Showing posts with label Abang Aspa. Show all posts
Showing posts with label Abang Aspa. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Hasidah 'ditinggalkan' oleh Fadilah?

Oleh:JJ

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali "memberanikan” dirinya pergi ke Kampung Sungai Midin pada jam 4.30ptg Ahad lepas dalam usahanya yang seakan-akan cuba mengambil hati penduduk disana.

Secara kebetulan, penduduk kampung tersebut sedang mengadakan majlis menyambut kedatangan bulan Ramadan di surau kampung berkenaan.

Dalam perbualannya dgn ketua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kampung tersebut Abang Aspa Abang Julaihi, YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali tidak menyentuh langsung tentang “kesilapan” wartawan Metro Harian Abdul Rahman Adam (muka surat 8 bertarikh Ogos 6, 2010) mahupun memohon maaf ataupun membuat penerangan mengenai hal tersebut.