Monday, May 10, 2010

BEMEE & BIBIR AJAIBNYA

by Sebanaku Sarawak
(terjemahan dari artikel asal)


Kuching: Tahun demi tahun, ahli Dewan Undangan Negeri Nangka Datuk Awang Bemee Ali Basah belum pernah gagal untuk membuat pare pengundi di kawasan tersebut merasa kagum.

Mereka teramat kagum dengan kemahiran bibirnya yang tidak pernah gagal untuk memberi keajaiban di kawasan Dewan Undangan Negeri.

Dan tidak menghairankan sama sekali jika ada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang iri hati terhadap Bemee dan kemahiran beliau menggunakan bibirnya.

Beberapa tahun yang lepas, ada seorang lelaki yang terkenal yang beranggapan bahawa beliau telah menyempurnakan kemahiran menggunakan bibirnya tetapi malangnya beliau tidak lah sebagus yang beliau fikirkan.

Para pengundi menendang beliau keluar dari pejabat selepas beliau menamatkan penggal kekuasaan beliau sebagai orang paling berkuasa di dunia.

Mungkin beliau seharusnya mendapatkan nasihat Bemee dan belajar dari ahli Dewan Undangan Negeri tentang cara melakukannya.

Bahkan banyak ahli politik akan berharap bahawa mereka diberkati dengan anugerah tersebut.

Ramai dari mereka akan bersetuju bahawa walaupun mereka memberi 100 peratus komitmen, ianya bukan jaminan mereka akan menang di pilihanraya yang akan datang.

Dan ramai juga dari mereka juga akan bersetuju bahawa walaupun mereka menunai janji mereka 100 peratus, ianya tidak akan memberi jaminan bahawa mereka akan memperolehi laluan mudah untuk memenangani pilihanraya.

Tanya mana-mana wakil rakyat, dan sebahagian besar dari mereka akan bersetuju dengan dua kenyataan sebelum ini.

Oleh kerana itu, ramai ahli politik tempatan yang bertanya-tanya bagaimana beliau berupaya melakukannya.

Seperti Bemee, mereka juga mencium punggung mereka-mereka seperti Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Datuk Seri Asfia Awang Nasar dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, namun mereka tetap merasa tidak selamat.

Beberapa orang dari mereka tahu bahawa mereka lebih handal sebagai pencium punggung berbanding dari Bemee tapi mengapa Bemee masih bersama-sama mereka seolah-olah beliau telah ditugaskan dan dipilih oleh Tuhan untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Nangka.

Mereka tahu bahawa Bemee berbohong lebih teruk daripada mereka.

Walaupun mereka hanya menunaikan 3 dari 10 janji-janji mereka kepada para pengundi mereka, ianya lebih baik dari Bemee yang hanya menunai 1 dari 20 janji-janji yang telah ditaburkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka.

Tapi tetap Bemee masih mendapatkan sokongan dari mereka yang berkuasa.

Setiap ahli PBB tahu bahawa dalam setiap pilihanraya, pemimpin-pemimpin seperti Asfia dan Tengah akan pergi turun ke kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka untuk menemui para pengundi Melayu / Bumiputera merayu agar mereka mengundi Bemee.

Soalan bernilai satu juta ringgit ialah mengapa PBB masih mahu menyimpan orang seperti beliau yang menyebabkan para pemimpin atasan terpaksa berlutut merayu para pengundi agar jangan tidak mengundi Bemee dalam setiap pilihanraya?

Apa yang istimewa tentang Bemee sehingga beliau tidak dapat disentuh?

Berikut ini adalah jawapannya ...

Beliau berusaha lebih kuat dengan bibirnya.

Beliau juga mencium punggung para pemimpin SUPP di Sibu.

Oleh kerana itu, sangat sukar untuk para pemimpin PBB menyingkirkannya kerana para pemimpin SUPP adalah 'pelindung' Bemee.

Ini adalah alasan mengapa kuasa magis bibirnya lebih kuat daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain.

Beliau boleh menaburkan sebanyak mungkin janji-janji kepada para pengundi kawasan dewan undangan negeri beliau tanpa perlu merasa bimbang terhadap akibat kegagalan beliau menunaikan janji-janji tersebut kerana beliau adalah ORANG PILIHAN parti SUPP untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan parlimen Sibu.

Walau apapun terjadi, Bemee adalah ORANG PILIHAN, kata SUPP.

Oleh itu, kesimpulannya, walaupun tidak dinafikan bahawa Dewan Undangan Negeri Nangka diwakili oleh orang PBB, hakikatnya ialah beliau adalah orang SUPP.

Letakkan rekod beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka di atas meja untuk dilihat oleh semua pihak ... dan rekod ini akan menunjukkan secara jelas bahawa Bemee mempunyai sepasang bibir yang mempunyai magis yang paling kuat di Sarawak.

(Sekiranya ada percanggahan diantara versi Bahasa Malaysia dan Inggeris, versi Inggeris akan diterima pakai sebagai benar. Sekian.)

2 comments:

  1. pa nak jadi ngan Bemee tok ...

    ReplyDelete
  2. nang boleh tahan si bemee tok. cm mesti da di cium nya juak. tapi where sik tauk la... :)

    ReplyDelete