Saturday, July 10, 2010

Hadiah perpisahan dari Asfia untuk Semop

Oleh Waarheid Mirino

MIRI: Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar berhasrat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Semop.

Ucapan selamat tinggal dan juga terima kasih atas sokongan selama ini yang telah mengangkat taraf hidup beliau menjadi mewah.

Sebagai hadiah perpisahan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar bercadang untuk 'menghadiahkan' Norlia Tun Rahman, iaitu kakak kepada Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, kepada para pengundi sebagai pengganti beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar telah menjemput Tun Rahman Ya'kub serta keluarga untuk datang menikmati jamuan makan tanpa memberitahu apa-apa kepada Tun Abdul Rahman Ya'kub dan ahli keluarga Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Walau bagaimanapun, YB Datuk Norah Tun Rahman tidak menghadirkan diri untuk jamuan makan ini.


Diantara yang hadir ialah Tun Abdul Rahman Ya'kub dan anak beliau Norlia Tun  Abdul Rahman.


Dalam ketika menikmati hidangan, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar telah mengejutkan keluarga Tun Abdul Rahman Ya'kub apabila beliau dengan tiba-tiba mengatakan beliau tidak mahu lagi menjadi ahli DUN Semop.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar kemudiannya mencadangkan Norlia Tun Abdul Rahman sebagai pengganti beliau; dan bertanya sama ada Tun Abdul Rahman Ya'kub bersetuju dengan cadangan beliau.

Dan sekiranya Tun Rahman Ya'kub bersetuju, iaitu memberi restu kepada Norlia Tun Rahman menggantikan beliau, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar berkata beliau akan menemui presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk mencadangkan Norlia Tun Rahman sebagai pengganti beliau di DUN Semop.

Bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'akub hanya berkata, ianya terpulang kepada Norlia Tun Rahman sendiri untuk menentukan sama ada bersetuju atau tidak dengan  cadangan tersebut.

Norlia Tun Abdul Rahman kemudiannya berkata beliau keberatan untuk menjadi ahli (DUN) Semop memandangkan beliau sibuk menjaga kawasan Parliamen Tanjung Manis untuk adik beliau Datuk Norah Tun Rahman. (DUN Semop ialah satu dari kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Tanjung Manis.)

Norlia Tun Abdul Rahman juga berkata walaupun beliau sudah mempunyai pengalaman melakukan tugas-tugas wakil rakyat, iaitu pengalaman diperolehi apabila menjaga kawasan Parliamen Tanjung Manis bagi pihak adiknya yang jarang turun ke padang untuk menjenguk kawasan, beliau lebih suka memain peranan di sebalik tabir.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar hanya ketawa apabila mendengar jawapan Norlia Tun Abdul Rahman.

Walau bagaimanapun, sehingga berakhirnya jamuan tersebut, tiada kata putus - iaitu YA atau TIDAK - telah dibuat oleh Norlia Tun Abdul Rahman mengenai cadangan untuk mencadangkan nama beliau kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai calon menggantikan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar untuk kerusi DUN Semop dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Hal ini kemudiannya disebarkan dikalangan pengundi DUN Semop sebagai satu perbincangan dikalangan ahli keluarga Tun Abdul Rahman Ya'kub tanpa menyentuh perihal ianya sebenarnya satu cadangan dari Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar yang berhasrat untuk mengundur diri.

"Norlia (Tun Abdul Rahman) mula menjaga hati orang yang berpengaruh di kawasan Bruit kerana ingin bertanding di Semop pada pilihan raya akan datang," kata sumber di Pulau Bruit.

Walaupun Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar hanya mengatakan masa sudah tiba untuk mengundur diri, hakikatnya beliau dibelenggu banyak permasalahan akibat dari percaturan politik beliau sendiri selama ini.

Permasalahan mutakhir ialah beliau didakwa oleh Jawatankuasa Ladang Kelapa Sawit Daro sebagai dalang pemberian tanah kepada sebuah syarikat perladangan, Poh Zhen Sdn Bhd.

Haji Jaafar Kara, pengerusi jawatankuasa, mendakwa Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar meminta beliau mengumpulkan tandatangan kira-kira 1,000 orang penduduk Kampung Bruit di Pulau Bruit bagi tujuan memohon tanah daripada kerajaan untuk membuka ladang kelapa sawit.

Haji Jaafar Kara mendakwa tandatangan itu telah disalahgunakan oleh Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar untuk memperolehi tanah seluas 5,000 hektar yang diberi hak milik kepada Poh Zhen pada 2004.

Kekalutan tercetus apabila kumpulan Haji Jaafar Kara mengetahui hal tersebut dan mula mempersoalkan tindakan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Dalam isu tersebut Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar membisu apabila pihak akhbar meminta beliau mengulas dan menjelaskan hal sebenar untuk pengetahuan orang ramai.

Sikap membisu menampakkan beliau umpama orang bersalah. 

Soal sama ada dipersetujui oleh pucuk pimpinan BN adalah perkara berlainan, kata sumber itu lagi.

----------------------------------------------------
p/s by Sebanaku Sarawak

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar has to change his tactic for the sake of his 'survival'. This will be elaborated further after we post the long overdue of the final series of the Asfia and his grandiose plan in the next few days.

Although he and his 'henchmen' are changing their tactics, we would still write about their 'old' tactics so that the readers could comprehend the progression of their tactics. 

A good understanding on the past will help to have a better understand on the present.

17 comments:

  1. bulak sepia ya. nya gik maok la ya. pisang dah burok diberik dengan urang. taik pusak nya ya

    ReplyDelete
  2. Abis semua sidak kabinet telanjang oleh Norlia!

    Mana sidak bantut-bantut sik nya mauk. Nya mauk sidak rambut itam mata galak!

    ReplyDelete
  3. hahaha. nengar si norlia tok hebat. benar ka?

    ReplyDelete
  4. berita angin bah! tapi kalau benar, luruh tomber abg jo oleh nya!

    ReplyDelete
  5. heard that when she was young, she was really 'terror'. changing men like changing her clothes or sanitary pads. don't she is now as wild as she was before.

    ReplyDelete
  6. Bagus juak mun Norlia jadi wakil rakyat kamek orang. Sidak wakil rakyat selamak tok semuanya pondan2 belaka- Asfia, Wahab, Effendi- semuanya lembik. Udah tiba masanya 'lelaki sejati' yang tegas seperti Norlia jadi YB!

    ReplyDelete
  7. saya sokong!!! hidup pbb!!!

    ReplyDelete
  8. Pelanduk belum nyelas hal minyak Sarawak diberi ngan Petronas! DUN Sarawak sik ada madah OK cara resmi. Jadi ngene sebenarnya? Pelanduk ada madah bukan nya pun hal. Urang dah ninggal dikenak nya - mendiang stephen yong yg setuju meri 5%, konon!

    Kalau pelanduk sik tau, tapi nya Ketua Menteri, apa polahnya? Nebas rumput, rumput pendek? Urang lain semua sik betul!

    Urang Sarawak, semua!!! Cari nilai, kenal nilai diri. Bukan Pelanduk aja warga Sarawak!

    Jadi gene minyak Sarawak tek? Pelanduk sorang bukan, semua rakyat Sarawak!

    Tok nok nyuruh anak nya pun lagi? Sik ada urang lain di Sarawak tok kah?

    Munafiq! Eksen madah tok madah ya di majlis! Main bangsawan! main wayang kulit!

    ReplyDelete
  9. bagus jua mun Norlia jd calon d siya ... nape salah nya. sik semestinya org tempatan dari PUlau Bruit ajak jd calon N.36... sidak Bintangor, Sarikei, Daro pon layak bah. sik ada isu penting iya bah. sape2 pun mun nya benar2 ... kamek terima. mun nya org Semop,Saai,Bruit,Tekajong,Penyipah ngan lain2 pon mun cakap ajak pandei kamek sik perlu gilak koh ... sape2 ajak bah.

    ReplyDelete
  10. nampak gaya macam orang norlia jak tok. dah start kempen kah?

    ReplyDelete
  11. saya cadangkan menantu tun rahman, ruslan bujang, jadi calon ganti asfia.

    semua setuju?

    ReplyDelete
  12. Hello, sik berbaloilh golongan nak memegang jawatan Ketua Pemuda selama tok, fuhhhhhh...lelah jak berkihidmat dgn parti tp sik diberi pangkat kesianya...toklah molah wujud parti baru...betul sik.

    ReplyDelete
  13. nunggu nak jadi cm lamak gilak, jadi polah parti dirik pub mcm asfia. nya pikir cm bodo sik tauk.

    ReplyDelete
  14. saya cadangkan si pemikir .. sape namanya iya .. si pemikir yg segak dgn baju batik merah siap nunjuk palak agik iya..sape namanya ... ehh nama pun sik tau ... giney nak nyonteng kertas undi kelak. nya iya sidak madah org belakang Pulau Bruit .. sik tau juak. tp undilah si pemikir ok.

    ReplyDelete
  15. pemikir ya baruk jak sik sampey 5 tahun jadi (full) lecturer dah pandey nak berlagak jadi 'mahaguru'.

    nya madah nya pandey, tapi mun ekot resam orang melayu, orang pandey tok macam padi. makin berisik, makin tunduk. makin pandey, makin kurang bercakap kerna sik maok ngeso pandey.

    mungkin orang melano lain adat resam kali. makin pandey makin eksyen.

    ReplyDelete
  16. orang melayu : sik smua org melano kedak yo .. kes towk typical spesies. mungkin nyo yo raso nyo jak org paling tinggi pelajaran dari polo yo ... tau jak lah org belakang polo lambat dikit pick upnyo .... buka mato ngan mindo yo pemikir ..iboh ndiat belakeng umah jak .. ndiat jauh kit .. banyak org polo yo tinggi pelajaran sik mcm2 eksen ... bukannyo kinek towk lama dah . kali rah belakeng polo yo baruki kinek .. mun nak BERUANG (sik ada J) lupa tek .. sik adanyo dgn internet jak .. mun sopan nak ngesaw muka ya rah org2 kpg giney nak jd pemimpin .. arap IT yg gus gilak kata kitak nok tinggi pelajaran iya giney .. ngundi kelak makei IT juak..sik ada plueng lah rakyat nemu YB kedok yo. sik salah yo bersemangat tuk beruang memimpin ngan memaju rakyat tempatan tp kena btoi gayo caro nyo .. mun rah IT FB blog hopeless diat mek .. banyaki gik berkelahi sama dirik empun dari ngambik ati rakyat .. memanglah ada yg ketara nyokong tp berapa banyak... pengundi kah apa kah nyo iya sik tauk lah. berfikirlah .. mun kita rasa kita pandei .. fikirlah banyak lagi org2 pandei dari kita....insyaAllah ego ngan riyak sik akan hampiri kita.

    ReplyDelete
  17. Puan, sekiranya puan masih lagi memikirkan tawaran untuk menjadi YB di Semop, seelok-eloknya puan menjauhkan diri dari asfia kerana lambat laun puan akan terkena badi asfia. ini akan memberi kesan yang buruk terhadap sokongan terhadap puan. walau bagaimanapun sekiranya puan telah mengambil keputusan untuk tidak menerima tawaran, ianya tidak menjadi masalah untuk puan bersama-sama dengan asfia.

    ReplyDelete