Sunday, March 20, 2011

N20 Sadong Jaya: An invisible hand is behind the BIG NO to Bekir

KUCHING: It was indeed a very risky decision but apparently the goal had been accomplished without any 'casualty'.

When PBB Sadong Jaya branch vice chairman Abdul Muttalib Julaihi came out with a strong statement condemning the efforts to bring Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib to the constituency, many in the party were shocked.

(To openly say no to a son of the party president Pehin Sri Abdul Taib Mahmud is something which not everybody is keen to do it because it is a sign of disrespect to the party president.)

Although Pehin Sri Abdul Taib Mahmud had dismissed the possibility of his son to agree to the request, it was still impolite for Abdul Muttalib Julaihi to openly say the branch didn't support any move to bring Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib to the constituency.

If rumours were to believe, he was said being encouraged by a Datuk.

The Datuk was rumoured to tell the vice chairman that Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib was never interested to join politics – and therefore, it was okay to say that the branch didn't support the efforts to enable the incumbent to have a good chance to be renominated.

Although Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi had declared his intention not to contest in the election, Abdul Muttalib Julaihi was hoping that the party top leadership would not take the incumbent's words seriously and would renominate him.

However, what Abdul Muttalib didn't realise was the party leadership had actually decided to drop Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi and was looking for a suitable candidate as a replacement.

When he agreed to say no to Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, he was actually not helping Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi but helping the ambitious young datuk.  It is rumored that the young datuk owns a hotel in satok.

-----
Mereka dibiayai untuk gugat parti, kata Abdul Muttalib
by Patricia Gari. Posted on March 9, 2011, Wednesday

PBB Sadong Jaya nafi keras terlibat cadang nama Mahmud Abu Bekir

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Sadong Jaya semalam menafikan seke-ras-kerasnya penglibatan mereka dengan sekumpulan individu yang menyuarakan keinginan melihat Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya.

Naib Ketua PBB Sadong Jaya, Abdul Muttalib Julaihi berkata tindakan sekumpulan individu yang mahukan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib mewakili PBB di Sadong Jaya nanti hanya bertujuan meraih populariti serta mempunyai agenda tersendiri.

Menurutnya kelompok individu berkenaan yang turut menghantar resolusi serta cadangan berhubung perkara itu kepada Setiausaha Eksekutif PBB Pusat Awang Bujang Awang Anter di ibu pejabat parti itu Isnin lepas telah ditaja serta dibiayai oleh parti lain yang dilakukan dengan sengaja serta bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam parti (PBB).

“Saya mewakili PBB Sadong Jaya amat terkilan dengan berita itu yang dilaporkan di dalam akhbar (tempatan) semalam (Selasa).

“Rombongan yang menyerahkan resolusi dan cadangan itu kepada pucuk kepimpi-nan parti BN semalam (Isnin lepas) bukanlah PBB Sadong Jaya mahupun kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) sebaliknya kelompok individu berkenaan dibiayai oleh parti lain yang bertujuan mahu memecah-belah serta mengganggu-gugat keharmonian dalam parti amnya dan Sadong Jaya khasnya,” ujar beliau kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau menambah PBB Sadong Jaya tidak pernah berpaling tadah terhadap BN malah sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Selama ini, kami (PBB Sadong Jaya) sentiasa me-nyokong penuh kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” ujarnya.

DUN Sadong Jaya kini disandang Dato Julaihi Wan Abdul Wahab Wan Sanusi juga dari parti PBB selama enam penggal berturut-turut semenjak memenangi pilihan raya negeri pada 1983 hingga 2010.

Manakala calon yang dicadangkan kumpulan ber-kenaan (Mahmud Abu Bekir) merupakan anak kepada Ketua Menteri yang juga presiden PBB dan pengerusi BN Negeri.

Sementara itu pada Isnin lepas rombongan terbabit menyerahkan resolusi itu yang disertai lebih 120 orang penduduk dari 13 buah kampung di kawasan Sadong Jaya diketuai Ain Mahli.

Akhbar tempatan yang melaporkan berita itu memetik Ain yang juga Ketua Kaum Kampung Semera Hilir sebagai berkata, “Kami mahu calon N.20 Sadong Jaya benar-benar dapat membawa perubahan besar dan pembangunan serta kemajuan di kawasan kami.” - Utusan Borneo


13 comments:

  1. eksen juak kau tok jis. mun kau nk nganok datuk sapri, iboh bertapok2 indah bh. kau ya baruk menar bercita2 besar, tua bigik.

    ReplyDelete
  2. This is a typical of Sarawak's politic. Tengok orang Melayu sentiasa layu. Tak ada org lain ka? Allah only know.

    ReplyDelete
  3. bukan ajis ya, reporter upahan ya yang menulis tok,dah make kereta besar nya kinek tok, minjam dari ajiskah?

    ReplyDelete
  4. Muslihat "Ketuanan melayu" ngajar kita patuh dan taat ngan ketua aja!!!Sebab ya orang melayu sik dapat naik-naik....Coba belajar bersuara dan 'ketua' coba belajar nerima tegoran..mun sik larat udah....

    ReplyDelete
  5. suka ati nya lah nak ngkah anak kah cucuk nya kat siney2..mun dah sik suka iboh undi nya apa lah susah??..mcm sidak kat dun tupong...dah sik suka ngan daud ya pa susah pangkah undi rusak jak...si kabis2 jak bala sidak ya...undi pkr iboh jak..alu sik berumah kita urg tok..apa2 pun selamat bertaboh !

    ReplyDelete
  6. sapa lah calon d maok c dak sadong jaya yo. datuk safri? sapo yo nyo?urang ni nyeh? ni kpg asai nyeh? raso aku c dak sio maok org tempatan yo pun. apo2 pun kito samo2 tunggu dan lihat. tahniah kpd hj talip julaihi yg berani membuat pernyataan menolak mahmud bekir.bagus juak nyeh madah awai,supaya pucuk pimpinan tahu isi hati urang sadong jayo. mun sik kalah kelak sayang ngan kerusi ppb yo. sik do guno calon glamour mun kalah.... selamat menunggu senarai calon untuk sadong jaya.

    ReplyDelete
  7. tahniah hj talip julaihi,yo baru betul. mun kito x dpt nerima calon yo, awai2 gik dah madah supayo kito sik nyesai dudi ari.baruk org atas nun tauk. mun mahmud bekir di sio, gerenti berat kejo kito nak menang. dah tentu calon bebas masuk. urang x nangga pkr dan pas agik. calon bebas jadi tumpuan dan boleh menang.mun sik cayak cobo ngkak bekir sio. lingkup!!!! tauk hilang kerusi ppb. wan wahab sik boh agik d sebut nyo nang dah madah nak berehat.

    ReplyDelete
  8. nang benar apa yang dipadah ya. mun salah calon diengkah sio kalah besar... cari calon yang berpelajaran tinggi sikit sekurang-kurangnya ado sekolah tinggi yang ada makei topi segiempat yo. yang boleh bekerjo kuat, senang diagak temu.. jangan nyesal dudi ari...

    ReplyDelete
  9. patut2 polah majlis doa slamat, wan abd wahab nisik brtandin agik..alhamdulillah..ugak kayu ya..apa jak dipolahnya di sia. 6 penggal udah nya ya...

    ReplyDelete
  10. sdr yusufjali,
    nang jak. bah sapo gik k wakil kito sio. ado nengar kah? mun org tempatan pun agik bagus.nyo lebih tauk ngan masalah rakyak sio. biarlah wakil rakyat yg betul2 berjwo rakyat. mesra dan dekat dengan org kampong.

    ReplyDelete
  11. Bila orang PBB sik bersuara di katakan pak angok.Bila bersuara di katakan melawan tokey. Yal kan maksudnya memang ada unsur terbukaan dalam PBB. CM orang yang open-minded jadi sik salah Sdr Mutallib ya memberi pendapat dan komen beliau kerana beliau merupakan naib ketua Sadong Jaya. Baguslah ada orang macam ya dalam parti. Sik lah parti PBB selalu di tuduh pak angguk ajak. Terus kan perjuangan mu Sdra Mutallib.

    ReplyDelete
  12. Jangan sampai terjadi macam yang sudah terjadi pada anaknya Sulaiman.

    ReplyDelete
  13. Baguskah orang macam Hj Mutalib Julaihi,bertopengkan Baju BN tapi berkempen sulit undi BEBAS setelah calon bayangan Wan Wahab,Salim Benga sik di calonkan....semua Kuncu-kuncu Wan Wahab termasuk Ketua Pemuda nya Jamel Harbi pun berkempen BEBAS...cuma....cuma angan-angan besar sidak tok sik kesampaian...pengundi DUN N20 Sadong Jaya bijak menilai.....

    ReplyDelete