Surat terbuka ini juga telah diemailkan ke Editor Online Utusan Malaysia pada Oktober 01, 2010
--------------------------------------------------------------

Encik Zaini Hassan,
Sebagai penaja kempen "Save Sarawak From Malayans", kami ingin menyatakan kekecewaan kami dengan sejelas-jelasnya dengan tulisan tuan yang bertajuk
"Kisah Wan Mokhtar, Taib Mahmud, samakah?" yang jelas cuba untuk campur tangan dalam hal-hal politik Negeri Sarawak yang kami cintai ini.
Kami, yakni rakyat Sarawak, tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dari encik atau mana-mana 'bijak pandai' dari Semenanjung untuk menilai mana-mana pemimpin Sarawak sama ada dari pihak Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.
Biarkan kami, orang Sarawak, membuat penilaian kami dengan cara kami sendiri.
Dan biarkan kami mengambil keputusan sama ada untuk mengekalkan atau menukar mana-mana pemimpin Sarawak.
Diharapkan tuan tidak lagi mengecewakan sebilangan besar rakyat Sarawak yang secara 'implicit' or 'explicit' yang mendokong gerakkan kempen "Save Sarawak From Malayans" ini dengan cuba berlagak menjadi tuan besar dari Semenanjung dan beranggapan rakyat Sarawak tidak mampu untuk membuat keputusan mereka sendiri tanpa campurtangan dari tuan-tuan besar seperti tuan.
Akhirkata, Selamat Hari Malaysia ...
Sekian.
Sebanaku Sarawak
p/s Komen-komen dari 100 ataupun 1,000 sahabat tuan besar tidak membawa maksud majoriti rakyat Sarawak juga benci pemimpin-peminpin BN ataupun PR yang dibenci oleh sahabat-sahabat tuan besar. Bahkan sekiranya tuan besar bersetuju kami boleh carikan 1,000 orang yang benci mana-mana pemimpin Sarawak yang tuan besar benci dan 1,000 yang menyokong ataupun (memuja) mana-mana pemimpin Sarawak yang tuan besar puja. Sama ada pemimpin-pemimpin ini akan menang dalam pilihanraya yang akan datang, hanya Tuhan Maha Kuasa yang mengetahui. Sekian.