Saturday, October 19, 2013

YB Ripin Lamat menang jawatan Naib Ketua Pemuda PBB

YB Ripin Lamat

Abdul Aziz Adenan
Halmi Morsili
Haidel Heli
ADUN Lambir YB Ripin Lamat telah memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda PBB dengan 163 undi.  Abdul Aziz Adenan telah meraih 48 undi, Halmi Morsili 20 undi dan Heidel Heli 7 undi.  Yb Ripin Lamat telah mendapat majoriti 122 undi.

Iskandar Sharkawi yang berpasukan dengan YB Ripin  Lamat telah mendapat undi terbanyak untuk exco pemuda PBB.  Juga dalam pasukan YB Ripin Lamat Sofian Mohat dari Limbang telah mendapat undi kedua terbanyak.  YB Ripin Lamat berjaya memperoleh kemenangan besar dengan strategi clique yang sungguh berkesan.  Tahniah Yb Ripin Lamat.

Sebanaku mengucapkan Syabas kepada YB Ripin Lamat.   Ketua Pemuda YB Datuk Fadillah Yusuf amat sibuk dengan tugas sebagai Menteri Persekutuan di Putrajaya.  Selama 3 tahun Pemuda PBB mempunyai Pandy Suhaili yang tiada jawatan YB atau Setiausaha Politik atau Ahli Majlis Tertinggi Badan Induk untuk memperjuangkan keperluan Pemuda PBB.  Sebanaku mengucapkan terima kasih kepada khidmat Saudara Pandy Suhaili selama ini setakat mana yang mampu.  Pemuda PBB sekarang sungguh bertuah kerana memperolehi Naib Ketua Pemuda yang memegang 4 jawatan iaitu ADUN, Setiausaha Politik, Ahli Majlis Tertinggi Badan Induk dan Naib Ketua Pemuda.  Kami yakin YB Ripin Lamat dapat menggalas tanggungjawab, membiayai dan menolong  45 cawangan Bumiputera seluruh Sarawak dalam 3 ke 4 tahun ini.  Syabas dan selamat berkhidmat.



 

No comments:

Post a Comment