Wednesday, May 26, 2010

A re-visit to the PBB Batu Kawa Branch Controversy

by Sebanaku Sarawak

KUCHING: It is never easy to fight a Goliath.

Although most who are in the situation tend to pray that they are Davids, in most cases they are not.

They are just an ant. No matter what they do, they just can't win the fight.


Here is a very good example on how those with power and influence - in this case it is about the Goliaths in the back bone party of the Sarawak government - are behaving as they are the law.

The press statement was faxed to various parties on Feb 04, 2010, including the Registrar of Society (ROS).

The name of the mastermind is mentioned in the "Open Letter to the Barisan Nasional Chairman" in this blog.

-----------------------------------------------------------------------------

(courtesy from a PBB member. Thank you.)


DENGAN NAMA ALLAH TUHAN YANG MAHA BERKUASA

Kenyataan Akhbar Bertarikh 04 Februari 2010

Pihak kami ingin melahirkan rasa terperanjat apabila mendapat tahu bahawa Jawatankuasa Undang-Undang dan Perlembagaan yang bermesyuarat pada hari Rabu yang bertarikh 03 Februari 2010 hanya yang mengambil masa 30 minit untuk memutuskan mesyuarat yang diadakan di Rajah Court sebagai sah.

Pihak kami tetap dengan pendirian kami bahawa sekiranya laporan yang telah pihak kami sediakan itu diteliti dengan sewajarnya, keputusan semestinya memihak kepada pihak kami.

Pihak kami beranggapan bahawa semua-semua hujah yang telah diutarakan oleh pihak kami tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Jawatankuasa Undang-Undang dan Perlembagaan.

Walaupun Mesyuarat Agung Cawangan di Rajah Court dikatakan mendapat restu Ibupejabat PBB, ini tidak membawa makna bahawa mesyuarat tersebut sah kerana status ranting-ranting yang menyertai mesyuarat tersebut tidak sah.

Hujah-hujah pihak kami untuk menegaskan Mesyuarat Agung Perwakilan di Rajah Court tidak sah ialah seperti berikut:

(1) Enam ranting yang terbabit dalam mesyuarat tersebut telah dibatalkan mesyuarat perwakilan ranting:
a. Sebuak - mesyuarat perwakilan ranting gagal memenuhi Fasal 19(8) atas sebab tiada seorang pun ahli berdaftar di ranting. Dari senarai ahli PBB untuk Ranting Sebuak yang diperolehi dari Ibupejabat PBB menunjukkan tiada seorang ahli pun dalam senarai.
b. Paya Mebi - mesyuarat perwakilan ranting melanggar hak ahli-ahli di bawah Fasal 11(2)(a) & (b) apabila tidak membenarkan ahli-ahli yang tidak hilang hak atas sebab Fasal 11(3)(a) & (b) menghadiri mesyuarat. Surat bantahan yang ditandangani oleh ahli-ahli PBB Ranting Paya Mebi telah dihantar ke Ibupejabat PBB melalui Cawangan namun tiada tindakkan dari Ibupejabat PBB untuk menyetujui arahan yang telah diberikan oleh Cawangan untuk Ranting Paya Mebi bermesyuarat semula.
c. Sinar Budi Baru (Sinar Budi Desa Wira) - mesyuarat perwakilan ranting gagal memastikan Fasal 11(4)(e) diberi perhatian yang sewajarnya. Ahli ranting Sinar Budi dipilih menjadi AJK Sinar Budi Baru (Sinar Budi Desa Wira). Ibupejabat PBB telah dimaklumkan hal ini namun enggan bersetuju dengan tindakkan Cawangan untuk membatalkan mesyuarat agung ranting tersebut dan mengadakan mesyuarat agung ranting sekali lagi.
d. Batu Kitang - ingkar arahan ibupejabat Parti dan Cawangan dalam aspek menjalankan mesyuarat perwakilan ranting. Tiada mesyuarat baru dijalankan untuk memperbetulkan kepincangan.
e. Haji Baki - ingkar arahan ibupejabat Parti dan Cawangan dalam aspek menjalankan mesyuarat perwakilan ranting. Tiada mesyuarat baru dijalankan untuk memperbetulkan kepincangan.
f. Stapok - ingkar arahan ibupejabat Parti dan Cawangan dalam aspek menjalankan mesyuarat perwakilan ranting. Tiada mesyuarat baru dijalankan untuk memperbetulkan kepincangan.
g. Sandong - Timbalan Pengerusi dan Setiausaha sesi 2005/08 iaitu Ibrahim Abdullah dan Raini Luie menghadiri mesyuarat agung di Rajah Court dengan mendakwa bahawa mereka adalah dari AJK sesi 2009/12. Nama kedua-dua mereka tidak ada dalam senarai AJK sesi 2009/12.

(2) Notis Mesyuarat Agung Cawangan bertarikh 23 Disember 2009 menggunakan kepala surat (letter head) Ibupejabat Parti dan ditandatangani oleh 'Setiausaha' Cawangan dan bukannya pemegang-pemegang jawatan Parti peringkat pusat ataupun Pegawai-Pegawai Parti di Ibupejabat Parti. Sepatutnya Setiausaha Agung sendiri menandatangani Notis Mesyuarat Agung Cawangan ini sekiranya Mesyuarat Agung Cawangan di Rajah Court mendapat restu Ibupejabat ataupun pemimpin atasan PBB.

(3) Notis Mesyuarat Agong Cawangan yang bertarikh 23 Disember 2009 yang diterima pada 22 Januari 2010 telah terbatal dengan sendirinya apabila semua pihak (termasuk ranting-ranting yang tidak sah) bersetuju dalam mesyuarat di Ibupejabat PBB pada 07 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Setiausaha Eksekutif Awang Bujang Awang Atek untuk mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan di Dewan Batu Kawa.

(4) 'Setiausaha' Cawangan gagal mengikut mengikut Fasal 18(13)(d)(iii) & (iv) dalam aspek mengeluaran notis Mesyuarat Agung Cawangan.

(5) Tiada arahan bertulis ataupun lisan diberikan kepada Cawangan dari Ibupejabat Parti ataupun pemegang-pemegang jawatan mempunyai berkuasa untuk memberi arahan ataupun Majlis Tertinggi untuk memindah tempat Mesyuarat Agung Cawangan dari Dewan Batu Kawa ke Rajah Court

(6) AJK 'ranting-ranting'yang tidak sah dari Sebuak, Paya Mebi dan Sinar Budi Baru (Sinar Budi Desa Wira) dibenarkan turut serta sebagai perwakilan ranting untuk mengundi dan memilih dalam mesyuarat walhal AJK tersebut tidak sah atas sebab tidak mematuhi fasal-fasal dalam perlembagaan parti. Tiada arahan bertulis ataupun lisan diberikan kepada Cawangan dari Ibupejabat Parti ataupun pemegang-pemegang jawatan mempunyai berkuasa untuk memberi arahan ataupun Majlis Tertinggi untuk membenarkan mereka turut serta dalam Mesyuarat Agung Cawangan sebagai ahli perwakilan.

(7) AJK 'ranting-ranting' dari Batu Kitang dan Haji Baki dibenarkan turut serta sebagai perwakilan dari ranting untuk mengundi dan memilih dalam mesyuarat walhal AJK tersebut tidak sah atas sebab mengingkari arahan Ibupejabat parti dan Cawangan. Tiada arahan bertulis ataupun lisan diberikan kepada Cawangan dari Ibupejabat Parti ataupun pemegang-pemegang jawatan mempunyai berkuasa untuk memberi arahan ataupun Majlis Tertinggi untuk membenarkan mereka turut serta dalam Mesyuarat Agung Cawangan sebagai ahli perwakilan.

(8) Timbalan & Setiausaha Ranting Sandong sesi 2005/08 dibenarkan turut serta sebagai perwakilan dari ranting untuk mengundi dan memilih dalam mesyuarat walhal mereka tiada lagi menjawat sebarang jawatan untuk sesi 2009/12. Tiada arahan bertulis ataupun lisan diberikan kepada Cawangan dari Ibupejabat Parti ataupun pemegang-pemegang jawatan mempunyai berkuasa untuk memberi arahan ataupun Majlis Tertinggi untuk membenarkan mereka turut serta dalam Mesyuarat Agung Cawangan sebagai ahli perwakilan.

Pihak kami merasa khuatir andai kata Majlis Tertinggi mengikhtiraf Mesyuarat Agung Cawangan di Rajah Court yang diwar-warkan oleh sebilangan pihak sebagai sah, ianya akan mencemar kesucian Mesyuarat Agung PBB yang akan diadakan di bulan Mac nanti.

Pihak kami amat berharap agar Majlis Tertinggi bersetuju dengan pendirian pihak kami bahawa Mesyuarat Agung Cawangan di Rajah Court yang dihadiri oleh ranting-ranting yang mempunyai status yang meragukan disisi perlembangaan parti adalah tidak sah disisi perlembagaan parti.

Pihak kami merasakan ramai ahli PBB mengikuti perkembangan permasalahan di Cawangan Batu Kawa dengan penuh minat memandangkan mereka amat maklum kes-kes seperti ahli-ahli yang berhak tidak dibenarkan menyertai mesyuarat agung ranting Paya Mebi dan tiada halangan dari Ibupejabat untuk AJK Paya Mebi menidakkan hak ahli-ahli parti di ranting Paya Mebi.

Dan ahli-ahli PBB juga sedia maklum akan bantahan yang dikemukan oleh ahli-ahli PBB Ranting Paye Mebi diatas penggunaan gangster untuk menghalang ahli-ahli PBB Ranting Paya Mebi yang sah untuk mengikuti mesyuarat agung ranting.

Diatas rasa sayang terhadap Parti memaksa pihak kami bertindak dengan berani dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Esa untuk menongkah arus melawan sekelompok ahli-ahli Parti yang bertindak seolah-olah mereka tidak dikongkongi batas-batas yang telah ditetapkan oleh perlembangaan parti.

Akhir kata, pihak kami percaya ahli-ahli Majlis Tertinggi akan membuat keputusan yang menyokong pihak yang sentiasa berusaha mendokongi perlembagaan parti dan bukannya pihak yang sentiasa berusaha membelakangi perlembagaan parti.

Sekian. Terima kasih.



Setiausaha PBB Cawangan Batu Kawa
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU
CAWANGAN N 13 BATU KAWA

-----------------------------------------------------------------------------

The case was later "deliberated" by the PBB Supreme Council before the party convention.

The mastermind and his cohorts managed to convince the Supreme Council members to vote in favour of the Datuk Ahmad group.

The interesting part is the draft of the report was presented to a SUPP member who is a lawyer who said if the PBB Supreme Council is to stricty observe the party constitution, the Hashim Yap group is surely to be declared as the legitimate leader of the Batu Kawa Branch.

A copy of the report, which was given to the PBB Supreme Council, would be posted in this blog later. And more interesting stories about the mastermind and his cohorts would be posted later in this blog.

Hidup PBB!!! PBB Boleh

No comments:

Post a Comment