Sunday, May 30, 2010

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ajak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang undur

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah menyediakan pelan peralihan kuasa bagi tampuk pimpinan kerajaan negeri ini sebagai rancangan pengunduran beliau setelah hampir 30 menerajui Bumi Kenyalang.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam pelannya itu dikatakan telah menamakan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg sebagai penganti beliau.

Selain itu, beliau juga turut menamakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas untuk mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Menteri II daripada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dan Dato Sri Douglas Uggah Embas masing-masing ialah Timbalan Presiden dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada masa ini.

Sumber dalaman yang terhidu pelan ini mendedahkannya kepada seorang penganalisis politik dengan mengatakan pelan itu yang 'tersorok di bawah bantal'selama ini mula mengeluarkan 'bau' berikutan kenyataan terbuka Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menepis pandangan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'kub yang mengatakan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang adalah orang yang paling sesuai untuk mengganti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pandangan terbuka Tun Abdul Rahman Ya'kub itu dipercayai telah banyak membantu bagi memudahkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengatur strategi untuk meneruskan pelan peralihan bagi pesaraan beliau.

Menurut penganalisis itu, sumbernya mengatakan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah memberitahu Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang tentang pelan itu dan mengajak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang untuk sama-sama berundur bagi melicinkan pelaksanaan peralihan itu kelak.

Bagaimanapun, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dikatakan masih berkeras untuk mempertahankan kerusi empuknya di Tingkat 19, Bangunan Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, sebaliknya mengajak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk sama-sama meneruskan perjuangan yang disifatkan belum selesai.

Namun begitu pelan berkenaan dikatakan tidak menyentuh tentang kedudukan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak I.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang walau bagaimanapun dipercayai akan akur kepada pelan peralihan kuasa itu dalam sedikit masa lagi.

Penganalisis itu melihat sedemikian memandangkan nama Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang telah dimasukkan sebagai bakal Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi mengganti Tun Datuk Patinggi Muhammad Salahuddin yang akan menamatkan penggal perkhidmatannya kelak.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dicadangkan untuk menduduki jawatan tertinggi kerajaan negeri itu memandangkan perlembangaan tidak memberi kebenaran kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk menduduki jawatan itu atas sebab sudah menjadi Ketua Menteri.

Atas sebab itulah, sayap Pesaka PBB 'menutup mulut' apabila pucuk pimpinan PBB mengeluarkan cadangan supaya kuota jawatan senator yang disandang oleh Dato Sri Empiang Jabu diambil alih oleh sayap Bumiputera parti itu yang kemudiannya memilih Dayang Madinah Tun Abang Openg sebagai pengganti mulai Julai ini.

Sebab lain yang dikatakan mempengaruhi tindakan itu adalah sebagai sokongan sebulat suara sayap Pesaka kepada peralihan kuasa yang menamakan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg sebagai Ketua Menteri.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg juga dikatakan telah dimaklumkan berhubung pelan ini seminggu yang lalu.

Di samping itu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Naib Presiden Kanan PBB dikatakan turut merasai tempias pelan peralihan kuasa itu.

Beliau akan mendapat lonjakan jawatan sebagai Timbalan Presiden PBB yang meletakkan beliau sebaris dengan Dato Sri Douglas Uggah Embas kelak.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang dikategorikan sebagai pemimpin pelapis dikatakan oleh penganalisis ini mempunyai masa depan politik yang cerah.

Secara peribadi penganalisis itu melihat pelan peralihan kuasa ini akan membawa perubahan kepada senario politik dan pentadbiran kerajaan nengeri kelak.

Beliau pecaya ia akan memperkukuhkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan memperkasakan sistem kerajaan negeri ini sejajar dengan slogan yang dilaungkan Perdana Menteri 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

Bagaimanapun penganalisis ini tidak menolak kemungkinan wujud pihak yang tidak berpuas hati kelak, namun pihak ini akan hilang ditelan arus perubahan itu.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 yang diambil alih daripada Tun Abdul Rahman Ya'kub ketika itu.

Tun Abdul Rahman Ya'kub kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum melepaskan jawatan itu diambang peristiwa Politik Ming Court Sarawak pada 1987.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dengan mengambil alih jawatan itu daripada Dato Sri Daniel Tajem selepas peristiwa berkenaan.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyertai politik di awal 70-an manakala Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg di lewat 70-an dan Dato Sri Douglas Uggah Embas di lewat 80-an yang sebelum itu hanya sebagai Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri.

Umum mengetahui bahawa politik dan perpaduan antara kaum di Sarawak tetap utuh tak kira samada negeri ini diterajui oleh Cina, Melanau, Dayak, Melayu atau India.

Ini dapat dilihat menerusi sejarah apabila perpaduan antara kaum di Bumi Kenyalang ini telah tersemai sebelum merdeka atau penubuhan parti politik gabungan BN yang baru sahaja melaungkan 1Malaysia.

6 comments:

  1. nang patut taib and jabu to give way to abang joe to lead the state. he is better than any other leaders...

    ReplyDelete
  2. yes!!! abg jo as cm!!! hidup abg jo!!!

    ReplyDelete
  3. ikut perlembagaan sarawak....bolehkah alfred jabu jadi TYT...logik kh?

    ReplyDelete
  4. hahaha ... mun alfred jabu abdullah? anything possible with sarawak... in fact, the current TYT was a non-muslim when he was offered the post as the head of state:)... so, cuba u pikiaq with your head. logik ka? pa la lu nie... buang duit mak bapak jak. mun sik tauk sejarah politik sarawak... tanyak orang lamak.

    ReplyDelete
  5. Nothing is impossible we are one malaysia,who ever become TYT or chief minister and dupty president for PBB as long they are accountable to carry their duties, I declare myself fully support all of them.

    ReplyDelete
  6. BRO, NOTHING IS IMPOSSIBLE WE ARE ONE MALAYSIAN

    ReplyDelete