Salam 1Malaysia.
Isu pentadbiran di Baitulmal, Jais, Mais dan Peryatim telah banyak diperkatakan oleh pembaca Sebanaku Sarawak yang secara amnya merasa khuatir ataupun kurang yakin terhadap kualiti pengurusan ataupun pentadbiran institusi-institusi yang penting ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.
Atas sebab itu, Sebanaku Sarawak, atas permintaan pembaca, mengambil keputusan untuk membuka ruang kepada semua untuk membuat cadangan-cadangan ataupun komen-komen untuk perhatian pihak-pihak yang berkenaan.
Pihak Baitulmal, Jais, Mais dan Peryatim akan dihubungi melalui email untuk memberitahu mereka bahawa Sebanaku Sarawak ada membuat forum khas untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan mereka.
Diharapkan pihak Baitulmal, Jais, Mais dan Peryatim akan mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan pentadbiran berdasarkan cadangan-cadangan dan komen-komen yang dibuat oleh pembaca.
Sekian. Terima kasih.
Dari rakyat untuk rakyat,
p/s Komen-komen yang tidak menepati tajuk forum akan 'dipindahkan' ke artikel-artikel yang berkaitan. Manakala komen-komen yang menggunakan bahasa yang kesat, Sebanaku Sarawak akan memadamkan kata-kata kesat tersebut. BERDEBATLAH SECARA BERHEMAH. Sekian. Terimakasih.

