Friday, September 13, 2013

YB Hazlan Hipni memenangi jawatan Ketua Cawangan Demak Laut



YB Hazlan Hipni telah mengalahkan Presiden Sepak Takraw Sarawak Datuk Pawadi dengan undi 52 kepada 30 untuk jawatan Ketua Cawangan PBB Demak Laut.  Sebelum ini YB Hazlan merupakan Timbalan Ketua Cawangan.

Wednesday, September 11, 2013

Ketua Cawangan PBB Piasau Kanselor Sardon Zainal mendapat tentangan hebat dari calon 'tajaan' YB


Ketua PBB Cawangan Piasau iaitu Kanselor Sardon Zainal telah dicabar oleh calon yang diketahui ramai di Miri sebagai 'tajaan' YB PBB Zon Utara.  Dalam sejarah PBB lazimnya jawatan ketua cawangan tidak dipertandingkan dan hanya dirundingkan melalui konsensus atau nasihat pemimpin atasan.  Piasau adalah antara cawangan yang 'ganjil' dimana jawatan ketua cawangan di cabar.

Setakat ini Beting Maro, Piasau dan Demak lawat telah menyaksikan cabaran mengejut untuk jawatan ketua cawangan.  Juga di perhatikan bahawa ada seorang ahli perniagaan berbangsa Tiong Hua (bukan ahli PBB) yang telah berada di perkarangan Mesyuarat Agung Penggal itu dan memberi 'imbuhan' kepada perwakilan untuk mengalahkan Kanselor Sardon Zainal.  Ahli perniagaan Tiong Hua itu adalah rakan perniagaan seorang  YB PBB Zon Utara.  YB PBB itu adalah termasuk dalam group besar dan kuat seorang Menteri PBB.  Beliau sering menyatakan kepada orang Miri bahawa Menteri PBB itu mahu itu dan mahu ini.  YB PBB ini juga mendapat sokongan kuat dari PBB HQ.  PBB HQ sering menalipon cawangan-cawangan Zon Utara untuk mengikut citarasa YB PBB zon Utara ini (namun arahan atau nasihat bertulis tidak diberi kerana gerakan YB PBB ini sering melanggar undang-undang PBB).  YB PBB Zon utara ini juga 'menaja' calon menentang penyandang di beberapa cawangan-cawangan PBB yang lain.

Walaupun mendapat tentangan hebat dan kempen 'berimbuhan' namun Kanselor Sardon Zainal telah menang jawatan Ketua Cawangan Piasau.

Terima Kasih kepada AJK Piasau yang telah memberi maklumat dan gambar-gambar mengenai perkembangan ini.  Adalah di fahamkan bahawa keterangan saksi-saksi dan gambar-gambar 'partner' YB PBB ZON utara ini sedang di lampirkan untuk laporan ke atas.



Tuesday, September 10, 2013

YB Razaili Gapor menghantar bantahan rasmi mengenai TGM PBB Cawangan Beting Maro



Adalah difahamkan bahawa ADUN Beting Maro iaitu YB Razaili Gapor telah menghantar surat bantahan rasmi mengenai Mesyuarat Agung Penggal bagi cawangan Beting Maro yang diadakan baru-baru ini.  Beliau membantah pengecualian beliau dari dibenarkan bertanding jawatan ketua cawangan yang di sandang oleh Datuk Bolhassan Dee.

Surat bantahan di hantar ke ibu pejabat PBB dan khabarnya diterima oleh Setiausaha Eksekutif PBB iaitu Awang Bujang Atek.

Friday, September 6, 2013

Parti-parti politik baru di Sarawak tidak akan tahan lama - YB Abdullah Saidol



New parties won’t last the distance — BNBBC chief

Borneo Post September 6, 2013, Friday
SIBU: New political parties, still being a blurred entity with fragile political vision and mission, would find it an insurmountable task to be accepted by the people.
State Barisan Nasional (BN) Backbenchers Club (BNBBC) chairman Abdullah Saidol did not discount the possibility of their lifespan being short.
“Therefore, I am confident that the emergence of new political parties in Sarawak will not affect BN’s position in the state.
“People are now more matured and able to objectively analyse the political ideologies and sincerity of a political party in managing their welfare, development of the state and defending the sovereignty of the country.
“Political parties in the state BN component understand and work together in moulding the political direction of BN,” Saidol, who is Semop assemblyman and chief political secretary to the Chief Minister, noted.
He was asked if BN would continue to be people’s preferred brand amidst the emergence of new political parties in Sarawak.
Five newcomers, namely Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), Parti Bumi Kenyalang, Peace Party and Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) and Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) had entered Sarawak’s political arena.
Saidol was uncertain if these new parties would be BN-friendly or adversaries.
He pointed out that the integrity, strength and influence of a political party depended on the history of its inception, and later through a maturity process in shaping a certain culture as well as a unique political formula accepted by way of consensus amongst its members.
“The key factors deciding the sustainability, relevance and credibility of a political party also depend on the wisdom and stature of its leaders and unity among members,” he said.


Wednesday, September 4, 2013

YB RAZAILI BIN GAPOR disqualified from contesting PBB Beting Maro Branch Chief Post


YB Razaili Gapor
Penyandang Datuk Bolhassan Dee

Di mesyuarat agung PBB Beting Maro penggal 2013-2016 pemilihan untuk jawatan ketua cawangan yang dijangkakan tidak berlaku.

Kertas pencalonan YB Beting Maro iaitu YB Razaili Gapor telah ditolak.  Dengan itu YB Razaili Gapor telah 'disqualified' dan penyandang Datuk Bolhassan Dee telah menang tanpa bertanding.

Adalah di dapati bahawa YB Razaili Gapor telah di khianati oleh orang yang dipercayainya.  Penyokongnya (yang dipercayai YB Razaili Gapor) telah sengaja meletakkan nombor mykad yang salah dalam kertas pencalonan YB Razaili Gapor.  Dengan itu 'penyokong' YB Razaili Gapor telah memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Datuk Bolhassan Dee.