Monday, May 13, 2013

James Masing finally vanquishes Sng Chee Hua?




Sng Chee Hua bersara daripada politik

Utusan Borneo on May 13, 2013, Monday
KUCHING: Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) Datuk Sng Chee Hua memberitahu bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara daripada dunia politik bagi memberi laluan kepada barisan pemimpin muda menerajui parti itu.
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk mengundur diri setelah terlibat aktif dalam politik dan berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya lebih 20 tahun.
“Saya ingin meletak jawatan dan bersara daripada politik. Saya telah berkhidmat kepada rakyat lebih 20 tahun dan saya berasa tiba masanya untuk saya bersara seterusnya memberi laluan kepada barisan pemimpin muda menerajui SWP,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.
Sng memberitahu bahawa beliau menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada pemimpin-pemimpin muda parti itu.
“Biarlah mereka (barisan pemimpin muda dalam SWP) merancang dan menentukan yang terbaik untuk parti dan rakyat pada masa akan datang,” katanya.
Sng yang bertanding di Parlimen Selangau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu tewas kepada penyandangnya Datuk Joseph Entulu Belaun.
Selain itu lima lagi calon SWP yang bertanding pada pilihan raya sama kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) atau lebih tepat Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk anaknya sendiri Larry Sng.
Larry tewas kepada William Nyalau Badak yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu apabila beliau hanya memperoleh 4,187 undi berbanding Nyalau 8,278.
Empat lagi kerusi yang ditandingi SWP yang menyaksikan calon–calonya tewas ialah Sri Aman, Julau, Kanowit dan Hulu Rajang.
SWP diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) April tahun lepas (2012) dan Larry Sng dilantik sebagai presiden parti itu yang mengaku mesra BN.

1 comment:

  1. "..saya telah berkhidmat kpd rakyat selama 20 tahun.." Statement teramat lucu sekali.Tidak dinafi bhwa Chee Hua banyak menghulur wang kpd individu2 semasa beliau "berkhidmat" utk rakyat,khasnya di Kapit.Tetapi beliau tidak boleh berbangga dgn pembangunan oleh kerana tiada pembangunan pun.Setiap projek pembangunan di rumah2 panjang dan di pekan Kapit bukannya Chee Hua,Larry n George Lagong yg rancang/buat.Mereka tak ada rancangan pembangunan.SWP hanya ada skim insuran n tabung pendidikan (ditubuh kira2 10 tahun yg lalu dgn amaun RM1 juta - tiada jawatankuasa mengurusnya,maka samada jumlah tersebut benar2 ujud atau tidak hanya Larry yg tau).

    Chee Hua tidak akan bersara 100%.Pd PRN Sarawak 2016 kelak lihat saja gelagat beliau.Saya berpendpt Chee Hua mungkin tidak menawar diri sbg calon.Tetapi Larry tetap akan bertanding,tpi di mana? Larry tidak akan bertanding di kawasan majoriti Cina.Beliau akan kembali ke Pelagus.George akan berpindah ke DUN Balleh menentang Presiden PRS.Ingat bahawa kedua2 DUN tersebut adalah kwsan PRS.SWP tetap melawan PRS.

    Dalam politik setempat apa2pun boleh berlaku tanpa diduga.

    Wang semuanya wang akan menentukan hidupmati SWP.SWP akan terus hidup selagi ada penyokong/individu yg nak wang dgn mudah.

    ReplyDelete