Friday, January 1, 2010

DUN Sitting (Day Two): Abu Seman querying about Mukah airport and MASwings

(Nov 02, 2010) 

YB Abu Seman Jahwie:-
(a) Berapakah jumlah penumpang yang dikendali oleh Lapangan Terbang Mukah sejak pembangunan SCORE dilancarkan?

(b) Adakah perancangan oleh pihak syarikat MASwings untuk menambah bilangan penerbangan antara Kuching/Mukah/Kuching memandangkan tempat duduk penumpang kini selalu penuh dan sukat untuk mendapat tempat duduk?


Minister of Infrastructure Development and Communication Dato Sri Michael Manyin Jawong:-
Saya ingin memaklumkan Ahli Yang Berhormat bagi Jemoreng bahawa:
(a) Sejak pembangunan SCORE dilancarkan pada Feb 2008 hingga bulan September 2010, jumlah penumpang yang dikendalikan oleh Lapangan Terbang Mukah ialah seramai 88,547. Jumlah penerbangan komersial ialah 6,304 dan jumlah penerbangan General Aviation (bukan komersial) ialah 1,122.

Pada masa ini, pihak MASwings telah melaksanakan 20 penerbangan seminggu untuk laluan Kuching-Mukah-Kuching daripada 21 penerbangan yang diluluskan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

(b) Pihak MASwings telah bercadang menggunakan pesawat ATR72-500 yang mempunyai kapasiti 68 tempat duduk bagi laluan Kuching-Mukah-Kuching tetapi belum dapat dilaksanakan. Ini kerana Lapangan Terbang Mukah yang sedia ada tidak dapat menampung saiz pesawat tersebut.

Oleh yang demikian, pesawat yang lebih besar hanya boleh beroperasi apabila Lapangan Terbang Mukah yang baru siap nanti.

No comments:

Post a Comment