Friday, July 9, 2010

PARBS, Parti Peace dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS)





Oleh Waarheid Mirino


MIRI: Usaha tiga pihak untuk menubuhkan parti politik masing-masing dipandang sinis dan angkuh oleh pemimpin BN.

Bermula dengan Affendi Jeman yang ingin menubuhkan Parti Angkatan Rakyat Bersatu Sarawak (PARBS).

Beliau hingga ketika ini masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sejak mengemukakan permohonan pada tahun lepas.


Affendi Jeman juga sebelum ini begitu gigih berusaha membawa masuk Umno ke Sarawak. Walau bagaimanapun gagal setakat ini.

Kemudian pada bulan Jun lepas, muncul satu kumpulan Bidayuh yang ingin menubuhkan Parti Peace.

Ia diketuai oleh Julian Petrus Jout dan kini beliau dan rakan-rakannya dalam usaha menubuhkan jawatankuasa penaja.

Mereka belum mengemukakan permohonan kepada ROS. Mungkin juga terbantut dek halangan pihak tertentu yang menegah mereka berbuat demikian.

Julian pernah menjadi pemimpin Parti Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat cawangan, namun keluar parti kerana merasakan keupayaannya tidak dimanfaatkan dalam parti tersebut.

Terbaru, satu kumpulan yang menamakan mereka sebagai Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS). 
Ahli-ahli kumpulan tersebut dikatakan sebelum ini adalah ahli PBB.





Setiausaha penaja PERS Mohd Nor Bakri berkata, jika diluluskan penubuhan, parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Malahan mereka telah memasang angan-angan tinggi melangit untuk bertanding di 71 kerusi DUN pada pilihan raya negeri akan datang. 

PERS juga dikatakan berusaha membasmi kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar.

Jawatankuasa penaja PERS dikatakan akan 'lancarkan' pada Ahad ini.

Kesemua tiga entiti ini - PARBS, Parti Peace dan PERS - mempunyai tujuan yang sama dengan BN, atau Pakatan Rakyat iaitu berteraskan perjuangan membela rakyat.

Apakah tidak memadai kewujudan parti politik yang sedia ada di Sarawak hingga timbul niat beberapa pihak menubuhkan parti masing-masing?

Setiausaha Agung PBB Dr. Stephen Rundi amat sinis dengan fenomena ini dan menyifatkan kemunculan usaha menubuhkan parti umpama cendawan tumbuh sejurus hujan.

Beliau menuduh pihak yang terbabit terdiri daripada kumpulan tidak mempunyai hala tuju dalam usaha untuk membantu membangunkan rakyat. 

Dr Stephen Rundi berpendapat selepas pilihan raya, usaha pihak terbabit akan terhenti kerana dasar perjuangan yang tidak jelas. 





"Ini cuma gimik politik atau sekadar inginkan publisiti. Selepas pilihan raya mereka akan lenyap begitu sahaja," kata beliau. 

Pilihan raya negeri boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum tempoh penggal Dewan Undangan Negeri tamat pada pertengahan tahun hadapan. 

Bagaimanapun, mesej di sebalik tindakan pihak-pihak yang cuba menubuhkan parti masing-masing tidak harus dipandang enteng oleh BN.

Mereka mula menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap para pemimpin parti masing-masing.

Ini negara demokrasi. Tidak ada sesiapa yang berhak mempersoalkan tindakan mereka cuba menubuhkan parti.

Mereka cuba menawarkan khidmat kepada rakyat menerusi landasan politik.

Jika tidak diterima oleh rakyat - menerusi pilihan raya - mereka sedar perjuangan tidak mendapat sokongan.

Malahan itu juga menunjukkan BN masih bertakhta di hati rakyat meskipun dicemuh kerana korup dan gagal membawa pembangunan ke tahap lebih tinggi.

Seorang penganalisis politik berkata Bumiputera, terutama di luar bandar dan generasi lama masih setia dengan BN.

"Parti pembangkang masih kekal menjadi pembangkang selepas pilihan raya negeri kelak. Walau bagaimanapun apa yang hampir pasti ialah sokongan terhadap pembangkang kian bercambah," katanya.



8 comments:

  1. Dari apa yang saya lihat adalah>
    1. Penubuhan Parti ini adalah daripada golongan yang kecewa sbb tidak dipilih.
    2. Inginkan diri sendiri menjadi YB.
    3. Keinginan untuk menumbangkan yang dahulu rakan seperjuangan dan kini menjadi lawan.
    4. Menunujukkan diri bahwa mereka juga boleh.
    5. Adakah kehendak dan kemampuan mereka setaraf dengan kepimpinan yang berpengalaman dan berpindidikan.

    ReplyDelete
  2. in this democratic country, we can have as many political parties as we want. it is normal to form a new party for the sake of survival. u can ask james masing, william mawan or even anwar ibrahim.

    ReplyDelete
  3. Tak peduli ler! Berapa banyak parti mereka nak! Tapi musin election, masa ya lah bagus minta sedekah! Duit ya semua duit kita.

    Tapi gomen PBB, BN sik pande nyaga ekonomi jadi semua kita minta sedekah ajak! Sik ada kerja, encuri ajak! :D Sarawakupdate ada madah miak encuri netbook knak tangkap Polis. Apa lagi nok di polah mun sik encuri nok jadi Net honcho wizard?! Tapi bagus masuk jadi Polis. Kak ya nangkap sidak encuri atau nangkap polis yang encuri! :D

    Tapi ...tapi...tapi... orang yang sik minta sedekah jadi masaalah dengan sidak PBB! Sebab kalau orang Melayu, Iban, Penan, dll pande sene nok ngengkah lintah darat macam Awang Babimee???

    ReplyDelete
  4. Datuk Awang Bemee Ali basahJuly 9, 2010 at 7:38 PM

    hoi ... nama saya Datuk Awang Bemee Ali Basah. bukan Awang Babimee!!! da go to schol ka? stupid moron

    ReplyDelete
  5. Maksud kitak Awang Beehoon Ali Kerin!

    Endak nemu kamek!

    ReplyDelete
  6. Datuk Awang Bemee Ali basahJuly 10, 2010 at 8:54 PM

    da sekolah kah?????????? B E M E E..Bemee. bodo lu

    ReplyDelete
  7. beehon??? sori, cikgu x da ajar giney ngeja nama yb

    ReplyDelete
  8. kau ngan cikgu sama2 bodo!!! sapa cikgu kau? anwar si sondol ya? patut la...

    ReplyDelete