Friday, October 15, 2010

Budget 2011 : People's budget? Or Election's Budget?



WHAT DO YOU THINK OF THE BUDGET?




Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.
2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008
3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.

4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan
5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF
6) Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi
7) KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020
8) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat
9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.
10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera
11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.
13) Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )
14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanian
P/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.
15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA
16) Sektor pelancongan –
(a) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar
(b) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC – Bukit Bintang
(c) susun semula jabatan penerbangan awam
17) (Dewan gamat seketika apabila) duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.
18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan…ke atas semua jenis telefon bimbit
19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit
20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan
21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris
24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.
26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.
27) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon
28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.
29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011
30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU …
31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta
32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.
33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama
34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung
35) Harga barang – Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS
36) Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara
37) Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50
38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011
39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta
40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi
41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011
42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN
43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan
44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini
45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

43 comments:

  1. 37) Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50

    mudahan lekak tok jkkk di kampung-kampung aktif.

    ReplyDelete
  2. tetapi di mana bonus ???

    ReplyDelete
  3. malu nak kata bonus,belanja anak ke sekolah?mereka yang pencen, untuk cucu ke sekolah.belanjawan pemulak,ditetak PKR,tunggu komen esok,HARAKAH

    ReplyDelete
  4. sabar la... tok la masalah mentaliti pembangkang. ndak alah2 mintak suap jak. nasib bait si sondol ya sik jadi perdana menteri. mesti abis duit malaysia dipolahnya makey meli undi. bn jujur, jadi sik cuba meli undi. jangan lupak undi bn election tok. kak ya da bonus:).............

    ReplyDelete
  5. huhhh...
    untung nar jadi JKKK ya eh...
    ddk2 dapat duit...
    lak mun pencen mok jadi JKKK juak eh..dapt nambh skit duit pencen + RM800
    banyak tu..
    penjawat awam cma dapat 0.00000000001% jak dari budget..
    gaji x nait2...
    resign jak jd pnjawat awam...
    hrp2 PRU kelak dapat memberi pengajaran kepada najib jika sesuatu yg sebaliknya berlaku...
    wait and see..

    ReplyDelete
  6. Anonymous commented in "Fadilah, which side you are on?" October 15, 2010 8:26 PM

    apa komen kitak orang pasal budjet itu,nak mampuskah orang sarawak nak shopping.rosmah boleh.apa untuk sarawak. ko orang fikir fikik lah.mau nak skong lagik.hidup anuar,kenak bantai lagi dalam budget.tak da modal.hah

    ReplyDelete
  7. kitak orang penjawat awam ya confirm nerimak gaji tetap tiap-tiap bulan. sik da nak dibingung mun sik da nerimak apa-apa. cukup la. mun malar jak merik duit ngan kitak orang, giney nak polah pembangunan?

    ReplyDelete
  8. lubang perut, jangan berhujah bodo ya.tok bukan zaman orang bodo,membiar orang besar hidup senang hantam duit rakyat.ko tauk duit rakyat duit ko orang yalah dipajoh dak ya.projek tok ya, berik keluarga, koroni buat, pegi mampus mun dah bodo macam ya.mun sik ada pembangkang apa dibuat dak ya sik kita tok tauk diumbulaknya.jahanam benar bodo paloi cam ya.

    ReplyDelete
  9. tok macam frust sik dapat projek jak tok:)??? ko pikir PR ya betul? coba ko tanyak si sondol ya... sapa lam PR dah diberiknya projek???

    ReplyDelete
  10. orang dalam blog tok macam sik berpelajaran bila memberi pendapat.jangan tanyak apa yang kerjaan buat untuk kita tapi apa yang dibuat kita untuk negara ini.lihat singapura, negaranya kecik, tidak ada apa sumber alam membantu, tetapi boleh kaya raya,rakyatnya pandai berniaga,negara kita,sarawak jak contoh, kaya dengan sumber alam tetapi miskin.

    ReplyDelete
  11. Pemerintah of the day sik perlu penjawat awam..
    So..kebarangkalian they need the "change"...

    Maybe penjawat awam have more to say...
    So..translate it during pr akan datang ini..

    Nothing to lose..!!

    ReplyDelete
  12. WHERE ARE YOU CEUPAC..??

    CIVIL SERVANTS..(ONLY RECOGNISE TO BE 'SERVANT')

    ULUN..KULI..!! DIBUAT MACAM BUDAK-BUDAK PUN MAIN TAK APA SAHAJA..!! KESIAN... KULI-KANG..!!

    ReplyDelete
  13. Civil Servants hanya diberi RM500 ajak menutup mulut untuk ngudi BN dlam pr akan datang..!!

    kesian kitak orang..bukan main agik dipadah jentera pembangunan...!!khaa..khaaa..jentera nyankul taie...Rosmah / Najib ajak..!!

    ReplyDelete
  14. "THE WORST EVER SINCE "MERDEKA"..!FOR THE CIVIL SERVANTS..!!

    ReplyDelete
  15. CEUPAC DAH MAMPUS..!! PERGI JAHANAM BUDGET..!

    ReplyDelete
  16. CIVIL SERVANTS..KULI-KANG..!! HAAA..HAAA..!!

    ReplyDelete
  17. JKR - jangan kerja rajin.hu hu.masa pengesahan harta, kuli kenglah diarah mengisi borang pengesahan harta.harta menteri kos berjuta2 sik disahkan.mencuri balak sik ada orang maok ngakuk. mun Allah sik kasian dengan kuli keng, sik rakyat tahu, sekarang sungai rajang dolok bersih, dah terkena bala petaka.tok Allah yang tunjuk kerana selama tok menafi ajak2 krja dak ya.projek besar besar habis kenyang oleh sidak ya ajak2 ajak.kenaklah sik kenyang2. makan apa orang kaya macam ya.haus dahaga harta. nak dibawak si nea ya.budget baru ya macam bodo sik difikir.adakah sidak penghulu dinaik dari 450.00 ke 800.00,macam nak suruh kerja dekat pilihanraya jak cam ya.500.00 bukan sik syukur si bebaloi sokong si dakya.lelah belajar smpea digree. bagus jadi pos man jak. cam tok gaya, benar kata mahfuh semasa penutup ucapan budget....the last budgetlah ya.bukan sik bersyukur, anang sik kasian.mun belanja meraii bukan bukan.liat jak nak pilihanraya, belanja cam air bah.fikir jak kitak kuli keng, apa nak ktak fikir lagik.suka ati lah kitak orang dibuat cam ya.

    ReplyDelete
  18. Civil Servants = Ulun
    Civil Servants = Kuli kang
    Civil Servants = Anjing (beri bekas makan ajak)
    Civil Servants = Babi (seumpamanya..)
    Civil Servants = Alat "penderaan" kerajaan
    Civil Servants = Sampah masyarakat

    Thats How I can See The Govt Of The Day Treated You & Me = So Call.. Civil Servants..!

    ReplyDelete
  19. Najib takut ngan 2nd hand 1st lady..barapa $ @ untuk plan rancangan 2n hand 1st lady rancang untuk dirinya & koroninya pasti dapat..Biarlah penjawat awam dpinggirkan...! Penjawat awam makan 'nasi kangkang' 2nd hand 1st lady..!! juak..!!

    ReplyDelete
  20. Siapa nak kesian ngan penjawat awam nang mereka pakey jadi kuli kang pun..!! Nang patut pun sik iboh diberi bonus @ dinaikkan gaji. Kerajaan tahu penjawat awam nang pengundi tegar BN..So..what..!?

    ReplyDelete
  21. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.haaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!
    Betul juak kali oooo..!! Penjawat awam sama2 makan "nasi kang-kang" Rosmah (2nd hand 1st lady)

    ReplyDelete
  22. sebenarnya ekonomi malaysia teruk.makin sungai rajang teruk,sapa nak melabur dlm score.bagus di negeri china.1000 BNW jerman hantar productionnya ke china,bermakna banyak china kaya raya di sana.janji menteri macam2,setakat tok belum nampak.tapi nak angkut asing ngajar bahasa ingeris, utk apa.rakyat dah binggong.tok mahathir lah punya fikirannya,ya dak ya panjang umur, sak nampak nak dipolah kpd rakyat.

    ReplyDelete
  23. Daripada ambil orang asing cam tu kan kah lebih baik hantar beramai2 bebudak yang cemerlang dalam BI peringkat SMP/STPM ari itu belajar BI..balik nanti boleh jadi pensyarah,tutor atau guru BI.. Hasil mashul balik kepada kita juga dalam jangka masa panjang...!!

    Itulah merancang untuk gagal namanya..!!
    Walaupun ada buku bertajuk 'Berani Gagal'.. tapi yang rancangan macam itu nang buat 'orang lain' senang ajak...pandai..paloi..!!

    ReplyDelete
  24. Penjawat Awam langsung tidak dihargai dalam perancangan Najib Rajak..!! CUEPAC dah mampus!!!

    ReplyDelete
  25. MAMPUSLAH KAU CUEPAC....!! WHY NOT WE SO CALL CIVIL SERVANTS MAKE A CHANGE.. MAYBE WE 'CAN' CHANGE SOMETHING..!!

    NEXT GENERAL ELECTION IS THE BEST TEST FOR BN..!

    ReplyDelete
  26. tahniah baguslah.gialah orang.45 tahun beri kemenangan,sepatut semakin makmur penjawat awam, tapi yg lebih makmur menteri dalam BN terutama ...jadi masa kuasa semakin naik, boleh jadi nak jadi cerita cacing yang diberi kuasa jadi raja, akhir mintak nak jadi tuhan.sebelum kita lanjutkan kuasa itu, kita mampuskan.sebab. penjawat awam diguna guna ajak,bila udah senang penjawat awam sik berguna seperti bila balak dah habis ditumbang, kawasan balak nak ditengelam, orang penan mampus sik dibayar pampasan.sama.bila dah nak jadi raja, penjawat awam diabaikan. persekutuan sik berik bonus, biarlah sarawak berik.nak berik yalah kedekut.sekarang kita berik mereka mampus, sik pegang kuasa.sebenar penjawat awam paling berkuasa.tunggu mun sik penjawat awam berkata benar, pengecut.

    ReplyDelete
  27. Civil Sarvents ..bodoh..sebodoh-bodoh makhluk di muka bumi ini.. Civil Sarvents = Anjing, Civil Sarvents = Kuli-kang.. Diberi RM500 ajak.. Pakai anak-anak pergi jamban di bandar pun tak cukup. Pakei anak-anak menjenguk bandar (civil sarvents di luar bandar/pedalaman) pun tak cukup.

    Rasalah Civil Sarvents.. How do you feel..??
    Feeling gooooooddd..!

    Siapa nak tolong anda semua.. mana perginya (persatuan/kesatuan/....tuan2) yang selama ini menyatakan menjaga kebajikan kamu semua.. Taie.!

    ReplyDelete
  28. Kuli-kang = Civil Sarvents.. iboh mayuh jako..!
    Ka gawak..ka endak.. suka ati kitai...!!
    ujung bulan terimak gaji.. ti nak cukup.. nemu2 meh ka nyukup nyak...!!

    ReplyDelete
  29. Pakatan Rakyat ngakuk semuanya pandei. apa dipolah org BN semuanya sik betul. kelak ngakuk dirik beriman sembahyang 5 waktu tapi perangai lebih kepada yahudi, melampau batas.menghina memaki dan memfitnah dijadi amalan. udah lah ya.. sedar gik oii...

    Sigek lagik, heran aku nangga urg sarawak mpun suka nak ngembak parti dari Malaya datang sitok. sik ada sidak malaya ya nak nulong kita kelak. org sarawak dan parti dari sarawak mpun yg udah bebenar2 selamak tok nulong kita. walaupun sik 100%. udah lagik ya.

    ReplyDelete
  30. lalu mahfus juak jadi benart. nang dasar pembangkang. ndaklah tiap-tiap tahun kau ajak2 dapat berik lagik dgn lain dapat manfaat juak. kau ya nang sik pandei berterima kasih. sama kitak duak mahfus ya. org lain pun maok juak you...baruk nak alim sikit lalu madahnya tek mcm ulamak. bila dah ngakuk ulamak lalu cenderong sebelah PAS. bodoh org mcm ya.......

    ReplyDelete
  31. kamek pun nak idup juak you. kitak dah ada gajitiap2 bulan. kmk maok juak makan hasil negara. kamek pun perlu juak duit. sik alah-alah kitak kakitangan kerajaan ajak tiap2 tahun nak nerimak. nang betul you sik pandei syukur. kaki tangan kerajaan yg banyak merosak kerajaan. makan gaji perentah tp nyokong PR. padan muka kitak org.

    ReplyDelete
  32. Ooii..2.01 am.. Kamek sik pernah nganok kerajaan merik kepada sesiapa (termasuk kitak orang ya). Kamek hanya madah kenak kamek civil sarvents sik diberi bonus jak ajak..! Kitak orang ya mun civil sarvents sik molah kerja baru kitak orang tahu. Itu ini pemberian kerajaan disengajalambatkan jangan marah nanti ya..
    Pergi hospital tandah ajak.. terbakar dibiar ajak.. kes bunuh ditandah ajak.. anak kitak orang sik iboh diajar benar2..molah ic ditangguh-tangguh..subsidi minyak dipadah sik masuk..alaun sara hidup dilambat masuk ..baru padan muka kitak morang ya semua... apa macam...!!

    ReplyDelete
  33. Civil Sarvents deserve to be given bonus..!!

    ReplyDelete
  34. sebab ya la kitak orang di tunggah civil servant... kuli kerajaan yang menjalankan kerja untuk rakyat jelata. dicadangkan selepas tok, sesiapa yang nak keja ngan perintah, mesti ditapis dolok sikap yang menganggap keja dengan kerajaan bermaksud rakyat jelata diketepikan. biarkan lah kerajaan merik habuan ngan rakyat jelata dolok. bila dah ada extra, baruk merik ngan sidak kuli-kuli. rakyat jelata boss kerajaan bah...

    ReplyDelete
  35. mun PR menang kelak sik ada lagik duit macam budget tok,ditarit balit.balit asal tanam jagong.jangan suk melampau lampau lah.belum terima lagik ya,dah riuh manok sekampung.

    ReplyDelete
  36. mun sik ada civil servant, semua dasar kerajaan sik jalan.jangan kita ingat kamek anjing dikata kitak orang tok sik buat kerja,patut sik diberik bonus atau naik gaji.baiklah. api air sik disambung,cikgu sik maok ngajar,hospital gelap gelita, kitak oran kemalangan nyawa dah nak mampus, jangan panggil ambulan, minyak sik disubsidi, enjin bot sik jalan, welfare sik berik mintak sedekah macam orang oku kitak ya, polis sik jaga keselamatan, abis rumah kitak dirompak, immgresen sik jaga jalan tikus, siap pendatang masuk, kustom sik jaga sempadan dan air pot, banyak dadah masuk dan orang itam bersusun datang ke negeri tok,pertanian sik berik baja dan benih ikan, benih sayur, benih buah (benih anak sik berik, suka ati kitak orang molah) sik ada kitak dapat tanam padi dan buah.sidak meren sik kawal laut habis ikan di laut sarawak ditangkap orang luar perairan kita.majlis agama sik turun ke mahkamah, tuggu sampai dunia kiamat sik dapat nikah kawin, lalu macam asuk sik angkat nikah, DCA mun sik maok jaga laluan udara, kapal terbang sik dapat angkat. barang barang dagangan semua berhenti, orang bisines pun naik perahu, kapal sik maok jaga rumah api.apa kitak orang kata kamek sik bersyukur. kitak tauk apa, suruh berkebun semua mati, baja dijual pada orang lain. ya nama malas ampus sihem.baruk orang kerajaan nak bersuara, dianok macam2. sekarang kitak orang cakap apa lagik, kemik civil servant bukan saja untuk kerajaan tapi utk rakyat. dak menteri buat dasar. pecahan dasar diagih kpd jabatan jabatan utk melaksana. tauk kah. sapa benanya sik bersyukur.kemek civil servant atau kitak orang bermulut lebih.mengata orang lebih mengata diri yang semua sik tauk.tlg jawab gak.

    ReplyDelete
  37. Sokong kitak 6:31pm ya.. Sampai ati najib ya..!

    Sidak kpg agik diberinya RM200 tiap2 bulan.. ada yang langsung maok kelaut agik..makan duit RM200 ya tek... setahun berapa mereka dapat.. =RM2,400.00 seorang.. yang kita minta tok untuk berapa tahun dah..langsung sik diperindahkan..!

    Rakyat diutamakan..Civil Servants dijehanamkan.!
    Come-on so call civil servants, if the govt. of the day can be so nusty to us..think something to 'repay' the govt.

    ReplyDelete
  38. org nang macam ya.. bila sekali sik dapat, barang nok dapat sebelum ya tek langsung sik di kenang.......seolah2 mcm sik di berik terus.....sedarlah beb....

    ReplyDelete
  39. dolok dolok cerita lamak bodo.jangan pandang belakang, pandang depan.ya budget lamak marek, tok budget 2011 lol.

    ReplyDelete
  40. Ya..la, cuba jangan diberi naik-gaji tahunan maok sik nya.! Eksen ajak madah maok negara maju.. berpendapatan tinggi.. nok apa cerita ya.. nak meri bonus sik dapat..apa agik nak meri nait gaji.

    Madah ekonomi dah pulih..bangga tek.. 12% lah.. 7% lah.. molah budget nok nyanang bala dak Rosmah ngannya empun ajak..!!

    ReplyDelete
  41. pelek juga,bagaimana nak jadi negara maju berpendapatan tinggi lepas terima gaji tidak ada baki dalam akaun, udah habis bayar rumah kereta,etc.sapa kata tak sakit sekarang, barang semua mahal.mun maok kita kerja setengah hari saja, setengah hari lagi kita kerja sendiri, tak naik gaji tak apa.Minyak dah naik berapa kali dalam masa dua tahun,pasti pengangkutan naik, semua ada dalam pasaran naik.orang kaya saja boleh hidup bahagia di malaysia.susah cakap, di dewan sebanaku ini tempat lepas geram, tidak ada orang dengar. he3 he

    ReplyDelete
  42. kira ok juak lah..kan saudara juga bercakap tentang perkara ini..!!

    Tak apa, mungkin orang gomen tak ramai.. jadi BN tak takut masa pr..MP/DUN nanti..!

    ReplyDelete
  43. Anonymous commented in "Is Hailmi a THIRD FORCE leader in Sarawak ???" :

    mun utang dah utang lebih 100 persen meningkat kenapa budget 2011 nak bina warisan 100 tingkat.budget 2011 macam atas kertas ajak.mcam nea cerita, bayar utang cepat.masalah rakyat tak berumah, menggangur, isap dadah, buang anak, mencuri, merompak, membunuh aturkan.nak gago bangunan tunjuk langit, sapa nak pakea.tanah di sarawak luas, berik seekar seorang kpd rakyat sik bertanah, lebih bagus.suruh ambik jak sendiri, sik salah, hak rakyat.
    October 23, 2010 3:13 PM

    ReplyDelete