Friday, July 2, 2010

Pas sokong Simoi

Oleh Waarheid Mirino

MIRI: Pas Sarawak menyokong saranan ADUN Lingga YB Hajjah Simoi Peri agar kerajaan negeri mempertimbangkan untuk meneruskan program penghantaran rakyat Sarawak ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya IAPIUM).

Ketika membahas ucapan TYT di Persidangan Penggal Ke-Lima baru-baru ini, YB Hajjah Simoi Peri menegaskan Sarawak masih lagi kekurangan tenaga kerja yang berlatarbelakangkan agama sehinggakan 11 jawatan pegawai syariah masih kosong akibat dari tiadanya calon-calon yang layak.


Beliau memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa untuk mengisi kekosongan tersebut, calon-calon mestilah memunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) atau Sarjana Muda Syariah dan  Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran kehakiman Islam.

"Perkara ini telah menjejaskan pengurusan kes di Mahkamah Syariah termasuk kes penceraian pada tahun 2008 berjumlah 1,076 kes manakala meningkat kepada 1,709 pada tahun 2009."

"Peningkatan kes ini turut menyumbang kepada kes-kes lain seperti tuntutan nafkah dan pembahagian harta," ujar beliau.

Beliau menambah penangguhan ini menyebabkan ramai wanita gagal mendapatkan hak dan keadilan dalam tempoh yang sewajarnya.

6 comments:

  1. hidup pas!!! hidup bn!!! hidup simoi!!!

    ReplyDelete
  2. hidup saidin!!!! hidup pas!!!

    ReplyDelete
  3. simoi join pas ka?

    ReplyDelete
  4. YB Simoi, nyata kekurngan pegawai Dalam Jabatan Agama Islam kurang yang punya pendidikan tinggi, kekurngan ini telah pun berlanjutan sejak 30 tahun sudah, Dan semua ini adalah kerana naik pangkat dlam jabatan tertaklok kpd suku sakat walaupun tidak berpelajaran tinggi dinaik dan diberi jawatan dalam bhagian yang tidak saaliran dengan laterbelakang ini termasuk lantikkan pra pegawai dari Jabatang Perkhidmtan yng tidak punya laterbelakang Agama, ada diantra mareka berkhidmat jngan tidak untuk mengisikan kekosongan dan ada sampai pencen pun masih dilanjutkan perkhidmatan, mujurlah saorang dapat dikeluar dan dimmasuk dalam Jabatan KM. Sebelum itu ada saorang pegawai yang banyak bermasalah dari Jabatan lain ditukar ke Jais, oleh kerana beliau ada suku skat orng kuat SS, dan semua apa dibuatnya tidak diiambil tindakan demikian juga ada perbelanjaan yang tidak saimbang wang dibelanja ikut suka pegawai termasuk pembelian kita kita rujukkan yang tidak releven, adapegawai sampai keluar negeri bawa anak melawat NZ dan lain lain apa apa yang berlaku tidak dihirau dan tidak diambil berat, wang Baitul Mall, kita berkuasa apa peduli orang suka tidak suka kita belanja, itulah sikapnya. Baru baru ini ada yang bertugas memaku jawatan Pengarah, bawa mamsuk suku sakat punya kareta dan buat parking dalam kewasan letak kareta Mahkamah Shariah, sampai orng lain tidak dibolihkan, semua ini salah guna kuasa adalah perkara serious, dan melangar tatatertip perkhidmatan. YB Datuk Hj Dauh Abd Rahman juga satu, jual sijil Halal kpd pemilik restoren Cina, kononnya untuk mendapat sokongan orang Cina dan bukan Islam. Semata mata untuk mudah pelngan Islam makan direstoren milik Cina bukan Islam.YB Datuk Dauh kata 80% dari sijil Halal dimilik oleh bukan Islam. 10% dimiliki oleh Usaha sama Islam+bukan Islam dan bakinya Melayu Islam induvidu. Berbalik kpd Jawatan di Jais, ada pegawai yang berpendidikan tinggi, diberi kerja untuk penguat kuasa? yang tidak sapadan, dan ada pegawai yang bertugs sebagai pegawai Mahmakah tidak punya pelajaran perundangan sampai jika saorang Hakim bercuti, semua urusan perbicaraan terhenti sampai Hakim balik bertugas selepas cuti?, semua ini menjadikan JAIS jadi Pejabat yang kurang Popular dan kurang diminati oleh orang Islam, apa bolih buat tidak ada lain kenalah tunggu dan ikut sahaja, jika YB Datuk Daud buka pejabat baru yang bolih menyelsai perkara Kahwin/Cerai dan Kebajikan Islam, orng akan tujukan apa apa kaperluan mareka kpd Pej baru itu, itu p[un tidak ada. Mungkin YB Daud buat setelah banyak orang dan sampai ramai tunjuk perasaan baru akan dibuat, tunggu sahaja sampai dunia kiamat.? Demikian juga kpd Imam Imam di Masjid Bahagian dan Masjid Jamek, ramai berpendidikan agama tidak diberi jawatan Imam Besar, tetapi jawatan ini diberi kpd orang yang rendah pendidikannya samapi saoalh olah kita di sarawak tidak punya pegawai yang layak selain dari mareka yang kini masih bertugas.? Ada sampai berebut rebut untuk jadi Khatip pada hari Jumaat, sedngkan pegawai yang ada bolih teruskan tugas sebagai khatib. Ada saorang yang berjawatan Pemangku Imam Besar, minta Jais sediakn kareta dan Driver untuk dia.? Berkejar kejar untuk mendapat kemudahan, itulah cara mareka, dan siap patut menegur semua ini.Dan Urusan Lembaga Tabung Haji juga nak dikuasai oleh pihak Jais, dengan menyenaraikan nama nama suku sakat sendiri untuk naik Haji Free mengunakan peruntukkan yang disediakan oleh pihak Kerajaan.Dan pernah pegawai Jais menyelar LUTH untuk menutupi pej.nya diKuching, jika tidak mahu ikuti kehendak pihak Jais. Sungguh berkuasalah Pegawai ini.?

    ReplyDelete
  5. Minta pihak Lembaga Tabung Haji beri penjelasan berkenaan anggota dari Jais yang join k=buat kerja Haji pada tahun lepas. Kini Pegawai yang bersikap berluluasa sudah tukar ke Jabatan Ketua Menteri, dibawah kuasa Datuk Amar SS.

    ReplyDelete
  6. Ada ramai kes kes yang dibawa ke Mahkamah dan tidak dapat dibicara kerana yng mohon bicara terdiri dari iseri isteri tidak cukup wang untuk bayar peruntukkan untuk dibawa bicara dalam Mahkamah Tinggi Syariaf. YB Samoi, lihatlah keadaanya siisteri apa mareka bolih buat biar sahaja bagitu, yang banyak tidak bawa kes ke Mahkamah lagi ramai, kamiucapkan ribuan terimakasih kd YB Simoi kerana bawa perkaraa ini untuk membuka matas pada Pentdbir kita dinegeri Sarawak dan dapat cari jalan untuk mencari penyelsaian. Wang dalam Tabong Baitul Mal Ada. bolih disalur kpd mareka yang memarlukan dalam soal ini dan bayar balik satelah kes selasai. Ini dapat dibuat. Tetapi siapa nak buat.

    ReplyDelete