Showing posts with label Waarheid Mirino. Show all posts
Showing posts with label Waarheid Mirino. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

PKR tuntut klinik dan dewan di Kpg Penipah


Pejuang Keadilan - Kipli Rasdi
 Oleh: Waarheid Mirino

MUKAH: Kecil api jangan disangka selamanya menjadi kawan. Dari kecil menjadi besar disusuli jadi seteru.

Saturday, July 10, 2010

Hadiah perpisahan dari Asfia untuk Semop

Oleh Waarheid Mirino

MIRI: Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar berhasrat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Semop.

Ucapan selamat tinggal dan juga terima kasih atas sokongan selama ini yang telah mengangkat taraf hidup beliau menjadi mewah.

Sebagai hadiah perpisahan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar bercadang untuk 'menghadiahkan' Norlia Tun Rahman, iaitu kakak kepada Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, kepada para pengundi sebagai pengganti beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop.

Friday, July 9, 2010

PARBS, Parti Peace dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS)





Oleh Waarheid Mirino


MIRI: Usaha tiga pihak untuk menubuhkan parti politik masing-masing dipandang sinis dan angkuh oleh pemimpin BN.

Bermula dengan Affendi Jeman yang ingin menubuhkan Parti Angkatan Rakyat Bersatu Sarawak (PARBS).

Beliau hingga ketika ini masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sejak mengemukakan permohonan pada tahun lepas.


Wednesday, June 30, 2010

Asfia dan Norah Membuat 'DAMAGE CONTROL' Untuk Atasi Kekecohan Kes Tanah di Pulau Bruit

Oleh Waarheid Mirino

SIBU: Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dikatakan menuduh Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah sebagai dalang dalam kekecohan yang membabitkan tuntutan tanah seluas 5,000 hektar di Pulau Bruit, Daro oleh penduduk Kampung Bruit.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar mungkin mengaitkan kisah lampau beliau dengan Datuk Wahab Dollah sebagai alasan untuk membuat tuduhan yang keras ini.

Beliau, menurut satu sumber, menuduh Datuk Wahab Dollah menaja Pengerusi Jawatankuasa Kelapa Sawit Daro Haji Jaafar Kara untuk mendedahkan perihal tanah itu.

Friday, June 25, 2010

Ustaz Uthman dan Saidin dilucutkan dari jawatan dalam parti PAS Sarawak


Oleh Waarheid Mirino

MIRI: Pas Sarawak telah membuat rombakkan kepimpinan dengan melantik Adam Ahid sebagai pesuruhjaya yang baru bagi menggantikan Ustaz Uthman Mustapha dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada Mei 03 yang lepas di Kuching.

Selain dari itu, parti tersebut juga telah menggugurkan Saidin Massudin Sahini dari jawatan setiausaha dan tempat beliau telah diberikan kepada Fidzuan Zaidi.


Keputusan untuk menggugurkan kedua-dua pemimpin atasan parti dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS Pusat Dato' Mustapha Ali.