Sunday, December 26, 2010

The "Rakyat didahulukan, Prestasi Diutamakan" slogan should be changed to

Datuk Seri Najib Tun Razak should consider to change 
his slogan from 

"Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan"
to
Rakyat Dipariakan, Kroni Diutamakan”.


------------------------------
Ketika aku dok membelek e-mail aku yang lama tak buka, terpandang satu e-mail dari seorang hamba Allah meminta aku mengulas tentang lampiran surat dari satu pertubuhan dialamatkan kepada Perdana Menteri yang penulis e-mail itu menjumpainya di berlapuk untuk dibuang..


Memang beliau sengaja meminta aku mengulaskannya kerana ada artika-artikal yang aku tulis dalam blog aku sebelum ini ada disentuh sedikit tentang apa yang berlaku.

Baca punya baca……., aku rasa terguris dan simpati di mana sebuah pertubuhan yang ingin membantu kerajaan mungkin di “REJECT” begitu saja. Aku cuba menghubungi Presiden pertubuhan ini tetapi tak dapat maklum balas. Aku rasa mungkin pertubuhan ni tak berjaya untuk berjumpa PM. Kalau ada semestinya sudah masuk media massa.

Surat yang diperolehi.

Kalau aku nak rumus seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Tapi kalau betoi sepertimana yang ditulis di dalam surat tu, dengan usaha yang depa buat berjumpa puak-puak Dato masih tidak dilayan, sesuai la kalau aku ubah slogan 1 Malaysia kepada “Rakyat Dipariakan, Kroni Diutamakan”.

Adakah ini caranya puak-puak ni layan rakyat……?

Waktu nak mengundi, PM nak jumpa siapa pun tak pa, malah puak-puak ni atur jadual supaya PM mahupun Menteri dapat berjumpa dan duduk bersama rakyat. Tetapi selepas menang, rakyat ibarat pencacai. Hangpa dok di atas sana bermewah-mewahan.

Patut la selama ini rakyat dok merungut hantar surat tak dapat maklum balas, buat appointment tak mendapat layanan…….

Aku harap sekiranya jawatankuasa pertubuhan ini ada membaca artikal ni, dapat menghubungi aku. Aku ingin terjah Putrajaya mendapat kepastian.
   

8 comments:

  1. tok la masalah pemimpin BN. cakap bukan main gik. tapi bila mintak tulung, bukan senang nak jumpa. mun dapat jumpa pun, belum gerenti nak nulung. tapi waktu kempen, ngalah nabi berdakwah!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kalauu benarlah apa yang nak dikata, kenapa tak nyatakan sekali nama YB BN tu...yang hang tau, hang ada bantu seorang hamba Allah untuk dapatkan bantuan kerusi roda, dapat pun..bagus layanan YB, macam waktu kempen dulu...hang dan hamba Allah tu ia bagi minum..tidak semua YB BN bersikap sedemikian. Mungkin konconya aje yang banyak perangai. Saya sokong kepimpinan BN yang berjiawa rakyat....

    ReplyDelete
  3. narudin berjiwa rakyat? talip berjiwa rakyat?

    ReplyDelete
  4. taib bejiwa rakyat?

    ReplyDelete
  5. nak cakap tak pandai..dulu pernah pegi sekolah...nak cakap pandai..baca surat pun tak reri..lain kali kalau nak menunding jari kat org..tgk la tahap kedudukan sendiri dulu...cuba baca betol2 surat tu..budak sekolah darjah 4 pun boleh bagitau surat tu jenis cam mane...jangan bagi malu diri sendiri laaaaa....

    ReplyDelete
  6. Anwar Ibrahim - Insan yang sempurna!

    Anwar juga menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

    Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

    Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

    Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid!.

    Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti-kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Prt II - Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam!. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

    Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

    Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

    Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

    ReplyDelete
  8. Prt III - Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dan perusahaan.

    Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.

    Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.

    ReplyDelete