Thursday, September 30, 2010

Is it unwise to plant jatropha in Sarawak???

Is it true that it is not wise to plant jatropha in Sarawak as claimed by our 'beloved' Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang???

Or he actually doesn't want the crop to become a serious threat to oil palm which is his 'cash cow'???

He has made himself tonnes of monies through oil palm business (which is only made possible by taking away the rakyat's NCR lands to plant the crop) and therefore it is logical for him to stop the rakyat from embracing jatropha.
Information about jatropha could be obtained at the following website: http://www.jatrophabiodiesel.org/.


Oleh Edwin Raoh (Utusan Borneo)
September 29, 2010, Wednesday

BETONG: Kerajaan negeri mengingatkan pihak-pihak yang terbabit dengan usaha mempromosi projek penanaman pokok jarak yang juga dikenali sebagai jatropha, di kalangan rakyat di Sarawak supaya mengurangkan dan menghentikan usaha tersebut dengan segera.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata mereka perlu menghentikannya dari se- karang kerana projek penanaman jatropha tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan seperti getah dan kelapa sawit, sekali gus boleh merugikan petani terutama penduduk di luar bandar.

Katanya, keadaan ini berbeza dengan usaha penanaman getah dan kelapa sawit yang merupakan tanaman komersial yang terbaik diusahakan oleh rakyat terutama mereka yang tinggal di rumah panjang berdasarkan permintaan tinggi ketika ini berbanding dengan jatropha.

Tambah pula, katanya, Sarawak masih belum mempunyai pusat pemprosesan hasil pengeluaran tanaman jatropha ketika ini.

“Justeru saya meminta semua pihak untuk berhenti menjual biji benih jatropha kepada penduduk rumah panjang mulai sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian cek peruntukan bagi Projek Kecil Pembangunan Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar di Dewan Panglima Rentap, di sini, semalam.

Sejumlah 70 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan DUN Layar menerima cek MRP bernilai RM441,300 yang disampaikan oleh Jabu pada majlis itu.

Sementara itu Jabu juga mahu rakyat terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan luar bandar untuk menolak kehadiran pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Jabu mendakwa parti pembangkang tidak membuktikan kesungguhan mereka untuk membangunkan taraf hidup penduduk dan ia terbukti apabila Parti Tindakan Demokratik (DAP) cuba menggagalkan rancangan penanaman sawit di Machan, Kanowit pada 1995 lalu.

“Lagipun komponen parti politik pembangkang sering bertelagah di antara satu sama yang lain berbanding Barisan Nasional (BN) lantaran itu kerajaan BN adalah yang terbaik bagi membela nasib anda semua,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik serta Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Isik Utau.

Also read:

5 comments:

  1. tan sri amar Jabu telah lama dalam kerajaan dan telahpun mendapat banyak harta dan wang dari kedudokkannya dan ia adalah diantara Iban yang terkaya dalam Malaysia.
    Dalam akhbar tiba tiba YangTS Jabu menghalang penanaman pokok Jatropha atau dalam bahasa tempatan buah Jarak, kita belum mendapat maklum tepatnya diatas halangan yang disebut oleh TS Jabu? Sebagai saorang lama dan tepelajar dalam pertanian, sapatutnya beliau tahu apa yang baik buruk dan bukan kata ikut hati, sesuka hati.Nampak ramai marah, dan berharap bertenang dan jika orang minta TS Jabu cukup segala galanya, dan yang akan rugi adalah orang undur pun ia tidak rugi, ia telah pun kaya dan banyak harta. tempa jawatan Menteri pun in bolih hidup mewah terus jadi tukang gambar buat film carita Iban dan banyak lagi.Wayang carita Iban bolih dipasar ke luar negara dan pasaran luas dikalimantan dimana banyak orang orang Iban. Samoga TS Jabu terus maju.

    ReplyDelete
  2. Minyak Jarak hanya untuk kegunaan buat cuci perut jika susah buang air, dan dengan bilangan banyak minyak ia bolih digunakan untuk buat lain lain bahan termsuk pelicir dan mengantikan minyak desel. Kita belum lagi punya teknology buat minyak desel dari minyak Jarak, jika dibuat pun belm lah dalam masa 30 tahun lagi, dalam masa itu kita sudah ada kejayaan dari SECORE dan apa jenis minyak kita bolih beli yang terbaik katakan. Apa perlu susah susah. Libat pada zaman sidak dikewasan Batang Ai, dulu apa bila dapat wang pempasan masing masing beli motor/kareta dan pakai ikut suska hati dan ramai jadi kaya. Macan yalah elak kitai semua udah tahun 2030 elak.

    ReplyDelete
  3. orang tamak anang tak suka orang lain nak maju.double standard.masih ingat tak, ada kelab diwujud di satu kawasan agar tidak amal kawin campur, akan tetapi bila anak dihantar belajar seberang laut, kawin dgn mat salleh, dibolehkan.macam juga menanam jatproha,yg dijangka akan menghasilkan sumber minyak.kalaulah jatproha ini diketahui awal sudah pasti mereka tanam juga spt hal dgn kelapa sawit yg hanya menguntungkan poket mereka sahaja.macam inikah kalau orang lain berusaha ditentang.jangan didengar gilak orang dah babo macam ya,masuk telinga kanan keluar telinga kiri jak.sik alah kita diperbodoh lagik.kita susah sik makan ne mereka tahu,lepas ya bila kita mengadu miskin kata mereka jangan dijadikan alasan.cuba mun mereka sik makan, sik ada duit nak jumpa doktor, nak ke bandar sik ada tambang.udahlah berjanji macam2 tetapi sebenarnya ia janji manis nak mintak disokong ajak2.

    ReplyDelete
  4. kita jangan terikut-ikut kata2 orang. mun mau 'carry on' lah tanam ajak. kampong kami dah nisi nanam jatropha lagi. nisi tau sini nok jual hasil nya. orang jual benih nya dolok madah nya jual ajak nisi meli. kenek tok kamik tanam kerebang agik.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya jatropha mmg sesuai jika org yang nak mengusahakan itu masih di tahap miskin tegar... sebab semua murah dan kurang penjagaan. tapi bila dikirakan kos buruh vs untung, mmg susah.... 1 ha:20 org di kebun jatropa dan 20ha: 1 org di kebun sawit.. ini adalah nisbah keluasan tanah kepada buruh... lagi satu kita usahakan jatropa ni pun, mana kita nak jual hasil? Bionas pun saya dah tak dgr berita lg... kepada yang mempunyai tanah tu, baik lah apply Skim Bantuan Anak Benih Berkualiti(dari MPOB) supaya dapat terima skim benih sawit dari kerajaan... sayang kalau tak memohon sekarang ni... ini bukan la skim seperti FELCRA dan SALCRA, yang mengerjakan tanah peserta dan memberi keuntungan mengikut dividen... tapi skim ini memberi pokok dan baja secara percuma, dan diberi latihan sekali.... hasilnya 100% masuk poket peserta...tapi dengan syarat, jika penerima layak mendapat skim ini, pokok2 sawit bantuan mestilah ditanam habis... kita pun dah nangga org2 sekeliling kita yang byk dah berjaya dalam bidang sawit, kita tok bila agik? mun sesiapa yang berminat nak mohon skim tok, agak MPOB ofis berdekatan kitak org, sebelum peruntukan habis... skim sebegini lah yang kita mahu, bukan nya diberi rm500(BR1M)... kita mahu "joran", untuk memancing sendiri, bukan diberi "ikan" yg tentu akan hbs dalam beberapa hari... TQ (^__^)

    ReplyDelete