Tuesday, June 15, 2010

Ahli Sayap Pesaka PBB tidak puas hati

Oleh Thun Diwan

SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dikatakan telah menyiapkan senarai nama  Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang baru dari parti itu.

Senarai nama dari Sayap Bumiputera tidak mencetuskan sebarang perbalahan diantara ahli parti memandangkan ianya ditapis oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Haji Openg sendiri yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Bagaimanapun senarai nama yang dicadangkan oleh Sayap Pesaka untuk jawatan terbabit dari parti itu dikatakan telah menimbul banyak percanggahan pandangan di kalangan ahlinya.

Antaranya sebabnya ialah nama yang dikemukan adalah dikatakan bukan 'orang parti'.

Dikatakan ada nama dari Katibas yang dimasukkan dalam senarai itu yang tidak dikenali dan tidak pernah berkhidmat kepada parti selama ini.

Yang memburukkan lagi keadaan ialah beliau bukan ahli PBB.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga dikatakan telah menyenaraikan nama untuk jawatan itu bagi parti masing-masing.

Ketiga-tiga parti itu telah mengemukakan nama wanita untuk mengisi jawatan berkenaan untuk parti mereka.

Barisan Setiausaha Politik kepada KM sekarang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagaimanapun tidak diketahui bila pelantikan ini akan dilakukan.

1 comment: