Wednesday, May 16, 2012

Rakyat harus berfikiran matang - TYT Sarawak





Jangan bertindak di luar batasan, sentiasa hormati undang-undang: Tun Salahuddin
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin mahu rakyat di negeri ini supaya tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata tindakan seperti itu bukan hanya akan menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini tetapi menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
“Saya menasihati semua rakyat (Sarawak) supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang usaha yang boleh menggugat keharmonian di negeri ini.
“Perpaduan adalah asas kepada keamanan, kedamaian dan kemajuan yang dinikmati selama ini.
“Oleh itu, perpaduan yang sedia wujud di kalangan rakyat pelbagai suku kaum hendaklah sentiasa dipupuk serta dipelihara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sarawak Ke-17 di Kompleks DUN di sini, semalam.
Tun Salahuddin menambah, rakyat harus berfikir secara matang dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang berselindung di sebalik amalan demokrasi dan kebebasan bersuara.
Beliau berkata rakyat harus sedia maklum penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tidak berfaedah itu akan menjejaskan keselamatan awam, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi serta menjejaskan imej negara.
Dalam ucapan perasmiannya itu juga Tun Salahuddin berkata pembangunan ekonomi harus seimbang dengan pembangunan sosial untuk kesejahteraan hidup berkualiti.
Menurutnya dalam mengejar kemajuan pesat, isu-isu sosial seperti jenayah, jangkitan penyakit berjangkit, amalan hidup songsang dan tekanan hidup harus dikawal dan dipantau.
“Masalah ini mestilah ditangani dengan bijaksana kerana kesannya merencatkan pertumbuhan ekonomi, meruntuhkan nilai moral dan menggugat keselamatan negeri.
“Pihak berwajib perlulah menjalankan tugas dengan dedikasi dan komited menangani masalah tersebut melalui pendekatan praktikal serta berkesan,” katanya.
Justeru katanya kepimpinan kerajaan tempatan dan di peringkat akar umbi mesti memainkan peranan lebih aktif agar lebih ramai rakyat terlibat dalam proses pembangunan sosial.
Menyentuh mengenai pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), beliau berkata ia berada di landasan yang betul dan akan menjadikan Sarawak berstatus negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Oleh itu rakyat perlu memperlengkapkan diri untuk merebut peluang-peluang yang diwujudkan oleh industri baharu ini serta kesan limpahannya.
“Golongan belia khususnya lepasan sekolah hendaklah merebut peluang latihan teknikal dan vokasional yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan awam dan swasta,” katanya.

11 comments:

  1. wong judat adun SWP kah.... sapa mau komen...

    ReplyDelete
  2. Raja adil raja disembah.

    Raja zalim raja disanggah!

    # http://alturl.com/w9w65

    ReplyDelete
  3. sanggah bermakna kau keluar dari wilayahnya kepada Tuanku yang kau sukai i.e. pindah ke Siam atau England.

    ReplyDelete
  4. Tuan Gabonor,

    kamek memang pikir matang.

    Sebab ya kamek nok nendang PBB/UMNO/BN !

    jangan nyalah kamek. ngekot kata kitak ajak bah! kek! kek! kek ! :))

    ReplyDelete
  5. BN Swak yg dikepalai PBB haprak. Rakyat wajib bangkit singkir seberapa byk kerusi Parlimen drpd BN Swak. Malu kita jika negeri kita diwakili MP tekapak2 bekelaka, angguk2 palak, sik ceredit bilo behujah, masuk Dewan muras molah taik mato jak. Ngekot nak org jak. YB Melayu nak jadi pembangkang sik ado. Patutnyo, ado YB Melayu bukan wakil PBB dlm Dewan, dari PKR ato PAS jadi MP. Baruk sidak nyo sik takut nak kelaka, mungka isu org Melayu yg terus mundur di Swak tuk. Mun agik muko MP nak wakil BN Swak yo, iboh gago jak. Ubun2 licak, taik encei. Ngambik namo jak jadi MP. Sik ado apo2 isu panas diembak dlm Dewan. Isu besa macam royalti minyak n gas pun sik pernah sebut YB BN Swak dlm Dewan. Mun sik silap akulah. Nak nait 1/2% pun sik ado sejak merdeko gik. Apo nak polah sidak YB BN kito yo? Lewat jak takut nak mukak mulut nyebut hai tuk jak. Kejo sidak YB BN Swak guk, molot reto ngayo dirik empun n kroni jak. Cubo diat bena2, ado sik YB BN Swak yg ssik kayo rayo, malah tahap jutawan pun ado. Sapo palaknyo mun bukan Taib. Taib ngulu sidaknyo. Rakyat apo ado. Abis kito tuk diboyoknyo.

    ReplyDelete
  6. EH BODO KAU YA NDAK MUN KAU PANDAI X KAU BERTAPOK DENGAN NAMA KAU YA BERITA APA LAGI D MAU KAU MUN KAU NGATA KAU LEBIH PANDAI BERTANDING KAU MASA PRU TUK SAK KAU KELAKAR SEORANG DIRI DALAM DEWAN ATAU DALAM JAMBAN PARIT JAHNAM KAU LAGI LAGI NAK MEMPRJUANG KAN KEADILAN KEADILAN TAI IDONG KAU YA NA MELANJA ORANG MINUM KAU X MAMPU ARAPDENGAN TAI IDONG MASIN KAU AJAK BILA D NCABAR NGELABAH BILA DAH X DAPAT APA APA DARI PKR BALIK KE BN CERITA MACAM MACAM PASAL PKR KAU YA MACAM LALANG KE KIRI KEKANAN X TENTU PASAI KAU YA JELES X DAPAT BERJAYA DALAM HIDUPMUN KAU JADI MENTERI KAU BERI DENGAN SIAPA TENTU KAU BERI DENGAN ADI KAKAK KAU BODO KAU YA ORANG NYUROH BELAJAR CARI BUSINESS DAPAT DUIT X MAU MALAS .X AKAN KAU NA BIAR KAN ADIK ABANG KAU MEREMPAT BODO DAN X AKAN KAU NA SUROH ADIK KAU MAKE BASIKAI BUROK BODO SERBA BODFO DAN JE;LES HINGA SANGGUP MEMPERJUDIKAN BANGSA SENDIRI BODO BODO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Buah ango buah nanas. Baruk ditego dah nak manas. Kahkahkah. Yolah perange sidak dlm PBB/BN. Sikit2 nyumpah nyeranah org, cereto lucah, seks, fitnah, mo2 nak jaik ado ngan sidak PBB/BN Swak tuk. Ngekot si ngekot. Patut Mahathir ngato UMNO (kepalak parti dlm BN tmasuk PBB) udah busuk sampe ke usus. Sah2 nyo empun confirm sidak dlm PBB/BN merik ngan adik kakak saudaro maro, kroni dirik empun. Ati2 nulis statement pok. Back fire dirik empun. Perange jaik nyo nak nyangkong org lain. Kahkahkah. Relaks pok. Tarik nafas 3x, tahan itung 10, lepas sikit2. Ah! Lega kan? Iboh manas bedumba2 pok. Piker dolok baruk cakap. Hihihi. Kahkahkah. Kehkehkeh. Uwauwauwa. Sempoi....

      Delete
  7. Bena kato you nyo. Haramjadah (minjam kato Najib, ketuo sidak BN tmasuk PBB) punya MP PBB/BN. Abis tanah rayat Swak disamun dirompak balo haramjadah yo. Jgn manas aku make "haramjadah" sebab yo bahaso ketuo ttinggi BN, Najib Razak al-Althantuya al-Scorpene. Semoa bijik mato rayat Swak pelik2 nanga tanah ttmaduk NCR sapu bersih oleh haramjadah PBB/BN Swak yo. Kawan kito datas yo madah kito sik dpt ngembak minum, taik idung masin. Mun sidak geng PBB/BN ngembak minum makan, ati2 takut makan minum nak syubhah. Takut kito jadi haramjadah macam bahaso nak pake Najib Razak ketuo sidak BN @ PBB nak betuk lamak tuk. Wow! Hebat PBB/BN.

    ReplyDelete
  8. TYT TUN. Rakyat yg brrfikiran matang akan berubah untuk menyingkirkan golongan pemerintah yg byk melakukan maksiat dan penyelewengan menyusahkan rakyat jelata. Sayang sekali, anugerah kekayaan Sarawak tidak dapat memakmurkan rakyatnya. Swak antara negeri yg menjuarai kemiskinan di negara tercinta ini. Ke mana pergi dan hilangnya hasil masghul negeri bertuah ini? Mengapa rakyat marhein masih bergelut dgn kepapaan dan kemiskinan? Sepatutnya, tiada rakyat negeri kita ini tergolong dlm miskin apatah lagi miskin tegar. Jikalah kepemimpinan negeri dibarisi oleh pemimpin yg jujur dan ikhlas untuk membangunkan rakyat dan mengeluarkan mereka drpd kepapaan dan kemiskinan, sudah lama negeri kita ini aman makmur. Rakyat cukup senang dgn pemerintah. Lihat sajalah, mengapa sejak belakangan ini sokongan rakyat terus susut dan berkurangan terhadap pemerintah? Bukan disebabkan kekuatan pembangkang, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah yg sudah jauh menyimpang dlm membela nasib rakyat. Sogokan pembangunan tidak byk membantu dlm melestarikan kehidupan rakyat. Semacam ada byk yg tidak kena dengan saf kepemimpinaan pemerintah negeri Swak pada hari ini. Barang kali, semuanya ini dlm pengetahuan Tun. Semoga Tun sentiasa dilimpahi rahmat, taufik hidayah drpd Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada benar juak tuk..rakyat dah mulo raso d permainkan...janji kerek janji kanan yo waktu time pru jak...dah menang sumo knk tarit balit...bagus lah yo..sarawak tuk tanah nyo besa...tapi bilo lot d bukak boleh cek d jkr nang tauk namo pengulu penoh atas surat tanah..hahaha...org kinektok dah banyak makey ati dari akal..mun nyo raso x puas ati abis d sepak trajang...mun dah panas gilak ati yo sampey kreto polis gk blh tebalit..ado korang kesah???yo lah namo pemberontakan jiwo..

      Delete
  9. Pelik aku ngan orang kita..bait dari kerajaan maokpun pebangkang...asal cerita pasal orang miskin..cerita pasal orang kaya mesti nganok orang lain...bukan tuhan nyuruh kita berusaha..mun kita sik mok miskin berusaha jadi kaya..jangan bila kita miskin kita nganok orang kaya pasal kita miskin..nang menar..ada orang kaya kerna nipu, ada orang kaya kerana laki atau bini nya kaya..atau bapak mak nya kaya..ya rezeki masing-masing...kita polah jak apa yang patut agar kita sik ketinggalan...bekerja benar2, jujur...insyaallah..kita akan berjaya..saya berdoa semoga sarawak terus maju dan makmur..siapa pun memerintah..asalkan dapat menjamin masa depan anak2 kita..saya sokong...

    ReplyDelete