Tuesday, July 16, 2013

Pakatan failkan satu petisyen pilihanraya sahaja di Sarawak


Bantahan awal petisyen Parlimen Baram didengar pada 1 Ogos

Utusan Borneo July 16, 2013, Tuesday
MIRI: Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 1 Ogos depan untuk mendengar dan menentukan bantahan awal yang dibangkitkan dalam petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Baram yang difailkan Roland Engan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hakim Pilihan Raya Chew Soo Ho yang juga merupakan hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan itu semasa pengurusan kes petisyen terbabit semalam yang dibuat melalui sidang video.
Pada sidang video itu, Roland diwakili peguam belanya, See Chee How manakala Anyi yang merupakan responden pertama diwakili peguam bela Henry Ling Kuong Meng.
Manakala responden kedua, Joseph Belayong Punan yang juga pegawai daerah Marudi diwakili Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Mahiran Mohd Isa dan Asha Hoe.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen P.220 Baram iaitu antara calon Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau, Patrick Sibat (Bebas) dan Roland (PKR).
Roland tewas kepada muka baharu, Anyi Ngau yang juga merupakan bekas pegawai daerah Limbang dengan memperolehi undi sebanyak 8,988 berbanding Anyi, 9,182 undi.
Manakala Patrik hanya mendapat 363 undi dan hilang wang deposit.
Petisyen Pilihan Raya Baram merupakan satu-satunya petisyen yang difailkan pihak pembangkang di Sarawak.


No comments:

Post a Comment