Oleh: Prof. Dr. X
KUCHING: Membaca komen-komen dalam sebuah portal berita yang menyiarkan berita SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Perdana Menteri Najib Razak - nyata pembaca portal berita itu sinis dengan kenyataan tersebut.
Najib akan disiasat kerana menyogok wang terhadap warga Rejang Park - satu kawasan dalam Parlimen Sibu - pada malam 15 Mei, malam terakhir kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.
RM5 juta akan diberi kepada penduduk di situ sebagai balasan, jika calon BN Robert Lau Hui Yew menang dalam pertandingan tiga penjuru menentang Wong Ho Leng (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).