Wednesday, January 5, 2011

UMNO bermain kotor untuk jatuhkan Kerajaan PR di Selangor!!!


KSN membelakangkan proses pemilihan

January 1, 2011

SHAH ALAM: Kerajaan negeri kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan pemilihan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor bermakna KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

“Nota itu menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat dalam pelantikan SUK Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurut beliau, proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.

Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memanjangkan nama calon berkenaan
kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat untuk proses dokumentasi pelantikan.

Senarai lapan calon dicadang

Khalid berkata, kerajaan Negeri telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker

Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri.

“Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan
strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam Kerajaan Negeri Selangor,” tambahnya.

Katanya, ketika mengumumkan pelantikan Khusrin, KSN bukan saja membelakangkan beliau sebagai Menteri Besar malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

“Perlu dinyatakan di sini, tindakan Sidek itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tetapi tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat
Selangor,’ terang beliau.

Beliau berkata, lebih merunsingkan ialah tindakan Sidek itu telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.

“Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen,” ujarnya.

3 comments:

  1. YAB Menteri Besar Negeri Selangor kata UMNO main kotor? Sudah tentulah UMNO main kotor untuk jatuhkan kerajaan pemabangkan di selangor, sudah terntulah , sama saperti pihak PKR dan Kawan kawannya bersapakat untuk jatuhkan kerjaan BN. Sama sama balas membalas itulah caritana.Saya sokong UMNO main kotor untuk menjatuhkan Kerajaan negeri selangor yang dipimpinnkan oleh PKR.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak ajar anak berlari jangan ajar di memanjat.....padan pun..PR

    ReplyDelete
  3. Jebot said......

    Hei Pak Khalik jangan pandai cakap orang saja, tengoklah sendiri, apa kerja-kerja yang dibuat dan org melayu d selangor,harap-harap baliklah kepangkalan jalan demi bangsa, agama dan org Melayu...............

    ReplyDelete