Wednesday, May 26, 2010

Pembaca sinis dengan Najib

Oleh: Prof. Dr. X

KUCHING: Membaca komen-komen dalam sebuah portal berita yang menyiarkan berita SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Perdana Menteri Najib Razak - nyata pembaca portal berita itu sinis dengan kenyataan tersebut.

Najib akan disiasat kerana menyogok wang terhadap warga Rejang Park - satu kawasan dalam Parlimen Sibu - pada malam 15 Mei, malam terakhir kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

RM5 juta akan diberi kepada penduduk di situ sebagai balasan, jika calon BN Robert Lau Hui Yew menang dalam pertandingan tiga penjuru menentang Wong Ho Leng (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Jika menang, Najib akan menandatangani cek yang dijanjikan itu pada 17 Mei (Isnin), iaitu selepas keputusan pilihan raya kecil diketahui.

DAP meskipun menang, tidak puas hati dengan tindakan Najib yang menuturkan "saya bantu anda, anda bantu saya. Mari kita buat perjanjian".

Kata-kata itu dituturkan di hadapan warga Rejang Park dalam ceramah kira-kira pukul 8 malam.

DAP atau Pakatan Rakyat membuat aduan terhadap SPRM dengan dakwaan Najib menggunakan wang dalam usaha meraih kemenangan di Sibu. Tetapi tewas!

Dalam reaksinya, Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata:

"Saya harap SPRM akan melihat perkara ini dengan lebih serius. Ia telah menjadi tabiat dan tidak harus diteruskan.

"Ini merupakan amalan rasuah di bawah undang-undang pilihan raya."

Ho Leng turut meminta Najib agar tidak meneruskan 'umpan pilihan raya' seumpama itu pada masa depan.

Dia menggesa agar SUPP tidak memaafkan kesilapan yang dilakukan Najib.

8 comments:

  1. Everything in the above article is true, everyone knew about that but why they keeping mum about it?Why nobody's taking any action on this "open-bribery" thing @ it is okay for the ruling party @ a PM to do so?Whats the difference if I asked a traffic policeman not to summon me "tolonglah cikgu .. jangan saman saya .. cikgu tolong saya .. saya tolong cikgu" while waving a RM50 note!Think about it.

    ReplyDelete
  2. hahaha ... but as usual, the BN supporters are blinded to this. Stupid morons...

    ReplyDelete
  3. Kpd YAB P.M.Salam bulan Posa.
    Kami dari kewasan BGS, cuma beri ingat kpd wakil Rakyat kami YB Datuk Wan Junaidi, yang beliau terlupamelawat ketempat kami di BGS Sebrang Sungei Kuching. Dimusim bulan posa ini banyak program telah diadakan dan YB kami tidak datang dimajlis majlis dan surau surau kami apatahlagi bersolat bersama paraz pandudok yang samemangnya penyukong setia dikewasan BGS. Kami tahu YB kami itu sebok tetapi sebok biarlah sebok ia itu biasalah dan tugas juga perlu dijalankan, tetapi sampai lupa bersama penyukong juga perkara yang tidak bolih dilupakan? Minta YAB PM beri ingat kpd YB kami itu.

    ReplyDelete
  4. Kepada para peminat dan pembeli kek lapis Sarawak dimusim hari perayaan ini cukup ramai dan berduyun duyun beli kek lapis untuk dibawa balik ke Kampong dan disimananjung. Sudah pun datang jauh dengan belanja besar dan tingal di hotel 4-5 bintang, beli kek lapis yang qualtinya rendah dan harga murah perlulah diambil kira, ini beli banyak berqualiti rendah dan rasa samacam sahaja, mengapa tidak beli yang berqualiti, untuk dimakan dihari Raya bersama Keluargaz. Belilah kek lapis yang berkualiti wsalau pun sedikit ianya berkualiti dan enak dimakan dan rasanya juga tidak bolih dikatakan. Kek lapis yang berkualiti yang dibuat mengunakan Butter, dengan adunan bahan bahan baik, sudah tentu membawa kenangan manis oleole dari Sarawak.Rata rata penggunjung beli kek lapis yng murah tidak berkualiti tetapi orang datang beli tidak mengetahwi bahan yang baik atau pun yang berkualiti. Dinasihatkan kpd para pembeli untuk buat penelitian sebelum membeli. Biarlah yang dibeli itu barang baik dan berkuality. selamat Berhari Raya kpd semua.

    ReplyDelete
  5. Buat komen pasal Kek Lapis Sarawak, sapatutnya orang yang berminat didikkan untuk mengetahwi barng yang berkualiti dan bukan berkualiti. Ini tidak rata rata orang beli atas dasar harga murah dan tidak pandang kualiti nyaman atau tidak? Barang murah mana ada kualiti, saperti kek lapis yang harganya RM 10.- berapa lah besarnya RM 10.- rasalah kek lapis jenis lain yang bernilai RM 30.-, RM 50, RM 80., dan RM 100 +++ barulah tahu rasanya. Ini tidak main hantam beli anggkut berkotak kotak naik k/terbang bawa balik kesimananjung, orang orang disana juga tidak bolih menilai kualiti kek yang dibawa. Makan lah barang yang berkualiti dengan nilai harganya berpatutan.

    ReplyDelete
  6. Untuk pengetahwan ramai bagi mendapatkan kek lapis yang berkualiti bolih lah hubungi pihak SEDC Sarawak, atau pun datang sendiri ke Stall kesok SEDC di Kpg Gersik, atau pun kekedai kek lapis diJalan Satok, Jln Kulas, dan berberapa tempat di Kpg Gersik, Sourabaya untuk mendapatnya.Harga pelbagai dengan reka bentuk dan adunan ikut salera dengan pengunaan bahana berkualiti.

    ReplyDelete
  7. Susah untuk kami hubungi pihak SEDC dalam hal Kek Lapis ini, kerana pihak SEDC tidak ada untong apa apa dari produk kek lapis dari itu jika terus tunggu sama SEDC dalam hal ini sama lah saperti Sungei tidak berhulu. Apa kata cadangan kami agar buat hubungan terus dengan pihak FAMA untuk mendapat para penghusaha kek lapis ini? Macan mana?

    ReplyDelete
  8. kami mohon pihak FAMA buat marketing kek lapis sarawak untuk pasaran seluruh malaysia dengan mengambil semua pengusaha kek lapis untuk membuat kek dan pihak FAMA buat pasaran.Dan peluang untuk hantaran keluar negara juga bolih dibuat melalui FAMA dengan persediaan dibuat oleh FAMA. Hanya cara pasaran dan pembiayaan kpd pengusaha kena dibincang bersama pihak saperti MARA dan Bank Rakyat. Kami ingat pihak pengusaha buat karepek ubi tempata hantar satu kontenar ke England, sedangkan permintaan sedia ada 5 kontenanr. jadi produk kek lapis dapat dimajukan lagi jika pihak agensi berkerjasama promosikannya.

    ReplyDelete