Friday, December 31, 2010

Thank you Abang Johari for the housing tribunal!!!



TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH SARAWAK
Tingkat 3, Dewan Undangan Negeri Sarawak (Lama)
93050 Petra Jaya, Kuching
Tel: 082-312507 / 312 517
Faks: 082-312499


1. Latar Belakang
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) Sarawak merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan melalui pindaan kepada Ordinan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)(Pindaan) 2009 sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Seksyen 24(2) Ordinan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), 1983 (Cap. 5), yang berkuatkuasa mulai Mei 01, 2010.


2. Objektif
TTPR menyediakan alternatif selain daripada mahkamah untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang menuntut gantirugi / pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara lebih mudah, murah dan efisien.


3. Bidang kuasa
TTPR boleh mendengar apa-apa tuntutan dari pembeli rumah dengan syarat:
Tuntutan difailkan di Pejabat TTPR tidak lewat 12 bulan dari tarikh:
(i) Pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (OP); atau
(ii) Sebelum tamat tempoh liabiliti kecacatan (Defect Liability Period) seperti yang dinyatakan dalam Surat Perjanjian Jual Beli (S&P).
(iii) Setiap tuntutan hendaklah tidak melebihi RM40,000.00 kecuali jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan diluluskan oleh Menteri Perumahan, Tribunal boleh mendengar sesuatu tuntutan yang tidak melebihi RM80,000.00.
(iv) Bagi Perjanjian Jual Beli (S&P) yang dibuat sebelum Mei 01, 2010 juga layak dipertimbangkan dengan syarat tuntutan tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat sepertimana di atas.
(v) TTPR hanya menerima kes tuntutan yang melibatkan pemaju yang berlesen sahaja. Oleh itu, perumahan yang dimajukan oleh agensi dibawah Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berlesen adalah termasuk di dalam bidang kuasa TTPR.
(vi) Tuntutan tidak boleh dibahagi, atau lebih daripada satu tuntutan yang dibawa, berkenaan dengan perkara yang sama terhadap pihak yang sama bagi maksud membawanya ke dalam bidang kuasa Tribunal


4. Peraturan Pemfailan
(i) Pihak menuntut mendaftarkan kes dengan mengisi Borang 1 dalam empat salinan serta melampirkan asas-asas tuntutan dengan bayaran yuran sebanyak RM50.
.
.
.

5. Peraturan Pendengaran
.
(ii) Semasa pendengaran, pihak yang menuntut dan pemaju perumahan tidak boleh diwakili peguam.
(iii) Jika mana-mana pihak ingin memanggil saksi menyokong tuntutan masing-masing, nama saksi haruslah dikemukakan kepada Tribunal selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pendengaran.
(iv) Semasa pendengaran juga, pihak Tribunal boleh membenarkan pihak yang menuntut dan pemaju perumahan untuk membuat pengantaraan dengan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan pertikaian sebeluam pihak Tribunal membuat keputusan.
(vi) Jika tiada persetujuan dicapai, proses pendengaran akan diteruskan bagi menyelesaikan pertikaian kedua-dua pihak. Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.
(vii) Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan oleh Presiden Tribunal.
(viii) Kegagalan mematuhi Award ini adalah menjadi satu kesalahan jenayah, jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kelewatan selepas sabitan.


6. Persoalan yang sering diadukan oleh pembeli rumah di Tribunal
* Apakah bidang kuasa tempatan Tribunal?
Tribunal boleh mendengar sebarang kes tuntutan yang hanya melibatkan projek-projek perumahan yang dijalankan di Sarawak sahaja.

* Apakah bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal?
Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu:
i. Tuntutan Teknikal – merangkumi kecacatan mutu kerja atau tidak mematuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P);
ii. Tuntutan Bukan Teknikal – merupakan tuntutan selain dari perkara di atas sebagai contoh: gantirugi bagi kelewatan penyerahan milikan kosong (late delivery of vacant possession) oleh pemaju.

* Jika sesuatu projek perumahan itu terbengkalai, bolehkan pembeli rumah itu memfailkan tuntutan di Tribunal?
Tidak, ini kerana tuntutan tersebut masih 'premature'. Tuntutan hanya boleh dibuat setelah rumah berkenaan disiapkan dan milikkan kosong telah diserahkan kepada pembeli. Aduan perkara ini boleh dibuat terus kepada Bahagian Kawalan dan Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak dengan menghubungi 082-445839 atau 082-447289.

* Jika pembeli meminjam dari institusi kewangan atau Kerajaan Malaysia, perlukan beliau mendapatkan persetujuan sebelum memulakan tindakkan atau menjadikan Pihak Berkenaan sebagai satu pihak dalam tuntutan?
Tidak perlu. Pembeli boleh membawa tuntutan di atas nama beliau sendiri.

* Sekiranya pembeli rumah dipaksa bersetuju secara bertulis untuk menerima sejumlah pampasan oleh pemaju, bolehkah pembeli berkenaan menuntuk sejumlah baki yang sepatutnya dibayar oleh pemaju di Tribunal?
Boleh. Sekiranya masih boleh memenuhi syarat-syarat.

* Bolehkah pembeli rumah membuat tuntutan sekiranya tuntutan yang serupa sudah dibuat di mahkamah Tribunal Pengguna atau di Mahkamah Sivil?
Tidak.


SENARAI PANEL TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH SARAWAK
Pengerusi - Dato Hajjah Maznah Dasmi
Timbalan Pengerusi – Thomas Akin
Ahli Panel – Alhadi Ibrahim, Morni Wahie, Mike Boon Chee Kian, Robert Elone Sireng dan Peter Lim Thiam Seng.
Secretary – Ezlanshah Abdul Rahman


Nota Tambahan :
Jumlah Kes yang telah dilaporkan di Tribunal pada Disember 01, 2010 ialah 11 kes iaitu 7 dari Sibu, 2 dari Kuching, 1 dari Miri dan 1 dari Siburan.

5 comments:

  1. Tahniah, Datuk Amar, kerana perithin kpd pembeli-pembeli rumah yang telah dianiaya selama ini, mereka tertunggu-tunggu tribunal ini supaya mereka dapat mengadu masaalah selama ini. Sekali Tahniah Datuk Amar................

    ReplyDelete
  2. I for one welcome the formation of the housing tribunal. But what I can see is that the public expectations and what they will actually get are two different things altogether.

    For example, with regard to the May 1, 2010 dateline for enforcement, I strongly feel that aggrieved house buyers prior to May 1, 2010 should be allowed to bring their cases to the housing tribunal. This is the group that is placing high hopes on the housing tribunal being able to hear their cases. Anything contrary is deemed to be a frustration to the majority of aggrieved house buyers in Sarawak.

    To deny current aggrieved house buyers access to the tribunal now that it has been set up, is going to be grossly unjust. I see nothing illogical or unlawful to allow the housing tribunal to hear cases regardless of whether they came about after May 1, 2010 or before.

    If the housing tribunal is only accessible to house buyers who sign their Sale and Purchase (S&P) on or after May 1, 2010 then the thousands of aggrieved house buyers who championed for the amendments to the Housing Act to curb undesirable practices common among housing developers will be a complete disappointment and a gross injustice.

    ReplyDelete
  3. Penubuhan tribunak perumahan adalah baik, tetapi dalam baiknya adajuga tidak baik, kerana kaperluan pembentukkan tribunal adalah untuk mengkajikan masalah yang timbul dari para apembeli rumah , dan mengapa ada masalah kpd pembeli rumah? Kerana sebab sebab kapincnangan dalam Agnesui penguat kuasa Perumahan saperti Surujhanjaya Perumahanan maka banyka masalah terjadi dan dengan ini jelas menunjukkan kelemahan sistem perlaksanaan dalam Agernsi, dan dari itu menunjukkan tidak efesynnya Agensi kerajaan kita, dan kapincangan ini perlah diperbaiki demi menjaga nama baik Kerajaan, dan kita tidak lama lagi nak menghadapi pilihanraya paringkat negeri dan pusat, dan factor keutuhan dan kekuatan nya kerjaaan perlu dilihat dan segera diperbetulkan. tidak kurangnya orang suka penubuhan trubunal ini, terdiri dari mareka yang suka mengeritik kerajaan, dan pengapa kita biarkan perkara ini terlaksanana, dengan arti kata lain mengapa kita mahu kepala kita dibauk orng.?

    ReplyDelete
  4. ahli PBB yang patah hati dgn abg joApril 1, 2011 at 3:38 PM

    Sdra Faizal Sharkawi othman akan menentang abang johari dalam pilihanraya ini....

    ReplyDelete
  5. Aduan Mengenai Pemaju TSL Development Co. Yang GAGAL Menyiapkan Dan Menyerahkan Rumah Saya Mengikut Jadual Yang Ditetapkan dalam Perjanjian Jual-Beli

    Nama Projek: Rumah Teres Dua-Tingkat, Lot 99, Block 9, Sibu Town District, Sibu, Sarawak, Malaysia.
    Nama Pemaju: TSL Development Co. (Regn No. 144/06)
    No. Lesen: L1208/KP/HD/03/242
    No. Permit: P1183/KP/HD/03/242
    Alamat: No. 13, Lorong 5, Jalan Then Kung Suk, Upper Lanang
    Industrial Estate, 96000 Sibu, Sarawak.
    Telefon tetap: 084-211122 / 216888
    Faks: 084-218366 / 219366

    TSL Development Co. gagal menyiapkan rumah saya mengikut jadual dan sengaja melambat-lambatkan menyiapkan sebuah rumah teres dua tingkat di Sublot 21, Lot 99, Blok 9, projek perumahan yang terletak di Bandar Sibu. Kes ini telah berlarutan selama 577 hari dan masih berterusan.

    Kami adalah pembeli kedua harta tersebut telah membeli rumah sebelum pengeluaran Sijil Layak Menduduki Rumah dengan harga RM350,000 daripada pembeli pertama. Sijil Layak Menduduki rumah masih belum dikeluarkan sampai sekarang. Pembeli yang pertama harta itu telah menandatangi perjanjian jual beli dengan pemaju pada 3 Februari 2009, dengan jadual tarikh siap projek perumahan ialah pada 3 Februari 2011.

    Perjanjian jual beli antara pembeli yang pertama dan pembeli kedua telah ditandatangani pada 11 September 2009 dan pemindahan itu telah dipersetujui untuk oleh pemaju pada tarikh yang sama.

    Kami sebagai pembeli amat kecewa dan marah dengan pemaju kerana gagal mengikut jadual yang ditentukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian jual beli yang dimeterai antara pembeli dan pemaju. Kami juga menghubungi pemaju untuk mencari penyelesaian seperti Encik Ting Kah Ching, Sia Hua Ping dan Ling Sieng Ying tetapi hanya menemui jalan buntu.
    Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemaju ini secepat mungkin.

    ReplyDelete