Monday, April 4, 2011

Ripin pushed out Aidin with the help of JASA

Political Secretary to the Chief Minister Ripin Lamat had made a wise decision to make use of JASA to paint a bad picture about Datuk Aidin Wing.

He knew that the top leaders would receive reports from JASA on Datuk Aidin Wing's performance as well as the political scenario in the Lambir constituency.

Ripin Lamat should be given a pat on the back of his shoulder for the success in convincing JASA to give feedbacks to the top leaders that the constituents were not happy with Datuk Aidin Wing; and the constituency would fall into the hand of oppositions if Datuk Aidin Wing was to be renominated as the candidate.

He also managed to give an impression to JASA that he would be the most suitable candidate to replace Datuk Aidin Wing who is the Secretary General of SABERKAS which is headed by Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Thanks to JASA, Ripin Lamat, who always claimed that he is Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan's man when he is lobbying for contracts, was announced yesterday as the BN candidate for Lambir.


However, it would be interesting to see whether he could make PBB members, especially supporters of Datuk Aidin Wing, to rally around him for the sake of retaining the seat for PBB in the election.

Good luck Ripin Lamat.

25 comments:

  1. Wanredone said...

    Anonymous said...
    BN boleh menang dgn majority.(Mungkin tidak 2/3)
    Kawasan Melayu/Melanau akan menang semua.
    Kawasan bandar (Cina) dan luar bandar
    (Dayak/Iban)banyak seat akan kalah.
    - Nujum Pak Belalang
    April 3, 2011 8:55 PM
    ................................................
    wanredone : Kawasan Melayu/Melanau belum pasti 100% menang.
    Fakta:
    P218 Sibuti (BN/PBB - Melayu)merangkumi DUN
    N61 Bekenu (BN/SPDP - calon Kedayan)
    N62 Lambir (Bn/PBB - calon Kedayan

    N62 Lambir yang menengah muka baru, RIPIN LAMAT, anak Kedayan akan kehilangan seat, jika calon dari kaum Dayak (atas tiket Bebas) turut bertanding!.

    Mengikut pecahan kaum N62 Lambir:
    (Melayu/Melanau)
    1422 Melayu )
    3545 Melanau ) 5310
    1343 Kedayan )
    4891 Dayak (Iban/Bidayuh/Org Ulu) dan
    4116 Cina
    Jumlah : 14,144

    Difahamkan N62 Lambir akan ditandingi oleh
    1. BN/PBB - Ripin Lamat (Kedayan)
    2. PKR - Zulhaida Subuh (Kedayan)
    3. SNAP - Haji Johari (Melayu)
    4. Bebas - (Dayak/Iban)

    Mantan wakil rakyat Datuk Aidan - Melanau.

    Undi Melayu/Melanau (5310) akan pecah 3

    Jika undi Dayak/Iban solid diberi kpd calon Iban (Bebas) dan sedikit undi hard core Melanau yang masih setia kpd Aidan dan undi Cina sebagai penentu, sudah pasti N62 Lambir jatuh ketangan calon Bebas/Dayak (Iban).....

    Fikir-fikirlah & congak-congaklah, jika mahu BN Menang!
    April 3, 2011 10:00 PM
    ................................................
    p/s: PERSATUAN MELANAU MIRI (PMM) sudah tutup Bilik Gerakan mereka sebelum penamaan calon!

    ReplyDelete
  2. Wanredone said...

    BN akan kehilangan kerusi N62 Lambir....

    Berpandukan sms yang wanredone dari penduduk Bukit Peninjau:

    "Rata-rata tuai rumah prefered Aidan or an Iban.They questioned why rock the boat when everything was stable. Mereka mengeluh. Ada yang cakap tak akan sokong calun baru, Ripin Lamat,dan tak turun mengundi kelak. Ripin Lamat must convince hard core supporters of Aidan"

    Bukit Peninjau kawasan Iban mempunyai pengundi berjumlah 2260 dgn breakdown : Melayu/Melanau = 183, Iban = 1977, Cina = 27, Orang Ulu & others = 73

    BN mahu bekerja keras!
    April 3, 2011 8:29 PM
    ................................................
    p/s: Iban (Dayak) sudah bersedia dengan calon Bebas mereka! Inilah masa pihak Iban merampas kerusi N62 Lambir dari tangan orang Melayu/Melanau. Sokongan dari puak Melanau yang masih setia kpd Aidan akan diberi kpd Calon Bebas ini nanti. Mungkin N61 Bekenu juga akan jatuh ke tangan kaum Iban, kerana majority pengundi di N61 Bekenu ialah Iban (Dayak). Kita tunggu & lihat, sama ada 2 org calon Kedayan ini boleh menang!

    ReplyDelete
  3. Kalau maok menang, humble sikit... Jumpa Datuk Aidan sebagai tanda hormat...
    Jumpa YB Hj Ahmad Lai sebagai menghormati dan bekerjasama dengan beliau...
    Diakui, keduak duak sidak tok dah mempunyai kekuatan dan pengaruh yang baik dengan seluruh penduduk di DUN Lambir..

    ReplyDelete
  4. It's a shame that Datuk Aidan Wing will not be defending the Lambir seat.

    ReplyDelete
  5. Selaku pengundi dikawasan DUN Lambir, saya tidak begitu mengenali Ripin Lamat. Nama beliau jarang kedengaran dan tak pernah melawat atau mengenali pengundi di kawasan Lambir. Kami mengenali Aidan, tetapi sejak setahun dua ini penglibatan beliau lebih-lebih lagi melawat kawasan kami agak jarang dan hanya aktif sebulan dua ini sahaja. Tidak seperti mula-mula menjadi YB dulu.

    Seandainya Aidan tidak bertanding oleh kerena sesuatu sebab yang dirasa beliau tidak lagi sesuai untuk diketengahkan, saya rasa timbalan beliau Hj Jolani Hj Mokhtar lebih sesuai untuk tugas tersebut dan bukan Ripin Lamat. Ayah Hj Jolani orang Meriek dan ibu beliau Melanau, di Lambir Meriek , Melanau & Melayu adalah majoriti. Beliau juga mampu di segi kewangan untuk berkhidmat di kawasan Lambir.

    Tidak banyak diketahui latar belakang Ripin Lamat selain daripada bangsa Kedayan.

    1. Apakah kelayakan akademik beliau?.

    2. Apakah pengalaman beliau didalam pentadbiran dan pengurusan?.

    3. Apakah jawatan beliau didalam PBB Bahagian Lambir ?.

    ReplyDelete
  6. Sebanaku: U ada proof ka yang JASA bagi bad image kepada Datuk Aidan? Please Clear your statement: If Not Will Sue u?

    ReplyDelete
  7. Tiada Jabatan yang boleh menentukan calon..hanya kepimpinan yang mampu menentukan!

    berkesempatan berada d Miri sya rasa penduduk kawasan ini bijak memilih dan respon masih memihak kepada BN...

    ReplyDelete
  8. MAWAR BERDURI said...

    Tiada Jabatan yang boleh menentukan calon..hanya kepimpinan yang mampu menentukan!

    berkesempatan berada d Miri sya rasa penduduk kawasan ini bijak memilih dan respon masih memihak kepada BN...
    April 4, 2011 4:23 PM
    ...............................................
    wanredone : JASA yang membuat laporan kepada Bos mereka di Kementerian. Pena ditangan JASA, apa yang mereka hendak lapor tentang seseorg adun, itu ikut selera mereka sendiri, nak jatuh ke atau nak naik ke!

    Kalau mereka berkepentingan untuk menaikkan rakan mereka sendiri, tentunya laporan tentang YB berkenaan tidak elok, yang hendak dinaik akan dipuji melambong tinggi supaya dapat restu jadi calon!

    Lebih-lebih lagi bos JASA org Malaya, mereka terima saja apa yang dilapor oleh anak buah mereka.

    Selain JASA DS Najib juga ada tempatkan ajen-ajennya dari UMNO di Sarawak untuk memantau perkembangan semasa politik Sarawak!

    Ini terbukti dalam laporan yang dikemukakan oleh pol sec Najib sendiri (di post dlm blog Sebanaku Sarawak), Datuk Shapiee Abdullah, yang hentam PS Taib dlm laporannya.

    Datuk Shapiee Abdullah kata PS Taib tidak disuka oleh majority rakyat Sarawak, dan mahu Taib digugur segera jadi KM. Sebab ... kononnya Taib pinggir orang Melayu, lebih-lebih lagi Datuk Bustari, yang ditindas oleh Taib dalam bisnes dan membantu orang Melanau menjadi kaya raya? Itu laporan Datuk Shapiee kepada Najib mengenai Taib yang 'diputit'nya dari tepi jalan!

    Mengenai sambutan orang Lambir dengan calon BN (Ripin), mungkin MAWAR BERDURI hanya bertanya kepada dua tiga orang sahaja yang beliau temui!

    Pernah kah MAWAR BERDURI tanya Persatuan Melanau Miri (PMM) mengapa Ops room mereka ditutup?

    Tahu kah anda pengundi Melanau di N62 Lambir, berjumlah 3545? Hanya ahli PMM sahaja tahu di mana pengundi ini berada, sebab inilah mereka lakukan dari dulu lagi semenjak Aidan jadi calon!

    Sekiranya 3545 pengundi Melanau ini tidak dijejaki, dan tidak mengundi dlm pilihan raya ini, dah tentu peluang Ripin untuk menang agak tipis atau mungkin KALAH, jika pengundi ini switch undi mereka kepada calon bebas dari kalangan org Iban (inilah penyata yang wanredone terima dari rakan Iban di Peninjau)!

    ReplyDelete
  9. ripin lamat....pernah belajar di universiti pertanian malaysia kampus bintulu dlm bidang perhutanan dr thn 1991 hingga 1994.

    ReplyDelete
  10. Ripin Lamat is a very capable person in every sections.. He shd be given a chance to show his capability in serving the community. He is a humble and a low profile person thus his name is not heard all the times. Some1 who serves the community willingly and sincerely doesn't need to tell the whole world that he is doin it. Like said in 1 of the post above, "Kami mengenali Aidan, tetapi sejak setahun dua ini penglibatan beliau lebih-lebih lagi melawat kawasan kami jarang dan hanya aktif sebulan dua ini sahaja. Tidak seperti mula-mula menjadi YB." Do u want this kind of YB? He will appear when he needs the support. When he won the seat, then he will dissapear till the next election. Think wisely. Why not give a chance to a new face. If given chance they can do better than the existing YB. Vote Ripin Lamat and see the better and better changes he will bring to Lambir.

    ReplyDelete
  11. HIDUP BARISAN NASIONAL! Jangan dengar hasutan iblis nurjana...Kita berjanji dan berikrar patuh kepada arahan parti. Support kerajaan barisan nasional..jangan perlekehkan Ripin Lamat...walaupun manusia ya sombong nak mampus, bodoh bodoh sombong, bergaul dengan top leader ajak, makei mood nak negur pelanggan di "Kaya and Toast" and angkuh tapi beliau tetap wakil BN...guys party is above all..set aside differences. Give him one chance..selepas ya kita calonkan Haji Julaini reps from Miriek Jati.

    ReplyDelete
  12. Menyayatkan hati.BN diramalkan akan kalah dibeberapa tempat.Sebabnya sesetengah calon sebenarnya tidak mendapat sokongan yg baik dr rakyat tapi masih diberi kepercayaan oleh.....BN utk bertanding.
    Mereka dipilih berdasarkan report yg dibuat oleh Agensi2 Federal tentang sesorg calon.Tidak dapat kita nafikan,jika sesorg calon itu rapat dgn pegawai2 Agensi Federal,report mereka tentulah lebih memihak kpd mereka.
    Adakah mereka menulis berdasarkan sentimen rakyat sebenar2nya.Membuat kajian tentang calon2tersebut berdasarkan kenyataan calon itu sendiri.Bagaimana pula permasaalahan rakyat atau masaalah & liabiliti calon2 tersebut.Adakah dicatat dlm report.
    Sebagai cth,Dtk Daud adalah liabiliti kpd BN.BTN yg membuat catatan tentang beliau dikatakan membuat report sesungguhnya kws Tupong adalah bersih atau kwsn Putih.Benarkah begitu!!.Butakah mata atau teliga pihak tersebut.

    bersambung

    ReplyDelete
  13. Seperti komen saya terdahulu, kami selaku pengundi di Kawasan Lambir akan menerima siapa sahaja calun diketengahkahn oleh BN asalkan beliau jika menang boleh berkhidmat kepada kami dan dikenali asal usul beliau. Aidan Wing saya puji kerana telah berkhidmat dengan baik sekali tetapi sayang beliau agak jarang melawat kawasan kami setahun dua ini dan hanya aktif menjelang pilihanraya yang akan datang. Mungkin ini disebabkan faktor usia atau komitmen perniagaan beliau.

    Jika disebabkan sesuatu alasan yang munasabah beliau digugurkan, maka penganti beliau hendaklah mereka yang kami kenali dan tahu keperluan pengundi Lambir. Disinilah kelemahan Ripin Lamat. Beliau kurang dikenali and hanya sedikit yang diketahui, seperti beliau berbangsa Kedayan berasal dari Kampung Tiris (Kpg Tiris bukan di Kawasan Lambir). Kami memerlu lebih dari itu. Kelayakan akademik beliau (jika dari UPM Bintulu, adakah beliau lulus dan pemegang Ijazah atau Diploma bidang mana). Pengalamn beliau dari segi pentadbiran dan pengurusan dan pergaulan beliau dengan penduduk kawasan Lambir. Faktor ini hendaklah diambil kira dan diberi markah yang tertinggi.

    Racial composition di Lambir agak unik. Majoriti orang Melayu/Melanau adalah dari kawasan Siwak, Bakam, Berayak, sebahagian Luak hingga ke kawasan Kpg Tuanku Abd Rahman. Dari sana bermulalah pengundi berbangsa Iban dan Cina (termasuk Taman Tunku). Kawasan Kedayan hanyalah di Kampung Keluru, Kejapil, Butir dan disekitar simpang Bekenu. Sekiranya Ripin terlalu berharap kepada undi Kedayan untuk menang tanpa memenangi hati pengundi bangsa lain, terus terang saya katakan beliau akan kecewa. Kalau saya diberi pilihan ketika ini saya lebih suka memberi undi saya kepada Tuan Hj Bujang Johari yang saya kenali. Tetapi seandainya, Tuan Hj Julani Hj Mokhtar yang dicalonkan, saya tidak akan ragu-ragu mengundi beliau daripada Tn Hj Bujang Johari. Oleh itu sekirnya Ripin yang diketengahkan, beliau kena bekerja lebih keras untuk meyakinkan saya dan pengundi Lambir yang lain.

    Saya tertarik dengan satu daripada komen yang saya baca diatas yang mengatakan bahawa projek-projek jalan raya, parit, balai raya dan sebagainya adalah hasil kerja Ripin dengan kerjasama Menteri pusat Shafie Afdal, minta maaflah pada orang yang membuat komen tersebut bahawa, ianya adalah satu pembohongan. Saya terlibat secara langsung dengan projek-projek tersebut di kawasan Miri, Sibuti, Niah dan Suai. Majoriti projek-projek tersebut adalah ehsan dan dana daripada kerjaan pusat yang dilulus dan disalur oleh pihak SDO menerusi Pejabat-Pejabat Daerah Di Miri, Bekenu dan Niah dengan kerjssama pihak JKR, Majlis Daerah Subis dan sebagainya. Pengelibatan ahli politik adalah terlalu kecil, kebanyakannya hanyalah dari segi pemberian surat tawaran dan sebagainya. Untuk ini sekali sekala YB Ahmad Lai dan YB Rosey Yunus terlibat. Sekali lagi disini Ripin tidak dikenali. Kebanyakan ahli politik tidak tahu menahu jenis projek yang telah dilulus dan belum dilulus, kos dan butiranya. Semuanya bergantung kepada pejabat Daerah untuk penerangan lanjut.

    My above comments do not support any aspiring candidates but done in good faith and sincerely from the bottom of my heart as a Lambir voter. No offend please.

    Pengundi Lambir - ABM

    ReplyDelete
  14. Bersambung

    Dtk Daud adalah Menteri Hal Ehwal Islam di Sarawak.Dengan msaalah yg menyelubungi Baitul Mal,perkara ini akan berlarutan.
    Perlu diingatkan Dtk Daud menjaga hal ehwal penduduk Sarawak yg beragama Islam.Masaalah yg dibawa oleh Dtk Daud boleh mempengaruhi undi2 di tempat lain.
    Adakah kerana ego beliau cuba mempertahankan kwsn tersebut.Beliau dgn berani mengatakan penduduk Tupong tiada masaalah apa2 kecuali kesesakan di Bulatan Kipali.Hampir semua telah diselesaikan.Benarkah begitu?

    Bersambung

    ReplyDelete
  15. Siapa lipin lamat? tidak pernah dengar pun. Apu orang apa tu? belajar hutan jadi ?

    ReplyDelete
  16. Dalam pilihan raya kita sokong wakil parti pilihan kita. Jangan fikirkan kaum,agama dan pendidikan.

    ReplyDelete
  17. Betul.. Kita patut sokong parti pilihan dan bukannya berdasarkan bangsa, agama dan pendidikan. Seandainya anda kata Ripin tidak dikenali ramai, itu adalah kerana beliau tidak lagi diberi peluang untuk dikenali penduduk penduduk kawasan yang beliau bakal turun bertanding. Setahu saya, beliau adalah seorang yang begitu aktif dalam apa apa jua aktiviti. Sekiranya beliau diberi peluang, saya yakin beliau tidak akan mengecewakan mereka yang mengundi beliau. Tidak kira bagaimanapun, saya tetap akan sokong BN kerana parti inilah sahaja yang mampu memberi yang terbaik. Lebih-lebih lagi dengan adanya Ripin, seorang yang berkaliber.

    ReplyDelete
  18. Tidak semestinya kita memberi sokongan buta kepada calon yang diketengahkan oleh pihak atasan tanpa merujuk kepada akar umbi untuk penilaian, lebih-lebih lagi pengundi kawasan terlibat. Ripin tidak dikenali di Lambir. Sama ada beliau berkaliber atau tidak belum terbukti lagi. Sepatutnya beliau mendekati pengundi dan ahli parti di Lambir sebelum menawarkan diri untuk menjadi calon didalam masa setahun dua yang lalu. Apa akan jadi kalau beliau gagal setelah dilantik untuk lima tahun akan datang?. Rakyat keseluruhannya akan menderita. Kita tidak sepatut mengikut dan taksub sistem "Trial and Error". Akibatnya amat buruk dan mengecewakan. Kesesalan akan timbul

    Kalau betullah seperti yang ditulis didalam artikel diatas, nampaknya beliau dipilih secara menerusi pintu belakang. Ini amatlah berbahaya untuk kredibiliti beliau dan rakyat tidak akan lupa. Kalau masuk menerusi pintu belakang, selalunya keluarnya juga nanti akan menerusi pintu belakang.

    "Those who live by the sword will die by the sword".

    Pengundi Lambir - ABM

    ReplyDelete
  19. Siapa ripin lamat??? Status duda anak dua.. Org kuat dtk awg tengah.. Perangai perlu diselidik sebelum menjadi wakil rakyat.. Dgr cita sekarang tengah hangat bercinta dengan seorg cikgu di bintulu.. Kehidupan penuh dgn sosial yang tidak sihat..

    ReplyDelete
  20. Tengoklah nanti layak ke kaki perempuan jadi YB? Siap BN nama diburukkan orang-orang sebegini. Anak dua tapi hangat bercinta dengan cikgu di bintulu! Memalukan bangsa dan agama kita. Perlu difikirkan balik patutkah undi diberi kepada orang sebegini. Dengar cita bukan saja cikgu di bintulu. Banyak lagi tempat tempat lain. Memang kehidupan peribadi si wakil BN ini penuh dengan aktiviti sosial yang teramat tidak sihat. Mentang mentang orang kuat seseorang boleh buat sesuka hati..

    ReplyDelete
  21. Kalau betulah apa yang dikatakan diatas amat malang bagi pengundi Lambir keseluruhannya. Kalau pasal kaki perempuan, ini sinonm dengan UMNO. Mengikut cerita beliau aktif dengan UMNO Sarawak dan didalam blog UMNO Sarawak, mereka selalu memperkecilkan pimpinan YAB KM Sarawak dan PBB keseluruhannya. Tetapi diwaktu yang sama memuji Ripin tinggi melangit walaupun tanpa asas.

    Sila ambil perhatian wahai ahli dan pengundi PBB di Lambir.

    ReplyDelete
  22. Rasa-rasanya parti mana yang menang di n62 Lambir?

    ReplyDelete
  23. Kihkihkih..kepada semua org yg comment d atas..berputih mata lah anda kerana sekarang en ripin lamat telah menang dan menjadi YB. Berpada-pada lah sblm comment pasal org lain kalau dia tak bagus dia tak akan menang! Jgn ingat dunia sahaja dgn melimpar kan fitnah tp ingat juga kubur yang bakal memanggil kita semua yg akan mati satu hari kelak..

    ReplyDelete
  24. Kepada Anonymous April 21, 2011 12:19 AM diatas.

    Janganlah terlalu taksub dan riak pasal ripin menang. Kalau sdr membuat kajian menyeluruh, majoriti keseluruhan yang beliau perolehi (kalau dicampur semua undi pembangkang) tidakpun sampai pun 1000 undi. Ini hanylah 30 peratus daripada majoriti yang diperolehi oleh Enci Aidan Wing. Kawasan Lambir adalah salah satu daripada kawasan PBB yang majoritinya teramat sedikit, walapun jumlah pengundi jauh bertambah daripada pilihanraya yang lepas. Tidak ada apa yang dibanggakan, jauh sekali untuk menghilang deposit calun PKR seperti yang di-warwar oleh kroni beliau didalam blog UMNO Sarawak.

    Beliau bernasib baik kerana YB Ahmad Lai dan Tn Hj Julani bekerja keras siang mlam menolong beliau sejak daripada hari penamaan calun lagi. Disaat akhir En Aidan Wing juga memain peranan agar undi kaum Melanau menyokong beliau. Semua mereka ini bekerja keras kerana parti (walaupun didalam hati merungut), bukan kerana ripin calun yang hebat. Seandainya PKR meletak calun yang lebih berkelayakan seperti Modak Ismail, besar kemungkinan keputusannya mungkin berlainan.

    Ambillah pengajaran daripada keadaan diatas, bukan mendabik dada dan bongkak.

    ReplyDelete