Wednesday, March 16, 2011

N60 Kemena: Kenapa pengundi Kemena tidak sibuk dengan Kemena?



R****:
ORANG SIBUK DENGAN KEDUDUKAN YB TALIP DI JEPAK KENAPA PENGUNDI KEMENA TIDAK SIBUK DENGAN KEDUDUKAN RUNDI DI KEMENA?????????????RUNDI PATUT DI GANTI....GANTI CALON LAIN YANG BETUL2 DAPAT MENOLONG ORANG KEMENA.SAYA NAK TANYA DENGAN RUNDI APA KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN YANG DIA BAWA? HABIS TANAH TEMPAT ORANG YANG SELAMA INI TEMPAT MENCARI ...REZEKI TERUTAMA TANAH MENANAM PADI TELAH DIJADIKAN LADANG.SIAPA PUNYA LADANG? ORANG TEMPATAN?

ORANG TEMPATAN HIDUP SEMACAM ORANG ASING....ADA YANG DIBURU DARI TEMPAT MEREKA SELAMA INI MENCARI REZEKI DI SITU. ADA DIA BANGUN MEMBANTU ORANG2 INI....TAIK PALAT ADA.MINTA CM TUKAR RUNDI DENGAN CALON LAIN....KITA MAU BN BUKAN MAU DGN PAS,PKR,DAP ATAU BEBAS....WAHAI TOK UBAN TUKAR CALON YANG TAK DIPERLUKAN OLEH RAKYAT.
 

8 comments:

  1. Jangan mintak CM tukar Rundi...tukar CM sekali bah. CM & kroni & famili udah cukup kaya.

    ReplyDelete
  2. SYABAS.

    Wahai 2.09 sekarang kita boleh berjenaka dan tak ambil serius pasal kedudukan di Kemena sebab mungkin tidak terkena ke batang hidung sendiri lagi.

    Orang Kemena sibuk pasal kemena, cuma tak nampak.Apa sebenarnya yg kita mahu sebagai pengundi di Kemena ?

    Kita di Kemena harus bersatu demi masa depan kita sekiranya CM ke, Jabu ke tidak mengambil kira suara rakyat Kemena alangkah seronoknya melihat SEC-GEN tumpas di kawasan yang tak pernah kalah sejak merdeka.Undi protes.

    Saya terus terang memang penyokong BN namun kali ini saya rasa kalau calon tidak di tukar dgn muka baru ramai termasuk saya tidak akan mengundi BN.

    Satu Soalan kalau nak di tukar kita dah ada calun ke yang hendak mengantikan tempat Rundi.

    Kalau tersalah calun di pilih oleh PBB/BN (not a winnable candidate) Kemena akan kecundang juga sebab calun PKR kalau saudara Bernard menjadi calun kemungkinan besar beliau ada peluang untuk menang sebab rakyat Kemena rata rata sudah bosan dengan rundi.Tak pecaya tanya kawan kawan kita di SB.

    Silap2 mungkin calun Bebas yang akan bersinar di Kemena

    Jadi PBB/BN Kemena harus mencari calun yang boleh menang.

    Pegi ke akar umbi tanya pada rakyat sapa ke calun yang sesuai dan sapa kah calun yang akan mereka undi nanti.

    Setiap sudut harus di ambil kira.

    Masalah di sini PBB/BN Kemena dah menjadi bisu dan cacat.

    Tr Sapit dan Ketua Pemuda PBB Kemena Tr Limen sudah hilang arah dan tidak berkaliber untuk menjadi ketua lagi.

    PBB Kemena skarang ini sudah menjadi sebuah kubu ynag menanti untuk runtuh.

    Saya secara peribadi dan mungkin ramai yang sependapat dengan saya Kemena merupakan salah satu kawasan kritikal ynag harus di ambil kira sekiranya Pesaka ingin menang disini sebab Rundi akan tewas disini.

    Pak Jabu saya rasa tidak akan peduli menang ke kalah ke calun Kemena sebab dia dah nak pencen bairlah generasi baru selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  3. Pembetulan........kepada kenyataan saudara diatas.....Kalau tidak silap saya kemena pernah satu kali kalah, tetapi di bawa ke mahkamah dan di declare "vacant" dan seterusnya diadakan pilihanraya kecil.....BN menang balik.

    Please check your facts carefully......

    ReplyDelete
  4. bro...i have my fact check already....that is on
    technicality....read between the line to understand...what i mean when it goes to voting and not going to court.

    During the time of Datuk Celestine Ujang and YB Chiew.

    ReplyDelete
  5. saudara,
    itulah masalahnya,siapa yang betul2 layak mengganti Rundi?saya sendiri penyokong BN tapi kalau kali ini masih jugak Rundi dcalonkan saya sendiri akan berkempen dtempat saya bagi tau kawan dan saudara mara supaya jangan memangkah Rundi dan pangkah la parti BEBAS.

    saya cukup terharu dengan keadaan d tempat saya.Dan saya puji Datuk Seri Tiong saya selalu memberi bantuan.kalau harapkan Rundi memang tiada.contoh paling ketara sekali jalan pergi ke kampung LABANG.Rundi langsung tidak mengendah keluhan orang kampung tentang jalanraya d situ.Rundi memang sudah sedia maklum kampung Labang memerlukan jalanraya dari kampung ke jalan besar(main road).

    Kemudahan letrik satu lagi masalah orang kampung.Kampung Labang adalah satu2nya kampung yang termundur d batang kemena d mana salah satu kawasan Rundi.Generetor kampung yang ada sekarang ini bukan pemberian Rundi tapi itu merukan pemberian Datuk Seri Tiong.TQ Datuk Seri Tiong.

    Rundi pernah berjanji akan berusaha mendapatkan KLINIK untuk kampung Labang tapi sampai sekarang habuk pun tiada.Dia menyedari itu keperluan orang kampung.Klinik amatlah d perlukan d kampung.Sudah banyak kali kes2 kecemasan d kampung tidak sampai d hospital besar Bintulu dsebabkan tidak ada bantuan pihak klinik.

    Mana2 pengundi2 di kampung LABANG sekiranya kalian membaca ruangan ini tolong sampaikan kepada saudara kita yang mengundi d LABANG jangan mengundi RUNDI sekiranya dia sekali lagi d calonlan.JANGN UNDI PAS,JANGAN UNDI PKR UNDILAH PARTI BEBAS.Undi BN kalau bukan RUNDI calonnya.

    ReplyDelete
  6. Saudara 1.04

    Kita bersependapat.Rata rata apa yang saudara suarakan memang tepat tetapi bukan sahaja di Labang tetapi di merata tempat di Kawasan DUN Kemena.

    Cuma akhir akhir ini sahaja baru nampak muka dia bila pilihan raya sudah hampir tiba.

    Kes tanah di Niah pay out berjumlah 1.6 juta baru di bayar hari ini.

    Kes ini sudah masuk mahkamah keluar mahkamah hampir 2 tahun.Setahu saya Dato seri Tiong memang banyak membantu di dalam kes ini tetapi rundi yang dapat nama.

    Tapi saya rasa ada cerita baru di surat khabar besok mungkin Rundi akan di tentang sekiranya di calun kan oleh seorang calun mampu memberi saingan kepada beliau.

    Saya tahu pasal masalah Kampung Labang dan bukan sahaja di kampung ini sahaja namun di sekitar kawasan kaum Iban Laabang pun menghadapi masalah yang sama.

    pesanan yang kepada semua rakan rakan di kawasan Kemena mari tunjukkan kuasa pengundi JANGAN UNDI PAS,JANGAN UNDI PKR UNDILAH CALUN BEBAS.Undi BN kalau bukan RUNDI calonnya

    ReplyDelete
  7. Percaturan dan percakaran politik sangat hebat di N58 Jepak sekarang. Seorang anak muda yang menyokong kerajaan juga disebut sebut untuk bertanding jika tiada perubahan berlaku dalam pilihanraya kali ini. Panas, memang panas. Kenapa sebanaku tak highlight kan apa yang berlaku di N58 ? PAS, SNAP, adik Speaker DUN kita, Kudus, Zaidi dan beberapa yang lain disebut sebut akan bertanding kerana tidak berpuashati dengan prestasi wakil yang sedia ada.

    ReplyDelete
  8. bila berlaku nya pilihan raya mmg banyak isu yang keluar. cnth nya isu tanah.. tanah mana yang dijual rundi? siapa yang menjualnya? kepada siapa yang dijual nya? tp kenapa dikaitan dgn menteri2 yang lain? tahukah kita dimana n apa punca ia nya terjadi... wahai pengundi2, kita diberi akal yang bijaksana, jadi fikirlah secara betamadun n bijaksana. jgn hanya tahu menyalah kan org lain tp sebalik nya apa yg kita dah berikan??? kepada rundi, thanks kepada YB kerana daripada 50 permintaan bantuan dari rakyat mungkin 30% telah ditunaikan. kepada yg belum tertunai tu,bukan sengaja tidak ditunaikan tp tanya kepada ORG YANG LEBIH BERKUASA lagi kerana menteri seperti rundi ada lagi menteri2 yang lebih berkuasa lagi neluluskan permintaan anda. bantuan bukan sebarang bantuan ,bila dhkite minta,semua terus diberi, kalau ank kita nk makan kfc tgh bulan ,dapatkah kite tunaikan terus permintaan itu... fikirlah wahai pengundi yang bijaksana...

    ReplyDelete