Saturday, August 17, 2013

Fadillah tidak tepati janji dan tidak tolong kebajikan pemuda PBB - Pemuda PBB Wilayah Tengah

Fadillah Yusuf
Junaidi Sambang
Abdullah Saidol bakal pencabar Fadillah Yusuf

Pemuda PBB Wilayah Tengah setuju siapa saja boleh jadi Ketua

Posted on August 17, 2013, Saturday
SIBU: Pemuda Gelombang Biru Wilayah Tengah menyokong serta bersetuju dalam soal sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada perhimpunan parti akan datang.
Setiausaha Pemuda PBB Wilayah Tengah Mohd Junaidi Sambang berkata, sebagai ahli-ahli Pemuda di peringkat akar umbi, mereka menyerah sepenuhnya kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
“Jika Presiden memberi jawatan tersebut kepada Pesaka, kami akur dan tetap menghormati keputusan tersebut.
“Sesiapa yang bakal menjadi Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak pada perhimpunan nanti, tidak menjadi persoalan atau masalah besar jika mendapat restu daripada Presiden,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Sambil bersetuju dengan rakan-rakan seperjuangan dari Limbang, Junaidi berkata, setiap kali konvensyen parti, banyak janji-janji yang tidak ditepati dan semata-mata untuk meraih undi para perwakilan didengar.
Selepas konvensyen, katanya, lain pula agendanya, malah hendak bertanya khabar kepada ahli-ahli pun ibarat jauh panggang dari api, termasuk juga barisan ahli Majlis Tertinggi.
“Sebulan sebelum konvensyen baharu tahu hendak bertanya khabar dan menghubungi cawangan-cawangan di luar bandar,” jelasnya.
Menyentuh mengenai Program Armada Pemuda PBB, beliau memberitahu program itu dibuat umpama melepaskan batuk di tangga dan hanya untuk ‘syok’ sendiri sahaja.
“Pun masih juga kami seperti lima tahun yang lepas, tiada apa perubahan dari sudut ekonomi dan sosial. Lainlah pula bagi mereka yang sudah terpilih dan duduk di dalam exco,” katanya.
Junaidi juga memberitahu, mereka sudah meluak dengan sandiwara kebudak-budakan dan sangat bersetuju jika semua jawatan tertinggi barisan Pemuda dipertandingkan demi keutuhan dan kekuatan parti.
“Pemuda Gelombang Biru Wilayah Tengah bagaimanapun tetap menyokong dan berada di belakang barisan serta Presiden parti yang sangat kami hormati dan sanjung tinggi,” tegasnya.


3 comments:

  1. Tahniah bro Mohd. Junaidi...diatas teguran dan luahan rasa akar umbi yang jujur. Seandainya Pemuda PBB mengamalkan corak kepimpinan sebegini, saya rasa PBB akan hilang sengatnya di mata anak-anak muda. Sudah menjadi rahsia umum bahawa exco pemuda negeri sekarang ini lebih banyak bercakaran berkaitan dengan periuk nasi masing-masing daripada memperjuangkan PBB...kami anak-anak muda yang baru bertatih dalam PBB amat sangsi dan kurang keyakinan dengan Pergerakan ini...Armada...??? No komen...Sangat setuju semua jawatan dipertandingkan...jangan terlalu banyak polimik politik dalam Pemuda PBB...kami anak muda tidak mahu itu...kami mahu perjuangan yang ikhlas...lakukan tranformasi dan reformasi dari dalam parti...kami percaya Pergerakan Pemuda PBB akan terus relevan...tiada tempat pemimpin plastik yang hanya memegang jawatan untuk kroni dan diri sendiri dalam PBB...pemimpin seperti ini sebenarnya tiada orang yang mereka pimpin..melainkan syok sendiri...

    ReplyDelete
  2. Pelik n ajaib.Sekejap kata semua jawatan dlm Pemuda dipertandingkan.Sekejap kata menyokong sesiapa saja yg diperkenan/dipilih Presiden.Nampak sangat masih segan utk memberi kata putus.Pemimpin begini layakkah diketengahkan?

    Seeloknya perkara remeh temeh (tak ada komunikasi Ketua Pemuda selepas konvensyen,etc) tak perlu disebut2.Bukankah komunikasi dua hala?Kalau Ketua tak bertanya khabar kita patut bertanya.Tak tahukah Fadillah sibuk dgn tugas di Kementeriannya?Bukankah perjalanan parti di peringkat cawangan/ranting ada exconya sendiri.Apa kerja exco?Diucapkan syabas kpd exco2 yg boleh berdedikari.Nak jadi pemimpin bukan senang.Kalau takut dgn ombak jangan bina rumah di tebing sungai/di tepi laut.Perjuangan parti?Tahukah?Sejarah parti sendiri entah2 tak ambil tahu.

    ReplyDelete
  3. Saya sokoong Abdullah Saidol..

    ReplyDelete