Showing posts with label Prof Dr X. Show all posts
Showing posts with label Prof Dr X. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

'KEMUNDURAN ABADI' MILIK PENDUDUK BRUIT JIKA "SI PONDAN" KEKAL

Oleh: Prof. Dr. X

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau mana-mana parti pembangkang yang bercadang bertanding di kawasan DUN Semop pada pilihan raya negeri akan datang disaran agar meletakkan calon anak tempatan.

Anak tempatan lebih mempunyai perasaan kebertanggujawaban terhadap kawasan, tidak seperti wakil rakyat kawasan tersebut pada masa sekarang - Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar.

Seorang penduduk di sebuah kampung di Pulau Bruit mendakwa Asfia gagal membangunkan taraf sosial dan ekonomi di kawasan tersebut kerana bukan anak kelahiran di kawasan yang diwakilinya.

Saturday, May 29, 2010

Asfia - Tegas di Dewan, 'pondan' di kawasan.

Oleh: Prof. Dr. X

KUCHING: Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar bijak dan tenang dalam mengendalikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Bijak dan tenang ketika mengawal kekecohan persidangan lebih ketara apabila para wakil rakyat pembangkang semakin berani bersuara mempersoalkan kewibawaan kerajaan.

Di sebalik kepintaran dan ketegasan Speaker Dewan Undangan Negeri itu, dia sebenarnya patut malu apabila duduk di kerusi empuk Dewan.

Wednesday, May 26, 2010

Pembaca sinis dengan Najib

Oleh: Prof. Dr. X

KUCHING: Membaca komen-komen dalam sebuah portal berita yang menyiarkan berita SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Perdana Menteri Najib Razak - nyata pembaca portal berita itu sinis dengan kenyataan tersebut.

Najib akan disiasat kerana menyogok wang terhadap warga Rejang Park - satu kawasan dalam Parlimen Sibu - pada malam 15 Mei, malam terakhir kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

RM5 juta akan diberi kepada penduduk di situ sebagai balasan, jika calon BN Robert Lau Hui Yew menang dalam pertandingan tiga penjuru menentang Wong Ho Leng (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Saturday, May 22, 2010

'Sindrom yakin' SUPP beri DAP peluang

Oleh Prof. Dr. X

KUCHING: 'Sindrom yakin' dengan penilaian sendiri yang percaya tahap prestasi SUPP adalah tinggi mungkin akan menyebabkan Bandar Raya Minyak dilanda gelombang DAP pada pilihan raya negeri kelak.

Kuching dan Sibu telah kini merasai keperitan sindrom keyakinan itu.

Setiap kali disoal umum, terutama pengamal media, jawapan pemimpin SUPP adalah standard - "Yakin".


SURAT YB DOMINIQUE KEPADA SPEAKER DUN SARAWAK

by Prof. Dr. x

KUCHING: If the DUN speaker Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar didn't delay in replying the letter, there wouldn't be any commotion as happened that day.

As a matter of fact, it is not Asfia who is to write the letter because he has many lawyers in DUN who could tell him which section to be used to reply to Dominique's letter.

The following is a soft copy of Dominique's letter:


AFFENDI BERMIMPI DI SIANG HARI

Oleh: Prof. Dr. X

KUCHING: Affendi Jeman yang mengetuai jawatankuasa penaja penubuhan Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak (PARBS) perlu berhenti berharap dan berangan.

Jika dalam kes orang bercinta, Affendi ibarat menunggu balasan kata cinta daripada seorang gadis yang amat digilai.

Belum pun gadis idaman hati membuka mulut sama ada mengatakan 'ya' atau 'tidak', dia sudah berangan untuk membina mahligai indah bersama gadis tersebut.


Friday, May 21, 2010

Ho Leng terus 'menyalak'

Oleh: Prof. Dr X

KUCHING: Tidak jujur dan menguntungkan orang kaya.

Itu kesimpulan yang dibuat oleh Wong Ho Leng, ADUN Bukit Assek, dan pengerusi DAP Sarawak atau terkini, pemenang pilihan raya kecil Parlimen Sibu, terhadap pelaksanaan kadar baru bayaran pajakan tanah.

Tidak jujur kerana ia diumumkan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud pada tempoh kempen pilihan raya di Sibu.

Saturday, May 15, 2010

Analisa Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu

Oleh Prof. Dr. X

SIBU: Satu demi satu perisai digunakan BN demi mempertahankan kemenangan mereka di kerusi Parlimen Sibu yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum 2008.

Perisai untuk menangkis serangan bertali arus yang dilancarkan DAP bagi memusnahkan kubu BN - bukan kubu kuat.

Serangan DAP pada mulanya bertumpu terhadap masalah banjir, pendidikan aliran Cina, peluang pekerjaan, agihan ekonomi dan kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan pinggir bandar yang dihuni majoriti Iban rumah panjang.