(Nov 02, 2010)
YB Dr. Abdul Rahman Junaidi:-
Apakah rancangan kerajaan untuk mempertimbangkan sistem pemparitan di kawasan penempatan semula Rampangi yang rata-ratanya hanya mempunyai parit tanah (earth drains) yang kini tidak berfungsi dengan baik. Sebahagian daripada perparitan di kawasan penempatan ini telah rosak dan tersumbat dan ini mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk setempat.
Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud:-
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Pantai Damai, kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih parit tanah yang tidak berfungsi dengan baik di kawasan penempatan semula Rampangi telah dilaksanakan secara berperingkat.
Untuk rancangan masa hadapan, DBKU telah mengemukakan permohonan peruntukkan dalam RMK Ke-10 bagi menaiktaraf sistem perparitan kawasan tersebut daripada parit tanah kepada parit konkrit.
Kerja-kerja penyelenggaraan juga dilakukan secara berkala di kawasan Rampangi, mengikut jadual yang mana DBKU memperuntukkan RM20 ribu setahun bagi tujuan tersebut. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan termasuklah pemotongan rumput, pembersihan parit dan baikpulih parit tanah.
Maklumat Tambahan
1. Pihak DBKU telah membelanjakan sebanyak RM550,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih parit tanah di kawasan penempatan semula Rampangi bagi tempoh 2009 sehingga 2010.
RM400,000 pula telah dibelanjakan untuk membaikpulih jalan di kawasan tersebut.
2. DBKU telah mengemukakan permohonan peruntukkan berjumlah RM6 juta dalam RMK Ke-10 bagi menaiktaraf parit tanah kepada parit konkrit di kawasan Rampangi.