Thursday, August 25, 2011

Adakah rasuah kakitangan kerajaan penghalang kepada rakyat mengundi BN?

Statistik Tangkapan 2011

Sejak SPRM menggantikan BPR sebagai agensi kerajaan melawan rasuah, statistik rasuah semakin meningkat.  Ini adalah kerana SPRM merangkumi lebih luas pentadbiran kerajaan berbanding dengan Badan Pencegah Rasuah. 

Dewasa ini rakyat merasakan beban rasuah oleh kakitangan kerajaan.  Barisan Nasional sering diserang oleh pembangkang kerana isu rasuah tetapi persoalannya adakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sahaja yang mengambil rasuah atau kakitangan kerajaan?

Kakitangan kerajaan mengambil rasuah tanpa apa-apa 'backlash' namun apabila pemimpin-pemimpin kerajaan dituduh mengambil rasuah segunung tohmahan dilontarkan kepada mereka.  Dalam istilah melayu sarawak ini adalah 'pak untung'.  Iaitu makan mahu tapi beban tidak mahu.  Kes rasuah berleluasa selama ini di Kastam Diraja Malaysia adalah contoh yang paling dimana pemimpin Barisan Nasional tidak mengambil sesen rasuah tetapi malangnya mantan pengurusan Kastam Diraja Malaysia disyaki oleh SPRM menyeleweng berbillion ringgit duit kerajaan.

Berbillion ringgit wang kerajaan itu boleh digunakan untuk membina lebih banyak sekolah dan hospital untuk rakyat.  Namun mantan pengurusan Kastam Diraja Malaysia berselindung dibawah payung kerajaan Barisan Nasional dan membiarkan parti memerintah menerima fitnah dari pihak pembangkang.  Adakah ini adil?

Daripada Kementerian Kewangan sehingga ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah terdapat banyak keluhan kontraktor-kontraktor mengenai tol yang terlalu tinggi dari pegawai-pegawai kerajaan. Masalahnya tol dikenakan walaupun projek belum diluluskan.  Sering berlaku tol dibayar oleh semua kontraktor tetapi hanya satu kontraktor yang dapat.  Ini adalah keadaaan yang memerahkan kontraktor-kontraktor.

Kami benar-benar harap SPRM dan Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan terhadap keadaan yang menekan usahawan-usahawan ini.
 

No comments:

Post a Comment