Monday, May 16, 2011

‘A-One Club’ mahu Jabu jadi Ketua Menteri Sarawak


Kumpulan ‘A-One Club’ mahu Jabu jadi KM seterusnya

Posted on May 12, 2011, Thursday

KUCHING: Sekumpulan individu yang menamakan diri mereka sebagai ‘A-One Club’ semalam menyatakan sokongan supaya Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menjadi Ketua Menteri Sarawak yang seterusnya.

Jurucakap kumpulan tersebut Dr Elli Luhat memberitahu mereka berpendapat bahawa Jabu merupakan calon yang paling sesuai untuk menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sekiranya beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Pada masa yang sama Elli menafikan bahawa kumpulan tersebut mendapat sebarang imbuhan daripada pihak tertentu di dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk berbuat demikian.

Beliau juga turut menafikan kenyataan mereka adalah bertujuan untuk melaga-lagakan Jabu dan Taib.

“Selepas membuat pertimbangan, kami telah menyimpulkan bahawa tiada lagi individu yang sesuai selain daripada Jabu untuk menggantikan Taib sebagai KM.

Jabu sekarang merupakan orang yang kedua berkuasa sebagai Timbalan Ketua Menteri sejak lebih 30 tahun dan beliau juga merupakan timbalan presiden PBB yang merupakan parti memerintah.

“Oleh itu, beliau mempunyai pengalaman yang luas dan layak. Pertimbangan ini dibuat tanpa prejudis terhadap bangsa, agama atau parti politik,” kata Elli kepada pemberita semalam.

Bercakap mengenai ‘A-One Club’, beliau berkata bahawa ia merupakan sebuah kumpulan tidak formal yang terdiri daripada profesional, kakitangan kerajaan dan individu-individu yang lain yang selalu berkumpul di sebuah kedai kopi yang dipanggil A-One di Taman BDC, dekat sini.

Malah pertemuan kumpulan tersebut dengan pemberita semalam juga turut diadakan di kedai kopi tersebut.

“Ini merupakan tempat pertemuan untuk membincangkan berkenaan ekonomi, politik serta isu-isu penting yang lain. Kira-kira 20 orang ahli Kelab A-One bertanding di dalam piihan raya yang lepas,” katanya.

Bagaimanapun apabila sesi untuk bergambar pada kain rentang menyatakan sokongan terhadap Jabu, hanya sebilangan yang bersetuju untuk bergambar.

Elli menegaskan bahawa tindakan mereka bukanlah sekadar sandiwara dan terhasil daripada perbincangan daripada kedai kopi tersebut.

Namun demikian, beliau berkata bahawa pihaknya tidak akan menulis sebarang surat kepada Jabu tetapi memilih untuk menerima maklum balas selepas berita yang disiarkan melalui pihak media.

Ditanya mengenai sesetengah kumpulan yang mahukan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai KM yang seterusnya, Elli enggan untuk memberi sebarang ulasan memandangkan ia terpulang kepada persepsi masing-masing.

Beliau bagaimanapun berharap agar peralihan kuasa dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. - Utusan Borneo -

40 comments:

  1. 100% setuju. Amat setuju. Tanpa sedikit pun keraguan. Memang tepat sekali, Jabulah yang paling layak. Maklum, lebih 30 pengalaman sebagai politikus di bawah asuhan dan bimbingan YAB Pehin Sri. Pengalaman Jabu sudah meleleh2 dan melimpah ruah. Apa yang dapat dilihat, Dari dulu lagi, Jabulah yang lebih "layak" daripada YAB Pehin Sri. Jabu pemimpin yang "amat luar biasa". Seorang pemimpin yang "karismatik","integriti tinggi", "akauntabiliti terserlah". Pendek kata, semua yang terbaik dalam diri seseorang manusia itu ada pada Jabu. Semua orang Iban di Swak sudah tinggi taraf hidup mereka berkat jasa baik Jabu. Di Swak, kawasan yang paling maju ialah kawasan Jabu. Tidak ada lagi kaum Iban yang tersisih dan tertinggal jauh dalam serba serbi kehidupan, itu pun berkat usaha Jabu. Pendek kata, sukar sekali nak melihat kaum Iban tersisih dalam arus pembangunan Swak, berkat jasa besar Jabu. Jabu "cukup keberanian" untuk membawa perubahan kepada kaum Iban. Sesiapa yang menafikan ketokohan dan kewibawaan Jabu sebagai pemimpin terkedepan kaum Iban, salah besar orang itu. Cukup hebat sekali! Ayuh! Apa tunggu lagi, mari kita keluar beramai2 memberikan sokongan padu kepada Jabu. Aturkan acara supaya kita berarak ke Bangunan Bapa Malaysia mendesak YAB Pehin Sri turun takhta sebagai Ketua Menteri dan memberikan sokongan padu kepada Jabu sebagai Ketua Menteri. Usah takut, kita mesti ada keberanian yang luar biasa, sama speerti luar biasanya seorang pemimpin seperti Jabu.

    ReplyDelete
  2. Sigi amat nya wai. Nadai agik urang Iban ba Swak tuk lebih pandai ari Jabu. Kami bangsa Iban rindu amat enggau ya. Enda patut enda ulih jadi Kepala Menteri. "Mayoh" amat pemansang udah dibai Jabu ngelama tu. Baka kami ba Betong, kira udah lebih pemansang nya wai. Nadai agi ka bangsa kitai penusah idup. Bala anak Iban udah pandai magang ba pelajaran sidak. Uji peda kitak Jabu mimit pen nadai ngambi tanah bala kitai Iban. Mukak ka ladang sawit, diberik ya magang asoh rakyat. Sesen pen nadai ia ngambik wai. Sigi manah mensia tuk. Amat jako anonymous datas nya. Enti dipeda kitai, nadai agi bala Iban kitai ba Swak tu ulih ngalah ka Jabu. Amat ko ya, "Amat luar biasa".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr. Elli Luhat....hmmmmmm..... is this the guy who destroy the hope of poor penan parrent from baram by making their 18 years old student daughter as his mistres?? so much of his intelligent proposal to whom sholud lead swk..... by the way.... jabu as KM? just look how he handle critize from PR adun in state assembly? with emotion.... not cool, not cool..... u cannot be a good leader if u are emotional... that's fact.

      Delete
  3. Hore! Jabu dicadangkan jadi CM! Tak sangka ya. Hi!Hi!Hi! Marvelous. Extra ordinary. Excellent. Outstanding, Genius suggestion. Ha!Ha!Ha!

    ReplyDelete
  4. Tan Sri Jabu memang layak menjawat jawatan Ketua Menteri;
    1. Kedudukan beliau dalam PBB, Timbalan presd.1
    (diakui sendiri Tun Rahman Yaakub)
    2. Timbalan ketua menteri sarawak
    3. Pemimpin paling setia kepada Pehin Sri Taib
    4. Wakil kaum Dayak, Kaum majoriti di sarawak
    5. Pengalaman luas & pemimpin paling kanan dalam
    parti dan kerajaan negeri.
    6. Diterima oleh semua kaum di Sarawak terutama
    masyarakat orang ulu.
    7. Menunjukkan kesetian kepada BN sejak 40 thn
    lalu. (tidak pernah berpaling tadah)

    ReplyDelete
  5. 1.Ketua menteri pertama:Kalong Ningkan(SNAP)
    2.Ketua menteri kedua:Tawi Sli(SNAP)
    3.Ketua menteri ketiga:Rahman Yaakub(bumiputra PBB)
    4.Ketua menteri keempat:Taib Mahmud(bumiputra PBB)
    5.Ketua menteri kelima:Jabu(Pesaka PBB)sepatutnya begitulah...biarpun sepenggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tawi Seli dari PBBlah.... Check ur fact jgn main hantam saja..... and Tawi Seli sekolahpun tidak.... tapi oklah kalau jabu jadi cm cuma buang sikit emotionalnya tu.... jadi pemimpin semua kaum tidak boleh emotional...

      Delete
  6. Jika Pehin Sri (Bumiputra PBB) mengundur diri, saya setuju Jabu (pesaka PBB)mengambil alih jawatan CM, Abang Jo (Bumiputra PBB)ambil alih tempat jabu sebagai DCM.Apabila Jabu melepaskan jawatan kelak (paling lama pun dua penggal jadi CM) maka abang jo lah dari (Bumiputra PBB) ambil alih..untuk pengetahuan PBB merupakan gabungan parti Pesaka Bumiputra Bersatu; Cawangan Pesaka diketuai Jabu manakala cawangan Bumiputra diketuai oleh Pehin Sri..biasanya dalam perlantikan apa2 jawatan dalam kerajaan (senator, menteri, menteri muda, ketua pemuda, wanita dalam perti) kedua-dua cawangan ini sering bersilih ganti memberi laluan kepada masing2...

    ReplyDelete
  7. kalau begitu....Abang Jo ganti Jabu jadi CM..Uggah dari branch Pesaka lah ambil alih tempat Abang Jo jadi DCM...Awang Tengah (branch Bumiputra)? kena tunggu giliranlah jawabnya...

    ReplyDelete
  8. pelbagai pihak kena terima hakikat bahawa Jabu sebagai Ketua menteri seterusnya..berdasarkan kenyataan di atas...ingin juga sy sarankan sini bahawa dalam PBB sendiri perlu hadkan tempoh penggal jadi Presiden PBB (contohnya maksimum 2 penggal)..Ini akan memberi peluang dan laluan setiap branch (Pesaka/Bumiputera)menjadi Presiden dan tumbalan presiden yang secara automatiknya menjawat CM dan DCM Sarawak...

    ReplyDelete
  9. kami berharaplah dari branch Pesaka PBB pula dilantik CM...namun keputusan itu terpulang kepada ahli PBB sendiri

    ReplyDelete
  10. Jabu layak jadi CM kerana paling kanan dalam kerajaan negeri sebagai DCM sekarang dan parti backbone BN negeri sarawak parti PBB as Deputy president 1...abang jo deputy president2 sebagai DCM akan datang..

    ReplyDelete
  11. Cadangan seperti ini sepatutnya dari dulu lagi, bukan pada akhir kehidupan politik Jabu dan Taib. Taib harus berundur dan Jabu harus ikut Taib bersara politik. Biarlah PBB/BN (kerajaan Sarawak) diketuai oleh golongan muda. Itu pun jika PBB/BN "panjang umur". Seandainya BN kalah di peringkat pusat dlm PRU13 nanti, PBB/BN Swk masih menang, adakah BN/PBB Swak akan terus dlm BN atau menyeberang kepada Pakatan Rakyat? Untuk membuat keputusan segenting ini, adakah mereka dalam PBB/BN Swak ini CUKUP BERANI untuk membawa PERUBAHAN seperti itu. Gilir-menggilir dalam kepemimpinan sepatutnya tidak dijadikan sandaran tawar-menawar politik. Siapa pun hendak diangkatkan menjadi pemimpin besar, orangnya hendaklah yang terbaik; tanpa mengira siapa dia. Dalam hal ini, ADAKAH JABU PILIHAN TERBAIK? Sudah tiba masanya, SEASONED LEADERS (yang sudah "kering" ideanya dan backward pemikirannya)berehat politik. Jabu dan Taib sudah sama-sama sampai dan berada pada PUNCAK POLITIK. Kepemimpinan dah MENDATAR, kemudian ANTICLIMAX (menurun). Untuk menunjukkan kesetiaan Jabu sebagai rakan seperjuangan Taib dalam politik Swak, elok benarnya Jabu berundur secara terhormat. Perlu diingat, belum tentu PBB/BN Swak seselesa dulu-dulu lagi. Bersedialah untuk sebarang kemungkinan TERSUNGKUR dalam PRU13 nanti jika tidak hati2. Trendnya sudah menampakkan ke arah itu. Undi popular turun, kerusi hilang, walaupun PBB masih kekal sapu bersih 35 kerusi. Itu pun, langit tidak selalunya cerah.

    ReplyDelete
  12. kamek setuju mun Jabu ganti Pehin Sri, Jabu sik pilih bangsa melayu, cina, iban semua dilayan nya sama rata..nya sesuai jadi pemimpin utk semua bangsa di swk. Jabu pemimpin neutral..

    ReplyDelete
  13. kalau secara tersurat Jabu paling layak menduduki kerusi ketua menteri selepas Taib. secara tersirat kita tak tahulah... dalam politik apa2 boleh jadi...walau apa pun kita rakyat swk mahu peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar tanpa protes-memprotes dlm parti sendiri.

    ReplyDelete
  14. dah expired semua ya, carik lah nak fresh pakay ganti baruk orang mudak mauk nyokong BN, mun sik PRU13 tanggar jak lah kitak orang, kawasan cina dah jadi contoh. tanggar kitak orang DAP, berapa umur yb nya, BN ada yb mudak mcm larry sng dah kenak tekan, mcm ney nak ngmbik pengalaman mcm ya, udah gik bah, iboh nak tamak, apa gik di mauk dak tua2 ya, semua dah di rasa. taib, jabu, george chan, adenan, johari dll yang tua, berenti jak mun mauk niat sik ada perubahan kerajaan 5 taun akan datang.

    ReplyDelete
  15. pehin sri taib merupakan pemimpin agung dlm sejarah sarawak moden..nama beliau pasti telakar dlm sejarah swk..kita kena akui tu..sumbangan beliau dlm pembangunan negeri kita sgt besar..Taib boleh tersenyum lebar melihat hasil pembangunan yg beliau usahakan sekian lama..kita rakyat swk kena akui bahawa beliau lagenda yg sukar dicari ganti..sy percaya selepas ini sukar mencari pemimpin seperti beliau..beliau sgt berjaya dlm politik (A+). tidak lupa jg dgn Tan Sri Jabu, pemimpin agung masyarakat Dayak, org dayak sendiri kena akui tu..jgn cari kelemahan beliau sj..Jabu sgt berjaya dlm politik. beliau mampu berlegar dlm arena politik sejak 40 tahun lalu sehingga kini..

    ReplyDelete
  16. Kah!Kah!Kah! Gelik ati aku. Taib agung? Lantik jadi YDP Agung. Ha!Ha!Ha! Jadi CM dah 32 taun. Jadi TYT ngan Agun jak blum. Lengkap jak pusingannya. Alang2 Taib dah jadi MP, lantik jaknya jadi PM nganti Najib. Mun maok agik, lantiknya jadi Setiausaha Agung PBB dan CEO IMF. Maka, lengkaplah Taib sebagai legenda politik, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Baruklah Sarawak khususnya Miri (tempat kelahiran Taib) terpahat kukuh dalam sejarah dunia. Mengalahkan seluruh pemimpin agung dunia dulu2. Jangan minta jadi Nabi jak udahlah. Mun ndak, melampau gilak jadinya.

    ReplyDelete
  17. Jgn merik malu Jabu mun takat jadi CM. CM kecik gilak bagi Jabu. Jabu ya, sik ada agik apa2 bangsa atau keturunan di Swak tuk sehebatnya. Aku sik maok Taib ngambik jawatan SUA PBB, aku maok Jabu. Kenak ka Taib dicadang jadi CEO IMF. Jabu lebih layak pok. Mun sik dpt nak duak jwtn ya, sunat Jabu, suruhnya jadi TYT. Maklum ajak, sokongan semua bangsa di Swak kononnya. Kitak urang tuk moak juak. Jgn nak main2 ngan Taib ngan Jabu. Nya duak ya dah taraf Barak Obama wai. Setanding ngan pemimpin agung dunia, malah lebih tinggi agik. Jgn merendah2kan martabat pemimpin agung Swak tuk. Wan Hamzah kenak buat laporan polis sapa2 nak merendah2an Taib ngan Jabu. Rinduk nangar muka Wan Hamzah front page surat kaba Swak. Oh tedah Wan Hamzah. Mun pande modek Taib, kelak Wan Hamzah nganti Wan Junaidi. Lamak dah Wan Hamzah gian nak jadi YB. Tapi, jaga2 fail XXY pok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar-benar i setuju sgt sgt pok..... dah mcm jd heredatary pula parlimen santubong ya..... dari wan ke wan dah..... sia diat tim. ketua bahagian kerja penat-penat bila wan junaidi sibuk modek najib.....

      Delete
  18. Aku nak madah ngan kitak urang. Jangan agik sama sekali nganok Taib ngan Jabu. Kitak urang aku "saman" klak. Pande2 nak nganok nya duak ya. Kitak urang sik tau "jasa besa" nya duak ya kpd Swak. Mun sik kerana nya duak ya, Swak tuk macam Somalia ngan Congo jak. Sebab apa, nya duak ya udah melebihi sempadan dunia sebagai pemimpin agung dan diagung2kan. Kehebatan nya duak ya melintasi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Aku maok nya duak ya jadi CM dan DCM di Khutub Utara dan Khutub Selatan. Kenak nak gago ngan jwtn kecik takat CM ya. Sik bebaloi bah. Jgn kitak urang kelaka pelik macam ya. Klak manas Wan Hamzah ngan Karim klak. Hamzah ngan Karim, tauk kitak, pakar bodek-membodek, angkat pelir.

    ReplyDelete
  19. hahaha... dah abis cerita timah, di kait ngn baitulmal, aku lom gik nak maca komen hal baitulmal, mun komen kelak di padah orang ati busuk lah. dak ari guru dah ku komen nganok cikgu mauk ngajar miak bnr2 dlm tusyen jak, nak nanyak kitak orang, mcm ney jabu nak pegi sampay keluar nun, kelakar orang putih gik lidah bebelit, pikir jak kitak sia, taib famous di negeri orang putih bukan kerna kerjanya bagus tapi cdak knl ngn taib ya kerna harta nya banyak di sinun. kitak orang sik dengar kah cerita2 ya.

    ReplyDelete
  20. jangan sebarang membuat kenyataan yang memburuk dan menghina pemimpin..kalau nak bg komen atau pendapat bagilah yg bernas dan berfaedah, bukannya membuat tuduhan melulu dan tidak berasas...mun sik ada idea ndak ibuh jak post comment..

    ReplyDelete
  21. betul..mun mau nganok org jak sik ibuh bg comment..mun mau nuduh org, bukan situk tmpatnya..kat mahkamah paling tepat, sprm paling tepat..kalau mcm tuk fitnah, pengecut..

    ReplyDelete
  22. nya kitak orang ya, angguk2 geleng2 semua. ney ndsk mskin bujst dak di atas nun.

    ReplyDelete
  23. HARI INI DALAM SEJARAH

    Semop assemblyman Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar yesterday refuted speculations that he is among the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) incumbents tipped to be dropped in the upcoming state election.

    “I leave it open to the chief minister (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) and prime minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) to determine whether I stand or not.

    “The chief minister shall announce the names of the candidates and the areas where they are going to contest,” he said after handing over the letter of DUN dissolution to Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof here yesterday.

    Asked if there was any hint from the state top leadership regarding his position, he replied; “I have to wait. So far no direct hint.”

    Asfia, who is the PBB permanent chairman, added all the Barisan Nasional (BN) component parties were ready for the battle, but declined to elaborate on their strategy and preparation.

    “To disclose our preparation will affect our strategy and tactical approach, so, I’m not in the position to disclose our preparation.”

    Meanwhile, Abdul Aziz said the election would be handled by well-trained officers, adding that letters of appointment would be handed over to all the officers, who were mostly picked from their own areas.

    “There will be a total of 24,000 officers in charge for the election and most of the officers are the district officers who are familiar and have authority with the area.”

    The EC will hold a meeting today to decide the dates for the nomination and polling.

    ReplyDelete
  24. Sokong Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu sebagai CM selepas Pehin Sri, tetapi biarlah secara tertib dan terhormat. Supaya tiada kepincangan dan ada pihak yg mengambil kesempatan utk tujuan yg lain. Saya percaya Pehin Sri ada formula peralihan kuasa yg lebih baik. Hidup!! Pehin Sri.

    ReplyDelete
  25. saya sokong abg jo jd DCM kerana jabu bepengelaman lagik dr abg jo.

    ReplyDelete
  26. Kati Taib Mahmud rambut udah putih, rambut Jabu pun sebaka peda aku, nadai meh reti iya nganti Taib...seduai nyak udah kelalu lama nyadi menteri. Giga urang bukai..

    ReplyDelete
  27. kami sokong Jabu jadi CM, kami sokong juga abang jo jadi DCM..gandingan mantap...harap peralihan kuasa berjalan lancar.

    ReplyDelete
  28. Kami nyukung Datuk Jabu seduai Johari..Jabu nyadi kepala menteri, Johari nyadi sapit ia..nyukung penuh...sama mayuh pengalaman.

    ReplyDelete
  29. Tan Sri Jabu calon berpotensi tinggi menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baru..selepas Jabu barulah abang Jo..kena ikut hierakilah.

    ReplyDelete
  30. gandingan mantap, Jabu penuh dengan pengalaman abang Jo pemimpin pelapis masa depan..hidup Jabu/Jo!

    ReplyDelete
  31. Tan Sri Jabu anak emas Tun Rahman dan Taib..sgt sinonim meneruskan kesinambungan kepimpinan dan pembangunan sarawak...kami setuju Jabu. tanpa restu kedua pemimpin ini sukar utk ketua menteri baru meneruskan kepimpinan, jika melantik pemimpin lain selain Jabu jadi CM..

    ReplyDelete
  32. SALAM UNTUK ABG JO, WIFI SATOK LESTARI MASIH DAPAT DI PAKAY KAH SIK, WALAU MAHAL SEKALI PUN CHARGERS NYA, TERUSKAN AJAK , BARUK DAPAT JADI DCM, MUN SIK NEY DAPAT NAK JADI DCM, ORANG KAMPONG KWSN SATOK GIK BANYAK DAH DI BULAK NYA, JANJI TINGGAL JANJI, YANG JADI MANGSA CALON PARLIMEN KELAK.

    ReplyDelete
  33. kami persatuan kenyah Baram sokong Datuk Jabu jadi ketua menteri baru.

    ReplyDelete
  34. Persatuan Orang Bukit nyokong Abg Jo jadi TYT. Jabu jadi timbalan TYT.

    ReplyDelete
  35. Saudara Orang Bukit,
    Jangan jadi babo ndak tentu pasal. Ne tiba-tiba Abg Jo jadi TYT ? Jawatan Timbalan TYT ne ada dlm perlembagaan S'wak. Yg maksud disitok ialah sapa bakal nganti CM Taib klak ?

    ReplyDelete
  36. Tan Sri Adenan Satem wajar jadi Ketua menteri. nya ada pengalaman pusat. Baru Bian pun takut berdebat dengannya. Klak dibantainya PKR dan Baru Bian senang senang. Terduduk sidak PKR di bantae Datuk Denan ya.

    ReplyDelete
  37. Come on Dayaks! Kalau ikut perlembagaan pertubuhan Malaysia, CM Sarawak MESTI dari suku kaum Dayak... Bukan Melayu/Melanau/Muslim, sebab TYT sudah dikhaskan kepada MUSLIM... BERSATULAH Dayak and claim your constitutional right of seeing a DAYAK CM into realization!

    ReplyDelete