Thursday, July 12, 2012

Baru Bian bermimpi siang hari - Karim Hamzah







Jangan cakap sahaja, dedah nama

Borneo Post  July 12, 2012, Thursday
Dedah nama jika benar ada wakil rakyat BN sertai pembangkang: Fadillah
KUCHING: Dedahkan nama jika benar ada wakil rakyat BN yang akan menyertai parti-parti pembangkang.
Itu cabaran oleh Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof yang ditujukan kepada Ketua PKR Sarawak Baru Bian yang mendakwa demikian.
Sambil membayangkan itu satu penipuan PKR, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika dihubungi semalam berkata:“Berulang lagi siri drama 16 September bila mana mereka mengumumkan akan mengambil alih kerajaan persekutuan. Kalau benar dedahkan nama mereka.”
Jika tidak didedahkan nama katanya dakwaan itu bermakna semata-mata strategi PKR untuk meraih keyakinan rakyat agar menyokong serta mengundi parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata wakil rakyat BN tidak semurah itu untuk menyertai pakatan pembangkang.
“Kalau Baru Bian dan pakatan pembangkang fikir ada YB BN Sarawak yang nak lompat parti atau bertanding guna tiket PR, beliau hanya mimpi pada siang hari,” katanya.
Pakatan pembangkang umpama kapal yang tidak diketahui siapa juragan yang sebenar, katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
“Ia belayar separuh karam dan tanpa arah tuju. Semua juragan ada agenda sendiri,” katanya.
Sambil menegaskan bahawa wakil rakyat BN tidak semudah itu hendak dibeli, beliau berkata Baru tidak usah terlalu angkuh.
“Beliau (Baru) sendiri belum tentu menang dalam PRU akan datang,” katanya.
Semalam Baru mendedahkan beberapa wakil rakyat BN menunjukkan minat untuk menyertai parti pembangkang pada PRU kelak.
Sambil enggan mendedahkan nama dan jumlah, beliau mendakwa tindakan wakil rakyat tersebut mencerminkan mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.
“Saya dengar khabar angin yang kencang (wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang) dan mereka ada berjumpa saya. Ini akan berlaku,” katanya.


3 comments:

  1. baru bian mau mosok BN kah? ... tawaran di buka

    ReplyDelete
  2. baru bian mau masok BN kah?

    ReplyDelete
  3. Jgn underestimate orang Pok! Kalau Allah mengkhendakki pasti akan berlaku. Jgn takbur gilak.

    ReplyDelete