCEPT KL, ITUPUN JIKA MANUSIA TAK TAHU MALU ITU DAPAT MASUK KL.

    To the pembangkang - you lost and we won

    Let those bersih people shame themselves... Dari nak kumpul ke stadium bukit jalil, lebih baik undi Datuk Sharizat Jalil next PRU nanti. Dia pun almost sure menang. Tengoklah.

    ReplyDelete
  116. Najib dah check mate " Bersih " Macam main chess. PM know his opponent next move. Dan check mate cepat - 2. Skrng bersih don't know where to move. Tq PM. u r one hell brilliant PM

    ReplyDelete
  117. Assalamulaikum Tuan Guru,
    Saya tidak berniat menyakitkan hati tuan, bukan juga mahu meningkatkan riak dihati tuan.
    saya cuma berpegang pada hadis:
    Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahwa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam (SAW) bersabda: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta tawadhu’lah kepada orang yang mengajarimu.”
    Jadi saya tetap nak panggil Tuan Guru saya jika masih tiada kemudaratan.

    ReplyDelete
  118. itu juga tanda saya sangat menghormati tuan.

    ReplyDelete
  119. Assalamualaikum wrbt Saudara Abangpi,

    Terima kasihlah jika itu niat yg baik. Tak apalah. saya tak tersinggung apa apa sebenarnya. Cuma pelik sikit. Namun saya terima lah apa yg nak dipanggil pada saya.

    Sebab saya rasa pelik ialah saya banyak lihat pemimpin PAS yg dipanggil Tn Guru tapi masih jugak mereka meletak kepentingan politik dari kebenaran. Dato Seri Nik Aziz saya hormat peribadinya tapi BUKAN HORMAT PENDIRIANNYA. Beliau tahu Anwar bersalah tapi masih jugak mempertahankan Anwar. Begitu jugak pemimpin PAS yg lain. Masih bergayut dengan Anwar, macamlah itu nyawa politik mereka.

    Sebenarnya pihak Special Branch tahu yg Anwar melkaukan diri sejak lama lagi, dalam tahun awal 1990'an mereka tahu. Tapi Tun Dr Mahathir tak percaya betul betul apa yg Tun ( ketika itu Tan Sri ) Hanif Omar kata padanya masa Tun Hanif jadi IGP.

    Masa saya jadi mahasiswa, masa Anwar jadi menteri pendidekan, saya pernah lihat beliau berapi api dipentas universiti mengutuk Zionisme, dan Israel. Dan Amerika. Tapi ramai tak tahu ( termasuk saya ketika itu ) pada pada masa itu beliau dah berkawan baik dengan duta Amerika ke Indonesia iaitu Paul Wolfowitz, seorang Zionisme front liner.

    Orang ramai kutuk Dr Mahathir kerana operasi lalang pada tahun 1987. Tapi tak ramai tahu apa punca operasi lallang ini. Ia bermula dari masalah di sekolah sekolah Cina di mana mereka merungut kerana guru guru Bahasa mandarin yang tidak terlatih dihantar ke sana. Tapi Anwar mengamuk dan berucap di satu pentas memberi amaran supaya orang Cina jangan mencabarnya. Demi ALLAH yg mencipta langit dan bumi, itu yang saya dengar sendiri dari ucapan Anwar. Jadi siapa yg rasis di sini ? Siapa yg memarakkan api hingga Dr M terpaksa menahan ramai orang dalam operasi Lallang ? Pembangkang sekarng salahkan Dr M tapi lupakah mereka siapa menteri pendidekan masa itu ?

    Saya akan menulis lagi. Saya bersyukur kerana demonstrasi Bersih gagal di KL dan ia kegagalan yang memalukan. Dato Seri Najib ambil pendekatan bijak, beliau tenang dalam gelora dan cara kerajaan menangani masalah itu amat berhemah dan dihargai oleh rakyat. Malah Anwar dan kuncu kuncunya gagal dapat publisiti stunt dalam semua ini. TV Al Jazeera cuma sira sikit saja, CNN dan CNBC, dan BBC tak siar langsung. Bukan apa. Sebab itu tak ada " news value " dan itu cuma badut badut sarkas tua yg tak laku ( dan tak mahu pencen ) yang cuba untuk berlakun di jalanan dengan lawak mereka yang lansung tak " funny " itu.

    Wassalam,

    Terimakasih di atas penghormatan

    ReplyDelete
  120. Saya tergelak mahu pecah perut baca komen di blog " Bumi yang " yang berbunyi begini :

    " Lelaki yang menyerupai wajah ketua pembangkang mendakwa cedera ditahan polis "

    Itulah Anwar. Ber tan tan pembohongan beliau dulu pada dunia, yang menafikan yg beliau bukan lelaki dalam video seks itu. Semua orang tahu itu sah beliau tapi masih jugak nak nafi. Sekarang apa rasa Anwar " when you are tasting the taste of your own medicine.. " Saya cadang macam ni lah, kalau Anwar dakwa dia dicederakan dan tunjuk gambar dia, maka lebih baik kita semua nafikan dan kata yang dalam gambar itu bukan dia tetapi lelaki macam dia : )

    Tentang video saya nak tanya pemimpin pembangkang, katakan dalam kes jenayah biasa. Dalam kes rompakan. Di dalam kedai mas. Dan gambar orang yang merompak itu dirakam oleh CCTV. Tidak kah Mahkamah akan menerima bukti ini sebagai bukti kukuh yang tertuduh itu merompak ? Pernahkah Mahkamah menolak bukti CCTV sebagai sahih, yang telah disahkan ketulenannya ? Jawapannyab tidak pernah.

    Malah ramai pemimpin politik dunia sekarang ada yang resign kerana gambar mereka ada dalam video seks, mereka tak menafikannya sebab itu hakikat. Dan di Indonesia, seorang pemimpin politik letak jawatan, bukan kerana dia terbabit dalam skandal seks tapi sebab dia ada menghantar mesej pada seorang pelajur melalui MMS dan meminta gambar bogel pelacur berkenaan.

    Pada pemimpin PAS saya nak tanya " kata kan ( saya harap tak berlaku lah ) ibupejabat PAS di KL di pecah masuk dan lepas itu ada orang yang tertangkap. Dan gambar orang itu ada dalam rakaman CCTV. ADAKAH PEMIMPIN PAS AKAN MENERIMA ITU SEBAGAI BUKTI YANG ORANG ITU LAH YANG MELAKUKAN JENAYAH PECAH MASUK ITU ? !!

    JAWAPLAH SOALAN SAYA PEMIMPIN PAS.

    ReplyDelete
  121. Assalamulaikum Tuan Guru,
    Saya biasa mendengar orang berkata kalau tuan guru tu maknanya guru agama. sekurang-kurangnya bagi saya, maknanya lebih kepada guru ilmu dunia. kalau ilmu agama saya panggil ustaz.

    ReplyDelete
  122. Assalamualaikum Saudara Abangpi,

    Ya, Insya ALLAH kita belajar dan bertukar ilmu. Itu molek sangat. Ini bumi bertuah, yg perlu kita jaga. Saya juga belajar yg berguna dari seorang rakan saya dulu, mengapa bumi ini jarang di timpa bencana besar. Misalnya ribut / taufan yg besar yg datang dari sebelah utara Pantai Timur dari Cambodia dan Vietnam ? Angin itu cuma melanda negara negara di situ dan cuma tempiasnya pada negara kita ?

    Sebab kata rakan saya, masih ada lagi umat islam yang mahu mendirikan syariat di negara kita. Kita bersederhana dengan pegangan kita, bukan ekstrem tapi ikhlas. Kita bersyukur dan sentiasa minta dijauhkan ALLAH tentang semua ini.

    Sebenarnya episod Anwar Ibrahim ini ujian untuk negara kita dan ujian untuk umat Islam. Dan begitu juga ujian ujian lain yg melanda agama dan masyarakat kita. ALLAH nak lihat bagaimana kita nak menanganinya. Kita usaha lah, sesungguhnya ALLAH bersama umat islam yang jujur dan ikhlas memperjuangkan syariatnya di muka bumi ALLAH ini.

    Dalam zaman Nabi Luth ( a.s ) pun ALLAH mendatangkan ujian pada Nabi ALLAH Luth ( a.s ) tetapi malangnya tidak banyak lagi umat Nabi Luth (a.s ) yang jujur dan beriman dan bertaqwa dan menegak syariat yang ALLAH SWT hantar pada Nabi Luth. Sebaliknya banyak umat nabi Luth suka mengamalkan seks luar tabii, lelaki suka dengan lelaki dan tidak berminat dengan perempuan. Jadi ALLAH datangkan bencana pada negara Sodom dan Gomorrah. Ini bukan kegagalan Nabi Luth (a.s ) kerana baginda telah berusaha tetapi dah hampir tiada umatnya mahu ke jalan ALLAH Rabbul Jalil. Mereka tergila gilakan homoseks dan hubungan sejenis. Sebab itu bala ALLAH datang dan tiada siapa dapat menghalangnya.

    Kita bersyukur, di sebalik manusia manusia yang berperangai macam umat Nabi Luth di negara kita ini, ALLAH masih memberi Rahmat pada negara ini. Mungkin kerana masih banyak lagi umat Islam yang mendirikan syariat ALLAH, bersolat berjemaah, mengimarahkan masjid dan surau, cuba menegak ma'aruf dan mencegah mungkar, di bumi Malaysia ini. Syukur kita.

    Wassalam,

    Akan bersambung nanti.

    ReplyDelete
  123. Assalamulaikum Tuan Guru,
    Kita ada pemimpin yang sukakan ke dua dua, laki pun suka, perempuan pun suka. tak tau mana satu yang dia lebih suka.
    Saya rasa Tuan Guru adaberjanji nak komen pasal video seks berkenaan.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  124. Assalamualaikum Saudara Abangpi,

    Ya, saya ada kata nak tulis pasal video Anwar Ibrahim itu. Insya ALLAH saya akan menulis nya sekarang. Saya menyeru sahabat sahabat saya dalam PAS supaya melihat pendapat saya dengan hati terbuka, dan menyalur ini pada pemimpin pemimpin mereka.

    Saya ada sahabat yg juga pemimpin muda dlm PAS di Semenanjung dan ada juga saya utarakan pasal video ini. Dia banyak terdiam dan mengata supaya saya sendiri pun kena renung diri dan berfikir samada ia satu fitnah. Tapi bila saya beri pandangan secara fakta, sahabat saya tidak juga banyak berkata kata.

    Di forum ini saya telah banyak menyentuh pasal video ini. Banyak yang Anwar buat sebenarnya meragukan kita semua.

    Pertama, kenapa Anwar tidak sanggup bersumpah bermuhabalah, mengatakan bukan dia dalam video itu.

    Kedua kenapa tak saman datuk Eskay. Ketiga, kenapa nak nafi sedangkan sudah ada dua pakar luar negara yg mengesahkan perkara ini. Dua pakar yang mengesahkan videonya itu ialah pakar pakar yang bertaraf professor dalam forensic science dan pihak yang berkecuali.

    Ke empat - INI YANG PALING PENTING. Kalau tak setuju dengan pandangan dua pakar luar negara itu, kenapa tak bawa pakar dia sendiri iaitu pakar Anwar sendiri untuk kaji kesahihan video itu.

    Ke lima, kenapa tak dapatkan alibi, atau saksi yang bekerja di hotel tu. Bawa mereka ke depan untuk mengesahkan bukan Anwar yang dalam bilek hotel tu masa perkara itu berlaku

    Ke enam, sebenarnya apa kah Anwar tidak berfikir yg sebenarnya Datuk Eskay juga mempunyai bukti lain yg Anwar berada dalam bilek itu ? Misalnya apa Anwar nak kata jika CCTV hotel itu dibawa dan mengesahkan Anwar yg masuk ke dalam bilek itu/

    Ke tujuh kenapa tak fail tuduhan qazaf terhadap kumpulan yg buat video itu ?

    ke lapan kenapa tak tunjuk jam omega beliau ? Setiap jam yang mahal sep[erti Omega ada serial number di mana pengeluarnya menyimpan serial number pemilik jam berkenaan.

    Ke sembilan, sila tunjuk jam omega dia. kenapa nak sorok jam itu jika benar ada.

    Ke sepuluh, kenapa tak bercakap benar saja dan bertaubat ? ALLAH MAHA mengetahui. Bila Anwar enggan bersumpah laknat, jangan fikir yang dia tidak boleh kena laknat jika bersalah. Kenapa berlakun dan berlagak macam dia kena fitnah ? Kenapa tak buat perkara perkara yang sewajarnya untuk membersihkan namanya ? Dalam Islam orang yang dituduh diberi peluang membela diri untuk membersihkan namanya. Kita umat Islam Malaysia bertanya, selama ini adakah Anwar berusaha apa apa untuk membersihkan namanya ? Satu usaha pun Anwar tidak lakukan untuk bersihkan namanya.

    Tidak payah kita berfikir lanjut, dari tingkah laku beliau itu dan tindak tanduk Anwar, orang ramai mula sedar siapa beliau yang sebenarnya. Bertaubatlah Anwar sebelum ALLAH mendatangkan balasan pada kamu..

    Saya akan menulis lanjut.

    ReplyDelete
  125. Assalamualaikum Tuan Guru,
    Maaf jika saya tersilap tapi perkara 8 dan 9 tu nampak macam sama je..
    Tapi kalau kita katakan perkara ni kepada fanatik Anwar Ibrahim, orang itu akan mengatakan bahawa Anwar ada berusaha untuk membela diri dan membersihkan namanya:
    1. Dah buat laporan polis bahawa dia bukan pelakon video tu
    (saya bayangkan agaknya dia beri statement kepada polis: saya bersumpah bahawa saya bukanlah orang yang didalam video klip lucah dengan pelacur bangsa Cina itu. Orang itu hanyalah individu mirip saya...)
    2. Dah buat siri ceramah-ceramah seluruh Malaysia untuk menafikan dengan berapi-api serta penuh 'oratory skills'.

    Saya dah cari ceramah beliau terbaru di internet. semua ceramah tersebut biasanya sebut nak baiki taraf hidup rakyat dengan turunkan harga barang. dengan panjang lebar cakap perkara-perkara lain, sampai suatu ketika tersentuh lah juga isu video. Anwar kata: orang UMNO kata Anwar laki boleh perempuan pun boleh, haram jadah... haram jadah beberapa kali dan itu sahaja. tiada usaha untuk huraikan perkara-perkara seperti yang Tuan Guru senaraikan di atas. Agaknya kalau ada sesi soal jawab lepas Anwar beri ceramah tu apa yang orang akan tanya agaknya....
    Selain itu saya perhatikan bahawa Anwar Ibrahim sejak video keluar di internet, marah bukan main. beberapa kali sidang akhbar beliau menampakkan beliau naik angin,
    1. you dari mana? dari TV3. DNA apa? beberapa kali. inilah perkakas UMNO murahan....jangan biadap dengan saya, sedangkan dia yang biadap dengan pemberita tu.
    2. jam omega apa? dah you establish dah? beberapa kali, pun langsung tak menyentuh isu
    3. itu bukan isu...
    Agaknya apa makna orang yang melenting-lenting marah macam ni.
    tak pernah menjawab soalan, disergahnya pulak wartawan.
    Saya sebenarnya pernah baca point yang Tuan Guru sebut kat atas dalam beberapa blog lain tapi yang pasal Anwar patut bawa sendiri pakar dia untuk patahkan pendapat pakar amerika tu saya rasa pertama kali saya dengar. ada percubaan dari Johari Abdul,AP Sungai Petani untuk menjelaskan pasal video tu termasuk cuba menyerupai P Ramlee tapi bagi saya langsung tak meyakinkan dan dia bukanlah pakar yang boleh patahkan hujahan pakar.
    Yang satu lagi tu, pasal qazaf terhadap kumpulan yang buat video, boleh ke Tuan Guru pasal kita belum tahu siapa kumpulan tu?
    Ada satu lagi point yang saya nak tambah yang pernah saya baca di blog; kalau Anwar kata itu orang yang pelanduk dua serupa, mereka mencabar Anwar supaya mencari orang ini dan dipamerkan kepada rakyat Malaysia.

    kesimpulannya Anwar Ibrahim tak pernah buat apa-apa untuk bersihkan namanya selain buat siri ceramah yang tak jelas kemana arahnya (considering tajuk ceramah: untuk menjawab isu video seks).memang tak menjawab isu.

    saya nak tambah sikit, saya baru teringat Anwar ada buat satu lagi usaha membersihkan nama dan maruah dia: dia buat BERSIH 2.0.

    Maaf kalau saya tulis ada yang menyinggung hati Tuan Guru.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  126. Assalamualaikum wrbt.

    tentang pakar, saya kata macam ni lah. Setiap bidang itu ada disiplinnya. Anwar will never dare to bring any expert nak patahkan pendapat pakar Amerika itu kerana pakar mana mana pun tak boleh lari dari disiplin dan cara bagaimana mereka come to conclusion. That is why tak ada pakar yang sanggup nak debunk hasil kajian pakar pakar Amerika itu. Bolehlah pakar geologi kata yang Jepun dan mexico bukan dalam volcanic ring ? Tak boleh. Even pakar DNA pun Anwar tak berani nak kemukakan dalam pembelaan kes liwatnya yg melibatkan Siaful. Sebab tiada pakar DNA yang akan berani kata itu bukan DNA Anwar. Kenapa ? Sebab kalau Anwar panggil pakar DNA, maka dia sendiri terpaksa bagi DNA nya pada pakar tersebut untuk perbandingan dan bila dalam trial, pakar DNA itu mesti mengemukakan DNA Anwar pada Mahkamah. You see my point ? Anwar is trapped, terperangkap dan tak boleh buat apa apa pun. Sebab itu dia tak berani bawa pakar dia sebab pakar dia mesti compare DNA Anwar dan DNA yg di jumpai pada Saiful dan semua ini akan mengatakan sama. Tak pernah berlaku dalams sejarah mahkamah yang DNA finding ditolak.

    Saya akan menulis lagi. Tadi saya bantu bagi feed back seorang lecturer tulis thesis beliau, melalui e mail, dia kat JB dan beliau janji nak belanja saya mee jawa kalu saya kat JB. Sebab itu lambat reply.



    Wassalam

    ReplyDelete
  127. Assalamulaikum Tuan Guru,
    saya nak cerita sikit. Saya ni seorang melayu Terengganu. Pada pilihanraya umum 2008 saya undi PAS. tapi pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu 2009, saya undi UMNO.
    Kenapa? kerana saya orang Melayu.
    saya masih ingat lagi sebelum pilihanraya kecil tersebut, saya terdengar suatu kata-kata yang terkeluar dari mulut Karpal Singh yang menghina Sultan Perak. hati saya dengan serta merta terguris. Saya bertekad untuk menyokong pihak yang melawan Karpal Singh.
    saya mahu DAP binasa selama-lamanya dari bumi kita.
    walaupun Sultan Perak bukan sultan saya secara langsung, saya menganggap semua Sultan-Sultan di malaysia adalah Tuanku, kerana saya orang Melayu.

    Daulat Tuanku!

    Saya sangat sensitif jika seorang pemimpin parti yang nak memerintah Malaysia mempersendakan Tuanku.
    Jika saya berpeluang mengadap Tuanku, saya akan menjunjung duli dengan bersimpuh dilantai seperti nenek moyang saya dahulu.

    saya sanggup mati untuk kedaulatan Tuanku!!!!

    ReplyDelete
  128. Assalamualaikum wrbt.

    Sebenarnya ramai orang Melayu masih menghormati Raja Raja mereka. Sejarah Tanah Melayu menunjukkan " Duetro Malays " iaitu Melayu Kedua lah yang membawa tamadun di Tanah Melayu dan termasuk di Borneo melalui Kesultanan Melayu Brunei.

    Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang banyak rahsia tersembunyi yg ramai tak mengetahuinya. Hikakat Kerajaan itu berasal dari perkataan " Raja ". Adat Melayu iti berakar umbi dengan konsep Raja, dan yang baiknya ialah bila alim ulama dari Arab dan India Islam berkunjunk ke negara kita, maka mereka tak perlu sangat berdakwah pada rakyat untuk mengembang Islam. Memadai lah melembut dan memenangi hati Raja sebab bila Raja memeluk agama Islam maka rakyat turut sama. Ini terjadi pada Raja Parameswara, bila memeluk Islam maka seluruh rakyat Melaka mengikutinya dan barulah Raja itu menggunakan title " Sultan " sebab " Sultan " itu makna Raja dalam bahasa Arab. Di tempat lain sama juga, macam Acheh, Kampar, dan sebagainya. Sultan ini sebenarnya dibenarkan dalam Islam malah dalam beberapa keadaan sangat digalakkan. Misalnya Sultan Salahuddin al Ayubi ialah seorang mumkim yang sangat tawaduk, mengamal sufi dan dihormati oleh kawan dan lawan. Baginda juga digelar " Knight of Saladin " sebab baginda banyak bertarung bersama kesatria kesatria yang dilatihnya. Knight itu ialah perkataan Inggeris yg bermaksud Kesatria. Knight of Saladin mentarbiahkan kesatria-kesatrianya dan angkatan tenteranya sehingga mereka berjuang untuk agama dan cuma nampak syurga di depan sebab itu mereka menang hampir semua pertempura.

    Balik pada konsep Sultan, memang lah pihak pembangkang selalu menghina Raja Raja kita samada secara terang atau sembunyi. Karpal Singh pernah ditampar oleh seorang kiyai di Selangor berpuluh tahun yg lepas kerana menghina Sultan Selangor masa itu.

    Saya akan menulis lagi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  129. Assalamualaikum wrbt. Saudara Abangpi

    Taat setia kita pada Raja ialah berdasarkan firman ALLah " Taatlah kamu pada ALLAH, pada Rasul dan " pemerintah " ( ulil amri minkum ) di kalangan kamu.."

    Kepada mereka yang mencela orang Melayu maka saya cabar mereka dengan persoalan ini -" Siapa kata orang Melayu tak ada menegur Raja mereka ? Ada. Baca sejarah betul betul.

    Dalam Adat Perpatih, Yam Tuan memerintah hasil dari perikatan kukuh antara rakyat, pembesar dan Raja. Yam Tuan dipilih oleh Datuk - Datuk Undang dan Datuk Undang dipilih oleh struktur pemerintah yang lain, termasuk buapak dan penghulu, dan yang ini dipilih oleh rakyat. Malah ada penulis sejarah termasuk R.O Windstead menyatakan yang sudah ada demokrasi di Tanah Melayu yang bercambahkan Adat Perpatih.

    Semua orang Melayu di klasifikasikan sebagai " Malayo Polynesia " bermakna yang berasal dari kepulauan Melayu yang sangat luas. Ini ialah " Greater South Polynesian Asia. Asia Tenggara ialah dari rumpun Melayu, yang duduk dekat Champa di Cambodia itu ialah Melayu, yang di Sumatra pun Melayu dan di Jawa, di Malaya, di Borneo dan Brunei dan Sulu. Ramai Melayu Sarawak berasal dari Jawa dan yang bergelar Abang dan keturunan Perabangan itu asalnya orang Minang.

    Kita semua Melayu yang bangga dengan asal usul kita dan susur galur dan sejarah budaya yang kaya dan halus itu. Orang Melayu amat ramah, bersopan, bermurah hati. R.O Winstead dalam bukunya " History of Malaya " menyatakan di Tanah Melayu inilah pengembara suka mengelar sebagai tempat berteduh mereka menunggu perjalanan yang seterusnya.

    Ada pendapat yang menyatakan yang umat Melayu berasal dari keturunan isteri ketiga Nabi Ismail, ( a.s ) dan itu saya tak pasti. Ada juga yang menyatakan yang umat Melayu Islam lah yang akan berjuang bersama Imam Mahdi di akhir zaman dan mereka mengata ini sebab berdasar satu hadis di mana Rasullullah s.a.w menyebut yang tentang umat umat Islam di sebelah Timur yang akan membawa panji panji hitam. Pendapat ini pun saya tak boleh confirm tapi ia menarik.

    Wassalam

    ReplyDelete
  130. Assalamualaikum wrbt.

    Orang Melayu kini mendengar panggilan bersatu dan untuk mempunyai Kesatuan. Melayu Terengganu, Melayu Kelantan kah, Melayu Perak kah, Melayu Selangor kah, dan semua Melayu Melayu ini. Akan tiba masanya kita tahu yg kita perlu seiring dan serentak. Kita bangga dengan KeMelayuan kita bukan kita assabiyyah tapi wataniah.

    Kita bersatu atas dasar ukhwah Islamiah kita dan bukan kerana fahaman sempit. Tanggapan orang yg menentang kesatuan Melayu ialah tanggapan yang keliru. Mereka kata - Islam itu bukan hanya untuk orang Melayu saja.

    Yang tu betul, Islam untuk semua. Tapi Islam di Malaysia akan gagal jika orang melayu terus berpecah kerana asas kekuatan Islam di negara kita ialah orang Melayu yang beragama Islam. Kalau di timur Tengah, asas kekuatan umat islam ialah orang Arab. Di Malaysia tak kan orang Arab yang berpuluh ribu batu itu akan memperjuangkan nasib negara kita dan agama kita di sini. Itu yang sebenarnya yang kita maksud sebagai Perjuangan dan Kesatuan Bangsa Melayu, kita juga mentauhidkan ALLAH yang Maha Esa. Tiada kekeliruan tentang perkara ini. Kalau ada orang Arab Islam yang nak bantu kita sila kan. tapi hakikatnya kita kena berjuang sendiri dengan kesatuan Islam yang asasnya kekuatan orang melayu. Kalau Melayu kuat, sudah tentu Islam akan kembali kuat. Itu hakikat dan bukan assabiyah.

    Jadi janganlah sahabat saya dalam PAS nak argue dengan saya tentang itu. PAS pun Malay based party dan mereka pun memainkan issue Melayu dalam kempen mereka. Walaupun bukan secara terang terang. Jadi janganlah nak menafikan yang kekuatan Islam di malaysia ialah berdasarkan kekuatan dan kesatuan Melayu.

    Wassalam

    ReplyDelete
  131. Assalamulaikum Tuan Guru,
    Saya suka berbincang dengan Tuan Guru. Boleh tak Tuan Guru jika kita berbincang secara peribadi?
    Email saya orangkualaterengganu@gmail.com.

    Saya ada nak bertanya lagi pendapat Tuan Guru tentang Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang.

    Terima kasih.

    ReplyDelete