Showing posts with label Jaya Tiasa Holdings. Show all posts
Showing posts with label Jaya Tiasa Holdings. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Kampung Bruit bawa kes ke mahkamah rakyat

Oleh Waarheid Mirino

KUCHING: Satu persoalan yang amat menghairankan. Mengapa kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai Jawatankuasa Ladang Kelapa Sawit Kpg Bruit, Daro tidak memilih mahkamah sebagai penyelesai masalah tuntutan tanah berhampiran kampung mereka???

Kumpulan yang diketuai Haji Jaafar Kara lebih gemar meluahkan masalah mereka menerusi akhbar.

Ini menunjukkan objektif utama mereka adalah mendapatkan semula 'hak' terhadap tanah negeri seluas 5000 hektar itu melalui mahkamah rakyat.

Pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh sekarang dan tengah tahun depan.

Ada pihak tertentu, dikatakan, sudah muak dengan wakil rakyat Semop Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar yang gagal membawa kemajuan di kawasan itu.


Wednesday, June 30, 2010

Asfia dan Norah Membuat 'DAMAGE CONTROL' Untuk Atasi Kekecohan Kes Tanah di Pulau Bruit

Oleh Waarheid Mirino

SIBU: Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dikatakan menuduh Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah sebagai dalang dalam kekecohan yang membabitkan tuntutan tanah seluas 5,000 hektar di Pulau Bruit, Daro oleh penduduk Kampung Bruit.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar mungkin mengaitkan kisah lampau beliau dengan Datuk Wahab Dollah sebagai alasan untuk membuat tuduhan yang keras ini.

Beliau, menurut satu sumber, menuduh Datuk Wahab Dollah menaja Pengerusi Jawatankuasa Kelapa Sawit Daro Haji Jaafar Kara untuk mendedahkan perihal tanah itu.