Tuesday, July 6, 2010

Jawah bakal calon PKR Engkilili











Oleh Thun Diwan

SIBU: Keadilan Rakyat (PKR) akan mencalonkan mantan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Engkilili pada pilihan raya negeri ini yang akan datang.

Hasrat Jawah Gerang yang juga bekas calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada tahun lalu telah mendapat restu dari  pucuk pimpinan parti pembangkang tersebut. 

Berdasarkan maklum balas pengundi kawasan itu, mereka memungkinkan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan kesukaran untuk menawan DUN itu sekiranya, Jawah Gerang diletakkan sebagai calon mewakili parti pembangkang kelak.


Alasan mereka amat mudah, iaitu mereka sukar untuk menerima BN kerana banyak janji kerajaan sebelum ini di Engkilili hanya kosong belaka.

Kata mereka, projek jalan raya yang disaksikan di kawasan itu dibangunkan untuk kepentingan diri dan bukan untuk kemudahan rakyat keseluruhan nya.

Manakala projek bekalan air bersih, masih banyak rumah panjang itu masih bergantung dengan air sungai dalam kehidupan seharian.

Di samping itu projek elektrik tidak payah disebut kerana lebih banyak rumah panjang di kawasan itu kini masih bergelap atau bergantung dengan jana kuasa belian sendiri.

Banyak projek yang dijanjikan oleh BN kepada penduduk rumah panjang atau kawasan penempatan lain masih belum dilaksanakan, kata mereka.

Bagaimanapun mereka ini tidak memberikan contoh projek-projek lain dalam janji yang dimaksudkan.

Berpandukan rekod Engkilili adalah sebuah kubu kuat pembangkang di nengeri ini, meskipun kawasan itu pernah diwakili oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dembab Maja satu masa dahulu.

Kawasan ini dahulu nya di bawah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagaimanapun ia jatuh kepada tangan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada pilihan raya yang diadakan berikutan krisis dalam parti itu awal 80-an.

Pada pilihan raya negeri 1987 yang dicetuskan oleh pergolakan Ming Court menyaksikan Engkilili terus dikuasa oleh parti pembangkang PBDS menerusi calonnya Toh Heng San.

Sejarah penguasaan pembangkang itu berakhir apabila PBDS diterima menyertai BN pada pertengah 90-an.

Walau bagaimanapun, Engkilili sekali lagi mendapat perhatian apabila PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 2002.

Pada pilihan raya negeri 2006, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diberi kepercayaan untuk mempertahankan kawasan itu untuk BN menerusi calonnya Krai Pilo. 

Malangnya Krai Pilo tumpas ditangan calon (SNAP), Dr Johnical Rayong pada pilihan raya itu.

Dr Johnical Rayong bagaimanapun bertindak keluar untuk meninggalkan parti itu untuk menjadi ahli Dewan Udangan bebas yang kemudianya memberi sokongan kepada BN, sebelum memohon untuk menyertai SUPP.

Permohonannya itu dikatakan masih dalam pertimbangan BN tetapi SUPP telah memberi kata putus untuk menerima wakil rakyat ini.

Terdapat pengundi di DUN itu mengatakan, sekiranya BN mencalonkan Dr Johnical Rayong untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada pilihan raya nengeri nanti, beliau akan berdepan dengan laluan sukar.

Antara alasan mereka adalah kerana semua penyokong yang membantu mendapatkan kemenangan kepada wakil rakyat ini pada pilihan raya lalu, telah diketepikan.

Menurut mereka, Dr Johnical Rayong kini hanya mementingkan pengundi yang mebawa kepada kekalahan Krai Pilo pada pilihan raya itu.

"BN perlu berhati-hati sekiranya ingin menang di kawasan itu pada pilihan raya akan datang," kata seorang anak kepada tokoh politik yang berasal dari Engkilili.

Katanya, Jawah Gerang masih mempunyai pengaruh yang tinggi di kawasan itu.

Berdasarkan perkembangan pada masa ini, sekiranya PKR meletak Jawah Gerang untuk mencabar Dr Johnical Rayong dari BN pada pilihan raya itu kelak, BN bakal ditimpa nasib yang serupa dengan pilihan raya negeri 2006.

Engkilili dan Batang Ai adalah dua kawasan DUN di bawah Parlimen Lubok Antu.

8 comments:

  1. PKR Special AdvisorJuly 8, 2010 at 4:50 AM

    Hoi Anwar!!! How to win like this???

    --------------
    Jawah Beri Janji Kosong, Kata Tuai Rumah

    SR/01/04/09 - Penerangan




    Lubok Antu, Ahad : ‘’Janji tinggal janji’’. Itulah ungkapan yang dilafazkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Iban, Tuai Rumah Aja Anak Jemut di majlis sidang media oleh bekas penyokong Jawah Gerang dari lima buah rumah panjang di Pusat Barisan Nasional di sini petang ini.
    ‘’Semasa Jawah Gerang menjadi wakil rakyat kami, beliau pernah memberitahu penduduk di Rumah Aja bahawa dia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16,000 untuk projek rumah panjang kami di Kompleks Sukan Lubok Antu ketika merasmikan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Iban pada tahun 1999.
    ‘’ Namun sehingga sekarang rumah panjang kami tidak menerima sebarang peruntukkan tersebut yang telah dijanjikannnya,’’ tambah beliau lagi.
    Aja menjelaskan lagi bahawa dia terpaksa menyatakan perkara sebenar kerana khuatir rumah panjang beliau akan dianggap telah menerima peruntukkan tersebut walaupun pada hakikatnya belum ditunaikan lagi.
    Beliau juga turut menyatakan surat susulan kedua bertarikh 2 Februari 2007 juga telah pun dihantar kepada Jawah.
    Turut hadir di sidang media tersebut ialah ADUN Bukit Begunan, Mong Dagang, Wakikota Kapit, Philimon Nuing dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wilson Ugak Kumbong.

    http://media.inform.gov.my/e-press/cetak-np.asp?data_dtl_oid=27782&data_type=Siaran%20Media&state=Sarawak

    ReplyDelete
  2. PKR Special AdvisorJuly 8, 2010 at 5:03 AM

    Bodo la lu anwar!!! macam mana mau jadi p eng?

    Jawah Gagal Bawa Pembangunan - Maoh

    SR/35/03/09 - Penerangan




    LUBOK ANTU, Isnin : – “ Rakyat telah memberi peluang kepada Jawah untuk membela nasib rakyat disini, tapi dia gagal membawa pembangunan” kata ADUN Tamin, Encik Joseph Maoh ak Ikeh.
    "Pembangkang tiada peruntukan untuk membawa pembangunan, dia dapat jika dia menang hanya mendapat elaun sebanyak RM4000 sahaja sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk beliau sendiri dan rakyat rugi”, tambah beliau.
    Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis berambeh bersama penduduk rumah panjang di Rumah Abel , Tinting Lalang anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) Negeri Sarawak, pagi tadi.
    “Kita harus berfikiran positif dan untuk memajukan diri oleh itu pembelajaran seumur hidup harus di teruskan, ujar beliau lagi.
    “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya demikianlah kita mendidik generasi kita dengan budi bahasa dan peradaban yang luhur Ini kerana merekalah generasi pewaris kita dan Jika salah didikan asas maka hancurlah masyarakat kita”, tambah beliau lagi.
    “Di negara membangun umpamanya, golongan petani merupakan golongan yang menguasai sektor ekonomi dan mereka diantara golongan yang berada”, ujar beliau.
    Mereka memiliki jentera dan kepakaran dalam bidang teknologi dalam menghasilkan produk pertanian yang lebih baik” katanya lagi.
    Oleh itu, penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan seharian kita disamping kita menanamkan semangat cintakan negara ini, jelas beliau lagi.
    Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua penduduk rumah panjang kerana telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan bagi meneruskan pembangunan, jelas beliau.
    Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Encik Naharudin bin Abdullah,Timabalan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

    http://media.inform.gov.my/e-press/cetak-np.asp?data_dtl_oid=27669&data_type=Siaran%20Media&state=Sarawak

    ReplyDelete
  3. bebal anuar tok. pilih la good candidate! jangan main tangkap muat jak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Dari sene datang berita tok?

    Dari http://media.inform.gov.my ?

    Jangan paloi gilak oleh perintah bah!

    ReplyDelete
  5. pa nak di padah ya mungkin benar. maklum ajak la, sidak politician tok banyak janji2.

    ReplyDelete
  6. ahhh, semua pembulak

    ReplyDelete
  7. Along with the above, it may seems a joke of the century of sort when possibly wilson Ugak kumbong was reported to replace Datuk Billy Abit??? On all account, there must be a mistake in the joke. Ugak should be the first one to reject the "fantasy" as he possesses no material at all to be a member of parliment. Gone are the era of aki Miut Sibat. Furthermore it is an insult of the highest order to the voters in Balleh and Belaga - Qualificationwise, he is only a junior secondary school achiever, experiencewise his tonnage paid labour job as a tukang tumbang and tukang muai kulit kayu in the timber industry is not relevant to the responsibility of a parlimenterian. His stinct with Dato Sng to do general orderly also does not auger enough to be a parlimenterian. Only his below par experience as a political secretary and his downgraded position as a private secretary he is now holding ( politically appointed kind of post) where qualification is not a criteria at all plus his popularity amongst women may be a plus factor if anything at all since his boss James Masing always has a roving eye so he can be the bapa ayam.. Medically, he had (thanks to the sponsorship of Dato Sng) a bypass heart surgery some 15 years ago and as age is catching up, may slow him down though.

    Conclusion is, YB Dato' Billy Abit is miles a better candidate for PRS especially in a 50-50 Iban & Orang Ulu area.

    Good luck billy boy. We support you.

    ReplyDelete
  8. Representing the penduduk of ulu Rajang..and to answer your unfounded allegations to Wilson Ugak Kumbong..come on friend..you are far out dated with the latest development of Wilson Ugak Kumbong..he has just graduated with a degree from a famous university recently..but as he is a humble man..he chose not to publish and let the whole world know..especially a person like you...he keep it to himself..See how humble Ugak is??His experiences as a political secretary for more than 20 years plus has made him rich in experiences and make him qualify to be a member of parliment..his PR is good,he helps people in need,always visiting supporters on the ground...what do you know??How many times have you visited Kapit and Belaga?How much money have you donate to help people in this area??If none then you better shut up your mouth..The idea of replacing Billy Abit was mooted by PRS grassroots supporters in Baleh and Belaga to have a young,energetic leader to take over from Dtk Billy..and we thank Dtk Billy for his contributions..Ugak is popular not only with women..men alike too and youngsters..don't be jealous when you are not as popular as Ugak friend..His health is in tip-top condition now..so don't judge Ugak simply any how,,he is our hope for leading the people in Baleh and Belaga..so if you are a man show yourself and stand as a candidate in the coming PRU 13 in Hulu Rajang..if you are a better choice,then people might vote for you..for sure you will face Wilson Ugak in the PRU 13 not Dtk Billy..see you there friend..

    ReplyDelete