Wednesday, September 11, 2013

Ketua Cawangan PBB Piasau Kanselor Sardon Zainal mendapat tentangan hebat dari calon 'tajaan' YB


Ketua PBB Cawangan Piasau iaitu Kanselor Sardon Zainal telah dicabar oleh calon yang diketahui ramai di Miri sebagai 'tajaan' YB PBB Zon Utara.  Dalam sejarah PBB lazimnya jawatan ketua cawangan tidak dipertandingkan dan hanya dirundingkan melalui konsensus atau nasihat pemimpin atasan.  Piasau adalah antara cawangan yang 'ganjil' dimana jawatan ketua cawangan di cabar.

Setakat ini Beting Maro, Piasau dan Demak lawat telah menyaksikan cabaran mengejut untuk jawatan ketua cawangan.  Juga di perhatikan bahawa ada seorang ahli perniagaan berbangsa Tiong Hua (bukan ahli PBB) yang telah berada di perkarangan Mesyuarat Agung Penggal itu dan memberi 'imbuhan' kepada perwakilan untuk mengalahkan Kanselor Sardon Zainal.  Ahli perniagaan Tiong Hua itu adalah rakan perniagaan seorang  YB PBB Zon Utara.  YB PBB itu adalah termasuk dalam group besar dan kuat seorang Menteri PBB.  Beliau sering menyatakan kepada orang Miri bahawa Menteri PBB itu mahu itu dan mahu ini.  YB PBB ini juga mendapat sokongan kuat dari PBB HQ.  PBB HQ sering menalipon cawangan-cawangan Zon Utara untuk mengikut citarasa YB PBB zon Utara ini (namun arahan atau nasihat bertulis tidak diberi kerana gerakan YB PBB ini sering melanggar undang-undang PBB).  YB PBB Zon utara ini juga 'menaja' calon menentang penyandang di beberapa cawangan-cawangan PBB yang lain.

Walaupun mendapat tentangan hebat dan kempen 'berimbuhan' namun Kanselor Sardon Zainal telah menang jawatan Ketua Cawangan Piasau.

Terima Kasih kepada AJK Piasau yang telah memberi maklumat dan gambar-gambar mengenai perkembangan ini.  Adalah di fahamkan bahawa keterangan saksi-saksi dan gambar-gambar 'partner' YB PBB ZON utara ini sedang di lampirkan untuk laporan ke atas.



3 comments:

  1. Ya ka....saya juga diberitau oleh seorang rakan dari utara bahawa YB ini juga giat mengatur strategi untuk cawangan beliau sendiri. di mana untuk ketua pemuda beliau telah meletakkan dua orang calon pilihannya...so yang lain tiada peluang untuk bertanding...strategi ampuh...disaat ahir difahamkan salah seorang akan menarik diri...selain juga isu2 sensitif telah dimainkan untuk mengaburi perwakilan...betul ke cerita nie...kita sama-sama tunggu dan lihat perkembangan rakan kita dari utara...selatan sedia menanti pada hari konvensyen...selamat bertanding...

    ReplyDelete
  2. jgn ambik pemimpin cap ayam k

    ReplyDelete