Wednesday, August 11, 2010

Surat Terbuka Sempena Sambutan Bulan Ke-3

oleh JJ

KUCHING: Blog Sebanaku Sarawak kelihatan semakin hari semakin hangat dan tepat hari ini usianya baru menjangkau tiga bulan namun sudah dilawati oleh lebih dari 8,700 pengunjung dan kini mungkin berada di antara blog-blog teratas di Sarawak yang memaparkan the "real politics" in Sarawak.

Mungkin Sebanaku Sarawak boleh dianggap sebagai popular kerana ianya memaparkan kejadian sebenar dalam kehidupan masyarakat di Sarawak tanpa mendedahkan cacat cela yang bersifat peribadi (hitting below the belt) pemimpin-pemimpin.

Pada masa yang sama majoriti rakyat Sarawak kelihatan masih lagi menghormati garisan sempadan diantara perihal politik (termasuk kerakusan terhadap kuasa dan wang yang menyamai UMNO) dan perihal peribadi - dan ini digambarkan dari jumlah pengunjung blog ini yang mencecah angka ratusan dalam sehari.

Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan terimakasih kepada "pengunjung-pengunjung" yang telah diupah oleh ahli politikus-politikus tempatan untuk memantau dan menggangu-gugat blog yang begitu berbisa ini.

Mungkin kerana mereka terasa kedudukan mereka "terancam" disebabkan nukilan-nukilan kami begitu tepat kena pada sasarannya.

Saya dan para penyumbang blog ini hanyalah rakyat biasa yang inginkan mendedahkan kebenaran menyentuh perihal aktiviti politik negatif (termasuk kerakusan terhadap kuasa dan wang yang menyamai UMNO) Yang Berhormat – Yang Berhormat yang dipuja sebagai dewa ataupun ‘Tuhan’ oleh penyokong totok parti.

Saya berpendapat kritikan keras yang dilemparkan oleh para pengunjung adalah demi "survival Yang Berhormat – Yang Berhormat dan kuncu-kuncu mereka" manakala apa yang kami lakukan ialah untuk 'survival rakyat Sarawak'.

Keadilan diperjuangkan untuk rakyat Sarawak, dan bukan untuk Yang Berhormat - Yang Berhormat yang gemar berpolitik demi kuasa dan wang sehingga melupai tanggungjawab mereka sebagai 'W.A.K.I.L R.A.K.Y.A.T’!!!!!

Saya tidak ambil kisah label yang diberikan kepada saya ataupun blog ini kerana yang penting bagi saya dan juga para penyumbang untuk blog ini ialah kami tidak menyukai kehadiran pemimpin-pemimpin yang rasuah, gila kuasa, mementingkan diri sendiri, menipu rakyat dan menindas rakyat.

Sekali lagi saya ingin ucapkan terimakasih kepada mereka-mereka dalam golongan yang saya nyatakan di atas kerana mengunjungi blog ini.

Sesungguhnya kehadiran anda semua telah memeriahkan lagi suasana di dalam blog ini lagi.

Dan sedikit-sebanyak ianya telah memberi gambaran kepada pengunjung-pengunjung lain betapa tepat dan betul nukilan-nukilan kami yang secara tidak langsung mencerminkan ketakutan Yang Berhormat – Yang Berhormat terhadap kesalahan politik mereka (termasuk kerakusan terhadap kuasa dan wang yang menyamai UMNO) yang telah dan akan kami paparkan dalam blog ini.

Akhirkata semoga suara Sebanaku Sarawak akan tetap bergema.

Hidup Sarawak.

Sekian.

10 comments:

  1. KEPADA PRO KEBENARAN ,
    JANGAN KOMENT PADA BLOG SEBANAKU INI .INI AKAN BUAT DIA 'BUJAT'.JIKA KITA SAMA-SAMA TAK LAYAN BELIAU BLOG PEMFITNAH INI AKAN TERKUBUR.UNTUK PENGETAHUAN SEMUA KEHADIRAN VISITOR ITU TIPU SEMATA-MATA ,DIRESET TERUS KE 7500 ORANG.SEMPENA RAMADHAN INI MARI KITA BOIKOT BLOG SABANAKU INI.

    ReplyDelete
  2. KOMEN KOMEN NEGETIF SELAMA INI ADALAH DARI SEBANAKU SENDIRI.

    ReplyDelete
  3. SEBANAKU(kxx vuhxxxI) ADALAH SALAH SEORANG PENGUNJUNG UPAHAN POLITICIAN SARAWAK...

    ReplyDelete
  4. Tahniah daripada Suara Pemikir. Agak laju Blog ini. Tahniah..

    ReplyDelete
  5. boikot-boikot..kelak nya pun tertilit-tilit kat sebanaku..Anonymous1-yb ne nyuruh nanggar blog tok?..u baru jak kenal blog tok bulan ya..gene u pande madah kenak reset 7,500 unless u yang molah blog tok dak?..gene cerita gia?i can guarantee this blog will be still be here.. hidup Sebanaku Sarawak..

    ReplyDelete
  6. Saudara Suara Pemikir,

    Ucapan terimakasih diberikan kepada saudara.

    Sambutan yang menggalakkan ini adalah atas usaha semua pihak - yakni para penyumbang (maklumat dan artikel) dan para pengunjung.

    Akhirkata, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara diatas kesudian saudara mengikuti perkembangan blog ini dari peringkat awal sehingga sekarang.

    Sekian. Terima kasih.

    Sebanaku Sarawak

    ReplyDelete
  7. Kalau menyampaikan kebenaran melalui blog, bagus dan dialu-alukan, tapi mun menghentam dan memfitnah ya bukan caranya.

    Saudara, kebanyakan artikel yang saudara tulis tok bukan mengkritik membina tapi menghentam dan boleh dikatakan sik ada membina langsung.

    Saudara bukan orang 'politik' yang sebenar sebaliknya hanya menggunakan landasan politik untuk kepentingan lain.

    ReplyDelete
  8. Saudara Sebanaku....Susunan kata & ayat saudara menggambarkan siapa saudara sebenar & apa pekerjaan saudara2....banyak juak masa u molah artikel to oww,sekda function nak dicover tek?Mok carik makan pun, ingat2 sikit akhirat bro..jangan molah fitnah,mun terlalu gilak berpolitiking...Gila jadi nya....Murka Allah, kenak ingat juak..anak2 dirumah ya makan duit hasil keja nak dipolah u ya....
    Kepada penyumbang2 maklumat untuk saudara sebanaku tok pulak, usahlah mengigil lutut.Kerana kami tahu siapa anda,ada agenda sendirik...Nak projek jak.......Meng-gigil-lah apabila malaikat bertanya amalan mu di dunia dalam azam kubur nanti....
    Selamat Beramal......Owh,lamak juak sik nangga saudara sebanaku tok eyh (byline pun sekda kluar juak)...dak colleague-nya pun madah jarang bertemu di opis dah.....nang pandey carik makan lah......hahahaha.....

    ReplyDelete
  9. pandey makan, pandey nyimpan(peopuan jak sik dpat)

    ReplyDelete
  10. jangan nanyak amalan dan halal kah duit pake makan anak bini urang lain eh, nok di makan u pun dari kantau YB u ya gine nok ngira?, boss, nawaitu time molah cerita ya penting, nok molah fitnah kah atau madah ngan urang hal sebenar, i rasa tuhan lebih tauk dari u, nawaitu time u komen di atas ya apa? nok ngampu YB u kah atau nok madah YB u, u tok ada molah kerja, nawaitu i nulis tok kerana i geram dengan u yang masih lagik mauk negak benang basah, masyaallah!

    ReplyDelete