Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

UMNO bermain kotor untuk jatuhkan Kerajaan PR di Selangor!!!


KSN membelakangkan proses pemilihan

January 1, 2011

SHAH ALAM: Kerajaan negeri kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan pemilihan Dato’ Mohamad Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor bermakna KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

“Nota itu menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Pusat dalam pelantikan SUK Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.