Wednesday, February 13, 2013

YB Datuk Norah Tun Rahman mendapat sokongan bertammbah di Parlimen Tanjung Manis

Kebelakangan ini ada YB DUN dalam kawasan parlimen Tanjung Manis banyak menyebarkan khabar angin bahawa YB Datuk Norah Tun Rahman mahu membawa kembali Parti PERMAS.  Namun fitnah yang disebarkan oleh YB DUN dalam kawasan parlimen Tanjung Manis itu tidak diterima oleh penduduk Tanjung Manis.

YB DUN itu didapati telah banyak 'menyalahgunakan' jawatan setiausaha politik untuk menyerang beberapa ahli Parlimen PBB.


Semua ahli PNK Belawai sokong Norah pertahan Tanjung Manis

Posted on February 12, 2013, Tuesday
SINGKI
SINGKI
BELAWAI: Sokongan penuh terhadap penyandang kerusi Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang disuarakan oleh semua ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Belawai baru-baru ini.
Secara keseluruhannya pihak kami amat berpuas hati atas komitmen yang ditunjukkan oleh wakil rakyat terbabit dengan segala usaha dan perancangan yang telah dilaksanakan sejak berkhidmat menerajui tampuk kepimpinan di sini, kata wakil PNK Belawai Singki Suhaili.
“Pihak kami akan berjanji terus berusaha memastikan kemenangan kekal milik Barisan Nasional (BN) di kawasan kami,” katanya.
Menurut Singki lagi, seharusnya semua warga nelayan di sini menunjukkan tanda terima kasih atas segala usaha kerajaan yang selama ini banyak memberi perubahan kepada pembangunan dengan membantu calon BN terutama kepada Norah agar beliau kekal menerajui pimpinan di kawasan Parlimen Tanjung Manis.
“Segala persoalan berkaitan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kali ini kita serah kepada Perdana Menteri, siapa saja calon tersebut pastinya akan memperolehi kemenangan dan kita sebagai masyarakat di sini akan turut bekerjasama memastikan kemenangan parti itu, ikrar semua ahli PNK Belawai,” katanya kepada wartawan di sini.
Dalam pada itu, Singki yang juga ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Belawai menambah bahawa BN telah banyak membantu memperjuangkan nasib nelayan di sini menerusi pelbagai bentuk bantuan, strategi, perancangan serta pelaksanaan program pembangunan terutama dalam mempertingkatkan taraf sosioekonomi nelayan.
“Kerajaan telah banyak melaksanakan insiatif dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan nelayan di samping penyediaan pelbagai kemudahan bagi memastikan golongan ini dapat menjalani kehidupan dengan selesa,” jelas belia lagi.
Justeru, sejak beberapa tahun lalu pelbagai insiatif demi insiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk melihat keadaan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat keadaan krisis ekonomi dunia antaranya pemberian elaun sara hidup nelayan selain bantuan pembaikian rumah nelayan.
Justeru, Singki yang mewakili pihak PNK Belawai menyeru warga nelayan agar terus kekal padu dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Norah pada PRU13 nanti.


2 comments:

  1. YB Abdullah Saidol bekerja untuk Tengah bukan KM Taib MahmudFebruary 14, 2013 at 3:00 PM

    YB Abdullah Saidol di arahkan oleh Tengah untuk mengganggu dan menyingkirkan YB Datuk Norah Tun Rahman. Adalah dalam perancangan Tengah untuk membuang segala keluarga Pehin Sri (Norah adalah sepupu Pehin Sri) dari politik supaya Pehin Sri lemah dan dapat digulingkan Tengah.

    ReplyDelete
  2. yb abdullah saidol menjalankan agenda sendiri bukan agenda politik yab kmFebruary 15, 2013 at 2:08 AM

    Yb abdullah saidol memberikan lapuran palsu kepada yab km taib mahmud dan memberi 'arahan' kepada kakitangan kerajaan kononnya arahan yab km. Namun sebenarnya 'arahan' sebenarnya untuk agenda yb abdullah saidol sendiri. Dengan cara ini ahli-ahli parlimen pbb menjadi mangsa kepada penyalahgunaan jawatan oleh yb abdullah saidol.

    ReplyDelete