Monday, December 6, 2010

Poll results on “Who are the 10 lucky PBB YBs to be dropped from contesting in the next State Election?” as at 06/12/2010.




Poll results on “Who are the 10 lucky PBB YBs to be dropped from contesting in the next State Election?” as at 06/12/2010.

Our readers voted:
1. N35 - Datuk Hamden Ahmad ............................(44%)
2. N20 - Dato Wan Abd Wahab Wan Sanusi .........(44%)
3. N24 - Datuk Bolhassan Di .................................(41%)
4. N30 - Dr. Haji Wahbi Junaidi ............................(34%)
5. N36 - Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar ........(31%)
6. N60 - Dr. Stephen Rundi Utom ..........................(31%)
7. N19 - Federick Bayoi Manggie ..........................(27%)
8. N49 - Dato Awang Bemee Awang Ali Basah .....(27%)
9. N55 - Datuk Ambrose Blikau Enturan ...............(24%)
10. N23 - Simoi Peri ..........................................(24%)

The last day to cast your votes is on 31/12/2010.
  

8 comments:

  1. Dari apa yang saya lihat perkara diatas adalah survey untuk meneka siapa dari antara YB yang akan di gugurkan oleh kepimpinan BN Sarawak ...tetapi setelah mengaji survey ini sayamendapati ianya jugak menampakkan feedback tentang sesetengah kawasan yang mungkin ada masalah drastic di kawasan DUN tersebut dimana pemantauan atau siasatan perlu di buat untuk memastikan kemenangan BN di semua kawasan yang di tandingi. Antara sebab mungkin perlu memukakan calon muka baru di kawasan tersebut.

    Comfirmed Out - 6 YB tersenarai
    Top in the List to be replace - 2 YB tersenarai
    Dua Nama Baru 1. N60 Dr Stephen Rundi Utom
    (tersenarai di no. 6)
    2. N23 Simoi Peri
    (tersenarai di no. 10)

    Saya rasa voting trend yang ada di sini menunjukkan perasaan undian kepada wakil rakyat mereka ...suara yang minta di dengar.

    BN Sarawak juga harus mengambil perhatian yang serious di kawasan wakil rakyak Dayak terutama sekali dayak iban dimana tentangan yang hebat akan di hadapi terutama dari PKR dan calon bebas.

    Kalau suara rakyat akar umbi tidak di ambil kira PBB Bumiputra atau salah pilih calon akan kehilangan 10 kawasan DUN dan PBB Pesaka kawasan dayak iban 3 Kawasan DUN.

    Seperti saranan PM kita calon wakil rakyat di dahulukan dan kalau BN Sarawak melaksanakan ini maka saya rasa BN akan masih menerajui kerajaan negeri sarawak.

    Apa yang saya lihat seperti perjuangan PKR lebih tertumpu kepada satu kaum, kaum Dayak dengan isu NCR dan lain....jarang kita dengar isu kaum kaum lain di sarawak....di mana wakil rakyat cina pun menyebut isu NCR sebagai faktor utama...bagaimana pula kaum kaum lain...seperti tidak masalah....jadi mengapa harus tukar kerajaan kalau tidak ada masalah.

    ReplyDelete
  2. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Sebanaku sarawak atas inisiatif & usaha untuk mendapat maklum balas daripada pihak pengundi peringkat akar umbi terhadap YB-YB di kawasan DUN masing2.Daripada maklum balas atau pengundian yang dijalankan, kita amat berharap agar Pengerusi BN negeri serta Pengerusi BN pusat akan meneliti senarai ini dan melakukan siasatan terperinci kenapa YB-YB ini ditolak oleh masyarakat akar umbi. Masyarakat akar umbi yang sudah muak dengan YB yang tidak dapat berkhidmat kepada kawasannya sendiri dapat memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya. Jangan ditanya kepada kroni-kroni kerana kroni ini ada kepentingan serta agenda yang tersendiri.
    Saya berpendapat bahawa YB-YB yang tersenarai dalam Top 10 yang bakal digugurkan dalam Pilihan raya negeri yang akan datang adalah YB-YB yang betul-betul tidak banyak menyumbang kepada kawasan masing2. Sekiranya begini hakikat yang sebenarnya, Pengerusi BN negeri wajib gugurkan YB-YB ini dan digantikan dengan orang yang lebih muda & mampu untuk berkhidmat dengan berkesan kepada pengundinya. Sekarang ini pihak atasan wajib mendengar keluhan rakyat di peringkat akar umbi agar maruah BN tidak tercalar malah semakin mendapat sokongan daripada rakyat. Sudah tiba masanya untuk mengenepikan sindrom kroni kerana sindrom ini telah membawa kesan yang buruk kepada parti. Rakyat tidak dapat ditipu lagi kerana permainan kotor ini sudah lama diketahui oleh masyarakat bawahan. Sekiranya tidak dibendung dari awal, tidak mustahil akan wujud sindrom UNDI PROTES.
    Penyakit yang digariskan oleh PM beberapa hari yang lepas amat tepat untuk mengambarkan perihal beberapa orang YB-YB yang tersenarai dalam Top 10 ini. Khayal dengan kekayaan & kesenangan yang diperolehi semasa menjadi YB menyebabkan YB ini lupa diri seakan-akan tidak berpijak di bumi nyata lagi. Apabila kesenangan & kemewahan menguasai diri, otak YB ini jadi beku & pemikiran tidak mengalami transformasi untuk kepentingan rakyat malah menjadi bodoh sombong. Fokus tidak dihalakan kepada perkhidmatan kepada rakyat tetapi lebih kepada kepentingan peribadi. Saku penuh menjadi agenda utama dan sentiasa mencari 'kantau' dalam projek yang dilaksanakan.
    "Enough is enough" adalah keluhan yang sering kita dengar yang mengambarkan perihal YB yang tidak lagi diterima oleh rakyat ini. Kita mengundi seorang YB adalah sebagai wakil yang boleh menyuarakan masalah rakyat dan memanjangkan masalah tersebut kepada pihak atasan dengan harapan masalah dapat diselesaikan. Tidak lain & tidak bukan, namun YB ini MALAS untuk ambil peduli malah menganggap bahawa masalah rakyat sebagai membebankan. Jika tidak dapat berkhidmat dengan penuh tanggungjawab & sepenuh komitmen, UNDUR diri secara hormat dan beri peluang kepada orang lain yang lebih berkaliber untuk meneruskan perjuangan membela rakyat dan membangunkan kawasan demi kesejahteraan rakyat selaku PENGUNDI.

    ReplyDelete
  3. Tahniah YB Asfia kerana tersenarai

    ReplyDelete
  4. tahniah asfia kerana amat popular sekali. taib pun sik sepopular YB sampey dapat masuk list top 10.

    ReplyDelete
  5. Asfia popular sebab kurang publisiti. Sebab ya nya masuk top 10 list. Mun tauk apa dikerjanya mungkin hebat agik kali. Sik tersenarai di sia. Asfia bekerja tapi urang yang dipercayaknya untuk membantu kerjanya TIDO. Sebab ya PB sik maju! Urang cne TIDO ya? Org PB juaklah.
    Asfia tetap the BEST WR.

    ReplyDelete
  6. Populariti ya sik dapat pakei. Undi ya syok sendiri ajak.. Sorang boleh klik beratus kali!!! Hanya orang ya bodoh mempercayai pekara bodoh.. pekara mengarut, saya rasa orang di PB tidak bodoh!!

    Berapa orang jak sidak di PB ya nanggar internet.. ya pun kalangan sidak sik mendaftar sebagai pengundi. Nok Top 10 list ya..mengarut jak hahahaha..

    Bagi kawan-kawan sperjuangan dalam PBB, dalam BN usah bimbang dengan kerenah sidak di atas ya.. Cakap jak.. kelak Asfia juak menang undi!!

    Ya Asfia is the BEST WR!! Hidup BN, hidup Asfia..

    ReplyDelete
  7. Wahai Lai Katong,kamu bukan pengundi asfia,saya tahu kamu.Saya tahu kamu tak pandai main internit,mungkin juga nama kamu diguna orang tertentu. Saya setuju supaya asfia digugurkan,berilah peluang orang muda dan ANAK TEMPATAN menganti beliau.

    ReplyDelete
  8. walaupun saya kurang fasih dalam menggunakan internet, tapi saya meluahkan fikiran melalui orang yang pandei.

    Yang penting suara kita, mesej kita sampei kepada orang PB. apa sebenarnya berlaku.

    Kalau anak tempatan, ko tengoklah dipilih jadi WR, kau tengoklah nanti... jangan nak mentgarut dan terikut-ikut dengan dakyah orang anti Asfia aka anti Kerajaan BN!!!! itu pesan saya

    ReplyDelete