KUCHING: Satu persoalan yang amat menghairankan. Mengapa kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai Jawatankuasa Ladang Kelapa Sawit Kpg Bruit, Daro tidak memilih mahkamah sebagai penyelesai masalah tuntutan tanah berhampiran kampung mereka???
Kumpulan yang diketuai Haji Jaafar Kara lebih gemar meluahkan masalah mereka menerusi akhbar.
Ini menunjukkan objektif utama mereka adalah mendapatkan semula 'hak' terhadap tanah negeri seluas 5000 hektar itu melalui mahkamah rakyat.
Pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh sekarang dan tengah tahun depan.
Ada pihak tertentu, dikatakan, sudah muak dengan wakil rakyat Semop Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar yang gagal membawa kemajuan di kawasan itu.

