Saturday, April 23, 2011

The Chinese do not want to be with the Government - just let it be !

‘Wish of the Chinese community not to be in govt should be respected’

Posted on April 19, 2011, Tuesday

KUCHING: The wish of the Chinese community not to have representation in the Barisan Nasional (BN) government should be respected.

The chief political secretary to the Chief Minister Abdul Karim Rahman Hamzah pointed out that the community has voiced this out loud and clear with their strong support for Democratic Action Party (DAP) in the just concluded election.

“There should not be any “back door” entrance just to accommodate the Chinese community in the Cabinet.

“The Chinese community has voice out loud and clear that they do not want representative in the government, so we must respect their decision,” he said when contacted yesterday to comment on a suggestion to amend the law to enable the state government to nominate non-elected representatives from the Chinese community to sit in the State Legislative Assembly (DUN).
This suggestion was put forth by Senator Datuk Idris Buang who is also a member of PBB Supreme Council.

Karim said by having DAP assemblymen in the DUN, it would also reflect the Chinese representation.

“We must respect the due course of democracy and process of election … the Bumiputeras will not be happy to this proposal,” he said.

PBB vice youth chief Pandi Suhaili echoed similar remarks by saying the Chinese community only wanted to have representatives in the DUN and not the government.

He said the Chinese community has been reminded on numerous occasions that they might lose representation in the government if they voted for DAP.

“However, it is clear to all of us that the Chinese community only want representatives in the DUN and not in the government. Therefore, all of us should respect their decisions,” he said.

24 comments:

  1. YB Karim kena faham betul2 taste orng Tionghua. YB Karim juga kena renung kembali tindak-tanduk BN selama ini di Swk. Bukan sahaja org Tionghua terasa hati dengan BN Swk, malah orng Melayu/ Bumiputera pun terasa hati. Tinggal lagi, orang Melayu/ Bumiputera masih ada sedikit sahaja lagi kepercayaan kepada BN/PBB Swk. Pun demikian, cuba YB Karim analisis kputusan PRN10 Swak yg telah berlalu. Ketara sekali, undi popular BN/PBB turun dgn mendadak. Sebab apa? Pengundi Swk yang telah celik akal, cukup faham apa yg BN/PBB sumbangkan kepada rakyat Swk. Nasib sahaja menyebelahi BN/PBB kali ini. Orang Tionghua tidak sepengecut Melayu/ Bumiputera Swk. Atas kesedaran dan kecelikan akal mereka, mereka menolak BN. Di sinilah kematangan berpolitik orang Tionghua. Mereka tidak memilih wakil Rakyat sembarangan untuk duduk di DUN. Jika sekadar hendak memanaskan kerusi DUN, tak payahlah; itulah yang terdapat dalam benak orang Tionghua. Pemimpin Melayu/ Bumiputera dalam DUN Swk, jika boleh dikatakan begini; memanaskan kerusi DUN sahaja. Orang Tionghua mahu pemimpin yang benar2 berani bersuara dalam DUN, bukan sahja membawa masalah orang Cina, malah seluruh rakyat Swak. Orang Melayu/ Bumiputera juga boleh menyalurkan masalah mereka melalui DAP. Saya belum pernah mendengar lagi pemimpin BN khususnya daripada PBB yang lantang bersuara mengkritik Taib. Jika boleh dikatakan begini, semuanya pak turut dan tukang angguk. Pemimpin beginilah yang tidak mahu diletakkan dalam kamus politik orang Tionghua. Walaupun hanya 2 orang wakil rakyat SUPP berketurunan Cina dalam BN, bukan bermakna usaha2 membantu orang Tionghua harus dihentikan. Jika benar perjuangan BN/PBB untuk membela semua rakyat Swk dengan semangat 1Malaysia, ketahuilah pengundi DAP (orang Tionghua malah orang Melayu/ Bumiputera) juga rakyat Swk yang perlu dibela. Ingat! YAB KM ialah Ketua Menteri bagi Sarawak, bukan Melayu/ Bumiputera semata2. Ingat! BN Swk bukan untuk Melayu/ Bumiputera sahaja, mereka membentukkan KERAJAAN NEGERI SARAWAK. DAP pun menghormati kehendak rakyat Sarawak yang masih memilih BN/ PBB untuk menerajui Kerajaan Negeri Sarawak. Saya belum terdengar lagi pemimpin DAP, hatta orang Cina yang berasa KECEWA kerana BN masih memerintah Swak. Mereka terima dan akur, itulah pilihan rakyat. YB Karim mesti matang berpolitik dan harus ingat bahawa rakyat Swk mahu pemimpin yang BERANI BERSUARA dalam DUN Sarawak tanpa rasa gentar dan takut. Kita faham, keberanian YB BN/PBB terbatas kerana kepentingan tertentu. Jika hendak dikatakan BN sudah banyak membela untung nasib rakyat Swk, realitinya, rakyat Swk masih tertinggal jauh berbanding Semenanjung. Isu ini telah banyak diperkatakan. Tak perlu saya sebut lagi. BN/ PBB tidak perlu beralasan lagi dengan mengatakan Swk ini terlalu luas, faktor geografi yang menghalangi pembangunan dll kerana semua itu sudah klise dan alasan semata2. BN HENDAKLAH MEMBERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA KEPADA KEHIDUPAN RAKYAT, MENGHAPUSKAN KEMISKINAN (TEGAR/TAK TEGAR),TUNJUKKAN BN BENAR2 IKHLAS MENGUBAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT. Cakap2 YB Karim, cakap2 orang yang putus asa dan sarat dengan kebencian kerana orang Tionghua memilih DAP, bukan BN. YB Karim kena ingat, orang Tionghua yang tinggal di bandar telah memilih DAP. YB Karim kena postmortem sebab2 undi Cina beralih kpd DAP dan meninggalkan sisa sahaja kepada SUPP/BN. Tentu ada sebab musabab yang cukup munasabah dan kuat sehingga kejadian ini berlaku. Nampaknya YB Karim belum matang berpolitik. YB Karim ada kawasan DUN sendiri (Asajaya. Tengoklah apa yang ada di kawasan Asajaya. Ingat YB Karim. Kawasan itu majoriti Melayu/Bumiputera, tapi masih belum ada perubahan yang membanggakan walaupun YB Karim sudah beberapa penggal jadi YB di situ. YB Karim kena tanya sendiri: Mengapakah undi YB Karim pun menurun di Asajaya? Yang pasti, ada banyak perkara yang rakyat tidak puas hati dengan BN/PBB. Selidik dan kaji.

    ReplyDelete
  2. YB Karim ada agenda tersirat dalam politik Swk. Beliau dekat dgn YAB KM sebagai Setiausaha Politik. Tidak mungkin YB Karim tiada terniat dan terasa langsung nak jadi KM in future. YB Karim nampak berani bercakap kononnya atas nama BN/PBB (Melayu/ Bumiputera) untuk ditunjuk2kan kepada YAB KM. Atas nama semangat keMelayuan yang tinggi. Atas nama membela bangsa Melayu. Atas nama perjuangan BN. Atas nama kepentingan rakyat. Atas nama perkauman sempit. YB Karim faham, keberanian sebagai pembela BN/PBB mesti ditunjukkan kepada YAB KM kerana itu boleh jadi aset penting untuk ambil hati KM. Kehebatan diri harus ditunjukkan dan ditonjolkan semaksimum mungkin, hatta melebih YB lain kerana itu boleh jadi sebagai pertimbangan KM untuk kedudukan lebih baik. Tak mungkin YB Karim tidak mengidam nak jadi sekurang2nya Menteri atau Menteri Muda, kalaupun belum tiba masanya nak jadi KM. Future leader katakan. YB Karim cuba sedaya upaya hendak memintas YB lain dalam byk perkara untuk dihidangkan kepada KM. Apapun kesilapan KM, YB Karim bersedia menjadi perisai dan galang gantinya. Selagi ada YB Karim, jangan siapa2 berani nak sentuh KM. YB Karim sedia mempertahankannya dengan apa2 cara sekalipun. Hebat YB Karim. YB Karim hendak sangat jadi ayam sabungan dan ayam tambatan KM. Tidak mungkin YB Karim menolaknya dan melepaskan peluang terbuka itu. Manalah tahu, selepas ini, menjadi anak emas KM pula, sama seperti YB Fatimah. YB Abang Jo pula, bagaimana? Ingat Abang Jo, you are the only "abang" dlm PBB sekarang. Dengar kabarnya, KM tidak begitu berkenan dengan "perabangan". Abang Abdul Raub dan Abang Abu sudah terlipat dalam sejarah politik Swk. Hati2 Abang Jo kerana YB Karim tarik tali dan sorong papan tarik papan sekarang ini. YB lain, hati2 ya.

    ReplyDelete
  3. Jika benar YB Karim nak hukum orang Tionghua kerana memilih DAP, menolak BN, dan tidak mahu diwakili dalam BN Swk, maka saya ingin mencadangkan Datuk Wong Soon Koh dilantikkan sahaja jadi Speaker dan Lee Kim Sin pula jadi Timbalan Speaker. Jangan ada yang dilantik jadi menteri atau menteri muda. Berikan hukuman berat ini kepada orang Tionghua jika itulah yang YB Karim mahu. Balas dendamlah semaksimumnya. Layanilah emosi bergelora YB Karim itu. Kemudian, sebagai membalas jasa baik Bumiputera yang masih setia kepada BN, lantik YB SUPP dalam kalangan Bumiputera menjadi menteri atau menteri muda. Biar puas hati YB Karim. Tunjukkan belang YB Karim/PBB/BN yang sebenar2nya. Usah sembunyi2 lagi. Usah baling batu sembunyi tangan. Ayuh, alang2 mandi biar basah, alang2 berdakwat biar hitam. Bujur lalu melintang patah. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Lepas itu, lihat kesudahannya. Dalam zaman moden, zaman intelektual, zaman siber, zaman internet, zaman dunia tanpa sempadan, zaman serba maju, serba canggih ini, YB Karim matang2kanlah cara berpolitik itu. YB yang dihormati dan disegani ialah YB yang matang dan dewasa, bijak dan cerdik. Ingat YB Karim pepatah Melayu ini: Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Pukul ular, ular mati, kayu tak patah. Berwaspadalah. Berhujahlah secara berhikmat dan bijaksana YB Karim. Jangan nanti, Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

    ReplyDelete
  4. Harapan saya kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang ada 12 YB dalam DUN Swk, perbetulkan dan perbenarkan perjuangan untuk semua rakyat Swk, tanpa batasan bangsa dan agama. Kita tidak mahu PR/DAP dilabelkan sama seperti BN atau lebih kurang dengan BN selama ini. Saranan saya, walaupun DAP menguasai kawasan bandar sahaja, sudah tiba masanya PR khususnya DAP menjelajah seluruh Swk ke kwsn Melayu/ Bumiputera untuk mendapatkan sebanyak mungkin masalah rakyat dan suarakan dalam DUN Swk. Dengan demikian, DAP bukan sahaja berjuang untuk rakyat di kwsn bandar, tetapi merentasi kawasan luar bandar/ pendalaman juga. PR/DAP hendaklah menubuhkan pasukan amal yang outreach hingga ke kawasan luar bandar dan pedalaman untuk melihat masalah rakyat. Rakyat Swk pula yang berada di mana2 khususnya di kawasan yg diwakili BN, Melayu, Bumiputera hendaklah menyalurkan permasalahan melalui wakil DAP. PR dan DAP hendaklah menubuhkan ibu pejabat dan pusat maklumat di bandar2 utama dengan dilengkapi kemudahan internet dan laman web untuk rakyat menyalurkan maklumat dan permasalahan kepada PR/DAP. Pusat maklumat ini berperanan mengumpulkan semua maklumat dan diketengahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang diterajui BN melalui DUN. Aduan rakyat ini, besar atau kecil hendaklah diambil tindakan segera dan disalurkan kepada kerajaan. Dengan demikian, PR/DAP benar2 berfungsi dan berkesan sekali gus menjuarai perjuangan membela nasib rakyat seluruhnya.

    ReplyDelete
  5. Gerak kerja Pakatan Rakyat (PKR/DAP/PAS) di Swk hendaklah bermula dari sekarang sebelum PRU13. PR hendaklah bergerak ke kawasan2 di seluruh negeri khususnya kawasan yang berpotensi dimenangi dalam PRU13 nanti, melihat, mendengar, dan menangani masalah yang membelenggu rakyat selama ini. Perbanyakkan program dan aktiviti kemasyarakatan di luar bandar/pedalaman khususnya yg diwakili YB BN. Dengan demikian YB BN tak dapat duduk diam kerana prestasi mereka akan dinilai oleh rakyat. Jika PR dapat selangkah ke depan berbanding dengan YB BN, walaupun itu bukan kawasan yang diwakili PR, maka rakyat akan dpt membuat perbandingan siapa lebih cekap, berfungsi, dan berkesan dalam perjuangan membela rakyat. Rakyat jangan dibiar lama selepas pilihan raya supaya PR tidak dituduhi sebagai parti pilihan raya sahaja. Kenal pasti calon sekarang dan ketengahkan/perkenalkan kepada rakyat dari sekarang. Jika boleh, aturkan program/aktiviti kemsyktan supaya mereka dapat mendekati rakyat. Gerakkan jentera dari SEKARANG.

    ReplyDelete
  6. Jangan hukum kami orang Cina dalam BN yang sokong BN. Kami pun sokong BN juga tapi itu DAP betul2 kuat. Kami Penghulu,Pemanca, Temenggong orang Cina 100% sokong BN. Kami orang Cina dalam PBT sokong BN juga. Tidak semua orang Cina sokong DAP. Apa BN mahu buat sama kami sokong BN? Orang Melayu/Bumiputera pun ada sokong DAP/PKR/PAS. Kalau ikut YB Karim punya cakap, ini orang pun mesti mahu kasih ukum. Jangan itu macamlah YB Karim. Tidak bagus bah. Kalau orang Cina sudah suka sama itu DAP, kita orang Cina dalam BN mesti tolong juga. Nanti orang Cina lagi marah. Takut nanti itu Cina dlm BN pun lari. Macam mana mau cakap 1Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Setuju dan sokong jika DAP dapat memainkan peranan aktif diluar2 bandar. Sebenarnya, kawsn luar bandar ini memerlukan watchdog yang digeruni. Masalah kita di Sarwak ialah kehidupan penduduk kampung pesisir dan pedalaman tidak mendapat perhatian khusus. MungkinDAP Sarawak menghkaji penglibatan Bumiputera dalam parti. Saya yakin dan percaya DAP dapat memperjuangkan nasib org Melayu/Iban dalam DUN, byk YB PBB, PRS terlepas pandang akan masalah sebenar org2 kampung. So why not, untuk kebaikan. the spirit of Pakatan Rakyat boleh disebarkan ke serata Sarawak. We the people akan menilai mana satu terbaik. Dgn ini, boleh mengerakkan tokoh PBB agar lebih kerap turun padang. Dan bila turun padang jgn hanya dapat input dari KK, penghulu, Konselor, atauy ketua cawangan ianya tidak berapa tepat. Datang sendiri bertanya dgn masyarakat. Org melayu kita yg malu tidak akan brani menyuarakan keperitan mereka.

    ReplyDelete
  8. Saya harap BN betul2 tolong semua orang. Itu election sudah abis. Tidak guna mau cakap lagi. Sekarang kita kerja saja lagi. Tunggu 5 tahun lagi kita pilih lagi. PRU13 masih ada. BN mesti ubah sikap. Jangan gula2kan rakyat lagi. Rakyat celik akal tidak suka tengok byk sangat rasuah politik. Kita nak pilih wakil rakyat yg berfungsi dan berkesan. BN kena tonjol calon berwibawa dan karismatik. Rakyat cerdik. Jangan sekali2 pandang rendah pemikiran rakyat, hatta di luar bandar/pedalaman. Contoh paling klasik, Ba'Kelalan. Siapa sangka Baru Bian menang di situ. Maknanya, rakyat sudah celik. Krian pun BN kalah kpd PKR, rakyat luar bandar. Pelangus pun luar bandar, Bebas menang. Maknanya, rakyat sudah celik. Percayalah. Stail politik BN kena ubah. Macam kita membaling bola getah ke dinding,makin kuat kita baling, makin kuat bola itu akan melantun semula kepada kita. Begitulah kaedah politik. Semakin rakyat ditekan, semakin mereka akan memberontak. Sebab rakyat tahu, nyawa politik wakil rakyat mereka pegang. Siapa mereka nak pilih, tiada kuasa politik dpt menghalanginya.

    ReplyDelete
  9. HAYO... ITU CELITA BUKAN PASAL PARTI SAMA JAWATAN DALAM ITU KABINET TAPI ITU SENATOR TAKUT DIA PUNYA CHAIRMAN SAMA HOCK SENG LEE KENAK ITU TERMINATE MA... DIA PUN MAHU JAGA DIA PUNYA PELIOK NASIK MA... DIA ADA 2 PELIOK NASIK MA... ITU YB KALIM ADA SATU SAJA MA...

    ReplyDelete
  10. Karim2, Sik seda dirik. Aku pernah nengar kau kelaka di kpg belah Asayajaya ya. Sik ada diplomasi lalu. Kesian aku nangar air muka org tua2 kenak polah Karim macam ya. Merah padam. Tegal kalah sigik peti undi, udah manas sik tentu pasal. Relakslah YB. Pande2lah mujuk org kpg. Tangar dirik empun jua. Siklah dpt kita nak urang semua suka ngan kita. Mun semua org suka sik betul juak, pia juak mun semua org sik suka kita, pun sik betul juak. Rasulullah pun sik semua orang Arab suka ngannya pada awal Islam di Mekah. Lagi kuat Arab melawannya tmasuk bapak penakannya empun. Rasulullah masih istiqamah dlm menegakkan Islam. Yalah Islam yg kita anuti ari tuk. Karim belaja sikit2 bab agama. Mun dah paham agama sikit2, terutama politik Islam, baruk Karim dpt jadi YB bgus sikit.

    ReplyDelete
  11. Cukup kesian sama itu BN ma. Baru kalah sikit sudah cakap macam2. Apa salah DAP/PKR menang sikit. Nanti suka dingar DUN Swk manyak bisin ma. Itu ari Karim cakap Baru tidak boleh debat itu NCR sbb Baru Bian bukan YB. Ini kali Karim mesti lawan Baru Bian debat itu NCR sbb Baru sudah jadi YB. Nanti Karim jawab betul2 itu isu NCR dlm DUN. Jangan kasih Baru gantung DUN kalo BN tidak dpt jwb Baru. Baru Bian mesti cakap punya itu NCR. Suka tengok kalu Karim sama Baru debate. Karim jgn takut ha. Mesti brani lawan Baru debate itu NCR. Karim mesti lawan ho. Nanti urang ckp Karim cakap tidak betul kalu tidak mauk lawan Baru.

    ReplyDelete
  12. CM tidak taukah itu Karim ada cakap CM byk tidak betul. Tapi dia tidak brani cakap terang2 sama CM. Belakang cakap macam2 sama itu CM. Depan CM Karim cakap lain. CM mesti tengok ini orang. Karim pande pretend depan CM. Lain YB tidak suka sama Karim punya stail. Suka tikam org dari belakang. Abg Jo pun dia cakap macam2. Macam dia sorang saja bagus ma. Lain YB tidak b

    ReplyDelete
  13. Satu kali tengok itu YB Karim tidak betul. Byk lagi tengok, lagi nampak tidak betul. Pande cakap saja. Suka marah2 sama orang. Kalu dia tau ada org tidak suka sama dia, dia hentam abis2 ho. dia maok org ikut dia punya cakap saja. Asajaya sana dia dpt menang bukan sebab orang suka sama dia. Kalo dia stand Bebas, ilang deposit ho. Dia punya nasib bagus stand sama itu PBB. Orang pileh parti PBB bkan Karim. Kalo tidak pecaya, lain kali election, kasi dia stand Bebas, mati dia ho. Orang maok buang dia, sik dpt ba.Apa dia cakap; orang Asajaya suka mintak duit saja.

    ReplyDelete
  14. Woi karim.....hati2 bila nak molah statement. Jgn fikir kau setiausaha politik CM, kau boleh molah statement tanpa usul periksa. Tok molah statement nak ngangkat CM ajak.

    Dengar cerita, Hamzah & Ong Adv dah kalah few times hal NCR land. Firm kau atas nominee ya nak?

    You sebenarnya tauk kenak pengundi d bandar go for DAP. Buat bodoh jak kau sia. Kenak sik maok madah hal sebenar. Tok madah sik maok wakil dlm kerajaan. Kan kah paloi na statement ya.....Geram na aku manusia kedak tok....

    Don't be too comfortable bro.....the time will come !

    ReplyDelete
  15. SAYA SOKONG YB KARIM, TUGAS NYA SEMAKIN BERAT DALAM DEWAN KERANA AKAN BERHADAPAN DENGAN LEBIH RAMAI AHLI PEMBANGKANG YANG PROFESSIONAL, KTK ORG PIKIR JAK LAH, YB MELAYU NEY BERANI BERTEKAK NGN DAK CINA DAP DALAM DEWAN, MUN SIK SI KARIM JAK, NOK LAIN XDA LAH, CAKAP JAK TINGGI, I SALUTE U BRO, JGN PUTUS ASA DGN PERJUANGAN WLPN ORG MADAH U PRO DGN TAIB, YB KARIM LEBIH TAHU APA YANG AKAN BERLAKU BILA BERHADAPAN DGN DAK BANGSA YA KELAK, OOO U, DAK SUPP PUN MAIN KUBIT TIUP JUAK NGN KITA ORG BUMIPTERA, CUBA DAK SUPP BNYK MENANG DR PBB, SIA KTK ORG NANGGAR TARING NYA KELUAR, KITA SIK TAUK HAL POLITIK SARAWAK MENDALAM, BUKAN NYAMAN U KITA NAK MEMPERTAHANKAN TAHTA KITA ATAS YA, KITAK ORG PIKIR SENANG KAH NAK NGATUR PALAK CDAK YA, JANGAN TEGAL KITA KECEWA SIK D CALON JD WAKIL RAKYAT TERUS NAK NGENTAM KARIM. SIK TAUK KITAK KAH, BERAT TUGAS CHIEF POLITICAL SECRETARY YA. MUN APA2HAL TERJADI, XDALAH ORG NAK JUMPA DGN MENTERI DOLOK, POL SEC YA LAH KENAK JAWAB,TERUS KAN PERJUANGAN BRO KARIM... PERJUANGAN U BELOM SELESAI.

    ReplyDelete
  16. "....The wish of the Chinese community not to have representation in the Barisan Nasional (BN) government should be respected....."
    .................................................
    wanredone : Itu yang masyarakat cina mahu! Biarkan Lun Cai terjun dengan labu labunya!
    YB Karim tidak mengatakan WR SUPP (Cina) tidak patut ada representative dalam Kerajaan BN!

    ReplyDelete
  17. the rakyat is the Boss not anyone else as a person,we decide and we are the Government forever

    ReplyDelete
  18. 'Jangan salahkan mereka yang undi Pakatan'
    Apr 23, 11 5:01pm (Malaysiakini)

    Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.

    Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.

    “Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.

    “Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.

    “Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  19. MUDAH MUDAHAN KARIM YA KELAK KALAH JUAK... HANCURLAH HARAPAN URANG NINGGAL HAMZAH...

    ReplyDelete
  20. Saifuddin Abdullah tu kawan Anwar Ibrahim biarpun dia orang UMNO. Sebab itu la dia buat kenyataan macam itu. Kalau tak kenal siapa itu Saifuddin Abdullah. Jangan la sembarang cakap. Saifuddin Abdullah itu la sokong puak mahasiswa yang pro pembangkang semasa pilihanraya universiti yang lalu. Dia tak sokong puak mahasiswa yang pro kerajaan. Oleh itu, kenyataan Saifuddin Abdullah tak boleh pakai. Puek...............

    ReplyDelete
  21. Itu tandanya pengaruh Anwar hebat sungguh. Sampai yang dlm UMNO pun masih sokong Anwar. Najib tak ada wibawa. Apatah lagi karisma. Jika benar Saifuddin Abdullah belot, berani tidak Najib singkirkan dia? Tak berani kan? Sebab apa? Najib tak ada pengaruh kuat terhadap YB di bawah dia. Itulah sebabnya Najib mengambil pendekatan lembut terhadap YB BN. Najib tak dpt nak tunjuk taringnya. Bila2 YB ini boleh lompat dari BN ke PR. Najib cuba tunjuk kelembutannya. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Percayalah, jika Najib dpt lebih kerusi dlm PRU13 nanti, apatah lagi majoriti 2/3, Najib akan cantas satu2. Sekarang ini pun, Najib sakit kepala. Keadaan semasa tidak memihak kepada Najib.

    ReplyDelete
  22. Rasa rasa kamek sik ada apa apa yang salah dengan apa yang dikatakan oleh Karim ya. Nya hanya madah agar Semua menghormati keputusan masyarakat cina menyokong Dap dan ini menunjukkan mereka tak mau orang cina/supp ada representation dan tak perlulah ada cadangan untuk pindaan kepada perlembagaan Sarawak untuk tambahan kepada representasi kaum cina saperti yang dicadang oleh Dato idris buang. Apa yang dikatakan nya amat bernas dan heran juga ada yang melenting dan emosi tak tentu arah.

    ReplyDelete
  23. Pembaca faham apa yg tersirat dlm statement Karim itu. Pada pandangan saya, Karim seolah2 menyalahkan mykt Cina kerana memberikan kemenangan kepada calon DAP dan menafikan calon Cina dlm BN/SUPP. Itulah bijaksananya mykt Cina. Mereka memilih siapa yg lebih berkualiti utk diangkatkan menjadi pemimpin mykt Cina dlm politik; tidak kira drpd DAP/BN(SUPP). Mereka faham siapa pun yg dipilih; DAP/SUPP, mereka tetap juga berjiwa Cina dan memperjuangkan kepentingan mykt Cina khususnya dan rakyat Swk amnya. Sedar tak sedar, mykt Cina matang corak politiknya. Cuba kita lihat selama ini, tidak kira ADUN/MP itu drpd parti pemerintah (BN) atau pembangkang (PR/DAP), sekiranya sesuatu isu itu menyangkut kepentingan mykt Cina, mereka bersatu hati dan menyuarakan isu itu bersama. Begitu juga DUN/MP Melayu dalam Pakatan Rakyat, percayalah, mereka juga ada semangat dan jiwa Melayunya. Sekiranya isu itu berkaitan dgn kepentingan Melayu, saya yakin Melayu BN(UMNO) dan Melayu PR(PKR/PAS/PBB dll) akan bersatu juga. Jika demikian adanya, maka itulah dikatakan kemantangan politik. Tapi ingat, umumnya perjuangan mana2 parti politik di negara kita, perjuangannya ada untuk membela seluruh rakyat Malaysia tanpa perbezaan bangsa, agama, dan kerpercayaan. Itulah "The Real Politic" dan "Maturality in Politic". Yang kita tidak mahu, label-melabel, tuduk-menuduh, cantas-mencantas, buruk-memburuk dll yg negatif dan tidak sihat bagi negara Malaysia yg berbilang kaum.

    ReplyDelete
  24. Memang ada yang tersirat dalam komen yang diberi oleh Yb karim tapi komen beliau tidak mengutuk siapa siapa dan memang hak beliau. Kami sebagai pembaca melihat komen beliau amat baik dan tak ada cacat sila. Kenapa pula Anonymous yang menyelit sindiran sinis dan memberi pandangan negatif kepada Pandangan Yb karim sehingga butiran jumlah undi yang Yb karim dapat pun di sonsangkan oleh Anonymous untuk menunjuk Yb karim sudah hilang populariti. Untuk makluman Anonymous, selidik data saudara dulu sebelum nak mengkritik dan hentam Yb Yb Melayu. Dari selidikan saya, undi yang Yb Karim perolehi meningkat tiap2 tahun beliau bertanding dalam tahun 2001,2006 dan2011 dimana beliau dapat adalah 5000+ dalam tahun 2001, 6000+ dalam tahun 2006 dan 7000+ dalam tahun 2011. Dan selain dari itu, peratusan turun mengundi dalam kawasan beliau di Asajaya adalah paling tinggi Di Sarawak untuk Tiga penggal berturut turut! Ini menunjukkan sokongan dan jentera parti yang membantu beliau adalah cekap. Dari mana fakta yang didapati oleh anonymous yang menunjukan undi rakyat kepada Yb Karim sudah menurun?! Harap jangan hentam keromo dalam blog hanya untuk memuaskan hati sendiri saja. Kami rakyat di Asajaya tak mau wakil kami yang kami sanjungi dan sokong di aibkan oleh anonymous sebegitu. Salam

    ReplyDelete