Friday, October 1, 2010

Today is Oct 01, 2010 ... prove to all that you are not lying


Please don't let the people down.


Hopefully this time around, the promise would be honoured...

""It is better to be under-promised but over-delivered than over-promised but under-delivered"" - Dr. Neilson Ilan Mersat

at 10:45 AM
ARKIB : 24/09/2010 (UTUSAN MALAYSIA)

PULAU BRUIT, DARO 23 Sept. - Kerajaan telah memperuntukkan geran sebanyak RM28 juta untuk membangunkan tanah agro pertanian bagi meningkatkan pendapatan penduduk di Pulau Bruit.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mohammad Asfia Awang Nassar berkata, peruntukan tersebut bagi membangunkan kawasan pertanian di situ secara besar-besaran.

''Peruntukan tersebut di bawah projek berimpak tinggi dan akan disalurkan menerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd.," katanya di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, Felcra Bhd., akan menerajui pembangunan penanaman kelapa sawit di tanah agro pertanian seluas 3,013 hektar.

Sehubungan itu, Mohammad Asfia menggalakkan penduduk di kawasan itu untuk memberi sokongan padu dan kerjasama dalam memastikan projek itu berjaya sepenuhnya.

Katanya, kejayaan projek itu akan membawa bersama kemudahan asas, pendapatan yang stabil dan pembangunan infrastruktur ke pulau terpencil itu yang masih kekurangan bekalan air bersih dan elektrik.

Sementara itu, Penyelaras Wilayah Felcra Bhd., Mohd. Kamal Salleh berkata, peserta yang terbabit dalam projek penanaman kelapa sawit itu akan mendapat dividen selepas tujuh tahun pokok tersebut ditanam.

''Berita baiknya semua keuntungan selepas potongan perbelanjaan, operasi dan lain-lain akan diberi sebagai dividen kepada semua peserta di Pulau Bruit," kata beliau.

Jelasnya, projek di pulau itu merupakan projek berimpak tinggi yang dilaksanakan di Pulau Bangi, Sabah, Batang Sadong dan Batang Lupar di Sarawak yang mana Felcra tidak meraih sebarang keuntungan daripada projek tersebut.

Projek tersebut dijangka akan bermula pada 1 Oktober ini.

16 comments:

  1. buat jalan dan air bersih dengan peruntukan itu... kami akan membangun dengan sendirinya.. tak payah ada Asfia si janggut penipu..

    ReplyDelete
  2. ala 23 juta itu bukan untuk orang kampong di Pulau...habis yang beratus-ratus hekta sekarang kelapa sawit dekat Sempo tu siapa punya...bukan kah Cina kroni DSMAA....hei...baru sekarang nak sebut...tengok lepas pilihan raya nanti...semua senyap....tak payah nak goreng lagi...dah hangus DSMAA.....tinggal berapa sangatlah lagi tanah PB sekarang...semua dah disapu oleh Kompeni Cina kroni DSMAA tu....mengapa selama ini tak ada terbangkit hal ini...

    ReplyDelete
  3. Baam.. can't see the truth..!!

    "ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS"

    Should him (DSA) be trusted.??..or are we going to be cheated again..??!!

    ReplyDelete
  4. Why of a sudden many voices against YB Datuk Sri and he had been devoted to devilop his kawasan all the while, but unfortunatly his kawasan come under the SCHORE which will bring transformation for all everyone of us to be the riches person in Sarawak by 2030, just -+20 yrs from now, and why canot every one wait for the 2030, and rusing as passengers embark at the arrival of the Express. What ever promised by Datuk sri will be equally shared by all. May Allah willing that every one of us will be rich and prosporus.

    ReplyDelete
  5. Udah kik nik..punan melo pb ..idu ..UUU..!! Tai idu ma' kun melo..hhaa..hhhaaaa.

    ReplyDelete
  6. Saya sedang menunggu kedatangannya disemop(dun n36) untuk membaling kasut tepat ke mukanya sebagai tanda ucapan terima kasih.hihihihi

    ReplyDelete
  7. Lubang along melo.....sidunkah gaya melo malas budi tenawan wak udah nulong melo selama iehh....akah melo udah mey suka agik dgah idun, naklah kurang ajar sidun laus........mebohlah ngundi idun agik.....meboh bak megalang kasutlah...meyumpahlah....melo iehh alah to mey bertemadun....terit mak, think outside the box...think outside taik!!!Jangan marah!!!!Ko tetap undi DS>>>>>>Hidup Asfia

    ReplyDelete
  8. Hahaha...lubang along idun mulik...sidunkah gaya idun malas sokongan tenawan selama telo penggal nyadin ADUN. Memang akan mey diundi agik, akah kenah nak galang pebak kasut mak, galang pebak tong biru gak....adak menyupah nak alang2...hal eh mebey kaitan ngah temadun atau pemikiran...hal eh berkaitan demokrasi....rakyat nyadin tuan memilik ADUN untuk kerjah....tiap2 tahun bayar cukai, duti, eksais etc bukan bak mubik lo ADUN eh elaun goyang kaki.

    ReplyDelete
  9. Pama melo eh..wak atang mei nang? Nah tijuh Sepia RM5000.00 jaong undi..agik gak melo mengundi DSA.

    Kubah nah ko madak/talipaon tang SU Sepia, madak Sepia tujuh melo RM5000.00 jaong undi..SETUJU..!!

    Adak ko luk ma' ko..semadi kosong beleng uang 4-5 taun nah..!! Sadik nang nuan gak bak makau pub.!

    ReplyDelete
  10. budi no aen asfia ngah pulau. dah beratus juta peruntukan.. tapi kami tetap sengsara... kalau nak bertanding silakan asfia janggut... aku pasti BN akan mendapat pengajaran...

    ReplyDelete
  11. Undi mo marak JAONG ma' lan ooii..!! Mun Asfia nabur duit RM5000.00 sigik undi..gegar ujung pensil sidak nok dapat ngundi ya..saya juak RM5000.00 ya.. sribu setaun pama juak..!!

    Apa macam lan..ngundi DSA sik..!! sik hak hal sik sidak lain ya tau.. RM5000.00 ..uuu..!!

    ReplyDelete
  12. sedarlah lagik kitak orang adik kakak, jangan bodo angai jegum tipu helah orang orang PBB ya,semakin gambong mun diberik muka.tak salah kalau orang sik kaya2 lagik macam kitak orang pertaruh undi untuk mengajar orang orang sapa sapa yg membodokan kitak orang. banyak cara mun nak nolong bangsa.semua nak ngaya diri ajak.hensem tak guna dalam dunia mencabar tok, di pakistan banyak lebih hensem, banyak jual kain di kaki lima jalan tunku abdul rahman, apa guna asfia ya.dah tua pakai tongkat jugak macam orang lain yg sik hensem.puh

    ReplyDelete
  13. Nang popular Sefia tok..mana2 blog ajak ngeluar ceritanya nang 'panas'.

    Tapi kesian sik nengar nok bait2 tentangnya. Semua nya nok sik berapa bait di dengar. Benar kah kitak cam ya.. Sefia. Kesian kitak..!

    ReplyDelete
  14. Mun 99.9% dah becerita cam ya pasalnya (Asfia) ya. sik kanlah sik benar. Nok benar/ada nang padah orang benar/ada juak. Ni ada orang belah pb ya madah YB Datuk Norah jaie..semua nok bagus dengar kitak pasalnya. Nang nok benar cam ni lah.

    Tangar kita empun ajak lah dekat nak pr tok barunya nak gago ke sebelah pb sia. Lamak tok ada nangar muka datang. Sia ajak kita dah tahu yb/wr cam ni Asfia ya..!

    Dengar2 ari tok tek Asfia datang kpg Betanak. Apa agi nok dibulaknya sia ya kah. Kitak org. kpg. Betanak mun masih sik sedar agi ngan bulak Asfia ya siklah kamek tahu agik.

    Sedarlah ubah sikap kitak orang ya..yang dianggap sebagai aso ajak ya. Diberi tulang babi pun kitak orang makan juak.. sedarlah..!!

    ReplyDelete
  15. Maharani Pulau Utara Berpesan...

    Jika Ada Masa Silalah Baca Artikel Saya...

    1) Why HAILMI Akan Kalah Kalau Berdiri Sebagai Calon Di Penipah Kampungnya Sendiri ???

    2) Kenapa Pehin Sri Ketua Menteri Tidak Akan Memberi Tiket BN Kepada HAILMI ???

    3) Mengapakah PBB-BN Membenteng Kawasan Melayu-Melanau Dengan Begitu Rapi ??? Dan Mengapakah Calonnya Ditentukan Ketua Menteri / Pengerusi PBB ???

    Maharani Pulau Utara...
    "Dimana Kelentung Berbunyi, Di Situ Kerbau Tinggal Diam"

    ReplyDelete