Monday, October 7, 2013

YB Datuk Fadillah Yusuf samada masih Ketua Pemuda PBB atau Naib Presiden PBB?

 YB Datuk Fadillah Yusuf
 Penyandang YB Datuk Daud Rahman
YB Datuk Julaihi Narawi dan penyandang YB Datuk Wahab Aziz
YB Datuk Talip Zulpilip undi tertinggi pemilihan MKT PBB 2010

Fadillah belum tahu kedudukannya dalam PBB

by Clare Cinderella. Utusan Borneo October 7, 2013, Monday

BERMULA: Fadillah (tengah) di iringi oleh Hamzah Ibrahim, Awang Jinal, wan Hamzah dan Yusuf Buji melakukan sepak mula bagi persembahan bola sepak ‘berkaki ayam’ sempena perlawanan bola sepak Piala Ketua Pemuda Zon Utara Sarawak di Miri semalam.
Serah kedudukan kepada pemimpin tertinggi parti pada konvensyen bulan depan 
MIRI: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata beliau masih tidak tahu kedudukan dan nasibnya dalam parti itu menjelang Perhimpunan Agung PBB Ke-13 di Kuching pada 18 hingga 22 Oktober ini.
Ketika diminta mengulas mengenai khabar angin menyatakan bahawa beliau mungkin diserapkan dalam Majlis Tertinggi PBB, selepas dinaikkan jawatan menjadi menteri penuh, Fadillah berkata ia adalah keputusan pemimpin tertinggi parti.
“Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Ia adalah keputusan pemimpin atasan parti,” katanya di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, beliau masih tidak tahu sama ada mempertahankan jawatannya sebagai ketua pemuda atau sebaliknya.
“Saya tidak tahu. Mungkin juga saya tiada jawatan dalam parti. Seperti juga Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) walaupun beliau tiada jawatan dalam parti tetapi dilantik sebagai menteri penuh,” ujarnya.
Khabar angin mengenai akan adanya ketua pemuda baharu untuk PBB kelak, timbul selepas terdapat cadangan dan usul yang meminta agar Fadillah diserapkan dalam jawatankuasa induk atau Majlis Tertinggi parti, ekoran kenaikan jawatannya sebagai menteri penuh dalam kabinet pusat.
Jika usul berkenaan diterima oleh pemimpin tertinggi parti, bermakna ia akan memberi laluan kepada Pemuda PBB untuk melantik ketua pemuda yang baharu.
Terdahulu, Fadillah hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Pemuda PBB Zon Utara Sarawak di Padang Majlis Bandaraya Miri di sini.
Sebanyak 13 pasukan mewakili Pemuda PBB daripada Zon Utara termasuk pasukan jemputan menyertai perlawanan bola sepak Piala Ketua Pemuda PBB pada 5 dan 6 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment