Tuesday, January 24, 2012

Siapakah mastermind penghancuran komponen Barisan Nasional parti SPDP?

Nansian, Dr Tiki, Rosey dan Paulus keluar SPDP

Borneo Post January 7, 2012, Saturday
KUCHING: Empat bekas pemimpin SPDP yang dilucutkan jawatan dalam parti pada 25 November lepas mengumumkan keluar daripada parti berkuat kuasa hari ini dan akan menubuhkan Kelab Barisan Nasional Sarawak.
Mereka yang lebih popular dengan gelaran SPDP 5 mengambil keputusan tersebut setelah melihat tidak ada prospek ke arah penyelesaian krisis dengan pucuk pimpinan, Presiden Tan Sri William Mawan Ikom.
Pengumuman keluar parti itu dilakukan menerusi kenyataan media semalam dan ditandatangani mereka yang terbabit, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.
Nansian yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan merupakan bekas naib presiden kanan SPDP dan juga ADUN Tasik Biru, Dr Tiki ialah pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara dan Ahli Parlimen Mas Gading merupakan bekas naib presiden, Rosey, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga juga ADUN Bekenu merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi parti manakala Paulus ialah ADUN Batu Danau dan merupakan bekas ketua penerangan.
Mereka memberitahu, keputusan keluar parti juga diambil berikutan tindakan Majlis Tertinggi SPDP pada 25 November 2011 memecat bekas Naib Presiden Datuk Sylvester Entri Muran daripada parti.
Entri, Menteri Muda Bekalan Air, merupakan seorang daripada anggota SPDP 5. Beliau dipecat kerana menentang kepimpinan Mawan.
Berikutan itu mereka menggelar mereka sebagai Kumpulan 5 atau G5.
“SPDP (Mawan) telah mengumumkan (pada 25 November 2011) memecat seorang daripada kami (G5), YB Datuk Sylvester Entri Muran, justeru kami tidak ada pilihan lain melainkan keluar daripada SPDP,” kata kenyataan itu.
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi pertama SPDP selepas perhimpunan parti, SPDP 5 diketuai Entri, keluar meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi pada Januari 2010.
Mengenai surat keluar parti kepada pucuk pimpinan SPDP, Nansian berkata ia tidak diperlukan.

Awang Tengah denies meddling

by Peter Sibon, reporters@theborneopost.com. Posted on September 22, 2011, Thursday

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
KUCHING: PBB senior vice-president says he has nothing to do with SPDP’s internal problems.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan has denied accusations that he has meddled with the Sarawak Progressive Democratic Party’s (SPDP) internal affairs.
The so-called ‘SPDP Five’ could face disciplinary action for failing to attend the party’s supreme council meetings over the last two years.
They are senior vice-president Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru assemblyman), vice-president Sylvester Entri Muran (Marudi assemblyman), vice-president Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading Member of Parliament) and supreme council members: Bekenu assemblywoman Rosey Yunus and Batu Danau assemblyman Paulus Palu Gumbang.
“Why should I interfere (in the affairs of other component parties) as that could weaken the BN.”
news end.

Adakah apa-apa kebenaran dalam khabar angin bahawa YB Datuk Amar sudah 'membiayai' kelima-lima yb ini dengan RM 20,000 ke RM 50,000 sebulan setiap seorang selama lebih 2 tahun?  Adakah ini semata-mata kerana YB Datuk Amar amat prihatin dengan kebajikan 5 yb ini atau kerana khabar angin bahawa ada guna 5 yb ini untuk Datuk Amar 'ambition' lebih besar?  Apa pun Tok Guru dan Chief Strategistnya sudah memangku jawatan tertinggi di Sarawak...

35 comments:

  1. I masih ingat pilihanraya tahun 2001, Richard Wong menalwan Calon Bebas Hj. Said Mohiden; Perlawanan sebenarnya ialah SNAP melawan PBB. Seluruh angota PBB termasuk kakitangan kerajaan kanan melawan Calon SNAP. Sekarang jelas Sdra Hasbie Habibullah dibalas jasanya. Richard Wong menang tipis. Parti dayak base selalu dipermainkan oleh para kapitalis dalam PBB!! What Say you???

    ReplyDelete
  2. mana mana le asal hati senang

    ReplyDelete
  3. Lagi satu tajuk topic ini pn boleh ubah sikit "penghancuran" kepada "konflik" maka akan lebih mesra alam, bebas dari pencemaran & meningkatan kematangan pembaca. Pada saya didalam bepersatuan lagilah politik, jangan lawan ketua. Cuba bayangkan ada dun & mp PBB yg melawan president. amacam? atas sebab administration, lewat juak emo nya eh.. 1st of all, sudah lawan toke, ke-2 untuk lawan toke, mesti kasi toke lawan dolok, baru nampak clean. But anyway, jgn lawan ketua.. bukan bermaksud tidak dapat bersuara tapi percaya kepada kepimpinan & dapat menerima keputusan selepas berbincang.. dah lah, sik abis cita tuk he he he..

    -maaf & terima kasih tuan pengarang ;)

    ReplyDelete
  4. tiada kaitan isu SPDP dengan PBB....jangan buat fitnah..

    ReplyDelete
  5. maaf saudara ku. bukan fitnah sama sekali. Cuma membuat simulasi, "bayangkan".. maaf jika tersalah faham atau tersalah tulis. mana2x persatuan pun sama juak ada issue tersendiri cuma kes spdp tuk misteri sikit terutama utk org baru mcm saya tuk. masih mentah dlm memahami politik. akan tetapi secara common sense nya tak baik lawan ketua. Balik kpd tajuk tuk, sikda siapa mastermind rasanya, semua dari hati masing2x. PBB,PRS,SPDP,SUPP mcm adik beradik di swk tuk. Cubit sia, situk pun rasa sebab kita dibawah payung BN. Akan tetapi saya puji kedua belah pihak yg dlm proses penghujung konflik ini atas kesetiaan kpd kerajaan barisan nasional. Dan saya percaya pucuk pimpinan spdp mahupun bn lebih bijak didlm menangani masalah spt ini & kita boleh memahami output logic nya and jadikan panduan insyaAllah untuk kestabilan politik yg lebih dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  6. Yes Abg Zul.....I like "para kapitalis PBB"
    Inilah yang yang mendasarkan perjuangan sekarang ini, matlamat politik utama telah tersisih sikit demi sedikit kerana wujudnya kaum ini "Kapitalis PBB"
    Maka benarlah kata-kata orang-orang tua dulu "mun nak kaya, jadi YB"....ndak pia jang? Ado mbalam?

    ReplyDelete
  7. mungkin banyak yang memikirkan G5 adalah keterlaluan, kenapa sekarang baru heboh sedemikian rupa, mereka telah dan terus melaksanakan tugas dikawasan masing masing....apa pun akar umbi lebih faham dari semua kawasan yang mereka wakili...mengapa harus mengadu dombakan komponen yang lain, berfikir secara rasional sebab yang punya diri lebih tahu dari yang hanya pandai pandai ambil tahu...apa pun bersandarlah kepada ketentuan pegangan masing masing demi kelangsungan kehidupan...

    ReplyDelete
  8. Pehin tidak hadir dlm Majlis Tahun Baru Cina- Tahun Naga SUPP baru2 ini.Kenapa? Politik wayang kulit Sarawak semakin menyeronokan. Tarian Najib dan Pehin Seri mengasyikkan dan siapakah yg akan menyerah kalah terlebih dahulu? Tun Sallahudfdin akan terus bercuti dan Dato Asfia akan kekal sebagai TYT sehingga selepas PU13.

    ReplyDelete
  9. Kepentingan peribadi melebihi prisip komponan BN. Menubuhkan Kelab Penyokong BN tidak pernah terjadi dlm Sejarah BN Sarawak.Malahan mereka berhimpun utk memberi sokongan di tujukan kpd CM Pehin Seri Taib & PM Dato Seri Najib serta secara tidak langsung menidakkan kuasa Tan Sri William sebagai President SPDP.
    Mereka mengambarkan seolah2 tindakan tersebut direstui oleh Pucuk Pimpinan BN.

    Disini kenyataaan yg dibuat Oleh Tan Sri William bhw kerusi mereka adalah kepunyaan SPDP adalah logik. Malahan Tan Sri mengatakan bhw pemilihan calun dibuat secara rundingan antara Ahli Komponan BN di pengerusi oleh CM Pehin Sri adalah bersesuai dgn Semangat BN.

    Adalah tidak Logik jika mereka bertanding di atas kapasiti sendiri/BN tapi tidak menjadi ahli mana2 Parti dlm BN.
    Malahan kemenangan mereka dahulu krn berpaksikan Simbol SPDP & BN.

    Bersambung-Tlg fikir2kan

    ReplyDelete
  10. Bagi saya G5 tidak bermasalah dengan pucuk pimpinan BN, mereka hanya bermasalah dengan pucuk pimpinan SPDP. Adalah tidak adil bagi pucuk pimpinan SPDP membuat kesimpulan bahawa apabila G5 bermasalah dengan mereka (SPDP) maka G5 sekali gus bermasalah dengan BN. Dalam hal ini, pucuk pimpinan BN harus bertindak segera jika mahu Mas Gading kekal sebagai milik BN dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi saya Datuk Dr.Tiki Lafe tetap winnable candidate untuk BN. Kesilapan besar SPDP adalah telah menyenarai pendekkan (short-listed) bakal calon yang SPDP akan menggantikan Datuk Tiki. Saya percaya, apabila SPDP hanya akan memilih seorang calon nanti untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN untuk menggantikan Datuk Dr. Tiki Lafe, sudah tentu mereka yang tidak terpilih akan berasa fras. Oleh itu, pihak kepimpinan SPDP harus rujuk semula Datuk Dr. Tiki dan G5 itu demi kemenangan BN. Belajarlah daripada 2 kehilangan kerusi dalam pilihan raya umum negeri Sarawak 2011. Bukan untuk campur tangan dalam masalah dalaman SPDP tetapi sekadar pandangan daripada pengundi

    ReplyDelete
  11. SPDP adalah Komponan Parti yg membentuk BN Sarawak yg ada sekarang.Secara tidak langsung,ahli SPDP bermasaalah dgn Parti adalah bermasaalah dgn BN.
    Ini krn SPDP adalah Parti Komponan yg sah disisi BN.Malahan pengagigihan kerusi dibuat diantara komponan Parti & bukan individu.

    Cadangan tuan agak rujukan semula di buat diantara SPDP & G5 demi keharmonia & kemenangan BN keseluruhan adalah munasabah.Terlebih lagi PRU akan menjelang.
    Permasaalahan nya disini mereka bukanlah lagi ahli SPDP kerana BERHENTI.Seterusnya tangan2 Ghaib & tidak Ghaib menyukarkan lagi rundingan ini.

    Meminta Pucuk Pimpinan utk campurtangan boleh disalah anggap mencampuri urusan SPDP.Wlp begitu,dilihat pintu rundingan masih terbuka jika Pucuk Pimpinan bertindak demi memenangkan BN keseluruhan.

    Bersambung-tlg fikir2kan

    ReplyDelete
  12. Menandingi permasalahan dlm SPDP gabungan BN,saya turut menyempul beberapa komen yg lalu supaya berkompromi antara G5 & pucuk SPDP.Sbbnya, PRU 13 akan dtg tentu saja pihak pembangkang tertawa dgn sikap angkuh BN, krn perkara tersebut akan menguntongkan mereka.Klu dulu pihak pembangkang kena peras otak utk mencari bahan kelemahan pemimpinan BN , tetapi kini tugas mereka agak senang krn BN sendiri sudah bermasalah...Seperi perpatah melayu berbunyi "jgn pecahkan ruyong utk mendptkan sagu lbh". Ini blm tahu semada BN akan dptkan ruyong utk mendptkan sagunya. Blm dpt sagu ruyong dah pecah....yg jadi mangsa adalah rakyat... Dato Robert Jamal

    ReplyDelete
  13. Untuk menyelesaikan masalah dalaman SPDP, antara G5 & SPDP (juga 5 YBs), saya fikir jalan terbaik adalah untuk G5 membentuk parti baru.Sbbnya G5 sudah mempunyai 4 Dun yg telah menang dlm PRN tahun lalu.Hanya tinggal kerusi parlimen MAS GADING saja jdi isu. Dan pada pendpt saya 4 DUN sudah memadai buat parti baru.Sedangkan pucuk SPDP hanya 2 DUN saja yg tinggal manakala yg 3 kerusi parlimen itu nanti harus dipertandingkan utk menang. Jika kalah SPDP hanya tggl Pakan & Julau.Masalah timbul disini ialah perbelahan antara G5 dan Presiden Parti bukannya krn pucuk pimimpinan BN Negeri atau Pusat. Semua kerusi SPDP adalah dulunya kepunyaan SNAP.Jadi jika G5 berbalik kpd asal, mereka juga berhak utk bersuara.....Jgn krn nila setitik santan sebaldi habis...

    ReplyDelete
  14. Jika kita perhalusan permasaalahan dlm SPDP,seolah2 dianggap diantara President Parti & G5.
    G5 bertindak keluar drp Parti kononnya dikatakan utk mengelak tomahan yg mereka mengingkari malahan dikatakan mencabar kedudukan President Parti itu sendiri. Penyebab yg lain juga, dikatakan apabila pPresident Parti tidak mematuhi Status qua & seterusnya membuang salah seorang dr mereka dr SPDP.

    Seterusnya masaalah berlanjutan krn masuk tangan oleh beberapa pihak yg semakin merumitkan keadaan.

    Disini,jika diperhatikan, cadangan Dato Robert Jamal agar mereka berkompromi patutnya dialu2kan dgn tangan terbuka demi Semangat BN. Kerana tugas mereka sebagai YB adalah utk membela nasib rakyat yg memerlukan perhatian.

    Dicadangkan agar, jika menjadi kenyataan,rundingan diantara Ahli SPDP dibuat secara tertutup.TAJUKnya, hanya yg terlibat sahaja yg mengetahui. Hikmah nya bertujuan utk mengejutkan pihak pembangkang yg dimasa PRU 13 akan dtg,yg Parti Komponan BN sentiasa mengambil berat malahan sentiasa berkerjasama demi Membela nasib Rakyat.Tiada Masaalah yg tidak dapat diselesaikan seterus pendudk di Sarawak dibawah Panji BN iaitu PBB,SUPP,PRS & SPDP diPengerusi oleh CM Pehin Seri sentiasa berkerjasam demi kesejahteraan rakyatnya.
    Rundingan Tertutup juga dibuat utk mengelakkan dikatakan Campurtangan Pihak2 BERKEPENTINGAN

    bersambung-tlg fikir2kan

    ReplyDelete
  15. bagi saya bukan PBB dalang kemusnahan yang dihadapi oleh SPDP sekarang.....yang menjadi duri dalam daging sekarang adalah Datuk Seri Tiong King Sing ...beliau merupakan banker kepada SPDP sendiri...Even mawan sendiri terpaksa ikut CAKAP kepada DS Tiong ini...Benda ini berlarutan sekian lama....betul tak....????
    Setiap kali Mesyuarat SPDP MP Tiong ini yang merupakan "kata Pemutus!"..
    Mereka ini (SPDP 5)tidak senang dengan sikap /control MP Tiong....

    ReplyDelete
  16. Minta maaf,Menunding jari bukanlah penyelesaian kpd permasaalahan tersebut.Mungkin yg tuan utarakan adalah salah satu penyebab kpd pergolakan atau masaalah lain juga memainkan peranan.
    Dipohonkan agar kedua2 pihak dapat berkompromi demi masa SPDP khususnya BN keseluruhan.Biasanya, jika pertelingkahan,hendaklah yg membina atau sihat.Tetapi sebaliknya berlaku.
    Mungkin,tidak dapat dinafikan ada pihak BERKEPENTINGAN,segaja atau tidak,memarakan lagi api perbalahan tersebut.Bak kata perpatah Pohon Tak Akan Bergoyang Jika Tiada Angin. Dan yakin, Pucuk Pimpinan Tertinggi BN Sarawak sedar akan perkara tersebut.
    Namun, diharapkan pintu Rundingan masih terbuka kpd kedua2 pihak.
    bersambung-tlg fikir2kan

    ReplyDelete
  17. such as this scene, in politics, Swk namely is common. Poticians will find ways to enhance their very own standing, as they said there no permanant enemy in politics, versa-versi, hehehehee power is so intriguing...its hard to be pushed off the red carpet...when as common people like us have been used to...who done it is immaterial really..they all do it in one way or another....in the near future..

    ReplyDelete
  18. bagus topic tok,yang akan membuka pekung di dada@ PBB,ini dapat membuktikan siapa DALANG sebenarnya yang menghancurkan dan memporak perandakan parti BN di Sarawak,tahniah the 'AWANG'S'.....

    ReplyDelete
  19. gila pangkat ,gila kuasa,gila harta,,,aku tetap pangkah selain BN

    ReplyDelete
  20. Sarawak Barisan Nasional Club against Barisan principle, says political analyst
    By RINTOS MAIL
    Sarawak Barisan Nasional Club against Barisan principle, says political analyst
    By RINTOS MAIL
    rintos@thestar.com.my


    KUCHING: The proposed formation of the Sarawak Barisan Nasional Club will create more problems to the Barisan Nasional coalition, warned a political analyst.

    Jeniri Amir, who is a senior lecturer with Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), said that condoning its formation would be tantamount to going against the Barisan principle.

    He went on to say that allowing the five ex-SPDP elected representatives to pursue their political interest through such club would set a precedent that no other party president would want to condone.

    The five ex-SPDP elected representatives are Datuk Peter Nansian Ngusie (Industrial Development Assistant Minister and Tasik Biru assemblyman), Datuk Sylvester Entrie Muran (Water Supply Assistant Minister and Marudi assemblyman), Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading MP), Rosey Yunus (Family Development Assistant Minister and Bekenu assemblywoman) and Paulus Gumbang (Batu Danau assemblyman).

    Recently, Nansian, who is the spokesman for the five, told a press conference that the proposed club would be the new vehicle for them to pursue their political struggle under Barisan.

    Nansian also said that a protem committee for the club had been formed and an application to register the club would be submitted to the Registrar of Societies after the Chinese New Year celebration.

    “The purpose of forming the club is to gather and continue the support of the people in our respective seats for Barisan. We believe through the club we will be able to show our unity and solid support behind Barisan.

    “So far, the response to the club has been good and we hope Barisan will appreciate it,” Nansian told newsmen after a ceremony to take down the SPDP signboards and replace them with new signboards bearing the name “Pusat Khidmat Wakil Rakyat Barisan Nasional” at his service centre and that of Dr Tiki’s in Bau recently.

    Jeniri, however, argued: “If you allow some individuals who have been sacked from a Barisan component party to form a club just to remain in the coalition, its implication is far-reaching not just to the party involved but also to Barisan as a whole.

    “The formation of the club, if condoned by Barisan, will create confusion, cause splits and weaken the coalition.”

    According to Jeniri, there is no need for such a club to be formed because Barisan is a coalition of political parties and not a club.

    He said the action of the five ex-SPDP elected representatives to form the club was actually sending a wrong message to Barisan members and followers.

    “Imagine, what will happen if it happens in PBB, which is the biggest party in Barisan?” he asked.

    Jeniri said Barisan should go by its principle and take serious action against the five. He said the five had been sacked by SPDP, which is a component of Barisan, and they should not be allowed to park or form such a club for their own survival.

    “I believe Barisan has its own standard operating procedure to deal with cases like this. “It should follow the procedure, abide by the principle and maintain its consistency,” he said.

    Jeniri suggested that the five should just quit totally from their present posts in the government.

    “They are talking about principle, but why are they not abiding by the Barisan principle. “They are out of SPDP. Because SPDP is a component of Barisan they should be out from Barisan too,” he said.

    Nansian and his group had decided to group themselves under the proposed club after their membership in SPDP was terminated in December last year.

    Before that, the party had sacked Datuk Sylvester Entrie Muran, Water Supply Assistant Minister and Marudi assemblyman, for insubordination.
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/26/sarawak/10536943&sec=sarawak

    ReplyDelete
  21. DR JENIRI AMIR AS UNIMAS INTELLECTUAL SAID:

    According to Jeniri, there is no need for such a club to be formed because Barisan is a coalition of political parties and not a club.

    He said the action of the five ex-SPDP elected representatives to form the club was actually sending a wrong message to Barisan members and followers.

    “Imagine, what will happen if it happens in PBB, which is the biggest party in Barisan?” he asked

    ReplyDelete
  22. Why everybody afraid of PBB? If they are not good, let vote them out this coming GE..its all depend on Rakyat..The SPDP-5 with Mawan of course got problem..let be it..If I'm the CM, i'll plan on how to kick out Mawan..If SPDP put new candidate in Mas Gading, Tiki will guarantee win...People always say that the White hair do not want the Dayak/Bidayuh to climb further in politic..For Mas Gading, they always refer to Patau case.

    ReplyDelete
  23. .....mari lah mari ....
    mcm cerita katun jak pok ..... kena sik molah maharajo lawak swk jakkkkk...

    ReplyDelete
  24. Undilah BARISAN NASIONAL.

    ReplyDelete
  25. undi Pakatan Rakyat jak kita tok,mun undi Bn makin kaya sidak tok,habis TANAH dan BUsiness orang di sapu geng sidak tok,mauk tanyak sikit,Awang Tengah dah pindah Rumah Baru nya di Demak ka? sayang rumah RM10 Juta sik di diam orang,masuk Hantu kelak.............

    ReplyDelete
  26. suka saya melihat dan juga mendengar pandangan Datuk Seri Azman Ujang tentang POLITIK SARAWAK sewaktu menunggu keputusan Pilihanraya Sarawak yang lepas,kepada Yang Berhormat Baru,jangan leka dengan mimpi yang indah,teruskan berkhidmat dengan rakyat supaya tidak kehilangan undi

    ReplyDelete
  27. ada bekas Kolonel mauk jadi calon ganti Datuk Rohani yang akan bersara pada PRU 13,dapat sik 'anak didik' AWANG tok jadi yb,renung-renung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anyone is fine.rAkyat want high powered economic and religious professionals with no self gain.not affilited to gold diggers mate.

      Delete
  28. PM or CM as head of BN at national and state level HANYA akan mengiktiraf parti dalam BN dan bukan orang perseorangan atau YB yang telah keluar/dikeluarkan daripada parti atas sebab sebab yang hanya diketahui oleh yang terlibat. Pendapat peribadi saya sahaja bah....

    ReplyDelete
  29. (AnonymousFeb 3, 2012 06:57 AM) macam kenal sahaja every words yang digunakan, 'MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ka'.....hehehehehe

    ReplyDelete
  30. hari ini merupakan hari terakhir,Pemangku TYT menjalankan tugas...sekarang tidak ada escort polis lagi dan hantar balik pekerja ASTANA..masih polah TBC visiting ka Awg Asfia?

    ReplyDelete
  31. Masalah spdp adalah masalah dalaman yng berbentuk ketidakpercayaan ke atas pucuk pimpinan.
    Persoalannya apakah yg menyebabkan ketidak percayaan itu? Puncanya hharus diketengahkan dan diketahui... Apakah penyebab kpd kekalutan tersebut?
    Saya pasti ada byk persoalan akan timbul dan mungkin tidak diketahui oleh org luar melainkan diketahui sendiri oleh kelima lima Yb tersebut.

    ReplyDelete
  32. Dalam spdp YB(5) berani lawan presiden tapi dalam PBB semua pak anggok! Betul tak?? Kononnya Mawan sik baguslah??? Bagus sangatkah presiden PBB Oooii??? entri tiki nansian paulus rosy, kalau kitak betul-betul ada guts kena sik berani lawan pak uban? anybody on the street would know who is the biggest culprit and master mind of all. Don't tell me you guys pura-pura sik tau?? You guys deserved to be expelled from spdp for insubordination and showing rotten example to the party. In Pbb, Cm will not tolerate this nonsense! Jangan buang masa dan tenaga buat BN club. It will only be a waste of time and public money and misusing of human clowns to so call showing support and strength. In the end you guys will jump ship to pbb.? simple, orang TENGAH punya kerja. stop clowning with your BN club! Stop being use to bully spdp or Mawan. spdp is BN component therefore, bullying spdp means bullying BN?? Is that right?? What's the different btw BN club and SWP???P E N G A C A U!!!!

    ReplyDelete