Sunday, April 14, 2013

Akan sokong Anthony Nogeh jika Tiki Lafe tidak calon BN - YB Datuk Peter Nansian



Sokongan hanya untuk BN walaupun Dr Tiki tidak dicalon: Nansian

Borneo Post April 14, 2013, Sunday
TRANSFORMASI LUAR BANDAR: Nansian menyempurnakan simbolik pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kampung Stass sambil disaksikan tetamu lain semalam.
BAU: Jurucakap Kelab Barisan Nasional (BN) Datuk Peter Nansian Ngusie menegaskan sokongannya hanya untuk BN biarpun sekiranya Datuk Dr Tiki Lafe tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membuat andaian sedemikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru itu memberitahu apa jua keputusan kepimpinan tertinggi BN perlu dipatuhi.
“Saya orang BN, jadi saya akan sentiasa mematuhi pucuk pimpinan BN,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kampung Stass di sini, semalam.
Manakala, ketika ditanya keyakinannya Dr Tiki akan dicalonkan semula, Nansian berkata:
“Sudah tentu saya mahu (Dr Tiki dipilih semula), namun saya serahkan perkara itu kepada bos, pucuk pimpinan BN,” katanya.
Berhubung hasrat Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan kemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon di Mas Gading, Nansian memberitahu, atas prinsip demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding di kerusi Parlimen tersebut.
“Lagi ramai lagi meriah. Rakyat bersedia dan kita (BN) juga bersedia menghadapi (pertandingan pelbagai pen-juru) PRU13,” katanya.
Isu pencalonan di Mas Ga-ding timbul berikutan pemecatan Dr Tiki dan empat ADUN dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) semasa krisis dalaman parti itu, tahun lepas.
Selain Nansian dan Dr Tiki, empat ADUN dipecat ialah Datuk Dr Sylvester Entrie Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).
Kelab BN kemudiannya diwujudkan untuk melobi pencalonan Dr Tiki bagi mempertahankan kerusi Parlimen Mas Gading sebagai calon terus BN, namun SPDP pula menca- dangkan Timbalan Pengurus Besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Anthony Nogeh Gumbek sebagai pengganti.
Pada Pilihan Raya Parlimen 2008, Dr Tiki menerima 8,551 undi menewaskan calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Dr Patau Rubis (4,250 undi) serta calon-calon Bebas Apin Baeng (306 undi) dan Favian Tisen (1,476 undi).
Sementara itu, Nansian yakin pengundi di Parlimen Mas Gading akan terus me-mihak kepada BN, walaupun kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan sengit pada PRU13 kelak.
Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan gerak kerja agresif dijalankan sejak sekian lama oleh para pemim-pin BN dalam membantu dan menjaga kebajikan rakyat, bukan sekadar pada musim pilihan raya sahaja.
“BN mempunyai rekod baik kerana kita bukan sekadar aktif semasa pilihan raya, malah berkhidmat untuk rakyat se-panjang masa.
“Rakyat bijak menilai dan saya percaya, jika perjuangan kita ikhlas untuk rakyat, rak-yat akan terus memilih BN,” katanya.
Beliau turut menjadikan Kampung Stass yang kini terlibat dalam program RTC seba-gai contoh di mana satu ketika dahulu, ia hanya dilengkapi dengan jalan berbatu-batu.
Dalam jangka masa kurang daripada 20 tahun di bawah BN, katanya, kampung itu yang kini merupakan RTC mini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur.
“Anda (rakyat) perlu memilih calon sebaiknya untuk diberi mandat kelak,” katanya.
Sementara itu dalam ucapannya, Nansian menyeru masya-rakat luar bandar agar me- nyertai Seminar Keusahawanan di sini pada 30 April ini.
Seminar itu, katanya, akan membincangkan pelbagai agenda mengenai pengurusan kewangan, bidang berpotensi serta strategik untuk memantapkan golongan usahawan atau bakal usahawan.
“Kita mahu mereka me- nyertai seminar ini supaya mereka tahu bagaimana untuk memulakan atau mengembang perniagaan dan berjaya seperti orang lain,” katanya.
Nansian yang juga Menteri Muda Pembangunan Komuniti memberitahu, respons yang diterima setakat ini amat menggalakkan.
Bagaimanapun, katanya, kementeriannya masih mengenal pasti golongan yang terlibat dalam bidang keusahawanan untuk menggalakkan lagi pe-nyertaan dalam seminar ber-kenaan.
“Kita juga ingin menggalakkan golongan wanita untuk terlibat dalam bidang ini.
“Namun, kadang-kadang mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan perniagaan dan oleh sebab itulah kita mengadakan seminar ini untuk menyediakan maklumat-maklumat berkenaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment