Diakui bahawa hujah-hujah yang diutarakan adalah padat dan sukar untuk ditangkis. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk rakyat Sarawak menerima UMNO setelah melihat sendiri apa yang berlaku di Sabah.
Diantara persoalan besar yang perlu ditangani oleh UMNO ialah kemana perginya status "WILAYAH" yang ada pada Sarawak sewaktu ia bersama-sama Tanah Melayu dan Sabah membentuk Malaysia?
Kembalikan hak kami sebagai sebuah WILAYAH !!!!!!!!!!!!!!! Berikan kepada kami status WILAYAH serta kuasa-kuasa yang ada pada status ini!!!
--------------------------------
oleh:
Syed Hussein Al Attas
Sarawak bukanlah negeri yang asing bagi saya. Saya memang ada ramai kenalan di merata tempat di bumi Kenyalang. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang yang senama dengan saya, Hussein bin Zainuddin yang banyak menghabiskan masanya di Semenanjung semasa bersekolah dulu.