Oleh Thun Diwan
SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mula menggerakkan langkah sebagai usaha awal untuk mencabar keangkuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.
Parti pembangkang itu terus yakin apabila mendapat tiupan semangat dari pengundi-pengundi di kawasan itu yang inginkan perubahan, ekoran sokongan kepada wakil mereka sekarang semakin pudar.
Pengundi di kawasan itu turut menyuarakan pandangan supaya wakil rakyat mereka sekarang ditukar kerana prestasinya semakin merosot, ditambah pula dengan sikap lupa dirinya yang semakin menebal.
